Bab 6

Romance Completed 137990

Pagi itu Dato' Abbas memanggil Qaseh, Faizal dan Ratib ke pejabatnya untuk berbincang mengenai kejadian yang berlaku semalam. Qaseh sudah dapat merasakan bahawa dia yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas perkara ini. Seperti dapat diagak siapa yang menjadi punca.

"Semua dah ada, kita boleh mulakan" kata Dato' Abbas.

"Ayah rasa, Faizal dan Ratib dah pun tahu mengenai kejadian yang berlaku semalam. Q disamun dan kereta dibawa lari dan turut dibawa bersama adalah cash money lima belas ribu dan beberapa keping cek tunai lebih kurang seratus ribu tapi yang paling penting adalah dokumen berkaitan projek terbaru nak yang ditander" kata Dato' Abbas sambil memandang seorang demi seorang yang berada di hadapannya.

"Ada sesiapa yang boleh beritahu kenapa perkara ini boleh berlaku?" soal Dato' Abbas. Ketiga-tiga mereka diam tidak berbunyi.

"I don't care about cash and checks but the documents. Anyone else know about the document, other than us?" soal Dato' Abbas.

"Rasanya, only us know about that" Faizal bersuara. Ratib yang berada di sisi sudah menoleh dengan pandangan tidak puas hati.

"Ratib, hire the private investigator to solve this problem. I don't want the document fell into the hands of others" arah Dato' Abbas. Ratib yang sedang memandang Faizal pantas menoleh pandang pada Dato' Abbas.

"Baik ayah" balas Ratib disertai dengan anggukan.

"Faizal, how about Melaka? Projek metting? Pak Long nak laporan petang ni." kata Dato' Abbas pada Faizal.

"Kalau tak ada apa-apa, boleh keluar. Q, you stay" kata Dato' Abbas kemudian tubuh tuanya disandar ke kerusi. Pening memikirkan perkara yang berlaku.

"Q, what happen?" soal Dato' Abbas pada Q.

"Apa maksud ayah?" soal Qaseh tidak mengerti.

"Macam mana boleh berlaku? kenapa GPS kereta tak aktif?" soal Dato' Abbas tidak faham. Qaseh yang duduk di hadapan Dato' Abbas sudah berkerut dahi. Takkan ayah ingat aku pulak yang sengaja sabotaj.

"Ayah. Ayah pun tahukan, semalam patutnya Q terus ke Putrajaya untuk projek baru tu tapi ayah yang minta Q uruskan cek secepat mungkin dan ayah yang minta Q ke bank pagi tu."

"GPS tu pulak, ayah yang minta Q call syarikat security supaya GPS dimatikan hingga kereta siap dibaiki. Bukan Q yang sengaja mahu semua ni berlaku. Ayah patutnya tanya Faizal. Dia yang bertanggungjawab mengenai cek tu. Kalau dia yang uruskan cek dan Q terus ke Putrajaya semalam. Hal ni tak mungkin berlaku" tegang-tegang urat leher Qaseh. Geram pula bila seakan dia yang dipersalahkan.

"Jangan nak salahkan orang lain Q. This is your responsibilities!" tinggi suara Dato' Abbas.

"Dah tu ayah nak Q buat apa? kalau Q tau nak jadi macam ni, Q tak ikut cakap ayah supaya ke bank. Baik Q terus ke Putrajaya saja" balas Q. Pantang betul kalau orang menyalahkan dirinya bagi perkara yang sah-sah dia tidak bersalah.

"Jadi, Q nak salahkan ayah?" soal Dato' Abbas.

"Ayah tak kira, buat macam mana sekalipun, yang penting ayah nak dokumen tu dijumpai segera. Now, you can go" kata Dato' Abbas pada Q.

Tanpa tunggu lama, Q terus bangun dan melangkah keluar dari pejabat Dato' Abbas dengan hati yang sebal.

+++

Faizal dan Ratib melangkah keluar dari pejabat Dato' Abbas tetapi belum sempat jauh, Ratib memanggil Faizal.

"Faizal, wait" panggil Ratib lalu menghentikan langkah Faizal yang melangkah laju menuju ke lift untuk turun ke pejabatnya.

"What?" soal Faizal pada Ratib dengan wajah tidak puas hati.

"Aku tau, ni kerja kau!" kata Ratib dengan wajah yang tegang.

"Kau cakap apa ni?" soal Faizal sambil memberikan senyum sinis pada Ratib.

"Kau jangan ingat aku tak tau, kau sengaja ke Melaka dan biar Q yang uruskan cek ke bank sedangkan dia perlu ke Putrajaya untuk hantar dokumen projek tender yang baru pada hari yang sama! dan orang yang samun Q tu pun orang-orang kau kan" keras kata Ratib. Faizal yang mendengar suka ketawa mengejek.

"Kau ada bukti ke?" soal Faizal lalu memandang tegak pada Ratib.

"Kau tak payah nak tunjuk baik la Ratib, bukan aku tak tau kau pun lebih kurang sama macam aku" balas Faizal sambil membetulkan cufflinknya.

"Hey! sekurang-kurangnya aku tak pernah nak libatkan Q" marah Ratib sambil mencekak suit Faizal dengan wajah yang berang.

"Memang kau tak libatkan Q sebab kau ada hati pada dia.. kan?" Faizal membalas kata sambil menepis tangan Ratib yang ada pada tubuhnya.

"Kau ingat kalau Q tahu apa yang kau buat pada syarikat ni, dia akan maafkan kau?" soal Faizal sambil memandang Ratib dengan muak.

"Tak payah nak berangan la Ratib, kau ingat Q nak pandang kau?" sambung Faizal lagi lalu melangkah meninggalkan Ratib dengan rasa tidak puas hati. Kemudian langkah kaki dihentikan dan tubuh dipusing ke belakang.

"Syarikat ni sepatutnya diserahkan pada kita, cucu lelaki bukan pada anak manja macam Q! mentang-mentang ayah dia anak lelaki sulong, semua dapat pada keluarga diaorang lepas tu nak diserahkan pula pada anak manja tu! None sense"

"Kau jangan ingat, Pak Long ambil kau sebagai anak angkat sebab dia tak ada anak lelaki dan dia nak serah syarikat ni pada kau? jangan mimpi la Ratib.. jangan mimpi" kata Faizal sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Ratib. Terteleng kepalanya ke tepi kerana tidak suka diperlakukan begitu.

Sebaik pintu lift terbuka pantas Faizal melolos masuk meninggalkan Ratib yang terkaku di situ.

"Abang Atib, kenapa ni?" soal Qaseh yang baru keluar dari pejabat Dato' Abbas pada Ratib.

"Eh, Q. Tak ada apa. Q nak ke mana?" soal Ratib yang mahu menutup gugup.

"Q nak balik pejabat. Ada banyak kerja nak kena siapkan. Kenapa?" soal Qaseh sambil kaki melangkah merapati lift dan butang ke bawah ditekan.

"Abang Atib ingat nak ajak Q sarapan, kalau Q belum sarapan lagi" kata Ratib yang mahu cuba nasib. Bukan apa, semenjak usia menginjak dewasa, gadis ini cukup susah untuk menerima ajakan dari mana-mana lelaki termasuk dirinya merangkap sepupu dan adik beradik angkat.

"Eh, tak apalah, Q dah sarapan di rumah tadi, Mak Uda masakkan bihun" tolak Qaseh lembut.

Hm.. dah dapat agak jawapan Q.

"Oh, it's okay" balas Ratib dan tidak lama pintu lift terbuka dan keduanya melolos masuk.

+++

Sebaik Faizal masuk ke pejabatnya, terus tubuh dihempas kuat pada kerusi. Telefon bimbit dicapai dan nombor seseorang di dail. Tidak lama panggilan disambut.

"Mana barang aku?" soal Faizal pada orang di sebelah sana.

"Aku nak petang ni, barang yang lain jangan usik. Pulangkan balik" tinggi suara beralun.

"Jumpa tempat biasa" arah Faizal lalu talian dimatikan.

"Kau tunggulah Q, aku nak tengok anak manja macam kau boleh tahan atau tidak" kata Faizal sendiri sambil tersenyum senget.

+++

"Tuan, team dah dapat tangkap suspek kes samun larikan kenderaan" terang White pada Qais dalam talian.

"Okay, tunggu saya datang" balas Qais lalu bangun dari kerusi dan mengambil jaket yang bergantung di penyangkut dan disarungkan ke tubuh sasanya.

"Q, mana?" soal Sand sebaik melihat Qais bersiap dengan jaket dan seakan mahu keluar.

"Jumpa suspek kes samun hari tu" kata Qais sambil menutup pintu biliknya.

"Kes awek nama Qaseh tu ke?" soal Sand sambil tersengih-sengih. Qais tidak membalas sebaliknya hanya menjeling pada Sand. Sand sudah terkekeh ketawa. Tanpa menghiraukan usikan Sand, Qais terus laju membuka langkah menuju ke bilik soal siasat.

Sebaik tiba, Qais disapa White dan Ray.

"Kita dapat tahan seorang dari tiga orang" terang White.

"Dapat apa-apa maklumat?" soal Qais yang melihat suspek yang ditahan disebalik cermin pandang sehala itu.

"Belum Tuan. Dia tak nak buka mulut" balas Ray.

"Buka pintu" arah Qais. Ray dan White yang mendengar sudah saling memandang. Aduh, kalau dah Tuan Qais yang soal siasat, naya. Kalau tak patah gigi, kening koyak. Bukan tidak tahu macam mana Tuan Qais kalau soal siasat suspek, pasti lunyai kena penangan Tuan Qais.

"Saya kena buka sendiri ke macam mana ni?" soal Qais tegas sambil Ray dan White dipandang bergilir. Tertelan liur kedua anggota itu. White kemudian menekan lock pada pintu dan Qais terus melangkah masuk dan sebelum pintu ditutup, Qais berpesan.

"Jangan sesiapa masuk selagi saya tidak panggil" pesan Qais serius. Ray dan White hanya mengangguk dan terus keluar dari bilik soal siasat. Kini hanya tinggal Qais dan suspek sahaja.

Lebih kurang dua puluh minit Qais keluar dari bilik soal siasat lalu mendapatkan Ray dan White yang menantinya di luar.

"Ray, clean. Bawa suspek ke hospital untuk rawatan. Dia cedera kerana melawan semasa soal siasat" kata Qais sambil melangkah ke arah sinki yang ada di tepi bilik untuk mencuci tangan.

"White, ikut saya" sambung Qais lagi. Ray dan White sudah terkebil-kebil. Diaorang dari pagi lagi soal siasat, satu apa pun tak dapat dari suspek. Datang je Tuan Qais, tak sampai setengah jam, suspek dah buka mulut.

"Tunggu apa lagi White, nak saya bentang red carpet baru nak ikut ke?" tegur Qais dengan wajah mencuka.

"Ye, Tuan. Saya nak ambil kunci kereta sekejap" balas White gagap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience