Completed
137990
"Pukul lima kita keluar. Abang nak naik atas" kata Qais lalu terus melangkah meninggalkan Qaseh terpinga-pinga di ruang tamu.
Seperti yang dijanjikan, jam lima Qais bawa Qaseh keluar makan ABCD. Asalnya nak bantu Puan Adalila siapkan minum petang tapi dah tertunda. Mujurlah Mak Nah dah datang, ada juga teman Puan Adalila. Setelah siap, Qaseh bersama Qais keluar menaiki kereta menuju ke tempat yang dikatakan Qais. Sepanjang perjalanan Qais diam sahaja dan hanya tekun memandu. Qaseh rasa seperti Qais terpaksa pula.
"Abang, kita balik lah" kata Qaseh tiba-tiba. Qais yang sedang memandu menoleh pada Qaseh.
"Kenapa nak balik?" soal Qais pula.
"Abang macam terpaksa je nak bawa sayang keluar" kata Qaseh tak selindung. Qais lepas nafas.
"Siapa cakap abang terpaksa pula.." soal Qais dengan nada perlahan.
"Dah tu, muka tu apasal monyok je, macam terpaksa rela bawa sayang keluar. Bukan sayang yang minta, abang yang ajak" balas Qaseh sambil memeluk tubuh.
"Sorry.. abang cuma serabut" balas Qais dengan rasa bersalah. Qaseh diam tidak membalas.
"Serabut pasal orang yang bakar kilang tu?" soal Qaseh. Qais toleh sekilas.
"Siapa yang bakar kilang tu?" soal Qaseh lagi. Qais masih diam tiada jawapan.
"Sayang, biar abang yang uruskan perkara ni. Sayang tak perlu fikir okay. Dah sekarang ni kita makan ABCD, kedai dah nak sampai" kata Qais ubah topik. Qaseh tak puas hati.
"Sorry.. jangan lah masam" kata Qais sambil menarik tangan Qaseh yang berpeluk tubuh.
"Senyum la sikit" pinta Qais. Menjeling Qaseh.
Tidak lama sampai di sebuah gerai tepi jalan, ada signboard buatan sendiri di tepi pokok tulis Gerai ABC. Ramai juga orang, mesti sedap. Setelah enjin dimatikan, Qais melangkah keluar dan Qaseh turut sama mengekori. Qais melabuhkan duduk di meja di bahagian tepi, hanya ada dua kerusi sahaja. Tidak lama datang seorang lelaki muda membawa dua mangkuk ABCD bersama rojak buah. Nampak sedap. Selepas makanan diletakkan di atas meja, lelaki tadi terus berlalu.
"Eh, bila abang order?" soal Qaseh pelik. Iyalah, duduk saja, terus sampai. Qais tidak membalas hanya senyum diberikan.
"Dah, makan. Sedap tak?" soal Qais. Sesudu disuap ke mulut.
"Sedap la.." balas Qaseh lalu masuk lagi sesudu ke mulutnya.
"Masa abang kecil, arwah ayah selalu bawak makan kat sini. Sebelum ni, gerai ni ayah dia yang meniaga tapi sekarang anak dia pula ambil alih" terang Qais.
"Kebanyakan yang ada di kampung ni, semua ada kena mengena adik beradik. Tu sebab kalau buat majlis kenduri tak boleh nak buat kecil-kecil nanti takut ada yang terasa hati." sambung Qais lagi.
"Oo.. patut lah masa majlis kita hari tu siap pasang khemah" kata Qaseh mengiyakan.
"Sayang nak bungkus ke?" soal Qais pada Qaseh yang dilihat berselera makan. Qaseh menggeleng.
"Sayang tak nak tapi bungkuskan untuk mak dengan Mak Nah la" kata Qaseh. Qais bangun menuju ke gerai dan kemudian, datang kembali pada Qaseh di meja. Tidak lama lelaki tadi datang menghantar plastik mengandungi ABC.
"Dah?" soal Qais sambil bangun. Qaseh angguk dan turut sama mengikut.
Qais hidupkan enjin kereta dan kereta mula bergerak. Sedang tekun memandu, telefon bimbit Qais berbunyi. Qais mencapai telefon yang diletakkan di pintu kereta lalu icon hijau digesek sebelum dilekap pada telinga.
"Ya Man, ada apa?" soal Qais sambil mata menjeling Qaseh di sisi.
"Hm, okay. Malam aku datang" balas Qais lalu talian dimatikan. Qaseh ditoleh pandang.
"Abang nak keluar malam ni?" soal Qaseh.
"Abang ada hal sikit" balas Qais.
"Tak nak cakap hal apa?" soal Qaseh lagi. Qais diam.
"Sayang jangan risau okay" balas Qais sambil mencapai jemari Qaseh.
Selepas makan malam, Qais terus bersiap untuk keluar. Waktu itu Qaseh turut ada sama di dalam bilik.
"Abang nak keluar dah?" soal Qaseh lalu melangkah ke arah Qais lalu tubuh sasa itu dipeluk rapat. Disandarkan pipi pada bahu itu. Qais membalas pelukan Qaseh dan mencium ubun-ubun Qaseh.
"Don't worry, nothing happen. Abang keluar sekejap saja. Sayang tidur dulu, abang mungkin lambat" pesan Qais lalu merungkaikan pelukan. Mendung sahaja wajah Qaseh.
"Hey, kenapa ni? abang keluar sekejap je" kata Qais sambil menggenggam jemari Qaseh.
"Abang keluar dulu" kata Qais lalu melangkah keluar dari bilik.
+++
"Abang Yeed" sapa Lokman. Qais angguk.
"Mana?" soal Qais.
"Sini" tunjuk Lokman lalu mendahui langkah menuju ke sebuah bilik. Sebaik pintu dibuka dilihat ada seorang lelaki yang tangan berikat ke belakang kerusi duduk dalam keadaan tertunduk. Lokman mendekati kerusi lalu kaki lelaki tadi disepak. Terdongak kepalanya.
"Kau?" soal Qais terkejut. Waktu itu Zam baru sampai dan dia juga terkejut melihat wajah lelaki tersebut. Zam dan Qais saling memandang. Lelaki tadi sudah ketawa. Lucu dia melihat wajah kedua mereka seperti nampak hantu.
"Kenapa, tak percaya aku masih hidup?" soal Leman sambil terus ketawa. Sakit pula hati Qais mendengar ketawa mengejek Leman.
"Tak nak tanya macam mana aku boleh hidup lagi?" Leman bertanya sambil kening diangkat bersama sengihan di bibir yang sudah pecah berdarah. Tegang wajah Qais dengan ulah Leman. Lokman yang berdiri di sisi Leman terus hentak pipi dengan sikunya.
"Kau tak payah banyak bunyi" marah Lokman. Qais dengan wajah tidak puas hati terus keluar dari bilik tersebut bersama Zam. Lokman yang berada di dalam turut dipanggil keluar.
"Mana kau jumpa Leman?" soal Qais.
"Kampung sebelah. Lepas kejadian enam tahun lepas, dia bersembunyi di kampung sebelah. Dia dijaga oleh satu keluarga ni sampai sembuh tapi tak pasti kenapa baru sekarang dia datang lagi." terang Lokman.
"Anak isteri dia?" soal Zam pula.
"Isteri dah pindah dan kahwin lain, bawa anak dia bersama. Tapi katanya Leman sayang sungguh dengan anak keluarga yang menjaganya tu" sambung Lokman lagi. Qais mendengus kasar lalu kaki melangkah masuk semula ke bilik yang menempatkan Leman. Kerusi diambil lalu dilabuhkan duduk di hadapan Leman. Wajah yang sudah bengkak dan berdarah itu di pandang.
"Kenapa datang semula?" soal Qais. Leman memandang tepat mata Qais kemudian dia ketawa mengekek.
"Hey, aku tanya?" marah Qais.
"Kau betul hati batu kan. Bukan nak tanya macam mana aku boleh hidup sihat macam ni" kata Leman sambil tergeleng kepala. Qais dah bengang lalu diambil batang paip dan dilibas pada betis Leman. Menjerit Leman.
"Aku tanya kau jawab. Tak payah nak sebut benda yang aku tak nak tau atau pun kau nak aku angkut keluarga yang jaga kau tu, buang kat tempat yang sama aku buang kau dulu?" marah Qais. Zam yang ada di sisi juga sudah tegang-tegang urat menahan marah.
"Kau jangan nak sentuh keluarga tu! mereka tak tau apa-apa!" marah Leman lalu bangun berdiri.
"Kalau tak nak jadi apa-apa, kau jawab je la bila orang tanya" Zam sudah cekak leher baju Leman.
"Huh! aku bagitau ke tak bagitau ke sama je kesannya. Kalau aku tak kena bunuh dengan korang, aku kena bunuh dengan dia!" jerit Leman.
"Siapa dia?" soal Qais.
"Aku ingat bila dah jadi polis ni, kau makin cerdik tapi makin bodoh pulak rasanya" ejek Leman.
'Buk'
Qais lepaskan penumbuk pada wajah Leman. Bersembur darah dari mulut. Darah laju diludah bersama sengihan.
"Kesian kau kan, ada bapa saudara tapi bapa saudara makan darah daging sendiri" Leman mengumam.
"Kau cakap apa?" soal Qais.
"Tanya la ayah teh kau tu!" jerit Leman.
"Ayah Teh?" Qais dan Zam serentak bersuara. Leman dah ketawa.
"Harta punya pasal, abang sendiri pun sanggup dibunuh" kata Leman lagi.
"Apa maksud kau ni?" Qais dapat rasakan apa yang ada dalam kepalanya sama dengan apa yang bakal Leman sebutkan.
"Lembab kau ni kan. Ayah teh nak arwah ayah kau serah kilang tu pada dia. Sebab apa aku tak pasti. Aku pun dah penat la. Kalau bukan sebab upah yang dia bagi banyak, aku takkan datang ke kilang kau lagi la"
"Semua aku dah cerita, apa kau nak buat pada aku, aku dah tak heran cuma jangan ganggu keluarga tu" mendatar sahaja ayat yang keluar dari bibir Leman. Qais diam berfikir.
"Aku boleh tolong kau tapi kau kena tolong aku" putus Qais. Zam di sisi sudah menarik lengan Qais ke tepi bilik.
"Kau nak buat apa ni? kau nak tolong orang yang dah bunuh ayah kita?" soal Zam tidak puas hati.
"Aku tau apa aku buat" kata Qais lalu dikeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Aku nak kau mengaku yang perbuatan kau enam tahun lepas adalah atas arahan dari dia dan juga yang kelmarin" kata Qais sambil memegang rekoder di hadapan wajah Leman. Leman kerut dahi.
"Aku akan bantu untuk ringankan hukuman kau dan aku akan bagi pampasan pada keluarga yang menjaga kau" kata Qais.
"Peluang bukan datang selalu" sambung Qais lagi. Leman diam tak berbunyi. Lama.
"Kalau kau tak nak tak apa, kau tau kan apa aku boleh buat" kata Qais lalu bersedia untuk melangkah keluar dari bilik itu.
"Okay.. okay.. aku setuju tapi kau janji jangan sentuh keluarga tu!" Leman bagi amaran.
"Aku berpegang pada janji" kata Qais.
"Kau yakin rancangan ini boleh berjaya?" soal Zam sebaik keluar dari bilik tadi.
"Aku yakin. Don't worry, kawan aku sama platun ada bertugas di IPD area sini." balas Qais.
"Kau tak perlu bimbang, serah pada aku. Esok jumpa keluarga tu dan beri pampasan yang setimpal. Leman, biar aku uruskan" kata Qais.
Hampir jam enam pagi baru Qais pulang ke rumah setelah semuanya selesai. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, Qais terima pesanan whatsapp dari Dayyan.
Dayyan : Khay dah aku uruskan. Esok kau tengok news.
Telefon disimpan ke dalam poket dan kaki memanjat naik tangga ke tingkat atas bersama senyum di bibir. Kita tengok siapa yang kena. Aku tak nak buat tapi korang yang paksa jadi jangan cakap aku kejam!
Share this novel