Bab 2

Romance Completed 137990

"Hello G, ada mana?" soal Q setelah selesai urusan dengan pengadu yang membuat laporan samun tadi.

"Ada dok bawah ni. Tuan nak pi dah ka?" soal Fauzi.

"Ya, kalau macam tu awak tunggu, saya turun sekarang" balas Q lalu bangun dari kerusi.

Jaket dark brown diambil dan disarung pada tubuh tinggi lampainya itu. Sekali orang pandang dah macam pemain basketball, mana taknya tingginya 180cm, belum tengok lengannya yang besar tu, bekas pemain ragbi la katakan tapi selepas kejadian itu, Q sudah tidak libatkan diri dengan apa-apa sukan, dia lebih suka hiking dan biasanya Sand la yang diangkutnya.

Buku siasatan di rak dicapai dan fail dimasukkan ke dalam beg sandang dan dizip rapat lalu digalas. Cap hitam diambil dan dipakai. Ankle boot dirak dicapai lalu disarung pada kaki. Pintu pejabat ditutup rapat sebelum kaki melangkah keluar.

"Q, mana?" soal Sand yang waktu itu sedang berurusan dengan sorang pengadu perempuan.

"Keluar siasat" balas Q sepatah lalu terus melangkah meninggalkan pejabatnya.

"Er.. Puan. Siapa tu?" soal perempuan si hadapan Sand. Terhenti tangan Sand yang sedang menaip lalu memandang wajah yang bertanya.

"Kenapa?" soal Sand. Kalau tak cakap pun macam tau je..

"Handsome tapi muka serius sangat" komen perempuan tadi. Sand hanya tersenyum. Tau dah.. itu la ayat yang selalu dengar. Bukan tak ada pegawai perempuan dan anggota perempuan yang cuba nasib mahu rapat dengan Q, tapi itu lah.. siapa tak kenal dengan Q, pegawai lelaki yang serius dua puluh empat jam. Sampai ada gelaran unik, Q tu maknanya Qetat. Hm.. nasib kau la Q..

Rasanya dia seorang la kot yang boleh dikatakan rapat dengan Q, itu pun sebab skuadmate, sama-sama posting di IPD ni.

+++

"Kita nak ke mana Tuan" soal Detektif Ray yang sudah sedia di tempat pemandu pada Q di sebelahnya manakala Fauzi pula ada di penumpang belakang.

"Sini" balas Q sambil menghulurkan salinan laporan polis yang dibuat pengadu tadi.

"Okay, kita gerak" kata Detektif Ray setelah meneliti butiran dalam laporan polis itu dan diserah semula lada Q. Pedal ditekan dan kereta meluncur menuju ke pintu pagar IPD. Anggota pondok pengawal yang bertugas memberi hormat senjata pada Q sebaik kereta dipandu Detektif Ray melalui di hadapan pondok. Q mengangkat tangan tanda terima.

"Ada suspek ke Tuan?" soal Detektif Ray yang sedang memandu.

"Ada dua tapi pakai topeng" balas Q sambil menoleh pandang pada Detektif Ray.

"Banyak ke kerugiannya? dalam laporan ni tak dinyatakan" soal Detektif Ray lagi.

"Tak sangat, dalam dua ribu kalau total sekali rokok yang diambil" kata Q.

Tidak lama, ketiga-tiga mereka sampai di lokasi iaitu kedai mini market dua puluh empat jam. Detektif Ray meletakkan kereta yang berlambang polis itu di tempat parking berhampiran lokasi kejadian. Q melangkah keluar dari kereta, begitu juga Detektif Ray dan Fauzi.

Q memerhatikan di sekitar kedai untuk melihat jika ada CCTV dari kedai berhampiran yang dapat membantu pihak polis untuk mengesan kenderaan yang dinaiki suspek. Setelah diteliti ada sebuah kamera di kedai menjual pakaian selang sebuah dari tempat kejadian. Butiran alamat kedai ditulis pada fail yang dibawa. Kemudian kaki melangkah masuk ke dalam kedai yang menjadi lokasi kejadian.

"G, dapat cap jari?" soal Q pada Fauzi yang sedang melakukan dusting di mesin tunai dan cermin kabinet yang menempatkan rokok di belakang kaunter.

"Setakat ni ada empat Tuan tapi sat lagi saya try kat tempat len pulak. Ada dua tiga tempat juga yang suspek ni sentuh" balas Fauzi dengan loghat utaranya.

"Okay" balas Q lalu melangkah ke arah Ray yang sedang memeriksa rakaman CCTV di dalam bilik di bahagian dalam kedai.

"Ray, anything?" soal Q.

"Ada kelibat dua lelaki Tuan sama macam yang dimaklumkan pengadu tapi muka tak dapat nak lihat sebab pakai ski mask. Pakaian t-shirt dan seluar jeans biasa, tiada yang dapat membantu" kata Detektif Ray sambil jari berlari-lari di atas keyboard.

"It's okay. Copy masuk pendrive" arah Q kemudian kaki terus melangkah ke ruang kedai. Beberapa lakaran dan penandaan dibuat dalam buku catatan yang dibawa. Q kemudian memanggil pengadu tadi untuk mendapatkan butiran tepat mengenai kedudukan barang yang hilang serta dokumen yang berkaitan.

"Tuan" panggil Fauzi.

"Ya, dapat berapa?" soalnya sambil melangkah ke arah Fauzi yang sedang tagging cap jari yang diambil.

"Dapat lapan, tapi hat cantik ada empat ja" balas Fauzi lalu menunjukkan lifting tape yang diambil cap jari tadi. Q mengambil lifting tape dan memerhatikan cap jari yang ada.

"Good, hantar ke D6 untuk semakan rekod dan perbandingan" kata Q.

"Cik, ni semua dah boleh kemas. Lap dengan wet tissue atau air sabun sebelum lap dengan kain bersih. Chemical ni, bahaya" pesan Fauzi pada pemilik kedai yang membuat laporan tadi.

"Gambar dah ambil?" soal Q pada Fauzi yang sedang berkemas. Mask dan glove dibuka lalu dibuang ke dalam tong sampah. Mask perlu dipakai kerana partikel halus fingerprint black powder bahaya pada kesihatan kerana mudah masuk ke paru-paru melalui pernafasan.

"Dah, semua dah siap. Sat ni sampai office, saya burn CD lepaih tu saya kat Tuan" kata Fauzi.

"Okay thanks" balas Q. Tidak lama Detektif Ray melangkah menghampiri Q dan Fauzi.

"Siap?" soal Q pada Detektif Ray. Hanya anggukan yang diberi pada Q tanda semua sudah settle.

"Cik, saya balik dulu. Jika ada apa-apa, saya akan hubungi Cik lagi" kata Q pada pemilik kedai itu.

"Terima kasih Tuan" balas lelaki itu.

"Ray, jom ke sebelah. Ada CCTV" ajak Q lalu mendahului langkah.

Kali ini rakaman CCTV yang diperolehi dapat juga membantu kerana daripada rakaman tersebut dapat melihat dengan jelas jenis kenderaan yang digunakan oleh suspek. Setelah selesai siasatan di lokasi kejadian Q mengajak Fauzi dan Detektif Ray ke Starbucks. Dahaga pula tekaknya. Sebaik sampai ketiga-tiga mereka memesan air masing-masing. Tidak lama nama dipanggil dan air diambil.

"Terima kasih Tuan. Lega tekak dapat ayaq sejuk ni. Dahaga tak mau-mau" kata Fauzi setelah air masuk ke tekak.

"Saya yang patut ucap terima kasih, rasanya ni dah kali keempat kita keluar siasat hari ni" kata Q sambil meneguk minumannya. Tiba-tiba terbatuk-batuk Q. Kalut Detektif Ray dan Fauzi bila melihat Q begitu, nak gosok belakang macam tak kena pulak.

"Eh, kenapa Tuan. Air panas sangat ke?" soal Detektif Ray.

"Awat Tuan, ayaq panaih ka?" soal Fauzi pula.

Q sudah memerah wajahnya kerana air masuk ke hidung, kalut tangan mengambil tissue dari poket beg. Terhenti terus langkah ketiga mereka.

"Macam mana boleh silap ni, tadi saya minta americano, macam mana boleh jadi hot chocolate pulak?" marah Q.

"Eh, biar betul. Sini Tuan, saya tengok. Rasa tadi betul dah Tuan ambil nama Q" minta Detektif Ray pada Q. Dilihat pada cup yang diserahkan padanya ada ditulis huruf 'Q' tapi ada tambahan huruf 'P' pulak di tepi.

"Aik! awat ada huruf P pulak kat tepi ni?" soal Fauzi yang turut sama melihat cup di tangan Detektif Ray.

"Sini" minta Q setelah pedih pada tekak dan hidung berkurangan. Dah kenapa pula ada P?

"Mai sini, saya pi tanya sat" kata Fauzi lalu mengambil cup yang dipegang Detektif Ray lalu melangkah ke arah Starbucks tadi. Tak sampai lima minit, Fauzi kembali.

"Tuan, depa habaq Tuan salah ambik" kata Fauzi.

"Tapi depa dah ganti len, ni ha. Americano" sambung Fauzi lagi sambil menyerahkannya pada Q. Q dah pelik, silap ambil?

"Apa yang silap? kan ada nama saya pada cup tu, Q kan" soal Q pada Fauzi.

"Dak, hat Tuan punya depa tanda huruf Q dengan huruf L. Hat tadi tu huruf Q dengan huruf P" terang Fauzi.

"Eh kau ni, apa yang Q L apa yang Q P? tak paham aku" kata Detektif Ray sambil kepala digaru.

"Ish, senang cerita lagu ni. Q L untuk Tuan Q. Yang Q P tu ada customer lain nama dia Q juga tapi perempuan" terang Fauzi.

"Oo.. ada juga orang lain nama Q ingat Tuan Q seorang je" kata Detektif Ray. Q yang yang mendengar dah menjeling. Terus terkemam bibir Detektif Ray bila dijeling begitu.

"Dah, jom balik pejabat" kata Q lalu membuka langkah ke arah kereta tadi.

+++

"Baru balik ke Q" soal Sand apabila melihat Q yang baru sampai dan menghilangkan lelah di kerusi.

"Haah.. penat betul la hari ni. Tah siapa yang tak mandi pun tak tau, kes bertalu-talu" balas Q yang sudah terpajam matanya sambil tersandar di kerusi.

Sand yang melihat hanya menggeleng.

"Kau nak pesan apa-apa tak? aku nak keluar tapaw ni" tanya Sand pada Q. Kasihan melihat rakannya itu. Macam ni la tugas Pegawai Penyiasat Jenayah. Kalau time rezeki lebih tu, macam hari ni la. Kes bertali arus, nak tepis pun tak sempat..

"Kau belikan aku bubur nasi dah la dengan kopi o, kaw punya" balas Q dengan mata yang masih terpejam.

"Okay, roger" balas Sand lalu melangkah keluar dari pintu pejabat tingkat satu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience