Bab 57

Romance Completed 137990

Qaseh melangkah masuk ke bilik selepas selesai mengemas dapur. Waktu itu Qais bermalasan di atas katil sambil bermain telefon. Aik, kata nak balik tapi relax je..

"Abang" panggil Qaseh lalu melabuhkan duduk di birai katil.

"Hm" balas Qais tapi mata masih lagi memandang telefon di tangan.

"Abang.." panggil Qaseh panjang.

"Ye.." balas Qais tapi masih dengan telefonnya. Qaseh geram lalu dirampas telefon di tangan Qais dan skrin telefon di pandang. Berita mengenai Khay ditangkap polis? Qaseh pandang wajah Qais. Qais angkat kening lalu mengambil semula telefon di tangan Qaseh.

"Apa?" soal Qais. Qaseh hela nafas panjang.

"Khay, tu kerja abang kan?" soal Qaseh. Qais tidak membalas sebaliknya kedua-dua bahu diangkat. Qaseh tidak puas hati lalu katil dipanjat dan dilabuhkan duduk di ribaan Qais. Bulat mata Qais terperanjat.

"Abang cakap la, Khay tu kerja abang kan?" soal Qaseh ingin tahu.

"Kalau ya kenapa?" soal Qais lalu telefon di letakkan di sisinya dan pinggang Qaseh dipaut.

"Abang memang tak suka Khay sampai macam tu sekali ke?" soal Qaseh. Qais serba salah.

"Bukan tak suka.." balas Qais.

"Hm.. susah untuk abang terangkan. Tapi kalau abang tak buat macam tu, Khay akan bahayakan abang" balas Qais. Qaseh kerut kening.

"Bahaya macam mana?" soal Qaseh tidak faham.

"Khay dapat salinan rakaman CCTV kita ditangkap di hotel dulu dan dia dah serah rakaman tu pada pegawai abang. Kalau abang tak uruskan Khay, dia akan bawa rakaman tu ke pihak atasan dan akibatnya sangat buruk, bukan pada kerjaya abang saja tapi melibatkan ramai pihak termasuk ayah sayang" terang Qais.

"Sampai macam tu sekali kesannya" kata Qaseh tidak percaya.

"Tapi kenapa Khay buat macam tu?" soal Qaseh lagi.

"Entah la sayang, manusia kalau dah busuk hati tu, sampai bila-bila pun macam tu la, takkan boleh berubah" kata Qais. Tiba-tiba Qaseh diam sambil berfikir.

"Hm.. pasal kat hotel tu kan, sampai sekarang sayang masih tak faham macam mana sayang boleh tak pakai baju masa tu" kata Qaseh. Qais dah merah telinga.

"Apasal tiba-tiba telinga abang merah? abang buat apa?" soal Qaseh. Qais berdeham.

#Flashback#

"Ni hasil ujian air kencing kau dan Qaseh. Kau tengok la sendiri. Kalau hari tu urin ni diaorang buat repot polis, memang masak kau" kata Sand pada Qais sambil menghulurkan sehelai kertas pada Qais.

"Mana kau dapat ni?" soal Qais.

"Ada la. Kau tak perlu tahu. Tapi nasib baik just urin je, tak buat repot" kata Sand.

"Uih, biar betul ni. Patut la aku sedar tak sedar je apa yang jadi" kata Qais sebaik membaca laporan kimia yang diperolehi.

"Tu pasal la Qaseh tak sedar siapa yang tanggalkan baju dia. Tapi kau pun memang tak ingat ke?" soal Sand. Qais dah sengih.

"Oit, jangan nak pervert sangat. Aku tanya je, sengih kau tu dah macam sengih orang gatal dah aku tengok" kata Sand.

#Flashbackend#

"Abang! ish, orang bercakap dengan dia boleh pulak dia sengih sorang-sorang" marah Qaseh.

"Sorry-sorry" laju Qais membalas.

"Tapi sayang memang tak ingat langsung ke?" soal Qais lagi. Pelukan di pinggang Qaseh dieratkan. Qaseh menggeleng.

"Hm.. sayang ingat tak, masa tu sayang bising panas-panas pada abang sambil tarik-tarik baju?" soal Qais.

Qaseh kerut kening. Lama dia berfikir tiba-tiba bulat matanya memandang Qais lalu disembamkan wajah pada bahu Qais. Qais dah ketawa. Tubuh Qaseh direnggangkan, ditarik ke depan untuk melihat wajah Qaseh. Merah padam wajah itu lalu kedua tangan naik menutup muka.

"Kenapa tutup muka?" soal Qais yang sudah ketawa.

"Dah ingat?" soal Qais. Qaseh angguk malu.

"Apa?" soal Qais lagi. Sengaja dia kan.

"Ala.. tak mau cakap la" balas Qaseh. Qais ketawa suka.

"Sayang yang minta abang bukakan baju sayangkan, sebab sayang rasa panas padahal bilik tu sejuk kot dengan air-cond" kata Qais.

"Tak mau la cakap" Qaseh dah sembamkan semula wajahnya. Qais terus memeluk rapat tubuh itu sambil ketawa tak henti.

"Er.. jadi ke kita nak balik hari ni?" soal Qaseh sebaik ketawa Qais reda.

"Yup, lepas makan tengah hari kita balik. Kenapa, sayang nak stay lagi ke?" soal Qais.

"Eh, tak lah. Saja tanya. Kalau jadi balik, sayang nak kemas bag" balas Qaseh lalu turun dari ribaan Qais.

"Nanti lain kali kita balik lagi, okay?" kata Qais.

"Okay. Kalau macam tu sayang nak kemas beg dan lepas tu nak turun tolong mak dengan Mak Nah masak. Abang nak tidur, tidur la. Masih awal. Nanti sayang kejutkan. Kata Qaseh lalu berjalan ke arah beg pakaian mereka. Setelah selesai, Qaseh terus turun ke bawah tinggal Qais yang masih dengan telefon di tangan. Baru dia mahu lelapkan mata, telefon berdering. Lihat nama pada skrin. Sand?

"Hello" Sand menyapa.

"Ya, ada apa-apa ke kau call aku?" soal Qais serius.

"Tak penting pun, cuma aku nak tanya sikit. Eh, aku ganggu ke ni?" soal Sand.

"Tak, aku tak buat apa pun. Ada apa?" soal Qais.

"Aku tak tahulah samada Qaseh dah tau ke belum" kata Sand. Qais terus bangun duduk bila nama Qaseh disebut.

"Kenapa dengan Qaseh?" soal Qais yang sudah bangun berdiri mengadap balkoni.

"Eh, bukan pasal Qaseh tapi Faizal. Sepupu dia tu" laju Sand membalas.

"Faizal?" soal Qais pula.

"Dah kenapa dengan Faizal pula?" soal Qais tidak sabar.

"Ni.. kat IPD ni, penuh kat depan pintu masuk dengan wartawan. Diaorang nak interview Faizal mengenai bangunan di Melaka projek syarikat ayah Qaseh yang Faizal handle baru siap tu roboh. Mujur tak sempat diduduki lagi tapi ada yang cedera. Itu Faizal datang nak bagi keterangan" kata Sand.

"Roboh? macam mana boleh roboh?" soal Qais.

"Itu aku tak pasti, kejadian tu berlaku awal pagi tadi dan sebaik dapat tahu bangunan tu roboh, IO sana call Tuan Shukri minta IO sini tolong ambil rakaman percakapan awal" terang Sand. Qais senyum senget. Balasan! Tak payah aku nak buat apa-apa, Tuhan dah tunjuk.

"Semua roboh ke macam mana?" soal Qais ingin tahu.

"Bukan semua, tak silap aku sikit je tapi disebabkan runtuhan tu dah hempap pengawal keselamatan yang bertugas, tu sebab jadi kes polis. Nasib baik pengawal keselamatan tu tak meninggal tapi cedera teruk juga la" kata Sand.

"Aku rasa Qaseh belum tau lagi ni. Anyway, thanks Sand" ucap Qais lalu talian dimatikan. Qais raut rambut sambil melangkah ke arah pintu kerana mahu turun ke bawah dapatkan Qaseh tapi belum sempat pemegang pintu dipegang, daun pintu ditolak dari luar dengan kasar.

"Sayang!"

"Abang!"

Sama-sama terkejut.

"Kenapa ni?" soal Qais tapi rasanya dia dapat agak apa yang akan Qaseh katakan.

"Bangunan di Melaka runtuh, ada yang cedera" kata Qaseh di celah pintu dengan wajah risau.

"Sayang nak balik?" soal Qais.

"Boleh ke?" soal Qaseh. Rasa bersalah pula ajak Qais balik awal.

"Boleh sayang" balas Qais.

"Kesian mak, dah siap masak" kata Qaseh lagi.

"Tak apa, nanti abang panggil budak-budak datang makan teman mak" kata Qais lalu melangkah ke arah balkoni sambil nombor seseorang didail. Tidak sampai lima minit Qais datang menghampiri Qaseh yang sedang bersiap.

"Sayang dah siap?" soal Qais. Qaseh laju angguk.

"Okay, sayang tunggu abang salin baju sekejap" kata Qais lalu pipi Qaseh dicium sekilas. Qaseh melabuhkan duduk di birai katil sambil tangan sibuk dengan telefon. Bimbang pada kesihatan Dato' Abbas.

"Jomlah, nanti lambat sampai" ajak Qais yang sudah siap berpakaian bersama cap di kepala dan rayban yang disangkut pada leher baju. Qaseh laju bangun mengekori Qais dari belakang yang menjinjit beg.

"Mak" panggil Qais pada Puan Adalila yang sibuk di dapur.

"Mak, Yeed dengan Qaseh nak balik sekarang. Nanti budak-budak datang temankan mak makan" kata Qais pada Puan Adalila sambil salam disalam.

"Ye lah, pandu kereta tu jangan laju-laju" pesan Puan Adalila yang sudah beralih salam pada Qaseh. Tubuh Qaseh dipeluknya.

"Mak, Qaseh minta maaf. Tak sempat nak makan tengah hari dengan mak" kata Qaseh serba salah.

"Tak apa, lain kali boleh balik lagi" kata Puan Adalila.

"Gerak dulu mak. Assalamualaikum" kata Qais yang beriringan bersama Qaseh keluar dari muka pintu.

Hampir jam empat petang Qais dan Qaseh sampai di rumah Dato' Abbas. Ikutkan awal lagi sampai tapi berhenti makan dan solat, lambat sikit sampainya.

"Assalamualaikum" ucap Qais dan Qaseh serentak.

"Waalaikumsalam"

Waktu itu, Dato' Abbas, Datin Adawiyah, Ratib dan Faizal yang berada di ruang tamu menoleh pada Qais dan Qaseh yang baru tiba. Ada riak tidak puas hati di wajah Faizal apabila melihat Qais.

"Ayah, Mak Uda" sapa Qais dan Qaseh lalu salam dihulur.

"Duduk Qaseh, Qais" kata Dato' Abbas.

"Kak Teha, bawakan lagi dua gelas" pinta Datin Adawiyah.

"Ayah, macam mana benda ni boleh jadi?" soal Qaseh sebaik dilabuhkan duduk di sisi Dato' Abbas.

"Q tanya la Faizal, apa dia buat" Dato' Abbas malas mahu menjawab. Laju Qaseh toleh pada Faizal.

"Kau buat apa Faizal sampai boleh runtuh?" soal Qaseh marah. Faizal hanya diam mencuka.

"Kau tau tak, punya susah aku rebutkan tender untuk projek tu, last-last macam ni jadi!" marah Qaseh.

"Aku tak minta pun kau susahkan diri untuk projek tu!" balas Faizal.

"Memang kau tak suruh tapi kau juga beriya minta nak handle projek tu dari aku!" marah Qaseh.

"Dah, dah.. sekarang ni kita bincang macam mana nak buat. Nasib baik security tu tak mati. Kalau mati lagi susah" sampuk Dato' Abbas.

"Kita kena lantik mana-mana syarikat yang dapat semak dan nilai semula condition bangunan tu sebelum baik pulih dapat dibuat" kata Dato' Abbas.

"Tapi ayah, dalam keadaan macam ni, siapa je yang nak bantu kita untuk nilai semula dan betulkan balik apa yang dah runtuh tu. Makan masa juga untuk kita buka tender untuk sub kan pada syarikat lain" sampuk Ratib.

"Maaf kalau saya menyampuk" kata Qais yang tadi diam.

"Ya Qais" kata Dato' Abbas.

"Kau tak payah nak menyampuk, kau bukan tau apa pun pasal bussines ni" ejek Faizal. Eh.. dia ni. Dah la dia punca, masih nak berlagak.

"Kamu diam Faizal! Patutnya kamu yang uruskan semua ni sebab perkara ni berlaku punca dari kecuaian kamu!" marah Dato' Abbas.

"In sha Allah saya boleh bantu tapi syarikat ni taklah besar mana" kata Qais.

"Tak apa Qais, asalkan perkara ni dapat diselesaikan. Apa nama syarikatnya?" soal Dato' Abbas.

"D'Hayyat Holdings" kata Qais.

"CEO D'Hayyat kawan Qais ke?" soal Dato' Abbas.

"Haah, anak COO ni kawan saya masa study dulu" balas Qais.

"Kalau macam tu, esok bawa ayah jumpa kawan Qais esok. Faizal, kamu ikut sekali!" kata Dato' Abbas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience