Completed
137990
Qais termangu di situ. Bila difikirkan balik ada logik juga pada apa yang Sand cakapkan tadi. Tapi.. tetap ada rasa was-was. Siapa yang bukakan baju Qaseh? Ah.. serabutnya. Daripada fikir benda ni baik buat kerja. Ada juga baiknya. Fail yang bertimbun di atas meja satu-satu disemak dan dilengkapkan sebelum dihantar ke bahagian rekod. Sibuk buat kerja tidak sedar sudah sampai waktu tengah hari. Teringat pula pada Qaseh. Dah pandai nak belajar memasak. Tapi kau yang sombong, tak nak rasa nasi goreng Qaseh. Duh.. Perut berbunyi..
Selepas makan di gerai depan IPD, Qais pulang semula ke pejabat untuk disiapkan kerja yang masih ada. Hampir jam empat setengah petang baru dia teringat kereta Qaseh ada di rumah ayah. Pasti Qaseh naik grab pagi tadi. Tidak membuang masa terus dicapai helmet dan jaket lalu disarung pada tubuh dan kepalanya. Satu lagi helmet yang memang sedia ada di pejabatnya turut dibawa bersama. Harap-haraplah Qaseh pakai seluar hari ni. Tapi rasanya semenjak berkahwin, Qaseh sudah menjaga sedikit pakaiannya, kerap memakai seluar panjang atau skrit labuh sahaja.
Laju motorsikal menderum pergi. Dari jauh Qais nampak Qaseh berdiri di hadapan bangunan pejabat, kepala terjenguk-jenguk. Pasti sedang menanti grab. Laju trotel dipulas, belum sempat sampai dilihat ada sebuah kereta berhenti berhampiran Qaseh dan ada lelaki keluar. Dr. Haiqal! Tidak lama Dr. Haiqal bukakan pintu untuk Qaseh dan sambil tersenyum Qaseh melolos masuk. Sakitnya hati.. kuat handle digenggam. Tanpa Qaseh sedari, Qais mengekori kereta Dr. Haiqal dari belakang.
"Thank Dr. Haiqal, tolong hantar saya" ucap Qaseh lalu melangkah keluar dari kereta. Waktu itu, Qais hanya berhenti agak jauh di luar kawasan rumah.
"It's okay, small matters. Saya balik dulu. Kirim salam pada Uncle dan Auntie" kata Dr. Haiqal lalu terus berlalu meninggalkan kawasan rumah. Qaseh kemudian melangkah masuk ke dalam rumah bersama salam diberi.
"Assalamualaikum" ucap Qaseh.
"Eh, Qaseh. Sorang je?" soal Datin Adawiyah. Qaseh terus menghampiri Datin Adawiyah dan dipeluk tubuh wanita itu.
"Dah kenapa pula ni.." soal Datin Adawiyah sambil mengusap belakang Qaseh.
"Lapar.." adu Qaseh dengan wajah monyok.
"Lunch tadi tak keluar makan ke?" soal Datin Adawiyah setelah tubuhnya dilepaskan Qaseh. Laju kepala digeleng.
"Dah, duduk. Kebetulan Mak Uda ada masakkan asam pedas. Nanti Mak Teha sendukkan nasi dengan gulainya" kata Datin Adawiyah.
"Kak Teha, tolong sendukkan nasi dengan gulai untuk Qaseh. Anak bertuah ni tak makan lagi" senyum besar Qaseh bila Datin Adawiyah panggil dia begitu. Tidak lama Mak Teha datang membawa nasi dan gulai.
"Suap" pinta Qaseh. Datin Adawiyah dan Mak Teha dah tergeleng. Perangai tak ubah.
"Manja tak ubah-ubah" kata Datin Adawiyah sambil mula menyuap nasi berlaukkan asam pedas pada Qaseh. Kembung-kembung pipinya. Suka sangat la tu.
"Ni beg apa" tanya Datin Adawiyah sambil menyuap nasi pada Qaseh. Terus dimuncungkan bibirnya.
"Q masak nasi goreng" kata Qaseh perlahan.
"Nasi goreng? amboi.. mesti sedap. Nanti boleh masakkan untuk Mak Uda pulak" ceria wajah Datin Adawiyah tapi Qais pagi tadi.. apa reaksi pun tak beri, usah kata nak jamah. Terus sebak Qaseh. Tercekik rasa tekak nak telan nasi.
"Qaseh.." panggil Datin Adawiyah. Sudu dan garfu diletakkan di tepi pinggan. Air kosong disuakan pada Qaseh. Perlahan air diteguk bersama nasi ditelan. Mengalir air mata di tubir mata.
"Kenapa ni?" soal Datin Adawiyah sambil mengusap rambut Qaseh.
"Q masak nasi goreng untuk Qais tapi dia tak makan pun, dah la tak makan, tak ada langsung nak hargai usaha Q masak. Ingat dapat bagi Qais rasa masakan pertama Q" perlahan Qaseh berkata dengan wajah yang tertunduk. Datin Adawiyah mengeluh perlahan.
"Qaseh.. mungkin Qais nak cepat tak sempat nak makan nasi goreng yang Qaseh buat. Apa kata balik ni Qaseh masak sesuatu untuk Qais. Mesti dia makan" pujuk Datin Adawiyah.
"Tapi.. sejak balik dari kampung hari tu, Qais dah lain. Dia macam tak nak layan Q" kata Qaseh sedih.
"Kenapa jadi macam tu?" soal Datin Adawiyah.
"Q rasa mesti sebab bekas tunang dia datang jumpa Qais hari tu. Tah-tah dia nak balik pada bekas tunang dia. Macam mana ni Mak Uda.. Q tak nak. Qais, Q punya!" Qaseh dah mengongoi. Datin Adawiyah garu kepala. Aduh..
"Qais ada cakap yang dia nak kembali pada bekas tunang ke?" soal Datin Adawiyah. Qais ni jangan cari pasal. Kahwin sebulan pun tak sampai, nak buat perangai.
"Tak ada pun" balas Qaseh.
"Tapi kenapa dia macam nak elak Q je.. Q nak cium tangan pun Qais tak nak, laju je dia tarik" adu Qaseh lagi. Ish, berat ni.. kerut-kerut dahi Datin Adawiyah berfikir.
"Hah, macam ni. Tak susah pun Qaseh. Sini" Datin Adawiyah panggil Qaseh lalu dibisikkan pada telinga Qaseh. Memerah wajahnya.
"Mak Uda! apa ni.. tak kan Qaseh kena buat macam tu? tak nak lah" Mak Uda ni.. tah apa-apa idea dia bagi.
"Qaseh cuba dulu.." kata Datin Adawiyah lagi.
"Mak Uda pernah buat macam tu pada ayah ke?" soal Qaseh sambil menarik pinggan nasi dan menyuap nasi ke mulut. Bila dah lega sikit, rasa lapar la pulak.
Tersedak Datin Adawiyah dengan soalan Qaseh.
"Dah, jangan nak pusing cerita. Makan cepat. Ni balik sini semata-mata nak makan ke macam mana ni?" soal Datin Adawiyah menutup gugup.
"Q nak ambil kereta Q dengan ada sikit baju-baju Q" kata Qaseh yang masih dengan nasi dan gulai asam pedasnya.
"Hah, ye lah. Dah makan cepat balik. Nanti Qais cari" kata Datin Adawiyah.
"Macam halau Q je.." Qaseh dah muncung. Ketawa Datin Adawiyah.
"Bukan halau, isteri nak keluar rumah kena bagitau suami" kata Datin Adawiyah.
"Qaseh datang sini, Qais tau ke?" soal Datin Adawiyah lagi. Qaseh gelengkan kepala.
"Dah, makan cepat. Lepas tu naik atas kemas barang. Balik" arah Datin Adawiyah.
Setelah siap berkemas, Qaseh turun ke bawah bersama Datin Adawiyah dan kebetulan Dato' Abbas baru sampai.
"Ayah" tegur Qaseh lalu bersalam dengan Dato' Abbas manakala Datin Adawiyah pula macam biasa mengambil suit dan briefcase.
"Ayah, Q balik dulu. Datang ambil kereta dengan pakaian sikit" kata Qaseh pada Dato' Abbas lalu terus keluar rumah.
"Ye lah, hati-hati memandu" pesan Dato' Abbas.
+++
Qaseh melangkah keluar dari kereta miliknya lalu ke bahagian belakang kereta untuk mengambil beg yang mengandungi pakaian yang diambil dari rumah ayah. Ditoleh ke tempat kosong yang menjadi kebiasaan Qais meletakkan motorsikalnya. Hm.. tak balik lagi. Qaseh mengambil beg lalu terus ke pintu setelah kereta dikunci. Bekas makanan tadi di letakkan di dapur kemudian kaki melangkah terus ke tingkat atas.
Beg diletakkan di tepi closet, tiba-tiba terdengar pintu bilik dibuka. Ditoleh sekilas pada Qais. Tanpa membuang masa Qaseh terus menanggalkan pakaiannya satu-satu hingga tinggal yang dalam sahaja. Kemudian dengan tanpa rasa bersalah, dengan bersahaja dia berjalan menuju ke penyangkut untuk mengambil tuala lalu melangkah masuk ke bilik air. Terkaku Qais yang berdiri di depan pintu bilik melihat tindakan Qais. Kuat jantungnya bekerja.
Qais kemudian melangkah ke arah closet lalu mengambil pakaian dan tuala lalu ke bilik tetamu untuk membersihkan diri. Hampir dua puluh minit setelah selesai mandi dan berpakaian Qais melangkah masuk ke bilik. Waktu itu Qaseh baru melangkah keluar dari bilik air. Qaseh sedar yang Qais asyik memandangnya yang hanya bertuala tapi dibuat tidak tahu. Sengaja digoyangkan kepala untuk menguraikan rambutnya yang masih basah.
Dari ekor mata dilihat Qais membentangkan sejadah untuk solat maghrib. Qaseh mengambil telekung dan berlalu ke bilik closet untuk bersiap dan melangkah keluar ke arah Qais yang menanti di sejadah. Tidak lama azan berkumandang. Setelah selesai doa dibaca, Qaseh tunduk bersalam tangan Qais dan perkara sama seperti solat subuh tadi berlaku. Qaseh tidak berkata apa, lalu terus bangun dan bergerak menuju ke closet. Tidak lama Qaseh keluar dengan hanya memakai t-shirt besar yang panjangnya lebih sikit sahaja dari anunya, lehernya pula luas hingga ke bahu dan dipakai tanpa seluar.
Qais waktu itu sedang menyimpan songkok di rak terus terhenti langkahnya, songkok yang dipegang terus jatuh ke lantai. Qaseh buat tidak tahu sahaja. Kaki terus melangkah keluar dari bilik untuk turun ke dapur. Dia nak masak spaghetti. Mudah saja, telah ditanya pakcik google tadi. Bahan pula semua dah ada. Tak susah pun. Harap-harap menjadi la.
Qaseh kalut di dapur bersama apron kelabu milik Qais ditubuh. Qais waktu itu baru turun dari tangga terhenti di anak tangga paling bawah dan menoleh ke dapur.
"Hm.. wanginya. Qaseh masak ke?" waktu itu juga perutnya berbunyi.
Dalam rasa berbelah bahagi, kaki melangkah juga ke arah dapur. Sampai sahaja di dapur, dilihat Qaseh sedang berada di sinki sedang mencuci.
"Seksinya awak sayang.." kata Qais perlahan. Amboi, dah pandai sebut sayang. Laju Qais menampar mulutnya. Derhaka mulutnya ni.
Qais memandang table top. Ada spaghetti meatball. Kecur air liurnya, dah la tengah lapar. Qaseh sedar Qais sejak tadi memerhatinya di dapur. Perlahan apron ditanggalkan lalu menyangkutnya lalu menuju ke fridge dan mengeluarkan jus oren. Dua biji gelas diambil dan diletakkan di atas meja pulau, kemudian pinggan bersama sudu. Tanpa suara, Qaseh melabuhkan duduk di bar stool dan menyusun pinggan serta gelas untuk Qais lalu disendukkan spaghetti ke pinggannya dan pinggan Qais. Tanpa menunggu, Qaseh menyuapkan makan setelah doa dibaca.
Qais sudah tertelan liur. Bukan sahaja disebabkan spaghetti yang nampak lazat tapi bahagian dada Qaseh yang seksi tanpa pakaian dalam. Tanpa menuggu lama, terus duduk dilabuhkan di bar stool. Setelah doa dibaca, disuap spaghetti ke mulut.
"Sedap" kata Qais spontan.
Qaseh menyimpan senyum. Makan malam hanya senyap sunyi tanpa suara dan gurauan. Namun begitu dari ekor mata Qaseh tahu mata Qais asyik memandang dadanya. Bertambah Qais makan, habis licin spaghetti dimakan Qais. Kembang hati Qaseh. Setelah selesai makan, Qaseh mengemas meja makan manakala Qais pula sudah bergerak ke ruang tamu.
"Qaseh.." seru Qais perlahan sambil memegang dadanya. Waktu itu Qais sudah melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.
Tidak lama Qaseh datang ke ruang tamu bersama secawan mug kopi panas untuk Qais, sengaja Qaseh berdiri hampir dengan Qais sebelum tunduk meletakkan mug di atas meja kopi. Tak berkelip mata Qais memandang dada Qaseh. Laju liur ditelan, dah macam air terjun. Setelah mug diletakkan di atas meja kopi, Qaseh mengambil tempat di single sofa. Sengaja kaki disilangkan ke atas sambil mulutnya disumbat lolipop.
Qais dah tak senang duduk, tak boleh dia nak fokus pada movie yang ditayangkan. Mug dicapai dan dihirup, entah macam mana, meleleh kopi keluar dari bibir mulut. Kalut Qais mengesat dengan tangan. Qaseh buat tidak tahu sahaja, matanya masih ke arah skrin tv sambil menikmati lolipop. Simpan senyum Qaseh.
Apa yang awak buat ni Qaseh.. kuat sangat godaan awak! laju jantung mengepam darah. Kau tunggu apa lagi Qais.. Qaseh isteri kau kan. Tak payah nak fikir pasal Fly tu, cuba ingat balik apa yang Sand terangkan tu.. hati Qais hampir cair.
Hampir ke? eleh, dah bergelen air liur ditelan pun tak nak mengaku lagi. Tu mata tu, tengok mana? panties Qaseh yang warna merah renda-renda tu kan? dengan hati sendiri pun nak tipu. Ish ish ish.. sedang Qais berbicara dengan hati, dilihat Qaseh sudah meninggalkan ruang tamu dan masuk ke bilik. Makin kuat pula jantung ni berdegup, yang di bawah sana pun sibuk memberi tindakbalas. Aduh..
Share this novel