Completed
137990
"Qaseh, walaupun hanya keguguran, tetapi tetap kena berpantang" kata Puan Adalila pada Qaseh selepas makan malam. Waktu itu Sara sudah hilang ke dalam bilik, begitu juga dengan Puan Yati. Hanya tinggal Qais, Qaseh dan Puan Adalila sahaja.
"Kena juga ke mak?" soal Qais yang berada di sisi Qaseh.
"Kena la.. bukan pantang makan saja, hubungan suami isteri pun kena pantang" Puan Adalila sudah menjeling Qais. Merah padam wajah mereka berdua.
"Lama ke?" soal Qais sambil garu kening yang tak gatal.
"Sekurang-kurangnya sebulan" kata Puan Adalila.
"Lamanya.." laju Qais membalas. Bulat mata Puan Adalila bila mendengarnya.
"Jangan nak mengada ya. Kalau sayangkan Qaseh, ikut cakap mak" marah Puan Adalila. Qais angguk walaupun terpaksa. Qaseh dah sengih.
"Esok tolong mak belikan barang-barang sikit untuk Qaseh. Orang pantang ni, makan nak kena jaga. Nanti mak bagi senarai" kata Puan Adalila.
"Baik mak" balas Qais.
"Dah lewat ni, bawa Qaseh naik bilik. Nanti Qaseh tak payah turun, biar Yeed yang bawakan makan ke atas" pesan Puan Adalila. Qais angguk begitu juga Qaseh. Takut nak bantah.
"Yeed, ingat pesan mak. Pantang!" pesan Puan Adalila lagi sekali pada Qais yang sedang memimpin Qaseh naik ke bilik. Qaseh dah senyum-senyum.
"Ye mak.. ingat.." panjang sahaja jawabnya. Aduh.. lamanya.
+++
Pagi itu Qais singgah ke pejabatnya sekejap, mahu isikan borang cuti untuk menjaga Qaseh.
"Eh, kau buat apa kat pejabat ni?" soal Sand.
"Aku singgah kejap nak isi borang cuti" kata Qais.
"Lah.. kau ni, call la aku bagitau. Tak payah kau datang" kata Sand yang berdiri di muka pintu.
"It's okay, lagipun aku nak beli barang-barang sikit. Mak minta belikan untuk Qaseh. Iyalah, makan nak kena pantang. Tak macam kita, boleh makan ikut suka" kata Qais. Sand agguk.
"Okaylah, aku turun jap. Nak ke pejabat rekod" kata Sand.
Tok tok tok
Qais dongak memandang ke arah pintu pejabatnya. Sand elok berdiri tengah pintu. Qais angguk sekali.
“Q, ada orang nak jumpa” kata Sand sambil ibu jari ditunjukkan ke belakangnya.
“Siapa?” Soal Qais sambil memandang Sand.
“Ratib. Dia cakap ada benda nak tunjukkan pada kau” kata Sand. Qais meletakkan pen di tangan ke atas meja.
“Panggil la dia masuk” kata Qais. Tanpa buang masa, Ratib melangkah masuk setelah kasut ditanggakan. Tangan dihulur salam. Qais sambut.
“Duduklah.” Pelawa Qais.
“Ada apa datang jumpa aku?” soal Qais.
“Sorry kalau aku ganggu. Aku main serbu je kau kat pejabat ni. Mujur juga kau ada” Ratib buka bicara.
"It's okay. Nasib baik kau awal sikit. Aku dah nak balik tadi. Apasal tak datang rumah?" soal Qais.
"Bukan tak nak datang rumah kau tapi benda yang aku nak tunjuk ni macam tak sesuai untuk kau tengok di rumah" kata Ratib sambil pendrive warna hitam disorongkan pada Qais. Mata Qais pandang pada pendrive tersebut.
“Apa ni?” soal Qais tidak mengerti.
“Kau tengok dulu” balas Ratib. Dengan malas Qais ambil pendrive dan cucuk pada port CPU. Tidak lama keluar rakaman video. Bergerak-gerak rahang Qais menahan geram.
“Aku harap kau tak salahkan Q kenapa dia ke klinik Haiqal untuk rawatan. Lepas jumpa client, perut dia sakit dan kebetulan klinik Haiqal berhampiran, jadi Q minta abang Halim bawa dia ke sana” terang Ratib.
“Kenapa baru sekarang kau tunjuk?” soal Qais tidak puas hati.
“CCTV di tangga tu baru pasang dan aku memang terlupa. Pagi tadi bila Lisa berbual pasal ni, baru aku ingat” kata Ratib.
“Sorry Qais, aku tak sangka Lyana sanggup tolak Q sampai jatuh di tangga macam tu. Walaupun tak tinggi tapi tetap beri kesan pada Q dan anak korang” Ratib rasa bersalah apabila Lyana, setiausahanya yang punya angkara.
“No, bukan salah kau.” Kata Qais.
“So, kau nak aku buat apa pada Lyana?” Soal Ratib.
“Dia pekerja kau, ikut kau nak buat apa tapi sebagai sepupu aku, aku tau apa nak buat pada dia nanti!” keras suara Qais.
“Kalau aku pecat dia, kau okay?” soal Ratib lagi.
“Kau buat apa pun aku tak peduli Ratib!” Balas Qais marah.
“Kalau macam tu, aku balik dulu” kata Ratib lalu bangun dan salam dihulurkan. Setelah Ratib pergi, Sand laju melangkah masuk ke pejabat Qais. Monitor di hadapan Qais dipusing mengadapnya dan butang play ditekan. Ternganga mulut Sand.
“Aku dah agak, mesti ada kaitan dengan si gedik ni. Ish, ikut hati aku memang aku bubuh juga perempuan ni!” Marah Sand. Tergawang-gawang tangan dia depan Qais. Tiba-tiba tangan kanannya ditangkap Qais.
“Eh, sejak bila kau pandai pakai cincin ni?” soal Qais. Sand terus tarik tangan kanannya. Merah pipi. Senyum besar dipamerkan.
"Aku dah bertunang" perlahan Sand berkata. Malu. Qais bulat mata.
"Dengan Tuan Syam?" soal Qais.
"Kau ni, dah tau lagi mau tanya" marah Sand. Qais ketawa.
"Tahniah Sand. Bila langsung?" soal Qais.
"Hujung bulan ni" kata Sand.
"Oit, laju" usik Qais.
"Dah tu kau ingat kau sorang je nak kahwin" balas Sand sambil menjeling.
"Eh, Q, Kau tak nak balik ke? bukan mak kirim minta belikan barang ke?" soal Sand.
"Ya la" kalut Qais berdiri tapi sebaik Sand menolak semua monitor, Qais terus terkaku. Tunggu kau Ana! Pendrive dicabut lalu dimasukkan ke dalam poket. Sand waktu itu turut berdiri.
"Apa kau nak buat pada Lyana?" soal Sand. Qais tidak membalas sebaliknya hanya wajah marah dipamerkan. Sand geleng kepala. Mati la kau Ana.. sengaja cari pasal dengan Qais.
+++
Tengah hari itu sengaja Qais minta Puan Yati call Ana untuk datang makan tengah hari di rumah. Tak sabar dia nak lihat wajah perempuan tak guna tu.
"Assalamualaikum" Lyana memberi salam. Waktu itu Qais sedang turun tangga selepas menyuap Qaseh makan. Tajam pandangan Qais pada Lyana.
"Hai abang Yeed" tegur Lyana yang sedang melangkah ke arah meja makan. Qais hanya angguk sahaja. Lyana sudah tersengih-sengih sambil berjalan beriringan dengan Qais. Sengaja digesel lengannya pada tangan Qais yang sedang menatang dulang. Qais dah bengkak dalam hati.
"Ha, dah sampai. Boleh la kita makan" kata Puan Adalila. Makan tengah hari itu riuh dengan suara Lyana. Qais nak telan nasi pun rasa lekat. Sara dah buat muka menyampah. Nak makan pun tercekik dengar si gedik ni bercakap tak berhenti.
"Yeed, sikit je makan" tegur Puan Adalila apabila melihat Qais sudah bangun membawa pinggan dan gelas ke sinki.
"Dah kenyang mak" balas Qais.
"Abang Yeed dah kenyang sebab dapat jumpa Ana ke?" soal Lyana yang sudah berdiri di sisinya bersama pinggan. Ya, memang aku kenyang tengok muka perempuan tak guna macam kau! Mau je dijeritkan pada Lyana begitu tapi disabarkan dahulu. Lyana yang siap mencuci pinggan laju mengikut langkah Qais ke ruang tamu. Qais genggam kuat penumbuknya.
"Apa yang Ana buat pada Qaseh?" soal Qais pada Lyana sebaik Lyana labuhkan duduk di sofa. Waktu itu Qais sudah tegak berdiri memandang Lyana. Gerun Lyana dengan pandangan Qais.
"Abang Yeed cakap apa ni?" soal Lyana cuak. Rasanya tak ada yang nampak dia tolak Qaseh.
"Aku tanya sekali lagi Ana. Apa kau buat pada Qaseh?!" kuat Qais jerit. Satu-satu perkataan disebut. Lyana dah kecut. Waktu itu Puan Adalila dan Puan Yati berlari datang ke ruang tamu manakala Qaseh pula sudah berdiri di tangga paling atas. Sara yang baru keluar dari bilik air juga turut bergegas ke ruang tamu.
"Apa bising-bising ni Yeed?" soal Puan Adalila. Wajah Qais waktu ini usah dikata, bengis!
"Jawab Ana!" tengking Qais. Terangkat bahu Lyana kerana terkejut. Qais hilang sabar, lalu dia meluru ke arah Lyana. Kuat ditampar pipi Lyana hingga keluar darah di hujung bibir. Meluru Puan Yati dapatkan Lyana.
"Kamu ni dah kenapa? gila!" marah Puan Yati pada Qais sambil mengusap pipi Lyana dan mengesat darah di hujung bibir. Puan Adalila terkaku kerana terkejut.
"Ana!" Qais jerit lagi. Tajam mata memanah Lyana yang sudah tertunduk di sofa.
"Kau jangan buat aku hilang sabar Ana! Dari mula lagi kau sengaja cari pasal dengan Qaseh. Kau cakap nak tumpang rumah aku sebab kawan kau nak pindah tapi kawan kau tak pernah nak pindah dan rumah dia bukan rumah macam yang kau cakap. Kau sengaja nak porak peranda rumah tangga aku." kata Qais.
"Itu aku boleh pejam mata, aku boleh sabar lagi. Tapi kau tambah pula dengan fitnahkan Qaseh. Kau sengaja mengatakan Qaseh keluar makan berdua dengan Haiqal, siap hantar gambar lagi. Tak apa, aku sabar tapi aku tak boleh terima bila kau tolak Qaseh jatuh tangga sampai anak aku mati!" habis sahaja ayat itu, Qais tarik rambut Lyana dan dihayun tubuh itu ke tepi dinding. Menjerit Ana. Begitu juga dengan Puan Yati dan Puan Adalila. Sara pegang lengan Puan Adalila dan menggeleng. Agar jangan campur.
Ah, dia tak kisah kalau orang cakap dia dayus pukul perempuan pun sebab perempuan ni memang patut kena dilakukan begitu. Ikutkan hati memang lumat Lyana dikerjakan.
"Yeed! kamu nak tuduh-tuduh ada bukti ke?" marah Puan Yati yang sudah dapatkan Lyana yang terperosok di tepi dinding. Rambut Lyana yang dah kusut dibetul-betulkan dengan jari sambil mengusap belakang tubuh Lyana yang terhempas ke lantai.
"Long, kau tengok anak kau ni. Disebabkan perempuan tu, saudara sendiri sanggup dipukulnya" jerit Puan Yati.
"Diam! Perempuan tu isteri Yeed!" tengking Qais. Tak kira la mak saudara ke, apa ke kalau dah perangai begini, tak layak dia dihormat.
"Kalau tak ada CCTV di tangga tu Yeed takkan cakap la" marah Qais pula.
"CCTV?" Lyana bersuara.
"Ada suara, aku ingat dah bisu kena lempang tadi" marah Qais. Menggeletar tanggannya menahan amarah.
"Sebelum Yeed buat lebih teruk, Mak Ngah bawa anak Mak Ngah ni dengan baju-baju Mak Ngah sekali, keluar dari rumah ni sekarang! Jangan sesekali tunjuk muka depan Yeed dan keluarga Yeed lagi. Kalau tidak, Mak Ngah fikir la sendiri apa yang Yeed boleh buat." halau Qais.
"Keluar!" jerit Qais. Puan Yati yang melihat Qais sudah macam orang hilang akal, laju menarik tangan Lyana mengikutnya ke bilik. Tak sampai lima minit, Puan Yati dan Lyana terkocoh-kocoh keluar dari bilik dan meluru ke pintu keluar dan terus hilang di sebalik pintu. Merah padam wajah Qais.
"Abang.." panggil Qaseh sambil mengusap wajah Qais dengan kedua tapak tangannnya. Qais terus menarik tubuh Qaseh ke dalam pelukannya. Qaseh mengusap belakang Qais. Puan Adalila dan Sara laju mengatur langkah ke bilik. Dibiarkan Qaseh untuk mententeramkan amarah Qais. Gerun Sara dengan abangnya. Tidak pernah dia lihat abangnya marah sampai begitu sekali. Huh.. kalau melibatkan kak Qaseh.. jangan sesekali dibuat main.
Share this novel