Completed
137990
"Q, Qais. Duduk" pelawa Dato' Abbas. Qais dan Qaseh mengambil tempat duduk.
"Ayah panggil Qais dan Q datang bukan sebab nak bincang mengenai masalah Faizal, itu pandai-pandai dia uruskan sendiri. Ayah tak nak ambil tahu." kata Dato' Abbas sambil melabuhkan duduk.
"Qa ingat tak ayah ada bagitau nak buat annual dinner syarikat?" soal Dato' Abbas pada Qaseh. Qaseh angguk.
"Ayah cadang nak buat majlis tu awal bulan depan dan dalam majlis tu nanti ayah nak kenalkan kamu berdua ni sebagai suami isteri. Ramai yang tak tahu mengenai perkahwinan ni." kata Dato' Abbas sambil bergilir pandang pada Qais dan Qaseh.
"Saya tak ada masalah" kata Qais.
"Q pun. Cuma.." kata Qaseh lambat-lambat.
"Cuma apa?" soal Dato' Abbas sudah tegak memandang Qaseh.
"Boleh tak minggu depan Q masuk kerja. Q dah sihat, bosanlah ayah duduk kat rumah" pinta Qaseh.
"Kamu dah betul-betul sihat ke? lagi pun, dah tanya Qais?" soal Dato' Abbas. Qaseh memandang Qais di sisinya.
"Qaseh dah sihat.. abang, boleh tak sayang nak kerja?" soal Qaseh sambil memegang tangan Qais.
"Sayang okay ke ni, nak kerja?" soal Qais pula. Qaseh laju angguk.
"Ikut sayanglah tapi makan kena jaga" kata Qais. Besar senyum Qaseh.
"Thanks abang" balas Qaseh suka. Dato' Abbas geleng kepala. Qaseh.. Qaseh..
"Abang dah setuju, jadi minggu depan Q mula kerja ya. Q dah sihat cuma kena jaga makan je" kata Qaseh.
"Makan memang kena jaga tapi apa yang kena pantang, jangan lupa" kata Datin Adawiyah yang dari tadi hanya menjadi pendengar.
"Boleh Qais?" soal Datin Adawiyah. Eh, kenapa aku pulak.
"Pantang bukan pada makan je, yang itu pun kena pantang" pesan Datin Adawiyah. Oh.. yang itu. Merah wajah Qais, tengkuk digosok perlahan. Aduh.. itu yang tak boleh tahan tu..
"Baik Mak Uda" balas Qais dengan senyum senget. Qaseh dah ketawa.
"Lagi pun ayah, elok juga Q kerja. Boleh mak balik kampung, kesian pada mak dok fikirkan rumah di kampung lama sangat tinggal" kata Qaseh.
"Iya lah. Dah tu, rumah siapa yang tengokkan?" soal Dato' Abbas.
"Mak Nah ada tolong tengokkan tapi tau je la orang tua, tetap risau dengan rumahnya tu" kata Qais.
"Minum lah dulu, sembang-sembang juga. Air dah sejuk dah" pelawa Datin Adawiyah.
Hari ini sudah nak masuk dua minggu Qaseh kembali bekerja, Puan Adalila pula sudah pulang ke kampung. Qais seperti biasa sibuk dengan tugasnya. Faizal? Telah diberi notis berhenti dari syarikat selepas dijamin di Mahkamah. Faizal tidak mengaku bersalah dengan tuduhan mencederakan dan kes tersebut akan dibicarakan, manakala kes viral mengenai Puan Hamidah pula sudah selesai apabila Puan Hamidah muatnaik video mengenai apa yang berlaku.
"Q" panggil Sand. Semenjak makin dekat dengan majlis kahwin ni, makin berseri.
"Sand, nak ke mana?" soal Qais yang berada di kerusi pejabatnya.
"Aku nak bagi ni" kata Sand lalu menghulur kad kahwinnya Qais. Qais senyum. Kad dikeluarkan dari sampul.
"Sandra Armine" Qais menyebut nama Sand.
"Dah lama aku tak dengar orang sebut nama penuh macam tu" kata Sand lalu melabuhkan duduk.
"Tuan Syam okay?" soal Qais. Sand senyum.
"Aku bersyukur sangat, walaupun dia tahu aku ni anak yatim dan tak tahu asal usul tapi dia tetap terima aku" kata Sand.
"Sand, aku kan ada. Keluarga aku dah macam keluarga kau dah. Jangan la cakap macam tu" laju Qais membalas.
"Hm.. aku tanya sikit boleh?" soal Qais. Sand ketawa.
"Sejak bila jadi sopan pula ni. Biasa tu main serbu je" usik Sand. Qais ketawa perlahan.
"Kau tak cuba cari siapa keluarga sebenar?" soal Qais sambil menyimpan semula kad kahwin di dalam sampul.
"Aku nak cari di mana Q? waktu aku ditinggalkan tu umur aku baru tiga tahun. Pertunjuk apa yang aku boleh guna? Puan Shima yang jumpa aku pun dah meninggal, mak angkat aku pun dah lama tak ada. Aku dah malas Q" balas Sand.
"It's okay, Sand. Tak lama lagi, kau ada keluarga sendiri. Aku doakan kau bahagian bersama Tuan Syam hingga ke syurga. Amin.." kata Qais dan Sand juga turut mengaminkannya.
"Kau jangan lupa datang ya, buat di kampung Tuan Syam" pesan Sand lalu bangun melangkah keluar mahu meninggalkan pejabat Qais.
"In sha Allah. Thanks, jemput aku" kata Qais. Sand toleh.
"Gila, takkan aku tak jemput!" kata Sand lalu ketawa lepas.
"Eh, lupa pula aku. Tiga hari lepas majlis kau, ayah Qaseh buat annual dinner merangkap majlis nak kenalkan aku dan Qaseh. Kau datanglah sekali dengan suami" kata Qais.
"Suami?" soal Sand. Macam best pulak.
"Dah, tak payah nak senyum sangat. Dah nampak macam orang kemaruk nak kahwin pula" usik Qais.
"Oit, kau ni... dah la, aku nak balik dulu. Hari ni dah mula cuti" kata Sand.
"Hati-hati, darah manis tu" usik Qais lagi. Sand tunjuk penumbuk.
+++
“Oit, jauh menung” tegur Sand sambil bahunya disenggol pada bahu Qais yang berada di beranda rumah memerhatikan pekerja katering mengemas bekas makan selepas majlis kenduri tadi.
“Sekejap rasa masa berlalu kan. Dah kahwin pun kau..” kata Qais dengan pandangannya masih lagi memerhatikan ke bawah khemah. Sand menjeling Qais di sisi.
“Ye lah, ingat kenangan masa di pusat latihan dulu” kata Sand.
“Time outing mesti kau sibuk nak ikut aku dengan Chet. Sampai ada yang cakap kita couple” kata Qais.
“Haah kan. Yang tak tahan hari-hari pelatih perempuan kat kompeni mintak aku sampaikan salam dengan surat cinta pada kau! tapi satu pun kau tak terima” Sand mengiyakan sambil ketawa.
“Tapikan apasal kau tak terima Chet? Chet handsome, sado apa, boleh tahan poket tebal jugak tu” soal Qais sambil menyiku Sand yang berdiri di sisinya.
“Memang la handsome dengan sado tapi katik” Sand dah ketawa. Qais juga sama.
“Kemain mengata Chet kau kan, tau la Chet tu pendek!” kata Qais. Sand lepas tawa.
“Tapi ada hati nak ayat aku” Sand sambung tawa.
“Yang aku tak boleh lupa tu, boleh pula kita sama-sama kena CB. Yang tak tahan tu bila tengok muka kau bengkak dengan lebam, bergaduh dengan skuad leader sebab benda bodoh” Sand menambah sambil geleng kepala.
“Aku okay la juga gaduh sebab kasut rendam lupa basuh, yang kau tu bertumbuk sebab rebut meggie” Qais dan Sand ketawa bergabung.
"Sampai dah passing-out pun kita masih bersama, dapat pula satu IPD. Memang jadi bahan la kita" Sand mengiyakan.
"Kau pun satu, mana aku pergi asyik nak mengekor.. je. Dah kat IPD pula cakap kita ni ada something special" kata Qais pula. Kemudian Qais tiba-tiba senyap.
“Kau dah kenapa tiba-tiba senyap?” soal Sand.
“Aku minta maaf pasal kau nyaris jadi mangsa dulu” kata Qais perlahan sambil memandang Sand. Sand geleng.
“Kan aku dah cakap, tak payah ingat. Benda lepas kan, aku tak ambil hati. Kosong-kosong. Kalau bukan sebab kau selamatkan aku dari jatuh gaung masa jalan lasak dulu, aku tak ada kat sini sekarang” balas Sand.
“Ye la, kalau tidak tak kahwin la Tuan Syam kita tu” usik Qais. Sand tumbuk bahu Qais.
“Oit, dah jadi isteri orang ni cuba lembah lembut sikit. Takut Tuan Syam dapat isteri ganas” usik Qais lagi.
“Kurang asam kau” marah Sand.
“Tu abang sayang kau dah datang sini, jangan dia jealous sudah” kata Qais sambil menunjukkan dengan bibirnya.
“Tak ada maknanya. Dia tahu aku dengan kau macam mana. Kau sakit, aku sedih” kata Sand.
“Kau senyum, aku gembira” sambung Qais pula.
“Ingat lagi kau dengan ayat tu” kata Sand.
“Of course la, kitakan buddy” balas Qais.
“Tuan” sapa Qais sebaik Syam tiba di sisi Sand.
“Sorry Tuan Syam, lama pula saya pinjam Sand” Kata Qais. Syam senyum.
“No wonderlah ada yang salah anggap awak dan Sand ada hubungan istimewa” kata Syam. Qais dan Sand berbalas pandang lalu senyum.
“Qais banyak bantu anak yatim macam saya” kata Sand.
“No, Sand yang banyak bantu saya sampai jadi orang. Kalau Sand tak ada, tak tahulah saya jadi apa sekarang” kata Qais. Syam angguk senyum. Ingat pula dia pada sahabatnya Aniq. Susah senang, itulah sahabatnya. Aniq dan Yus baru sahaja pulang, anak sudah meragam. Nak tidurlah agaknya tu.
"Tu, Q kau dah datang. Nak ajak balik la tu" usik Sand pula. Qais senyum menanti Qaseh menghampirinya.
Share this novel
sandra armine adik fahad gibran