Completed
137990
"Kau cakap apa? Qaseh dengan Kak Jihah keluar makan?" soal Qais yang muncul dari belakang. Ratib yang ralit berbual terus menoleh ke belakang apabila perbualannya disampuk suara lain.
"Eh, Qais. Duduklah, Mak Uda ambilkan air" tegur Datin Adawiyah sambil berlalu ke dapur untuk mengambil gelas.
"Ya, Qaseh ajak Kak Jihah keluar. Dia nak belikan kau hadiah. Mana? cantik tak?" soal Ratib pada Qais yang mukanya ketat dari tadi.
"Hadiah?" soal Qais pula. Ratib dah berubah wajahnya.
"Aduh.. mati la. Dah tak suprise. Aku ingat dia dah bagi" Ratib dah tepuk dahi. Qais kerut kening tidak faham.
"Aku tak faham" kata Qais yang masih kelat wajahnya.
"Tak.. semalam, Lyana minta aku temankan dia untuk beli barang katanya dia tak biasa kawasan sini jadi aku pun dah tak buat apa, aku temankan je la. Masa di pasaraya tu jumpa Q dengan Kak Jihah dan waktu tu terserempak dengan Dr Haiqal. Q ajak Kak Jihah keluar nak belikan kau jam, katanya dia berkenan sangat satu jam ni. Jadi dia belikan untuk kau" terang Ratib panjang lebar. Bergerak-gerak rahang Qais menahan geram. Tak guna kau Lyana, mak dengan anak sama je!
"Haah Qais, Ratib pula belikan ni untuk Mak Uda. Cantik tak?" sampuk Datin Adawiyah sambil menunjukkan jam yang dibeli Ratib. Qais hanya angguk sambil memandang jam dalam kotak yang ditunjukkan Datin Adawiyah.
"Kau keluar dengan Lyana?" soal Qais. Ratib dah cuak. Ah, sudah.. Qais tak suka ke?
"Eh, kau jangan salah faham. Aku keluar dengan dia tak lebih dari majikan dan pekerja" balas Ratib terus turun dari bar stool.
"No, aku bukan marah.. Maknanya, Qaseh bukan berdua dengan Haiqal?" soal Qais. Ratib senyum senget.
"Hey, kau mesti ingat Q keluar berdua dengan Haiqal kan?" soal Ratib sambil memanjat semula bar stool.
"Q, bukan macam tu. Pendirian dia tetap. Kalau dia cakap dia sayang dan cintakan kau, sampai mati dia sayang dan cinta. Kau tak payah risau" kata Ratib. Ada riak kecewa di wajahnya.
"Tapi kalau sekali dia cakap dia dah benci kau, hah! memang malang la, sampai mati kau dibencinya. Itu sebab masa aku dah salah sangka mengenai kau dengan Q hari tu, aku jadi takut. Aku takut Q bencikan aku" terang Ratib. Berubah wajah Qais.
"Hm.. Mak Uda, Qaseh ada kat atas ke?" soal Qais. Walaupun dia nampak kereta Qaseh terparking di luar tapi tetap juga ditanya. Kepala ditoleh ke tangga.
"Haah, Qaseh dah naik atas. Nanti kita makan sekali. Mak Teha tengah masak tu" kata Datin Adawiyah.
"Er, Mak Uda. Atib nak balik pejabat dah ni. Lain kali la kita makan sekali" tolak Ratib lalu turun dari bar stool.
"La, dah nak siap pun. Tak nak tunggu ke?" soal Datin Adawiyah lagi.
"Tak apa lah. Lain kali je" balas Ratib.
"Qais, aku balik dulu" kata Ratib lalu menghulur salam pada Qais dan salam disambut. Ratib kemudian melangkah keluar ke pintu utama.
"Ai Qais, tadi tanyakan Qaseh, kenapa tak naik ke bilik. Asyik pandang dari bawah je.." tegur Datin Adawiyah. Macam ada yang tak kena saja budak berdua ni..
"Qais gaduh dengan Qaseh ke?" soal Datin Adawiyah. Qais masih lagi tegak berdiri di sisi meja. Jus tembikai yang dituang untuknya pun tidak diusik. Hanya pandangan di hala ke atas. Melihatkan Qais yang hanya diam, fahamlah Datin Adawiyah. Mungkin Qais tidak mahu berkongsi dengannya.
"Dah.. jangan fikir sangat. Duduk sini. Minum air ni biar sejuk sikit" kata Datin Adawiyah pada Qais lalu dia berlalu ke dapur untuk membantu Mak Teha menghidangkan makanan. Qais menanggalkan jaketnya lalu diletakkan di sofa ruang tamu lalu melangkah masuk ke bilik air.
"Mak Uda.. dah siap masak ke?" soal Qaseh yang baru turun dari tingkat atas.
"Dah.. sini tolong Mak Uda hidangkan. Hari ni ayah tak balik makan, ayah ada metting dengan client dan terus lunch" kata Datin Adawiyah sambil membawa mangkuk nasi ke meja makan. Qaseh yang baru tiba di meja pulau terkelip-kelip mata memandang gelas jus tembikai di atas meja pulau.
"Ada orang datang ke tadi Mak Uda?" soal Qaseh sambil membantu sendukkan lauk.
"Oo.. Ratib yang datang tadi" balas Datin Adawiyah sambil membawa piring gulai ke meja.
"Mana abang Atib?" soal Qaseh yang sedang memegang pinggang makan. Waktu itu pintu bilik air terbuka. Disangkanya Ratib tapi Qais. Terlepas pinggan di tangan. Menjerit terkejut Datin Adawiyah dan Mak Teha. Nampak getar dan takutnya pada Qais.
"Qaseh, kenapa ni?" soal Datin Adawiyah yang meluru ke arah Qaseh. Qaseh pula tepat memandang Qais yang tegak di hadapan bilik air.
"Qaseh.." panggil Datin Adawiyah sambil perlahan mengusap lengan Qaseh, manakala Mak Teha pula sudah tunduk mengutip pinggan yang pecah dan menyapunya, bimbang terluka kaki kalau terpijak.
"Hah! tak ada apa-apa" balas Qaseh lalu laju melangkah ke sinki. Tanpa sempat ditegah Mak Teha, Qaseh terpijak serpihan pinggan yang pecah.
'Auch!'
Jerit Qaseh dan hampir nak terjatuh. Pantas Qais datang menyambut tubuh Qaseh dari terhempas ke lantai. Buntang mata Qaseh memandang Qais yang sudah rapat memeluk tubuhnya dan ringan sahaja rasa dirinya apabila Qais mencempung tubuhnya ke sofa. Keras sahaja Qaseh dalam dukungan Qais. Perlahan Qaseh diletakkan di atas sofa.
"Mak Uda, ada first-aid tak?" soal Qais pada Datin Adawiyah yang sudah berada di sisinya untuk melihat keadaan Qaseh.
"Ada-ada, kejap Mak Uda ambilkan" balas Datin Adawiyah dan terus ke kabiner dapur untuk mengambil first-aid tersebut lalu bergegas dia kembali pada Qais.
Qais yang sudah berada di sisi Qaseh di atas sofa terus mengangkat kaki kanan yang luka untuk memeriksa tapak kaki itu. Qaseh keraskan kakinya. Qais tegak memandang Qaseh, tajam pandangannya. Nak tak nak, terpaksa juga Qaseh relakan tapak kakinya diperiksa Qais.
Qais sedar, Qaseh seperti takut-takut padanya tetapi diabaikan saja. Tapak kaki yang luka dibersihkan dan kemudian disapu ubat. Mujurlah lukanya tidak teruk. Qais memandang Qaseh hujung mata sambil tangan menyapu ubat. Nampak riak tidak selesa atau lebih tepat lagi riak takut. Qais menghela nafas perlahan.
"Siap" kata Qais lalu dia berdiri sambil memegang first-aid. Begitu juga Qaseh, tidak dihirau tapak kaki yang ngilu, pantas dia berdiri lalu mendapatkan Datin Adawiyah.
"Teruk ke lukanya Qais?" soal Datin Adawiyah bimbang.
"Sikit je, saya dah bersihkan dan sapu ubat" balas Qais sambil berjalan menuju ke kabinet dapur bersama first-aid di tangan. Dijeling Qaseh sekilas.
"Qaseh.. Qaseh.. dah kenapa nampak Qais sampai terlepas pinggan?" soal Datin Adawiyah pada Qaseh yang masih memeluk lengannya.
"Q terkejut je. Tak ada apa pun" balas Qaseh.
"Dah, mari kita makan. Sejuk dah lauk dengan nasi" kata Datin Adawiyah sambil memimpin Qaseh ke meja makan. Kebiasaannya Qaseh akan duduk di sisi Qais tapi kali ini Qaseh memilih untuk duduk di sisi Datin Adawiyah. Walaupun nampak sedikit janggal, Datin Adawiyah abaikan sahaja. Pada pandangannya Qaseh mahu bermanja dengannya mungkin kerana tapak kaki yang luka.
"Dah, duduk. Kita makan" ajak Datin Adawiyah. Qaseh yang telah mengambil tempat di sisi Datin Adawiyah langsung tidak memandang Qais. Di halakan pandangannya ke arah lain, tidak pun hanya menunduk..
"Qaseh.. kenapa ni. Asyik tunduk je.. dah macam nak masuk dalam pinggan" tegur Datin Adawiyah.
"Eh! mana ada" jawab Qaseh sambil menoleh pada Datin Adawiyah. Menggeleng orang tua itu dengan karenah anak menantunya.
"Dah, ambil lauk. Makan kenyang-kenyang" kata Datin Adawiyah sambil menyendukkan lauk ke pinggan Qaseh. Kalau harapkan dia yang nak ambil, memang tak lah jawabnya. Nasi dalam pinggan itu saja digaul-gaulnya.
Selesai makan, laju Qaseh mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Tidak dihirau kaki yang sakit. Dibiarkan Qais berbual dengan Datin Adawiyah dan Mak Teha di dapur. Tidak betah rasanya bila pandangan tajam Qais asyik memanahnya. Mau tembus jantung dia nanti. Terjingkit-jingkit Qaseh berjalan hingga melangkah masuk ke dalam bilik. Laju duduk dilabuhkan di birai katil. Ingat di hati nak baring saja tapi mengenangkan masih belum solat dan mandi. Niatnya dibatalkan.
Terjingkit-jingkit Qaseh berjalan ke closet untuk mengambil tuala. Terkial-kial nak mencapai tuala di bahagian atas. Kalau tapak kaki tidak sakit, memang tiada masalah. Sedang Qaseh cuba untuk mengambil tuala hendak mandi, ada tangan yang membantu Qaseh mengambil tuala tersebut. Keras tubuhnya di situ mengadap closet. Tiada kekuatan untuk dia memandang ke belakang kerana dari haruman minyak wangi pun sudah dapat diagak siapa orangnya.
Qais menghulur tuala pada Qaseh. Qaseh yang masih menunduk mengadap closet laju menyambut tuala tersebut, tetapi sebaik Qaseh menarik tuala, Qais memegangnya dengan kuat. Dah jadi tarik menarik tuala pula. Silap haribulan koyak juga tuala tu nanti. Akhirnya Qais sentap tuala yang ada dalam pegangan Qaseh hingga terdorong tubuh itu melekap pada dada bidangnya. Rapat mata dipejam Qaseh bersama tangan yang masih menggenggam tuala.
"Saya nak mandi" laju Qaseh membalas bersama tarikan tuala di tangan Qais. Laju kaki melangkah masuk ke bilik air, terus pintu dikunci. Tangan menggenggam tuala di dada sambil badan bersandar di pintu. Rapat mata dipejam.
Kau kenapa Qaseh? kenapa kau jadi macam tu? hati Qaseh berbicara. Kau takutkan Qais? ke kau jijik dengan dia bila dah tau siapa dia yang dulu? Memang tidak sangka begitu menyimpang sekali haluan hidup Qais. Hati Qaseh berbolak-balik. Kepala digeleng. Baik aku mandi biar sejuk badan. Hm.. tapi kenapa Qais macam marahkan aku? dia marah aku makan sekali dengan Haiqal ke.. bukan makan berdua, ada Kak Jihah kan. Ikut dia lah, malas nak layan.
"Tapi.. apa yang aku rasa sebenarnya sekarang ni? takut atau jijik, kotor? Ah! semak kepala" bebel Qaseh lalu melangkah ke shower. Pakaian ditanggalkan satu-satu dan dimasukkan ke dalam laundrybag. Kemudian pili dipulas, tubuh perlahan dijurus dengan air hujan shower. Sengaja dibiarkan air yang sejuk membasahi tubuhnya..
"Lega rasa" kata Qaseh sendirian. Ralit mengeringkan badan dan rambut tiba-tiba pergerakan tangan terhenti. Sudah, baju aku tak ambil. Ni semua Qais punya pasal! Perlahan Qaseh menolak daun pintu bilik air dan kepala dijengukkan ke dalam, dah macam kura-kura. Terjenguk-jenguk, terintai-intai mencari kelibat Qais. Hm.. macam tak ada. Laju kaki melangkah keluar.
"Nasib baik tak ada" kata Qaseh.
"Siapa yang tak ada?" sambut suara Qais. Apa lagi bergegar satu bilik dengan jeritan Qaseh.
"Awak dah kenapa, gila?" marah Qaseh. Merah padam wajahnya tambahan pula apabila melihat Qais hanya bertuala separas pinggang yang bukan pinggang, sikit lagi nak londeh ke bawah.
"Saya nak mandi" balas Qais lalu melangkah masuk ke bilik air pula. Habis keluar semua perkataan yang tak sepatutnya dari Qaseh.
Share this novel