Completed
137990
Sedang Qais menikmati kuih keria buatan Datin Adawiyah, datang seorang wanita ke arah Qais.
"Qais, bilik Qais Mak Teha dah siapkan. Nak rehat boleh masuk bilik. Nanti panggilkan Mak Teha ya, Mak Teha tunjukkan" kata Mak Teha pada Qais.
"Terima kasih Mak Teha. Buat susah saja" kata Qais. Mak Teha hanya senyum dan berlalu meninggalkan Qais di ruang tamu. Tidak lama Qais melangkah menuju ke dapur, waktu itu dilihat Mak Teha sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak makan malam.
"Mak Teha" panggil Qais.
"Eh, Qais. Nak masuk bilik ke?" soal Mak Teha yang sudah melangkah ke sinki untuk mencuci tangan.
"Eh, tak. Saja nak berbual dengan Mak Teha" kata Qais lalu melangkah menghampiri Mak Teha yang sudah kembali ke table top untuk menyediakan bahan basah.
"Dah lama ke Mak Teha kerja kat sini?" soal Qais.
"Lama juga, dari Q dengan kakaknya kecil lagi. Q beruntung ada ibu tiri yang sayangkan dia adik beradik macam anak sendiri" kata Mak Teha sambil tangannya ligat membuat kerja.
"Pandai Q pilih boyfriend, handsome" puji Mak Teha. Qais yang mendengar hanya tersenyum kecil sahaja. Segan dipuji depan-depan begitu.
"Q ni anak manja, tapi kadang-kadang keras kepala sikit. Qais tau tak, Q tak pernah ada kawan lelaki. Maksud Mak Teha yang rapat. Dulu ada seorang masa Q masih study tapi tak lama mereka berkawan. Senyap macam tu saja" kata Mak Teha sambil sesekali memandang Qais yang berdiri tidak jauh darinya.
"Kenapa tak lama?" soal Qais ingin tahu.
"Mak Teha tak pasti la pula Qais. Q tak pernah nak bagitau, tak kan Mak Teha nak tanya, siapa la Mak Teha ni" kata Mak Teha lagi. Qais yang mendengar hanya mengangguk.
"Mak Teha, kalau tak sibuk, boleh tunjukkan bilik pada saya tak?" soal Qais sopan.
"Eh, boleh.. boleh.. sekejap ya, Mak Teha cuci tangan" kata Mak Teha lalu membersihkan tangan dan mengeringkannya.
"Marilah" ajak Mak Teha lalu melangkah mendahului Qais menuju ke bilik tetamu di tingkat bawah di hujung berhampiran bilik bacaan. Setelah Mak Teha menunjukkan bilik tetamu, Mak Teha terus melangkah ke dapur semula untuk menyiapkan makan malam.
Qais pula terus mencapai tombol pintu bilik lalu memulasnya dan daun pintu ditolak. Cantik tersusun bilik tetamu. Qais melangkah masuk dan daun pintu bilik terus ditutup rapat. Di atas katil dilihat ada tuala, kain pelekat dan tshirt yang masih dalam bungkusan plastik. Sejadah pula sudah tersedia dibentang. Tidak menunggu lama, Qais terus mencapai tuala lalu membuka pakaian untuk ke bilik air.
Setelah selesai mandi dan menukar pakaian, Qais melabuhkan duduk di birai katil sementara menunggu waktu maghrib. Tidak lama azan berkumandang dan Qais tanpa lengah melangkah ke sejadah lalu menunaikan kewajipan yang satu itu.
Tok tok tok
Qais yang baru selesai solat terus bangun melangkah menuju ke pintu bilik. Daun pintu ditarik dan dapati Mak Teha yang mengetuknya.
"Eh, Mak Teha" sapa Qais.
"Qais dah selesai solat ke? kalau dah, marilah ke meja makan. Kita makan sama-sama" kata Mak Teha. Qais yang mendengar hanya mengangguk lalu melangkah keluar dan menutup pintu bilik tetamu itu.
"Qais, sini. Kita makan sama-sama. Makan ramai-ramai berselera sikit" tegur Dato' Abbas yang sudah pun berada di hujung meja makan. Datin Adawiyah pula sibuk membantu Mak Teha menyiapkan makanan di meja makan. Cuma yang tiada Qaseh sahaja. Belum bangun lagi ke. Takkan tak nak makan, lapar nanti. Qais sudah bimbang.
"Wiyah, mana Q?" soal Dato' Abbas. Qais yang mendengar sudah tertoleh pada Dato' Abbas, rasa seperti namanya pula yang dipanggil.
Tidak lama terdengar suara Qaseh yang baru turun dari tingkat atas.
"Ayah cari Q ke?" soal Qaseh yang baru turun dari tingkat atas dengan terjingkit-jingkit.
"Ha, Qaseh. Duduk sini" panggil Datin Adawiyah. Qaseh yang perlahan jalannya sudah pelik apabila melihat ada orang lain di meja makan. Dari pandangan belakang macam kenal tapi takkan lah.. Tiba-tiba Qais menoleh. Bulat mata Qaseh.
"Qais? awak buat apa kat sini? kenapa tak balik lagi" soal Qaseh bertalu.
"Q, apa cakap macam tu. Qais nak makan malam la. Ayah yang ajak" selamba sahaja Dato' Abbas membalas bagi pihak Qais. Qais hanya mampu tersenyum sahaja pada Qaseh.
"Dah, tak payah nak terkejut sangat. Sini, duduk. Kita makan ramai-ramai" kata Dato' Abbas lagi. Qaseh kemudian mengatur langkah perlahan ke kerusi di sisi Datin Adawiyah. Haish, mujurlah malam ni dia pakai sopan, seluar track bersama t-shirt. Qais.. Qais.. buatnya dia pakai macam selalu, seluar pendek sahaja, mau tanggal mata dari soket.
"Semua dah ada?" soal Dato' Abbas apabila melihat semunya sudah ada di meja makan.
"Qais, bacakan doa" pinta Dato' Abbas. Qais tanpa lengah terus menadah tangan membaca doa. Makan malam meriah pada malam itu dengan cerita dari Dato' Abbas dan juga Datin Adawiyah dan yang jadi bahan perbualan dah tentu la Qaseh. Muncung-muncung bibirnya tidak puas hati.
"Qais, tidur sini sajalah. Dah lewat malam ni" kata Dato' Abbas. Qais yang mendengar sudah serba salah. Aduh.. takkan nak tidur sini. Rasa tak manis la pulak.
"Er.. uncle" panggil Qais. Qaseh tegak memandang Qais, terkejut kerana Qais memanggil ayahnya uncle. Bukan senang ayahnya nak mesra begitu.
"Saya rasa macam tak manis la pula nak bermalam di sini." kata Qais sopan. Dato' Abbas yang mendengar sudah tersenyum. Dia sudah agak, Qais akan menolak. Dia tahu Qais seorang pemuda yang baik.
"Kalau macam tu, esok kita makan tengah hari sama-sama boleh? Esok uncle tak ada yang urgent. Uncle balik awal, nanti boleh auntie masakkan lauk kampung" cadang Dato' Abbas. Qaseh yang berada di hadapan Qais sudah tegak memandang Qais. Aik, baik sangat ayah dengan Qais ni, macam dah kenal lama.
"Er.. tak menyusahkan uncle dan auntie ke?" kata Qais pula.
"Alah, masak je pun Qais. Bukan susah mana" sambut Datin Adawiyah pula.
"Datang ye, lagipun uncle ada nak bincang dengan Qais. Hari ni macam tak sempat. Esok kita borak lama sikit" kata Dato' Abbas. Nak tak nak, kepala Qais anggukkan juga. Bimbang pula bila difikirkan mengenai perkara yang bakal dibincangkan nanti. Qaseh yang mendengar sudah tidak senang duduk. Ayah nak bincang apa pula dengan Qais.
Setelah selesai makan malam, Qais minta diri ke bilik untuk menukar pakaian kerana sudah lewat malam dan mahu pulang. Sebaik Qais menghilang ke dalam bilik. Laju Qaseh melangkah ke arah Dato' Abbas yang sudah pun berada di ruang tamu. Tak padan dengan kaki sakit, laju kaki tu melangkah.
"Ayah! ayah nak tanya apa pada Qais?" soal Qaseh yang sudah menempel di sisi Dato' Abbas.
"Kenapa?" soal Dato' Abbas sambil menjeling Qaseh yang berada di sisinya.
"Tak la.. saja tanya" jawab Qaseh sambil jari menguis lengan Dato' Abbas.
Tidak lama Qais yang sudah siap menukar pakaian melangkah ke arah Dato' Abbas dan Qaseh, waktu itu Datin Adawiyah baru sampai dari dapur.
"Uncle, auntie. Saya minta diri dulu. Terima kasih makan malam tadi" kata Qais yang sudah berdiri di sisi Dato' Abbas dan Dato' Abbas pantas berdiri dan melangkah bersama-sama Qais ke muka pintu. Manakala Qaseh pula memegang lengan Datin Adawiyah yang turut melangkah ke arah yang sama.
"Uncle dan auntie yang patut ucapkan terima kasih pada Qais sebab dah bantu Q" kata Dato' Abbas sambil menepuk perlahan bahu Qais.
"Eh, perkara kecil je tu" kata Qais.
"Perkara kecil apa kalau dah sampai Qais sendiri pun cedera" kata Dato' Abbas. Qaseh yang mendengar sudah mendung wajahnya. Datang kembali rasa bersalah itu.
"Jangan cakap macam tu uncle. Sungguh, perkara kecil saja tu" balas Qais sambil menjeling pandang pada Qaseh.
"Saya gerak dulu ya uncle, auntie, Qaseh." kata Qais lalu menghulur salam pada Dato' Abbas. Qais kemudian melangkah keluar lalu menyarung kasut dan terus menghilang ke dalam perut kereta. Cermin sebelah penumpang diturunkan dan salam diberi. Tidak lama kereta Qais hilang dalam kegelapan malam.
Qaseh dengan dibantu Datin Adawiyah melangkah semula ke ruang tamu dan melabuhkan duduk. Datin Adawiyah pula terus ke dapur untuk menyediakan air buat Dato' Abbas.
"Q" panggil Dato' Abbas sebaik duduk di labuhkan di single seater.
"Ya" Qaseh menoleh pada Dato' Abbas.
"Apa yang berlaku sebenarnya siang tadi?" soal Dato' Abbas ingin tahu. Qaseh kemudian menceritakan apa yang berlaku tanpa meninggalkan satu pun butiran kejadian. Dato' Abbas yang mendengar hanya diam sahaja sebaik Qaseh selesai bercerita.
"Abang, saya risaukan keselamatan Qaseh" kata Datin Adawiyah yang telah pun berada di sisi Qaseh.
"Abang ada masalah dengan sesiapa ke?" soal Datin Adawiyah lagi. Dato' Abbas yang mendengar hanya diam tidak bersuara tetapi wajahnya berkerut-kerut seakan sedang memikirkan sesuatu.
"Abang pun tak pasti Wiyah. Abang bukannya baru dalam business ni. Susah nak jangka siapa" kata Dato' Abbas lalu menyandarkan tubuhnya ke belakang.
"Q, ayah nak Q rehat dulu di rumah dua tiga hari. Isnin depan baru masuk office semula" kata Dato' Abbas.
"Projek di Putrajaya tu macam mana?" soal Qaseh. Siapa pula yang nak ambil alih.
"Yang tu ayah akan minta Faizal yang uruskan" kata Dato' Abbas.
"Faizal?" soal Qaseh. Ayah ni tak serik-serik ke dengan apa yang Faizal dah buat sebelum ni.
"Kenapa?" soal Dato' Abbas kembali.
"Ayah percaya ke Faizal tu?" soal Qaseh pada Dato' Abbas yang dilihat masih terpejam matanya dari tadi.
"Dah tu Q nak siapa yang uruskan? Ratib? admire Q tu?" soal Dato' Abbas lalu tubuh ditegakkan dan mata tepat memandang Qaseh.
"Admire?" soal Datin Adawiyah.
"Apa ayah cakap ni?" soal Qaseh tidak faham. Apa benda pulak admirenya si Ratib ni. Ish!
"Q, you're old enough. Takkan tak boleh nak faham dengan Ratib. Dari kecil lagikan Q membesar dengan dia" kata Dato' Abbas.
"Tapi Q tak pernah ada perasaan pada abang Atib" sangkal Qaseh.
"Ayah rasa, jalan yang mudah. Baik ayah satukan Q dengan Ratib" kata Dato' Abbas lalu terus bangun meninggalkan Qaseh yang terpinga-pinga. Datin Adawiyah pula sudah laju mengekori Dato' Abbas.
"Satukan? kahwin? dengan Ratib?" soal Qaseh sendiri. Apa ayah ni, tak ada angin tak ada ribut dah kenapa tiba-tiba cakap pasal abang Atib pulak.
"Q tak nak abang Atib.. Q nak Qais!" jerit Qaseh. Bergema ruang tamu itu. Mak Teha yang sedang mengemas di dapur, terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu mendapatkan Qaseh apabila mendengar jeritan yang kuat itu.
"Q, kenapa ni?" soal Mak Teha yang termengah. Iyalah, orang tua bila berlari, mana tak mengahnya.
"Q tak nak kahwin dengan abang Atib! Q nak kahwin dengan Qais.." adu Qaseh pada Mak Teha. Terpinga-pinga orang tua itu.
"Q.. dah malam ni, tak elok anak dara jerit-jerit macam ni" kata Mak Teha sambil mengusap lembut belankang Qaseh.
"Ayah tu.." muncung-muncung bibirnya.
"Mak Teha pimpin Q naik ke bilik nak, esok bincang baik-baik dengan ayah ya" pujuk Mak Teha sambil membantu Qaseh berdiri. Manja sungguhlah..
Share this novel