Completed
137990
"Qaseh, apa yang bising-bising tadi?" soal Datin Adawiyah pada Qaseh yang baru melabuhkan duduk. Merah padam wajahnya bila teringat adegan tadi. Qais ni la, buat hal!
"Hah? tak ada Mak Uda, Q terkejut cicak. Besar Mak Uda. Cicak tak pakai baju" kata Qaseh sambil menjeling pada Qais di sebelah. Qais sudah tersenyum sumbing.
"Cicak tak pakai baju?" soal Dato' Abbas yang baru tiba di meja makan. Pelik pulak dengan cerita Qaseh.
"Ada ke cicak pakai baju?" soal Mak Uda pula. Qaseh dah terkekek ketawa.
"Dah, tak payah nak cicak-cicak sangat. Kita makan, sejuk lauk nanti tak sedap pulak" kata Dato' Abbas. Seperti sebelum ini, Dato' Abbas minta Qais membacakan doa makan. Seusai doa diamin, keempat-empat mereka memulakan makan malam. Malam ni Mak Teha siapkan makan malam dan kemudian balik rumah anaknya, ada hal keluarga. Jadi malam ni, hanya mereka berempat sahaja ada di rumah besar itu.
"Qais, katanya mak dengan adik dah nak balik esok ya?" soal Dato' Abbas sambil menghirup teh panas.
"Ya ayah. Esok, saya ingat nak balik rumah sekejap, nak jumpa mak dengan adik" kata Qais.
"Hah, eloklah. Bawa Qaseh sekali. Duduk rumah ni pun bukan buat apa. Bawa ke rumah Qais boleh juga kemas-kemaskan rumah." kata Dato' Abbas.
"Eh, apa pulak Q yang kena kemas" Qaseh sudah buat muka tak puas hati.
"Dah jadi isteri, kena la belajar buat semua tu" sampuk Datin Adawiyah pula. Qaseh sudah muncung bibirnya. Nasib dah siap makan, kalau tidak, tak selera jadinya.
Qais sudah tersenyum, Qaseh yang tidak puas hati terus menyepak kaki Qais di bawah meja. Amboi, melawan ye. Perlahan Qais turunkan tangan kirinya ke atas paha Qaseh lalu diurut perlahan paha itu. Terperanjat Qaseh, mujur tak tercampak cawan di tangan. Laju kepala di toleh pada Qais di sebelah. Qais hanya buat tidak tahu sahaja sambil tangan kanan memegang cawan. Oo.. main kasar! Nanti dia.
Sebaik Qais naikkan semula tangan kirinya ke sisi meja. Laju Qaseh jalankan operasinya.
'Pap'
"Erk!" merah wajah Qais. Keras tubuhnya. Ditepuk 'adik'nya yang sedang tidur tu! Nak kena Qaseh ni..
"Kenapa Qais?" soal Dato' Abbas pelik. Dah kenapa Qais ni tiba-tiba keras macam tu. Qaseh di sebelah sudah ketawa dan menaikkan ibu jari kanan pada Qais. Digoyang-goyangkan ibu jari di depan mukanya. Nak sangatkan.
"Ayah, Mak Uda, Q naik bilik dulu ya" laju nak larikan diri. Tunggu la..
"Bagitau ayah dengan Mak Uda buat apa, bagitau suami la" usik Mak Uda. Menjeling Qaseh pada Qais. Terus dibawa tubuh berdiri untuk meninggalkan ruang makan.
"Malas layan" bisik Qaseh pada telinga Qais sebelum berlalu. Berdiri bulu roma Qais. Pandainya dia.. memang nak kena ni.
"Tak payah nak layan sangat perangai mengada si Q tu Qais" kata Dato' Abbas.
"Berapa lama cuti?" soal Dato' Abbas lagi.
"Seminggu" balas Qais.
"Sempat ke nak balik kampung. Bukan mak ada buat majlis juga nantikan" sampuk Datin Adawiyah.
"Ha, ya. In sha Allah sempat" balas Qais yang sudah selesai dengan makan malamnya.
Setelah semua selesai dengan makan malam, Dato' Abbas bergerak ke ruang tamu manakala Datin Adawiyah mengemas meja makan. Mak Teha tiada, jadi terpaksalah dilakukan seorang diri.
"Eh, Qais. Kenapa tak ke depan. Berbual dengan ayah" soal Datin Adawiyah apabila melihat Qais turut membantunya mengemas meja.
"Tak apa, sekejap lagi saya ke depan. Biar saya tolong" kata Qais lalu membantu Datin Adawiyah tanpa kekok. Sudah biasa baginya, maklumlah anak sulong. Walaupun lelaki, kerja-kerja rumah bukanlah asing baginya.
"Untung lah Qaseh dapat suami rajin. Tapi Qais jangan manjakan sangat. Biar Qaseh yang buat tapi itu lah, kalau urusan rumah tangga ni, Qaseh tak berapa mahir. Silap Mak Uda juga, tak ajar Qaseh dari kecil" kata Mak Uda yang sudah mendung wajahnya. Iyalah, rasa macam kekurangan Qaseh disebabkan dirinya pula.
"Mak Uda jangan cakap macam tu, mana ada manusia yang sempurna. Semua ada kekurangan" kata Qais. Datin Adawiyah hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Tak apa lah, sikit saja tinggal lagi ni. Qais ke depan, nanti Mak Uda bawakan air" kata Datin Adawiyah.
"Baik Mak Uda" balas Qais sambil mengeringkan tangan.
Lama juga Qais berbual bersama Dato' Abbas dan Datin Adawiyah. Qaseh yang awal-awal masuk bilik hanya berehat di atas katil sambil bermain telefon.
"Ish, dia ni tak nak masuk tidur ke?" Qaseh sudah berkata sendirian.
Ikut dia lah, nak tidur bila. Qaseh malas mahu bertanya, tambahan pula matanya sudah memberat. Maklumlah, perut dah kenyang. Matapun mudah sangat nak tertutup. Tidak lama terdengar pintu bilik terbuka. Waktu itu Qaseh baru tidur-tidur ayam tapi masih dapat lihat Qais yang melangkah masuk. Qais terus ke bilik air dan tidak lama, keluar semula lalu menunaikan solat. Selepas itu Qaseh sudah tidak sedar, lena sudah menjemput.
Sedang Qais menyangkut sejadah di penyidai, telefon bimbitnya yang berada di meja solek berbunyi. Siapa pulak telefon malam-malam macam ni. Telefon diambil lalu skrin dilihat. Tuan Syam? Laju icon hijau digesek.
"Assalamualaikum Tuan" Qais memberi salam.
"Waalaikumsalam. Maaflah kalau saya ganggu malam-malam penting macam ni" usik Syam.
"Eh, Tuan ni. Tak ganggulah. Saya belum tidur, baru lepas solat" balas Qais laju. Waktu itu kaki sudah melangkah ke arah pintu sliding ke koridor. Tangan kiri perlahan menyelak langsir dan pintu sliding ditolak. Tidak mahu Qaseh terganggu dengan panggilan tersebut.
"Sebelum tu, Selamat pengantin baru Qais. Semoga kekal berbahagia hingga syurga bersama Qaseh" ucap Syam. Hai, bila la aku pulak nak terima ucapan macam ni.. Sabar Syam, tak lari gunung dikejar. Gunung memang tak lari sebab tak ada kaki, tapi Sand ada kaki, laju boleh berlari. Aduh..
"Tuan?" panggil Qais.
"Ha, ya.. ya.. saya dengar. Sini line tak berapa nak elok" ye la tu, kau yang berangan, salahkan line.
"Ada apa Tuan call saya, macam penting je" soal Qais yang sudah tidak senang hati.
"Oh, ya. Rakaman CCTV dari hotel dah dapat. Bermula dari restorant, lift dan lorong depan bilik hotel. Memang ada yang tidak kena dengan apa yang berlaku waktu itu. Ada dua suspek yang terlibat tetapi suspek utama yang membawa Qaseh masuk ke bilik belum dapat dikenal pasti. Yang seorang sudah dapat dikenalpasti dan sedang diburu. Kalau dah dapat seorang, lebih mudah untuk kesan rakan sejenayahnya" terang Syam panjang lebar.
"Di mana suspek tinggal?" soal Qais tidak sabar.
"Awak tak perlu fikir pasal ni, biar saya dan team yang uruskan. Kalau dah dapat, saya akan call awak segera lagi pun Tuan Aniq turut bantu untuk mengesan suspek ini" balas Syam.
"Terima kasih Tuan. Tapi kalau ada apa-apa berita, Tuan maklum saya ya" pinta Qais yang sudah melabuhkan duduk di kerusi rotan di balkoni.
"Awak jangan bimbang, ada apa-apa. Saya bagitau segera" kata Syam.
"Baik. Terima kasih Tuan" kata Qais lalu talian dimatikan. Tidak sabar untuk dia tahu siapa pelakunya. Ditoleh pada Qaseh yang asyik dengan lenanya.
Perlahan kaki melangkah ke dalam bilik. Pintu sliding ditutup rapat. Telefon diletakkan di meja sisi, baju melayu pada tubuh ditanggalkan dan digantung, kemudian kain pelekat dilipat dan si sangkut pada penyidai. Hanya tinggal boxernya sahaja. Kaki melangkah menghampiri katil dan dilabuhkan duduk di birai katil. Berdebar pula rasa dadanya. Perlahan tubuhnya menyusup masuk di bawah selimut. Ditarik tubuh Qaseh ke dalam pelukannya, dicium rambut hitam pekat itu. Kuat jantungnya berdegup.
"Selamat malam Qaseh" ucap Qais perlahan lalu melabuhkan cium pada dahi Qaseh. Dari dahi turun ke hidung dan perlahan bibir merah itu disapa. Lembut. Tangan kanannya pula dari melilit pinggang sudah semakin turun lalu menyusup masuh di bawah pakaian tudur Qaseh. Tangannya sudah semakin ke bawah.
"Eh, apa ni?" soal Qais sambil meraba di bahagian sensitif itu. Kenapa macam ada benda lain dipakai di sini. Oh my! lupa. Bulat mata Qais. Laju tangannya ditarik semula. Itu la, gelojoh.
Kalau lah Qaseh sedar apa yang dia buat, mahu kena tendang jatuh katil. Bagus juga Qaseh ni payah nak bangun tidur. Dah.. dah.. tidur Qais. Puasa.. puasa.. nasib baik 'adik'nya tidak bangun tidur, kalau tidak, puas pulak nak pujuk minta tidur.
+++
Pagi itu Qaseh tersedar dari tidur dapati sebelahnya kosong. Dijenguk ke depan dapati Qais sedang solat subuh. Hm.. pukul berapa agaknya dia masuk tidur. Eh, tapi dia tidur kat mana malam tadi? Ikut dia la Qaseh nak tidur mana. Kalau dia tidur sebelah. Bising pulak kau nanti..
Dengan malas Qaseh bangun duduk lalu mengeliat membetulkan urat-urat. Malasnya nak bangun. Alah, awal lagi. Lalu perlahan tubuh itu melorot jatuh kembali ke atas bantal. Amboi..
Qais yang baru siap solat, bangun menyimpan sejadah dan songkok. Dijeling pada Qaseh yang masih tidur lagi. Awal pagi tadi dia dapat whatsapp dari Tuan Syam mengatakan suspek yang dikatakan semalam, telah berjaya diberkas oleh anggota pasukan Tuan Aniq dan sekarang ditahan di sana. Tidak sabar nak melawat.
Setelah selesai menukar pakaian, Qais turun ke bawah. Waktu itu Datin Adawiyah sudah berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Mak Teha belum sampai, mungkin kejap-kejap lagi sampai la agaknya.
"Assalamualaikum Mak Uda" sapa Qais pada Datin Adawiyah yang kalut menyediakan sarapan.
"Waalaikumsalam. Awalnya bangun. Tak lena tidur ke?" soal Datin Adawiyah sambil menoleh sekilas pada Qais.
"Eh tak lah, saya tak biasa tidur lepas subuh" laju Qais membalas.
"Qaseh mana?" soal Datin Adawiyah.
"Ada dalam bilik" balas Qais.
"Masih tidur?" soal Datin Adawiyah. Qais tidak membalas, hanya tersenyum sahaja.
"Bertuah punya budak, suami dah bangun sampai ke dapur. Dia berbungkus lagi" marah Datin Adawiyah. Lalu kaki melangkah ke sinki dan kedua-dua tangan dicuci lalu dikeringkan. Kemudian kaki pantas melangkah ke tingkat atas. Mahu kejutkan Qaseh.
"Mak Uda nak ke mana?" soal Qais pelik. Datin Adawiyah hanya menunjukkan ke atas.
"Kejut budak bertuah ni" balas Datin Adawiyah.
"Qais, duduk dulu. Kejap lagi Mak Uda turun masak." sambung Datin Adawiyah lagi.
Share this novel