Bab 59

Romance Completed 137990

"Sayang! Sayang!" panggil Qais.

Qais dah pucat wajahnya. Darah di sekitar kaki dan celah paha sudah kering, pasti sudah lama Qaseh terlantar begini. Qais ambil tuala lalu dibasahkan dan dilap kaki Qaseh yang darahnya sudah beku kemudian, ditukarkan pakaian Qaseh kepada skirt dan tshirt lengan panjang miliknya yang bergantung di penyangkut. Sudah tak sempat nak cari lain, kemudian diambil tudung dan disarung pada kepala. Tubuh Qaseh dicempung bersama langkah besar dibawa Qaseh ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan laju kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah. Qaseh yang terbaring lesu di sisi dipandang sekilas. Tidak dihirau lampu trafik merah atau hijau, habis dilanggarnya. Kiri kanan dicilok, akhirnya sampai juga di hospital. Qaseh ditolak masuk ke kecemasan. Telefon dalam poket dicapai, lalu dihubungi Dato' Abbas serta Sand. Qais terduduk di tepi tempat menunggu.

"Q" panggil Sand. Kebetulan dia memang berada berhampiran dengan hospital, tidak sampai sepuluh minit, sudah sampai. Qais yang mendengar namanya dipanggil, pantas mendongak.

"Sand" sapa Qais dan di belakangnya ada Syam. Qais berdiri tegak lalu salam dihulur.

"Tuan Syam" Syam angguk.

"Macam mana boleh jadi ni?" soal Sand simpati sambil melabuhkan duduk di sisi Qais yang sudah duduk tertunduk ke bawah.

"Aku pun tak pasti Sand, aku balik rumah tengok Qaseh dah terbaring depan pintu bilik air berdarah macam tu" kata Qais.

"Bukan kau cakap hari ni, kau ambil balik kerja ke?" soal Sand lagi.

"Patutnya macam tu tapi dia dah mesej bagitau yang dia balik awal hari ni lepas jumpa client di PJ" terang Qais. Tiba-tiba tubuhnya tegak. Haiqal! Tidak lama Dato' Abbas dan Datin Adawiyah sampai. Meluru Datin Adawiyah dapatkan Qais.

"Qais, Qaseh macam mana?" soal Datin Adawiyah. Sand yang berada di sisi Qais bangun berdiri untuk memberi ruang pada Datin Adawiyah. Syam pula berdiri di sisi Dato' Abbas setelah bersalam.

"Saya pun tak pasti Mak Uda" balas Qais.

"Mak Uda ada nombor telefon Haiqal?" soal Qais.

"Haiqal? Doktor Haiqal?" soal Mak Uda sambil mengambil telefon dari beg tangannya.

"Qais nak buat apa dengan nombor telefon Haiqal?" soal Mak Uda pelik tapi diserahkan juga pada Qais. Telefon Qais berbunyi menandakan mesej masuk. Laju didail nombor Haiqal. Tubuh di bawa berdiri dan melangkah agak jauh dari mereka.

"Hello, Qais here" kata Qais.

"Oh, Qais. Ya, ada apa?" balas Haiqal di sebelah sana.

"Kenapa Qaseh datang ke klinik kau tadi?" soal Qais dengan marah yang ditahan-tahan.

"Oh.. Lisa bawa Q ke klinik aku sebab katanya Q sakit perut dan pinggang sebab jatuh tangga" terang Haiqal.

"Jatuh tangga? bila?" soal Qais.

"Aku tak pasti bila tapi don't worry your baby save" kata Haiqal lagi.

"Baby?" Qais dah rasa tidak sedap hati. Takkanlah.. patut darah banyak.

"Oh, sorry. Ingatkan Q dah bagitau. Tapi dia pun baru tau tadi. Aku dah bagi ubat untuk kuatkan rahim dan vitamin untuk Q. Aku dah pesan minta kau bawakan dia ke hospital untuk check-up. Macam mana Q, dia okay tak?" soal Haiqal.

"Qaseh ada di hospital, bleeding" balas Qais.

"Bleeding? send aku location hospital" kata Haiqal. Dia sudah rasa tak sedap hati. Tapi semasa pemeriksaannya tadi, tiada apa-apa masalah.

"Ok" balas Qais sepatah. Qais pantas menoleh ke belakang apabila mendengar riuh orang bersuara. Apabila dapati ada seorang yang mungkin doktor sedang berbual dengan Dato' Abbas dan Datin Adawiyah, pantas langkah kaki dibuka.

"Doktor" panggil Qais. Tak kiralah doktor ke bukan.

"Macam mana dengan isteri saya?" soal Qais.

"Maafkan saya Encik, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan" kata doktor tersebut.

"Isteri Encik akan di bawa ke wad sebentar lagi tapi dia masih lemah dan belum sedar lagi. Nanti boleh melawat isteri ya. Kalau tak ada apa-apa saya beransur dulu" kata doktor tadi. Sayu wajah Qais. Mujurlah Qaseh tidak apa-apa.

"Terima kasih doktor" ucap mereka hampir serentak.

"Q, sabar ya" kata Sand. Syam pula menepuk perlahan bahu Qais. Dato' Abbas pula menenangkan Datin Adawiyah yang sudah menangis. Janganlah Qaseh menerima nasib sepertinya, tidak mampu untuk mempunyai zuriat sendiri. Tidak lama Qaseh ditolak keluar dari bilik kecemasan dan dibawa ke wad.

+++

Qais masih setia menanti Qaseh yang masih belum sedarkan diri. Dato' Abbas, Datin Adawiyah baru sahaja pulang manakala Sand dan Syam pulang selepas Qaseh dihantar masuk wad.

Pintu bilik ditolak dari luar, Haiqal yang datang.

"Qais" sapa Haiqal lalu salam dihulur.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Qais dah muak soalan yang sama berulang-ulang. Pantas dia bangun berdiri di hadapan Haiqal.

"Patutnya aku yang tanya. Macam mana boleh jadi macam ni kalau kau betul-betul dah periksa Qaseh" marah Qais dengan suara tertahan-tahan. Sesekali Qaseh yang terbaring di atas katil dipandang.

"Sorry Qais. Masa aku buat check-up, tak ada yang nampak pelik. Tekanan darah dia normal bagi wanita mengandung. Q ada bagitau yang ada bleding, dia sangkakan peroid tapi aku rasa tak puas hati dan minta nurse buat urin dan sah pregnant. Itu aku pesan Q minta kau bawakan dia ke hospital" terang Haiqal.

"Kau cakap Lisa bawa dia ke klinik kau?" soal Qais masih tidak puas hati.

"Yup, Lisa PA Q. Kalau kau tak percaya atau nak tau cerita sebenar, kau boleh tanya Lisa" kata Haiqal lagi. Qais raup wajah.

"Doktor cakap apa?" soal Haiqal.

"Kandungan Qaseh tak dapat diselamatkan" kata Qais.

"Sorry" kata Haiqal.

"No, aku yang patut minta maaf sebab dah salah sangka" kata Qais. Haiqal tepuk bahu Qais dan senyum.

"In sha Allah. Lepas ni ada lagi rezeki korang. Aku juga la.. yang masih bujang" kata Haiqal. Qais senyum senget.

"Kalau macam tu, aku balik dulu. Sampaikan salam aku pada Q" kata Haiqal lalu beredar dari wad. Qais angguk dan dilabuhkan duduk di kerusi di sisi katil. Jemari Qaseh dicapai dan dicium. Tiba-tiba jemari Qaseh bergerak. Qais duduk tegak.

"Sayang" panggil Qais sebaik melihat Qaseh buka mata.

"Abang" panggil Qaseh dan mahu bangun duduk. Qais bangun dan membantu Qaseh agar dapat duduk dengan selesa. Kemudian dituang air kosong dan disuap pada Qaseh. Habis separuh gelas.

"Sayang tunggu sekejap, abang nak panggil doktor" kata Qais lalu berlari ke luar memanggil doktor. Tidak lama Qais masuk bersama seorang wanita separuh umur. Name tag tertera nama Abidah serta seorang jururawat.

"Puan Qaseh" sapa Doktor Abidah.

" Saya nak buat pemeriksaan sikit ya" kata Doktor Abidah. Setelah pemeriksaan pada Qaseh selesai dilakukan dengan dibantu jururawat tadi, Doktor Abidah bersuara.

"Puan dalam keadaan baik tapi saya perlu pantau sedikit lagi. Kalau tak ada apa-apa, pagi nanti Puan boleh keluar" kata Doktor Abidah lalu mencatit sesuatu pada fail yang ada di hujung katil dan kemudian melangkah keluar bersama jururawat tadi.

"Terima kasih doktor" ucap Qais.

"Abang, kenapa sayang ada di hospital?" soal Qaseh.

"Sayang tak ingat?" soal Qais. Qaseh geleng lemah.

"Tak apa lah, sayang rehat. Nak makan apa-apa tak? abang boleh belikan" soal Qais.

"Abang belikan roti dengan hot chocolate je la" pinta Qaseh.

"Okay sayang. Abang keluar sekejap ya" kata Qais lalu dilabuhkan cium pada ubun-ubun Qaseh.

Lebih kurang dua puluh minit, Qais kembali dapatkan Qaseh di wad. Daun pintu ditolak dan dilihat Qaseh tegak memandang ke hadapan. Tidak berkelip matanya. Bungkusan plastik dan cup air diletakkan di meja sisi.

"Sayang" panggil Qais lalu dilabuhkan cium pada pipi Qaseh. Qaseh pamer senyum tapi tawar sahaja senyumannya.

"Abang" panggil Qaseh pada Qais yang sudah melabuhkan duduk di birai katil.

"Sayang minta maaf" kata Qaseh yang sudah bergenang tubir matanya.

"Hey, kenapa nak mintak maaf pula" kata Qais lalu menarik Qaseh rapat ke dadanya. Diusap lembut belakang tubuh Qaseh.

"Anak kita dah tak ada" kata Qaseh yang sudah basah dengan air mata wajahnya.

"Siapa bagitau sayang?" soal Qais.

"Tadi nurse datang bagi ubat dan sayang tanya kenapa sayang ada di sini. Lepas tu nurse cakap.." tak habis ayatnya.

"Sshh..." pujuk Qais.

"Belum ada rezeki. In sha Allah, lepas ni kita ada raamaaiii.. anak, tapi.. sayang kena sihat dulu, jaga kesihatan okay" pujuk Qais.

"Abang janji?" soal Qaseh. Qais renggangkan pelukan dan wajah Qaseh ditarik untuk memandang wajahnya.

"Janji apa?" soal Qais.

"Anak banyak" kata Qaseh. Qais dah ketawa. Conferm kesan ubat tak habis lagi ni..

"Abang ketawa kenapa?" marah Qaseh. Muncung bibirnya.

"Eh, mana ada ketawa. Okay.. okay.. abang janji" balas Qais sambil simpan senyum. Abang tak kisah sayang, tapi awak tu larat ke.. Qais senyum.

"Sayang nak makan tak? abang dah belikan roti dengan hot chocolate untuk sayang" kata Qais lalu mengambil cup di atas meja sisi katil dan diserahkan pada Qaseh.

+++

Pagi itu Qaseh dibenarkan pulang. Dato' Abbas dan Datin Adawiyah turut sama pulang bersama Qais dan Qaseh ke rumah mereka.

"Sayang nak rehat di bilik atau di ruang tamu?" soal Qais.

"Sayang nak duduk sini je la lagipun ada ayah dengan Mak Uda" kata Qaseh.

"Kalau macam tu abang naik simpan beg" kata Qais. Laju kaki melangkah ke bilik. Sebaik daun pintu ditolak bagai terbayang-bayang tubuh Qaseh terbaring di depan pintu bilik air. Kesan darah sudah dicuci pagi tadi sebelum dibawa Qaseh pulang. Takut untuk Qais ingatkan kejadian tersebut. Setelah beg disimpan Qais mengatur langkah ke ruang tamu.

"Assalamualaikum" suara orang memberi salam. Macam kenal sahaja.

"Mak" panggil Qais yang laju langkah diatur ke arah Puan Adalila bersama Puan Yati. Puan Adalila laju mendapatkan Qaseh.

"Qaseh" panggil Puan Adalila lalu dipeluk tubuh itu.

"Qaseh okay nak?" soal Puan Adalila. Qaseh angguk.

"Sabar ya Qaseh. Belum ada rezeki" kata Puan Adalila.

"Er.. macam mana mak tau?" soal Qais lalu bersalam dengan Puan Adalila.

"Sand call mak bagitau. Nasib baik kebetulan Sara balik cuti. Mak datang sengan Sara la. Mak Ngah dah tau mak nak ke mari, laju dia nak ikut. Katanya boleh jumpa Ana" kata Puan Adalila lalu melabuhkan duduk di sisi Datin Adawiyah. Tidak lama Mak Teha bawa dulang berisi air panas dan kuih.

"Risau saya bila dengar berita ni" kata Puan Adalila.

"Nak buat macam mana, belum ada rezeki" kata Dato' Abbas pula.

"Rasanya saya nak beransur dulu, nanti kami datang lagi" kata Dato' Abbas lalu bangun berdiri diikuti Datin Adawiyah dan Mak Teha.

"Ya lah" balas Puan Adalila. Setelah mereka pulang, Qaseh minta Qais bawanya berehat di bilik.

"Yeed, mana bilik Mak Ngah?" soal Puan Yati. Puan Adalila sudah menjeling. Qais yang baru melangkah anak tangga terhenti dan menoleh pada Puan Yati yang masih berada di ruang tamu.

"Mana-mana la Mak ngah" Qais malas nak melayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience