Bab 33

Romance Completed 137990

"Ayah, Mak Uda. Kitaorang gerak dulu" kata Qais di hadapan pintu.

"Ye lah. Sampaikan salam pada mak dan adik ya" pesan Datin Adawiyah.

"In sha Allah" balas Qais.

"Assalamualaikum" salam diberi.

Qais meloloskan diri di bahagian pemandu manakala Qaseh di bahagian penumpang hadapan. Perjalanan ke Batu Kurau, Taiping, Perak mengambil masa lebih kurang empat jam, campur tolak berhenti rehat di RnR. Qaseh masih lena di kerusi sebelah, nyenyak betul. Sebaik kereta Qais masuk ke perkarangan kawasan rumah, Qaseh terjaga. Terpisat-pisat mata. Tangan menutup mulut yang menguap, berair hujung mata.

"Eh, rumah siapa ni?" soal Qaseh pada Qais. Cantik. Bercirikan tradisional. Senibina kayu tapi nampak mewah.

"Rumah mak" balas Qais sambil senyum. Tergambar riak tidak percaya dan terkejut.

"Kita keluar jom. Dah sampai" ajak Qais apabila keretanya telah diparking di bawah garaj di bahagian tepi rumah. Ada lima garaj semuanya. Selain dari kereta Qais, kereta Sara, ada dua buah kereta lagi. Sebuah jenis Range Rover warna hitam berkilat manakala sebuah lagi bertutup, hanya nampak bahagian tayar sahaja.

"Kenapa?" soal Qais apabila kaki Qaseh tidak melangkah, masih di tepi kereta.

"Kereta siapa tu?" soal Qaseh sambil menunjukkannya pada Qais.

"Yang mana? Range Rover hitam tu?" soal Qais sambil memandang ke arah yang ditunjukkan Qaseh. Qaseh angguk.

"Oh, kereta saya tapi mak guna. Ikutkan, tak guna sangat pun. Biasa order je barang, diaorang datang hantar" balas Qais selamba. Qaseh angguk dengan penuh persoalan. Siapa awak sebenarnya ni?

"Dah, tak payah nak fikir bukan-bukan. Mari kita masuk" ajak Qais.

"Beg macama mana?" soal Qaseh apabila Qais hanya melenggang masuk.

"Tak apa, nanti Mail ambilkan" kata Qais lalu mendahului langkah. Tanpa soal, Qaseh mengekori Qais dari belakang.

Sedang berjalan masuk Qais terasa bajunya ditarik. Kepala ditoleh.

"Kenapa Qaseh?" soal Qais bimbang.

"Siapa awak sebenarnya?" soal Qaseh. Qais pelik. Terus dipusingkan tubuh mengadap Qaseh. Nafas dihela perlahan.

"Kenapa tanya macam tu pulak?" Qais menyoal sambil mengusap rambut Qaseh.

"Ayeed, Qaseh.. buat apa kat luar tu masuklah" panggil Puan Adlila di muka pintu. Qais menoleh sambil angguk.

"Kita masuk jom" tangan Qaseh ditarik mengikutnya ke pintu rumah.

"Assalamualaikum mak" sapa Qais sambil salam di hulur dan kekura tangan Puan Adlila dicium.

"Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Mesti penat ni" salam dijawab sambil Qaseh ditarik ke dalam pelukannya.

"Penat ke?" soalnya pada Qaseh yang masih nampak dalam kekeliruan. Perlahan kepala digeleng.

"Abang Ayeed!" suara gedik menegur dari belakang. Ee.. siapa la pulak ni..

"Bila sampai?" lunak dan mengada sahaja bunyi alunan suaranya. Dijelingnya Qaseh di sebelah.

"Siapa ni?" soal Lyana dengan memek muka yang menyampah.

"Isteri abang. Qaseh. Qaseh, ni Lyana" balas Qais sambil memaut pinggang Qaseh. Abang? dengan aku tak nak pulak bahasakan diri tu abang.

"Isteri? macam tak padan je dengan abang!" dipandang Qaseh atas dan bawah. Eh eh eh pandai-pandai je Lyana beri komen. Padan tak padan!

Qaseh tetap maniskan wajahnya walaupun hati membengkak tak terkata.

"Kerja apa isteri kamu ni Yeed?" satu suara menyampuk dari belakang. Tertoleh Qais memandangnya.

"Eh, mak ngah" sapa Qais.

"Hah, Yati. Masuklah dulu nak berbual pun" tegur Puan Adlila yang baru kembali dari dapur.

"Tak, aku tanyakan si Yeed ni ha, isteri dia ni kerja apa?" ulang Puan Yati sambil melabuhkan duduk di sofa sambil mengibas selendang pada wajah, panas. Yang si Lyana ni pulak, sibuk menempel sebelah Qais. Terpaksalah Qaseh beralah duduk di sebelah Puan Adlila.

"Mak ngah tanya la sendiri" sampuk Qais yang sudah selesa di sofa. Lyana pula tersengih-sengih di sisi Qais. Ish, sibuk la dia ni?!

"Saya kerja biasa-biasa je" Qaseh membalas. Tidak mahu ceritakan yang dia bekerja di syarikat ayahnya, takut nanti dikatakan meninggi diri pula.

"Biasa-biasa tu apa? aku ni bukan apa Kak Long, takut nanti si Yeed ni salah pilih isteri pula. Buatnya dapat isteri kaki kikis? habis duit dia nanti. Tau je lah, Yeed ni kaya" nyaring suara Puan Yati berbunyi. Sambil bercakap, tangannya menggawang-gawang ke depan. Tau la gelangnya penuh lengan, dengan rantai bergayut di leher. Ish, tak berat ke? Nasib baik bibir tak dipasang subang!

Puan Adlila hanya tersenyum sahaja sambil menuang air ke dalam cawan.

"Dah, minum ni. Kering tekak tu banyak cakap" perli Puan Adlila. Tersenyum Qais.

"Aku cakap kau main-main Long" marah Puan Yati.

"Jangan nanti jadi macam anak si Leha tu, pilih punya pilih, dapat kaki kikis. Habis duit laki dikerjakannya" sambung Puan Yati sambil menjeling pada Qaseh. Jeling-jeling, korek mata tu nanti baru tau. Eh, tak heran la aku dengan duit Qais. Aku pun ada harta sendiri..

"Kalau dia habiskan pun tak apa Mak Ngah, isteri saya kan. Kalau bukan dia yang habiskan, siapa lagi yang nak buat?" kata Qais dengan senyum nipis sambil menoleh pada Qaseh yang sudah berubah riak wajahnya. Air kopi dalam cawan diteguk perlahan.

"Eh.. Akak, abang Ayeed.." jerit Qaisara yang baru melangkah masuk dari pintu depan. Terus diterpa Qaseh lalu dipeluk tubuh itu. Kemudian dengan kasar dihempaskan tubuh di antara Qais dan Lyana.

"Eh, kau tepi sikit. Tak malu ae.. menempel kat suami orang" marah Qaisara.

"Kau!!" Lyana sudah tinggi suara.

"Apa? tepilah" ditolaknya tubuh Lyana ke tepi. Bukan tak ada ruang kosong, sengaja nak menggesek abangnya. Yang abang dia pun satu. Suka la tu.

"Ayeed, dah bawa Qaseh masuk bilik rehat. Mesti penat" kata Puan Adlila sambil lengan Qaseh ditepuk perlahan.

"Jangan dibagi muka sangat Long, pijak kepala nanti" dijeling Qaseh yang sudah bangun berdiri bersama Qais.

"Mari Qaseh kita masuk bilik" ajak Qais lalu berjalan mendahului Qaseh. Sambil kaki melangkah Qaseh memerhatikan keadaan di dalam rumah ini. Cantik sususan perabotnya, kombinasi kayu dan moden. Ada satu sudut gambar-gambar Qais berpakaian uniform termasuk gambar-gambar semasa di dalam latihan. Ada terselit sekeping dua gambarnya bersama Sand.

"Qaseh.. sini" panggil Qais.

"Ah, okay" jawab Qaseh lalu kaki melangkah ke tingkat atas rumah bersama Qais.

"Ah.. lega rasa belakang" kata Qais sebaik tubuh dibaringkan di atas katil kayu berbingkai. Cantik ukiran pada kepala katil.

"Lenguh ke? Awak tiarap, saya picit" kata Qaseh yang sudah melangkah ke arah katil.

"Tak susahkan awak ke?" soal Qais sambil meniarap dan kepala dilapikkan bantal untuk selesa. Qaseh pula sudah memanjat naik ke katil. Perlahan kedua-dua bahu dipicit, kemudian beralih ke leher dan belakang. Diulang-ulang perbuatan tersebut dengan urutan lembut. Qais yang asalnya hanya mahu hilangkan penat, terus terlena dengan urutan Qaseh.

Melihatkan Qais yang sudah terlena, Qaseh perlahan turun dari katil lalu mendaptkan beg untuk membersihkan diri dan tukar pakaian. Hampir dua puluh minit dalam bilik air, Qaseh bersiap untuk keluar dari bilik air. Diintai ke arah katil, masih tidur.. dengan tuala separas dada dan kaki yang basah kalut Qaseh berjalan keluar dari bilik air. Ntah mana silapnya, jatuh terduduk Qaseh di atas lantai. Terjerit dia.

Terkejut Qais yang terlena di atas katil. Dilihat Qaseh susah terduduk di tepi beg sambil mengurut kaki.

"Qaseh" panggil Qais bimbang. Tidak menunggu lama, laju tubuh itu dicempung dan dibawa ke katil. Terperanjat Qaseh, laju tangan naik memaut leher Qais. Merah padam wajahnya.

Perlahan Qais meletakkan Qaseh di atas katil. Kaki Qaseh diperiksa dan digosok perlahan.

"Macam mana boleh jatuh. Qaseh nak ke mana kalut sangat?" soal Qais. Qaseh pula sudah tebal rasa wajahnya apabila melihat keadaannya waktu itu.

"Er.. awak. Tak apa, sikit je" Qaseh menarik perlahan kakinya.

"Sekejap" kaki Qaseh ditarik Qais semula.

"Saya letak minyak, takut bengkak" kata Qais lalu bangun dari birai katil menuju ke almari solek untuk mengambil minyak. Qaseh tidak menunggu lama terus turun dari katil dan berjalan terjingkit-jingkit ke arah beg.

"Eh, Qaseh. Kan saya cakap sekejap" tegur Qais. Laju Qaseh menggeleng.

"Saya pakai baju sekejap" pinta Qaseh lalu hilang di dalam bilik air bersama pakaian di tangan. Qais dah terkaku di situ. Kepala digeleng perlahan. Takut sangat. Ingat aku nak buat apa-apa pada dia ke.. Hai la Qaseh.. Hari tu berani sangat tak nak pakai seluar, ini dah takut pulak. Langkah kaki dibawa ke birai katil dan duduk dilabuhkan di situ sementara menanti Qaseh. Tidak lama Qaseh yang sudah siap berpakaian keluar dari bilik air.

"Sini" katil di sisinya ditepuk. Perlahan Qaseh melangkah ke arah Qais. Sebaik Qaseh melabuhkan duduk, Qais bangun dan melutut di lantai bilik untuk menyapu minyak pada kaki Qaseh.

"Okay, siap" kata Qais yang sudah bangun dan dilabuhkan cium sekilas pada hidung mancung itu. Kaki melangkah ke arah almari solek dan minyak disimpan kembali. Kemudian dengan selamba, t-shirt dan seluar dilucutkan dan dimasukkan ke dalam bakul rotan di tepi bilik air. Qaseh yang melihat sudah tertelan liur. Nak pegang boleh tak.. sama je gatalnya.

Sebaik Qais menghilang ke dalam bilik air, Qaseh membaringkan tubuh. Lega rasanya. Perlahan mata terpejam lena..

"Qaseh.. Qaseh.. bangun. Senja, tak elok tidur senja macam ni" kejut Qais. Ni yang malas nak kejut. Duduk dilabuhkan di birai katil lalu wajah ditundukkan ke wajah Qaseh lalu bibir merah itu disapa. Lama.. hingga Qaseh menolak tubuh Qais. Merah pipinya.

"Awak ni..!" marah Qaseh sambil mengesat bibir dengan jarinya.

"Dah saya kejut pakai suara tak bangun, saya kejut pakai bibir" kata Qais sambil memuncungkan bibirnya ke arah Qaseh. Terundur ke belakang jadinya Qaseh.

"Ee.. Pervert!" Qaseh bersuara. Seram dengan Qais. Makin menjadi-jadi pulak gatalnya.

"Qaseh lebih prefer bibir saya yang seksi ni atau wajah dibasahkan dengan air?" soal Qais pula. Menjeling Qaseh sambil kaki diturunkan dari katil.

"Gatal!" kata Qaseh sepatah.

"Dengan Qaseh je" bisik Qais di telinga.

"Dah la. Awak solat belum?" soal Qaseh yang sudah berdiri.

"Dah, awak?" soal Qais walaupun jawapan dah tau. Menjeling Qaseh. Sengajakan.

"Saya nak ke dapur tolong mak" Kata Qaseh. Baru langkah kaki diatur, telefon bimbit Qais berdering.

"Qaseh boleh ke turun sendiri?" soal Qais bimbang. Qaseh hanya mengangguk dan tubuhnya hilang di sebalik pintu bilik.

"Hello" Qais bersuara.

"Aku rasa kau boleh agak kenapa aku call" Sand membalas. Qais hanya diam sambil kaki melangkah ke arah pintu sliding ke koridor yang terbuka.

"Hariz kena pukul kerja kau kan?" soal Sand.

"Kau cakap dah tak terlibat dengan benda ni" sambung Sand lagi.

"Kau tak faham Sand" kata Qais dengan pandangan yang tegak ke hadapan.

"Tak faham apa? kau juga cakap nak tinggalkan semua tu" kata Sand.

"Kau tak faham bila orang yang kita sayang diancam nyawanya dan kita tak mampu nak lakukan apa-apa sebab tangan kita yang terikat!" keras suara Qais.

"Tapi itu bukan penyelesaiannya Q" suara Sand sudah kendur.

"Kau sedarkan kita ni siapa?" sambung Sand lagi. Terdengar keluhan kasar dari Sand.

"Ikut kau la Q tapi, hati-hati. Aku tak nak datang masalah pada kau pulak nanti. Kau sahabat aku Q" kata Sand.

"Aku tau, thanks Sand" balas Qais lalu talian dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience