Bab 43

Romance Completed 137990

Bahu Qaseh diusap lembut kemudian dicium sekilas.

"I'm sorry Qaseh.." ucap Qais lalu dieratkan pelukan. Ubun-ubun Qais dicium lama.

"Sorry for what?" soal Qaseh sambil mendongak memandang Qais. Nafas dihela perlahan.

"I'm ignoring you lately" balas Qais.

"Abang takut untuk menyentuh sayang kerana terpengaruh dengan cerita Fly" terang Qais. Berubah riak wajah Qaseh.

"Fly? siapa tu?" soal Qaseh. Ada nada marah pada suaranya.

"Lelaki yang bawa sayang masuk ke bilik hotel" balas Qais lalu memandang Qaseh dalam pelukannya. Qaseh tersenyum. Qais dah pelik.

"Kenapa sayang senyum?" soal Qais.

"Abang-sayang. Macam best" ucap Qaseh dengan senyum manis sambil mendongak memandang Qais. Qais pamer senyum.

"Suka?" soal Qais. Qaseh angguk laju.

"Apa Fly cakap pada abang?" soal Qaseh tak puas hati.

Nafas Qais tarik dalam.

"Dia cakap sayang bekas dia" perlahan Qais tuturkan bersama rasa bersalah.

"Dia cakap macam tu? Ish, memang cari pasal Fly ni" marah Qaseh.

"So?" soal Qaseh dengan wajah tegang. Sebab tu rupanya dia tak layan aku. Ingatkan sebab si Khay tu.

"So, dah terbukti Fly menipu abang, because I'm the first" kata Qais.

"Sorry again" pinta Qais. Qaseh hanya memandang Qais tanpa kelip.

"Kenapa pandang macam tu?" soal Qais. Sudah, Qaseh marah ke.

"I want a kiss" kata Qaseh sambil dimuncungkan bibirnya. Ketawa Qais dengan karenah Qaseh. Tidak menunggu lama, pantas bibir Qaseh dipaut. Ah.. rasa tadi kembali segar. Dari bibir turun ke leher. Degupan jantung sudah tidak sekata. Dalam asyik menikmati rasa, terdengar azan maghrib berkumandang. Aduh.. terhenti tindakan Qais.

"Sayang.. mandi dulu okay" bisik Qais lalu bangun dan turun dari katil lalu mengambil tuala dan diserahkan pada Qaseh. Merah padam wajah Qaseh dengan perangai selamba Qais.

"What?" soal Qais.

"Tak ada apa" balas Qaseh lalu menyambut huluran tuala dari Qais dan terus membalut tubuhnya. Kalau tidak difikirkan maghrib, mahu saja Qais cempung Qaseh ke bilik air tapi takut terlajak pula. Sabar.. satu-satu, jangan gelojoh Qais.

Setelah selesai mandi dan solat, Qais dan Qaseh turun ke dapur untuk melihat apa yang jadi pada masakan Qaseh tadi. Mujurlah api dapur ditutup, kalau tidak mau terbakar satu rumah.

"Abang duduk kejap, sayang siapkan makan malam. Tinggal sayur dengan telur dadar je" kata Qaseh pada Qais tapi pantas Qais memaut pinggang Qaseh.

"Biar abang buat, sayang duduk sini tunggu abang siapkan okay" kata Qais lalu mengangkat tubuh Qaseh ke atas table top. Bibir Qaseh dicium sekilas.

"Okay" terseyum suka Qaseh.

Tidak sampai dua puluh minit, semuanya sudah siap.

"Come. Kita makan" kata Qais lalu tubuh Qaseh diangkat dari table top ke meja makan.

"Sedap. Kata tak pandai masak" kata Qais sebaik ayam masak merah disuap ke mulut. Qaseh ketawa.

"Baru belajar kat office siang tadi dari pakcik google" balas Qaseh.

"Pakcik google?" soal Qais sambil menggeleng. Makan malam kali ini ceria dengan gurau senda dan gelak tawa mereka berdua.

"Abang rehat di depan, sayang nak cuci pinggan. Nanti sayang bawakan kopi" kata Qaseh pada Qais yang melekap di belakangnya. Ish, nak bergerak pun susah.

"Tak apa, abang nak tunggu sayang" balas Qais sambil dagu disangkut pada bahu Qaseh.

"Ni bukan tunggu.. ni ganggu.." balas Qaseh sambil menggeleng. Orang nak buat cepat, kalau dah melekat macam ni, mana nak cepatnya. Lambat, lagi ada.

"Abang tak kacau pun, sayang cuci je pinggan tu" balas Qais lagi. Haru sungguh la..

"Memang tak kacau, tapi kalau dah melekat macam kena gam gajah ni.. kacau la namanya" kata Qaseh lalu menoleh pada wajah Qais di sisinya. Akhirnya siap juga pinggan dicuci. Setelah tangan dikeringkan, tubuh dipusing mengadap Qais. Kedua-dua tangan naik memegang pipi Qais kemudian bibir seksi itu dicium sekilas.

"Okay, done" kata Qaseh.

"Abang nak air tak? sayang nak buatkan?" soal Qaseh.

"Kopi O panas" balas Qais lalu pinggang Qaseh dilepaskan dan dia berlalu ke bar stool. Dilabuhkan duduk di situ sementara menunggu Qaseh membancuh air. Setelah siap, dua mug berisi air panas dibawa ke depan. Satu coklat panas dan satu kopi o panas.

Mug diletakkan di atas meja kopi dan Qaseh melabuhkan duduk di single sofa.

"Sini la" panggil Qais bersama tangan dihulur. Qaseh yang baru nak melabuhkan duduk, tidak jadi berbuat demikian. Huluran Qais disambut dan dia menempatkan diri di sisi Qais. Tangan Qais naik memeluk bahu Qaseh sambil menghirup kopi panas.

Coklat panas sudah habis diminum. Mata pula semakin kecil, skrin tv pula sudah semakin kelam dan akhirnya gelap. Elok terlentok Qaseh dalam pelukan Qais.

"Lena dah dia.." kata Qais sambil dicuit hidung mancung Qaseh. Remote astro ditekan. Kemudian perlahan tubuh Qaseh dibaringkan di atas sofa dengan kepala dilapik bantal kecil. Qais kemudian mengambil dua mug tadi ke dapur untuk dicuci. Setelah selesai, kaki melangkah semula ke ruang tamu lalu tubuh Qaseh dicempung dan dibawa ke tingkat atas ke dalam bilik. Perlahan tubuh Qaseh dibaringkan. Rambut Qaseh dibelai lalu matanya turut pejam menjemput lena.

+++

Qais buka mata apabila terasa ada sesuatu yang merayap di dadanya.

"Qaseh. Kenapa tak tidur?" soal Qais apabila melihat mata Qaseh bulat memandangnya. Jam di dinding di jeling. Dua pagi..

"Tadi pergi toilet, lepas tu tak boleh nak tidur" balas Qaseh perlahan. Qais angguk lalu bangun mahu ke bilik air. Keluar sahaja dari bilik air, dilihat Qaseh tegak memandangnya.

"Are you okay?" soal Qais apabila tubuhnya sudah menyusup semula di bawah selimut. Tubuh Qaseh ditarik ke dalam pelukannya. Qaseh tidak membalas sebaliknya dada bidang Qais dicium lembut beberapa kali. Qais sudah terpejam mata bila rasa yang satu itu diusik kembali. Perlahan tubuh Qaseh ditindih. Rambut Qaseh dibelai dan pipi diusap. Kedua mata Qaseh dicium lembut, beralih ke pucuk hidung yang mancung dan beralih ke dua ulas bibir yang seakan memanggil untuk dinikmati. Lama keduanya bertaut, tangan Qaseh naik meramas lembut rambut Qais.

Pautan bibir dilepaskan dan leher jinjang Qaseh pula menjadi sasaran. Pakaian Qaseh dilucutkan satu persatu hingga tiada yang tinggal, begitu juga dengan dirinya. Dada putih itu digomol manakala tangannya pula pantas bergerak ke sasarannya. Menggeliat tubuh Qaseh dengan sentuhan itu.. Qais sudah tidak dapat menahan diri lagi untuk merasa kenikmatan itu lagi. Dua hati bersatu dalam hening pagi yang tenang tetapi tidak setenang dada Qais dan Qaseh yang bergelora.

+++

Qais bermain-main dengan hidung mancung Qaseh. Perlahan Qaseh membuka mata, digosok perlahan kedua matanya.

"Morning sunshine" ucap Qais bersama ciuman sekilas di bibir Qaseh. Qais pamerkan senyuman manis pada Qaseh. Qaseh terus merapatkan wajahnya pada dada Qais. Malu bila teringatkan tindakannya malam tadi. Qais ketawa lalu ditarik dagu Qaseh supaya memandangnya.

"Thanks sayang" ucap Qais. Memerah wajah Qaseh.

"Pukul berapa ni?" soal Qaseh.

"Still early, lima setengah pagi" balas Qais. Qaseh angguk dan mahu bangun ke bilik air tapi pinggangnya ditarik Qais.

"Nak ke mana?" soal Qais.

"Bilik air, nak mandi" balas Qaseh bersama selimut yang masih menutup tubuhnya. Qais senyum senget lalu pantas dia bangun dan tubuh Qaseh dicempung. Terjerit Qaseh lalu kedua tangan naik memaut leher Qais.

"Hey, apa abang buat ni?" soal Qaseh.

"Bilik air, mandi" balas Qais bersama langkah besarnya ke bilik air. Qaseh sudah sembunyi wajah pada dada bidang Qais. Tertawa suka dia.

+++

"Sayang tak payah bawa kereta la hari ni" kata Qais semasa sedang sarapan. Pagi ni Qais yang sediakan sarapan, nasi goreng cina.

"Hah, dah tu sayang nak naik apa?" soal Qaseh sambil menyuap nasi goreng. Sedap..

"Abang hantar" balas Qais.

"Eh, tak apa ke? nanti abang lambat sampai office pulak" kata Qaseh bimbang.

"It's okay. Abang hantar" kata Qais sambil hidung Qaseh dicuit. Suka sangat buat begitu.

"Okay.. tapi abang tunggu kejap, sayang nak naik siap" kata Qaseh lalu pinggan dibawa ke sinki lalu dicuci dan kemudian pantas dia ke tingkat atas. Tidak lama Qaseh turun mendapatkan Qais yang sedang mencuci pinggan.

"Abang.." panggil Qaseh sambil memeluk pinggang Qais dari belakang.

"Hey, dah siap?" soal Qais tanpa memandang Qaseh. Setelah siap, kain dicapai untuk mengeringkan tangan lalu tubuh dipusing mengadap Qaseh. Terjatuh kain ke lantai.

"Cantik!" Qais sebut sepatah.Tak berkelip matanya memandang Qaseh yang manis bertudung. Qaseh sudah tersipu malu lalu dia tunduk mengambil kain di atas lantai dan serah pada Qais.

"Oh, sorry. Sayang cantik sangat" balas Qais lalu tubuh Qaseh ditarik dalam pelukan.

"Hm.. abang.. kita macam dah lambat" tutur Qaseh perlahan.

"Ya lah.. okay-okay. Kita gerak sekarang" kata Qais dan jemari Qaseh dipaut. Keduanya berjalan ke pintu. Alarm Q8 hitam berkilat itu ditekan lalu Qais melolos masuk ke bahagian pemandu manakala Qaseh ke bahagian penumpang hadapan. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Sebaik sampai di hadapan bangunan pejabat Qaseh, Qais berhentikan kereta. Qaseh menghulur salam pada Qais, kekura tangan Qais dicium dan dibalas dengan ciuman sekilas pada bibir Qaseh. Qaseh melangkah keluar dari kereta dan terus masuk ke lobby. Qais pula mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej pada Sand memaklumkan bahawa dia lambat, tidak sempat menghadiri mesyuarat pagi.

+++

"Q" panggil Sand yang baru balik dari mesyuarat pagi. Qais menoleh sambil tersenyum. Sand terkelip-kelip mata tak percaya.

"Kau dah kenapa macam nampak hantu?" soal Qais sambil menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke pejabat.

"Tak, aku rasa macam mimpi bila kau senyum pada aku pagi-pagi macam ni" balas Sand yang berdiri di muka pintu dengan masih beruniform. Qais melabuhkan duduk sambil memandang Sand.

"Kenapa? tak boleh?" soal Qais lalu menekan butang power pada komputernya.

"Bukan tak boleh tapi macam ada sesuatu je.." kata Sand meleret sambil jari telunjuk mengetuk dagu.

"Dah, tak payah nak fikir yang bukan-bukan. Tadi metting ada yang menarik ke?" soal Qais.

"Ada. Er.. Tuan Shukri terima video rakaman CCTV kau dengan Qaseh masa kat hotel hari tu. Tuan Shukri nak jumpa kau di pejabat dia. Tadi Tuan Shukri minta aku sampaikan bila kau dah datang ke pejabat" kata Sand. Terkejut Qais.

"Macam mana Tuan Shukri boleh dapat rakaman tu?" soal Qais.

"Aku tak pasti la Q, tak silap aku. Rakaman yang ada tu dah dipadam failnya oleh suami Puan Intan. Macam mana boleh ada duplicate pulak?" soal Sand. Qais terdiam.

"It's okay Sand. Biar aku urus sendiri" balas Qais lalu bangun dari kerusi dan bersiap mahu berjumpa Tuan Shukri. Uniform dalam almari dikeluarkan untuk ditukar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience