Completed
137990
Qais yang sedang diulit lena terasa ada sesuatu yang merayap di wajahnya. Tangan naik menggosok. Tidak lama ada lagi. Apa benda ni.. kacau la.. sedang sesuatu itu merayap, laju Qais menangkap. Tangan? Mata yang terpejam dibuka luas. Qaseh dah tersenyum.
"Pandai ya.. kacau abang tidur" kata Qais lalu digeleteknya pinggang Qaseh, terjerit-jerit kerana kegelian.
"Okay.. Okay.. sorry.." Qaseh surrender lalu pantas memaut leher Qais yang sudah menindihnya.
"Sayang tak boleh lena.. tu sebab kacau abang, tengok abang sedap je tidur" kata Qaseh sambil bibir dimuncungkan. Qais ketawa perlahan sambil meletakkan wajahnya pada leher jinjang Qaseh.
"Kenapa tak boleh tidur pulak. Sayang fikir apa?" soal Qais. Qaseh jungkit bahu.
"Ntah" balas Qaseh.
"Sini, abang dodoi" kata Qais lalu baring di sisi Qaseh lalu tubuh itu di tarik rapat ke pelukannya dan ditepuk-tepuk perlahan tubuh itu. Tiba-tiba Qaseh ketawa. Qais intai wajah Qaseh dalam pelukannya.
"Kenapa ketawa?" soal Qais.
"Abang tepuk-tepuk macam tu dah macam nak dodoikan anak tidur pulak" kata Qaseh masih dengan sisa tawa. Qais kecilkan mata sambil memandang Qaseh.
"Anak..? hm.. macam best je dengarkan. Sayang suka perempuan ke lelaki?" soal Qais sambil tangannya sudah merayap mencari sasaran.
"Mulut bercakap, tangan tak payah bercakap sekali boleh?" soal Qaseh disertai jelingan. Qais ketawa lalu bibir yang banyak cakap itu disapa dan diurut perlahan. Terpejam mata Qaseh menikmatinya. Rasa macam menyesal pulak ganggu Qais tidur tadi.. nasib kau la Qaseh.. layankan je la, sebulan kot puasa..
+++
Setelah dua minggu cuti berkahwin, hari ini Sand mula bekerja semula. Qais yang waktu itu baru sampai di pejabat menegur Sand yang juga baru tiba. Sama-sama mahu masuk pejabat masing-masing.
"Morning Sand" sapa Qais. Ceria wajahnya.
"Morning" balas Sand. Setelah beg di letakkan di dalam bilik, kaki laju melangkah ke pejabat Qais.
"Q" panggil Sand pada Qais yang sedang menanggalkan jaket dari tubuh.
"Yup" balas Qais lalu melabuhkan duduk setelah jaket disangkut pada penyangkut.
"Dah kenapa ni, macam ada yang tak kena je" soal Qais sambil menekan suis power pada komputernya. Fail siasatan di atas meja dipandang, aduh.. banyaknya kerja hari ni.
"Kau sibuk ke?" soal Sand. Wajah Qais dipandang.
"Tak lah" pantas soalan Sand dijawab.
"Kau kenapa ni.. First day kerja lepas cuti takkan monyok kot. Patutnya ceria, mood baru" tegur Qais.
"Hm.. aku serba salah nak bagitau. Tapi lebih tepat lagi aku tak pasti samada patut aku bimbang atau pun tak pasal perkara ni" kata Sand berkias.
"Perkara apa pulak ni.. cuba cerita dulu" kata Qais.
"Hari tu masa aku tengah tunggu Syam di lobby hotel, aku rasa macam dengar ada orang panggil nama aku. Bila aku toleh cari tak jumpa pulak siapa-siapa yang aku kenal" kata Sand lalu menyandarkan tubuh pada kerusi. Qais kerut kening.
"Mana kau tau orang tu panggil kau? tah-tah ada orang lain nama sama macam kau" kata Qais pula.
"Q, orang tu sebut nama penuh aku, Sandra Armine. Takkan kebetulan pada masa tu ada orang lain nama sama macam aku" kata Sand. Ada rasa tidak enak pada hatinya.
"Kau ada bagitau Tuan Syam?" soal Qais. Sand geleng.
"Kau tak boleh macam ni. Kena bagitau, dia suami. Kalau dia tahu kau bagitau perkara ni pada aku tapi tidak pada dia, nanti dia terasa hati macam mana?" soal Qais. Sand senyum.
"Ni yang kau cakap ni dari pengalaman ke macam mana?" usik Sand. Qais senyum senget.
"Kau ni.. aku serius" balas Qais.
"Ye.. aku tau. Alah, gurau sikit pun tak boleh" kata Sand pula.
"Tak, aku cakap betul ni. Jangan jadi macam aku. Banyak sangat rahsia pada Qaseh.. tapi sekarang, alhamdulillah. Semua dah settle" kata Qais sambil senyum manis.
"Kau bagitau dia, biar dia cuba bantu. Bukan aku tak nak tolong kau tapi aku sepatutnya jadi back-up je, kau kena utamakan Tuan Syam" tegur Qais. Dia tidak mahu nanti timbul masalah pada hubungan Sand dan Syam disebabkan Sand utamakan dia. Sebagai suami dia tahu apa rasa andai isteri utamakan orang lain dari suami itu sendiri.
"Okay.. nanti aku bagitau dia" kata Sand.
"Tapi kalau ada apa-apa yang nak aku bantu, kau bagitau je. Untuk kau, anytime. Okay?" kata Qais.
"Lupa nak tanya, lepas daripada kau dengar nama ada orang panggil tu, ada apa-apa yang pelik jadi tak?" soal Qais.
"Maksud kau?" soal Sand yang sudah tegak duduknya. Wajah Qais dipandang serius.
"Maksud aku macam gangguan atau apa-apa nota, call. Ye lah, apa-apa gangguan" soal Qais.
"Hm.. tak ada pulak" balas Sand.
"Pelik" kata Qais.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Sand tidak faham.
"Iyalah, kalau ada orang nak buat apa-apa pada kau, mesti orang tu akan susuli dengan apa-apa gangguan atau perbuatan, tindakan pada kau tapi tak ada. Jadi aku rasa, kau jangan fikir sangat kecuali kalau ada apa-apa yang pelik jadi lepas ni" pesan Qais. Sand angguk.
"Betul juga cakap kau tu. Tak terfikir pulak" balas Sand. Ada rasa lega sikit pada hatinya
"Thanks Q" ucap Sand.
"Tak ada apalah. Tapi jangan lupa bagitau pada Tuan Syam" pesan Qais lagi. Sand tunjukkan tanda OK. Qais senyum.
Setelah lebih sebulan kejadian tersebut, tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku pada Sand. Lega Sand, begitu juga Qais turut berlapang dada tapi sekarang dah ada masalah baru pada Qais. Tiap kali on duty, Qaseh nak ikut Qais tidur di pejabatnya. Kata Qaseh kalau tidur seorang di rumah tidak boleh lena sebab tak boleh tidur sambil cium celah ketiaknya. Aduh.. apa yang pelik-pelik sangat ni. Ada sekali tu Qais tak sempat nak balik ambil Qaseh untuk tidur di pejabat, esoknya Qaseh merajuk, muncung sedepa. Jenuh nak pujuk. Ni hari ni, Qais terpaksa balik ke rumah untuk mengambil Qaseh. Kepala tak gatal digaru.
"Hai abang.. sorry, lama tunggu" kata Qaseh sebaik masuk ke dalam kereta. Qais hanya senyum.
"It's okay sayang. Kita gerak?" soal Qais. Mujurlah hari ni kes tak banyak, kalau tidak puas juga nak melayan Qaseh. Ada juga Datin Adawiyah minta Qaseh tidur di rumah ayahnya sahaja tapi Qaseh tidak mahu.
"Abang, menung apa? jomlah" ajak Qaseh. Qais angguk lalu terus memandu keluar dari perkarangan rumah. Hampir dua bulan juga Qaseh tidur di pejabatnya.
+++
"Sayang, dah siap ke? abang dah lambat ni" soal Qais pada Qaseh apabila melihat Qaseh masih bermalasan di atas katil.
"Tak apalah, sayang rasa tak mau ikutlah hari ni" kata Qaseh. Qais dah pelik, biasa tu awal lagi dah siap tunggu Qais depan pintu rumah.
"Sayang kenapa ni, tak sihat ke?" soal Qais lalu datang hampir pada Qaseh tapi belum dekat laju tangan Qaseh naik supaya Qais jangan dekat. Hidung ditutup dengan tangan.
"Jangan dekat, abang busuk" kata Qaseh. Terkaku kaki Qais. Tak jadi nak dekat dengan Qaseh. Tubuh sendiri dicium. Aik, aku baru mandi ni. Takkan busuk. Tiba-tiba Qaseh berlari masuk bilik air, habis dimuntahkan makanan yang dimakan petang tadi. Kalut Qais kejar Qaseh di bilik air.
"Sayang.. sayang okay tak?" soal Qais yang baru mahu melangkah masuk.
"Jangan masuk" Qaseh bersuara. Terhenti kaki Qais. Qaseh makin teruk muntahnya. Tiada pilihan, nombor Datin Adawiyah dihubungi. Tidak lama Dato' Abbas dan Datin Adawiyah sampai.
"Qaseh.. kenapa ni?" soal Datin Adawiyah apabila melihat Qaseh yang lemah terbaring di katil manakala Qais hanya berdiri di muka pintu. Datin Adawiyah memanggil Dato' Abbas. Dibisikkan sesuatu pada suaminya itu. Qais hanya memandang tidak faham.
"Qais, kita bawa Qaseh ke klinik. Mak Uda rasa, tak lama lagi Mak Uda dan ayah nak dapat cucu ni.." kata Datin Adawiyah sambil senyum. Qais kerut kening. Tidak lama terukir senyuman di bibirnya.
"Betul ke Mak Uda?" soal Qais dengan wajah ceria. Datin Adawiyah angguk sambil tersenyum.
"Sayang, kita ke klinik" kata Qais, Qaseh hanya mampu angguk. Tanpa lengah, Qais terus mencempung Qaseh turun ke bawah untuk ke klinik. Lemah sahaja Qaseh dalam dukungan Qais.
"Tahniah, Puan Qaseh mengandung 8 minggu" kata doktor wanita itu. Ceria wajah Qais, tidak dapat digambarkan betapa gembiranya dia. Semoga dipermudahkan isteri dan juga dirinya untuk menghadapi tempoh mengandungkan anak sulong mereka itu hingga bersalin. Amin..
"Walaubagaimanapun, Encik kena bawa isteri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut" tambahnya lagi.
"Baik, terima kasih doktor" kata Qais dan Qaseh serentak.
+++
"Sayang.. boleh la.." pinta Qais.
"Abang.. baru semalamkan. Takkan nak lagi hari ni.. sayang penat la.." kata Qaseh.
"Kalau tak boleh tak apa lah" Qais sudah merajuk. Laju saja tubuh dibawa bangun dari katil. Aduh.. merajuk pula.
"Okay.. okay.." Qaseh mengalah. Terhenti langkah kaki Qais di hadapan pintu.
"Cepatlah!" panggil Qaseh pada Qais yang sudah tersengih-sengih.
"Mengada-ngadakan, cepatlah tolong tarik sayang bangun" kata Qaseh sambil menghulur kedua-dua tangan pada Qais.
"Abang masak tak sama rasanya macam sayang masak" kata Qais sambil memimpin Qaseh turun dari katil.
"Kalau ya pun, tak boleh tunggu esok ke? pukul tiga pagi kot. Yang tak mengandung pulak sibuk mengidamnya" kata Qaseh. Nak tak nak, Qaseh ikut juga kehendak Qais yang mahu dia masakkan nasi goreng kampung. Dengan perut yang besar dah lapan bulan, layankan juga permintaan Qais.
+++
"Nak pergi juga ke?" soal Datin Adawiyah pada Qaseh. Risau dia, tunggu masa saja untuk bersalin.
"Ala.. Q nak beli hot chocolate kat starbuck tu je.." kata Qaseh. Sengaja dipamerkan wajah sedih pada Datin Adawiyah. Mengeluh Datin Adawiyah dengan ulah Qaseh.
"Sayang tak payah pergi la, biar abang je yang belikan" pujuk Qais.
"Tak nak! nanti silap bagi macam dulu, sayang minta hot chocolate tapi dapat americano" bebel Qaseh. Qais kerut dahi.
"Silap bagi? silap macam mana?" soal Qais.
"Ye la, silap bagi. Tah air siapa yang dibagi pun tak tahu. Nama sayang Q ditulis QL. Tah apa benda QL tu pun tak tau" marah Qaseh.
"Ada tulis QL pada cup sayang tu?" soal Qais.
"Haah.. cepatlah abang.." Qaseh merengek lagi. Qais senyum simpul. Hm.. dari awal lagi awak memang jodoh saya. QL & QP.
"Abang senyum apa lagi. Cepatlah" kata Qaseh yang sudah berada di muka pintu. Ish, tak padan dengan perut besar, laju je langkahnya.
Share this novel