Bab 34

Romance Completed 137990

Kegelapan hutan dipandang dengan wajah yang serius. Tajam matanya memandang ke depan. Kau dah cari pasal dengan orang yang salah! Kau tunggu aku datang jemput.

Teringat pula dia dengan panggilan yang diterima selepas bercakap dengan Sand tadi.

#Flashback#

"Kau cakap apa Yan?" suara Qais sudah tinggi.

"Aku dah tau siapa yang cuba perangkap kau di hotel dan orang suruhan dia Fly pun aku dah tahu lokasi" ulang Dayyan.

"Kau nak aku urus atau kau nak layan sendiri?" soal Dayyan lagi.

"Huh! tunggu aku balik sana, biar aku layan dan belai sendiri" kata Qais geram. Nak main sangat! Okay. Aku main. Kita tengok siapa game over dulu.

"Boss dia kita simpan, aku nak tengok sejauh mana dia nak pergi. Fly tu aku balik sana baru bungkus" arah Qais.

"Okay, you the boss" balas Dayyan lalu talian dimatikan. Bergerak-gerak rahan Qais menahan geram. Kau tunggu! kuat digenggam penumbuk.

#Flashbackend#

"Awak.." panggil Qaseh sambil menepuk perlahan lengan yang memeluk tubuh itu.

"Eh, Qaseh" terus berubah riak wajah Qais. Senyum manis ditayang.

"Ada apa?" soal Qais sambil menyimpan telefon ke dalam poket seluar sukannya.

"Mak panggil makan. Mak ngah dengan Lyana pun ada sekali" sengaja ditekankan nama Lyana pada ayatnya. Sakit hati petang tadi masih belum habis. Qais yang mendengar sudah kerut kening. Lain macam bunyinya ni..

Qaseh yang baru mahu melangkah pergi, disauk lengannya. Qaseh memandang lengannya yang dipegang Qais dan mengalih pandang pada wajah itu pula. Kening diangkat sekali.

"Ada apa?" soal Qaseh pelik.

"Are you jealous?" soal Qais lalu pegangan lengan dilepas dan jemari Qaseh pula digenggam.

"Hah! jealous?" soal Qaseh sambil cuba menarik jemarinya dari genggaman Qais. Semakin ditarik, semakin kuat Qais genggam.

"Jealous apanya? dengan perempuan tak cukup segi tu? Ee.. please lah.. bukan level saya okay" balas Qaseh dengan bibir disengetkan. Ada aku kisah? Tolonglah.. buang masa layan orang macam tu. Qais senyum. Alah, jealous tapi tak nak mengaku.

"Dah la, jom kita ke dapur. Lapar dah perut ni" ajak Qais sambil menarik jemari Qaseh supaya mengikutnya berjalan.

"Abang Ayeed.. buat apa lama sangat" datang dah perempuan gedik ni.. ish, ada juga yang makan nasi sekali pinggan nanti ni!

"Jomlah, Ana dah lapar tunggu abang Ayeed" Lyana sudah melangkah menghampiri Qais dan cuba menyauk lengan kiri Qais tapi Qaseh dengan pantas menarik Qais ke sebelah kanannya sambil buat muka mengejek pada Lyana. Padan muka kau. Gedik!

"Abang Ayeed!" kuat Lyana jerit sambil kaki dihentakkan ke lantai. Mujurlah lantai simen, kalau papan, mau roboh jadinya. Qais dah serba salah. Tapi memandangkan wajah Qaseh dah macam mak singa tercekik tulang, Qais hanya mampun mengangkat bahu sahaja dan terus mengekori langkah Qaseh ke dapur. Kalau nak tengok mak singa mengamuk, cuba la layan Lyana tu..

Qaseh senyum menang! wink wink wink

"Apa yang bising tu?" soal Puan Adlila pada Qais dan Qaseh yang baru sampai di meja makan. Qais hanya senyum sumbing sambil mengambil tempat di hujung meja makan dan dikuti Qaseh di kirinya. Lyana pula dengan muka tak puas hati datang dengan kasar menarik kerusi mahu duduk di sebelah kanan Qais. Tiba-tiba Puan Adlila datang melabuhkan duduk.

"Terima kasih" ucap Puan Adlila pada Lyana yang muka macam minum cuka sedozen.

"Mak.." panggil Lyana pada Puan Yati yang baru sampai di meja makan.

"Dah kenapa kau ni Ana?" tegur Puan Yati lalu melabuhkan duduk di meja makan di hadapan Qaisara, nak tak nak terpaksa Lyana duduk di sisi Puan Yati.

"Duduk, nak makan" marahnya pada Lyana. Setelah semua mengambil tempat, Qais menadah tangan mengetuai bacaan doa dan diaminkan.

"Makanlah, malam ni kita makan lauk kampung. Esok kita masak lauk sedap sikit ya" kata Puan Adlila pada Qaseh.

"Eh, lauk kampung la sedap mak. Saya suka" balas Qaseh. Memang selera tekaknya la kalau lauk kampung macam ni. Dapat ikan masin dengan ulam dan sambal pun dah cukup. Tak perlu gulai pun tak apa.

"Dah alang-alang Ayeed ada ni boleh la Mak Ngah nak minta tolong Ayeed temankan Lyana ke bandar. Nak cari baju kerja" kata Mak Ngah sambil disuap nasi ke mulut. Lyana di sisi Puan Yati sudah tersenyum-senyum, nasi dalam pinggan dikuis-kuis sahaja.

Qaseh yang mendengar sudah memandang Qais. Qais sudah terkelip-kelip mata bila Qaseh memandangnya tajam.

"Auch!" Lyana menjerit sambil memandang ke bawah meja. Qaisara sudah tersenyum sambil ibu jari dinaikkan.

"Esok abang Ayeed nak bawa Kak Qaseh pergi butik. Kau ada kereta kan, pergi la sendiri" Qaisara menyampuk. Qaseh memandang Qaisara di sisi. Butik? kata kenduri buat makan-makan je, dah kenapa sampai ke butik pulak.

"Sara.." tegur Puan Adlila disertai jelingan tajam.

"Er.. esok Ayeed banyak hal nak urus. Kalau nak, biar Sara temankan" kata Qais pada Mak Ngah. Muncung wajah Mak Ngah bila kehendaknya ditolak.

"Alah.. bawa je la sekali. Kat bandar kan butik tu, boleh la sekali jalan je" tambah Mak Ngah lagi.

"Kamu tak kisahkan Qaseh?" soal Mak Ngah pada Qaseh pula. Qaseh sudah serba salah, nanti takut dikata Queen Control pulak. Jadi hanya senyuman yang diberi.

"Ana dah dapat kerja ke?" soal Qais sambil menikmati makan malam. Berselera rasa makan bersama begini.

"Haah, Ana dapat kerja di KL jadi setiausaha syarikat" kata Mak Ngah bangga sambil menjeling pada Qaseh. Ala.. setiausaha je pun..

"Lama Ana cari kerja, iya lah walaupun ada degree tapi susah nak cari kerja sekarang ni" Puan Yati menoleh lagi pada Qaseh. Ish, orang tua ni dah kenapa nak tengok-tengok aku. Cucuk mata tu nanti!

"Itu la, abang ajak kerja dengan abang, tak nak" balas Qais. Bagaikan baru tersedar, terus Qais menunduk ke pinggan buat-buat nak gaul nasi. Qaseh sudah tegak memandangnya dengan penuh soalan.

"Ee.. tak nak lah kerja dengan abang, kat kilang tu" Lyana pula membalas. Qais sudah tidak senang duduk. Tegang sahaja wajah Qaseh.

"Dah, makan dulu. Itu esok bincang semula" akhirnya Puan Adlila bersuara menyelamatkan keadaan.

"Di KL syarikat apa?" soal Qaseh. Semua mata memandangnya. Aku salah tanya ke? Qaseh sudah tersenyum sendiri.

"Kalau aku sebut pun kau bukan tau" kasar saja balasan Lyana bersama jelingan pada Qaseh. Sombong ya ampun..!

"Apa nama syarikatnya?" soal Qais pula. Sebaik mendengar Qais yang bertanya, tersengih-sengih suka Lyana.

"Syarikat Khazanah Kayangan Holding" balas Lyana dengan suara yang dilunakkan sambil Qaseh dijeling. Aik, apa macam kenal je nama syarikat ni. Qaseh dan Qais sudah saling memandang lalu senyum terukir di bibir. Baru Qais mahu bersuara, Qaseh menggeleng.

"Yeed tahu ke syarikat tu?" soal Puan Yati pula.

"Tau, Yeed kenal dengan CEO nya, COO pun Yeed kenal" balas Qais sambil sembunyi senyum.

"Hah, senanglah Ana nanti" suka Puan Yati. Suka la kau.. kita tengok nanti siapa yang kena.

Setelah makan malam selesai, Puan Yati dan Lyana minta diri untuk pulang, dah malam sangat katanya. Fuh, nasib baik balik, buatnya tidur di situ. Mau bercakar mereka berdua nanti.

"Awak.." panggil Qaseh sebaik dia dan Qais masuk ke bilik.

"Ya" jawab Qais lalu melabuhkan duduk di birai katil.

"Er.. kenapa kena ke butik? bukan hari tu cakap kenduri makan-makan sikit je ke?" soal Qaseh pelik. Qais yang sudah bersandar pada kepala katil bersuara.

"Qaseh.. dah nama pun kenduri, kenduri pulak kenduri kahwin. Tentulah ada pengantin dan pengantin kena la ke butik untuk pakai baju pengantin" terang Qais. Qaseh yang mendengar sudah terkejut.

"Awak tak cakap pun" kata Qaseh sudah terasa hati. Qais mengeluh perlahan.

"Sini" dipanggil Qaseh ke sisinya.

"Sorry, banyak sangat perkara yang saya kena fikir. Lupa nak bagitau Qaseh. Sorry okay" ucap Qais pada Qaseh di sisinya. Dagu Qaseh ditarik supaya memandangnya dan perlahan bibir merah itu disapa. Terpejam mata Qaseh menikmatinya.

"Okay.." balas Qaseh sebaik bibirnya dilepaskan. Qais hanya senyum.

"Dah, jangan fikir bukan-bukan. Lewat dah. Kita tidur ya" ajak Qais lalu tubuhnya dibaringkan. Qaseh pula sudah tegak tubuhnya di katil.

"Kita tidur?" soal Qaseh.

"Ya lah, tidur. Bukan boleh buat apa pun kalau tak tidur" balas Qais sambil menekan remote lampu. Hanya lampu tidur di sisi katil saja yang menyala, itu pun suram sahaja.

Ish, dia ni. Kalau otak tu tak kuning tak sah. Nak tak nak, Qaseh perlahan baring di sisi Qais.

"Sini lah, kenapa jauh sangat. Jangan risau, saya tak makan. Dah kenyang makan nasi tadi" gurau Qais sambil menarik tubuh Qaseh ke dalam pelukannya.

"Sejuk-sejuk macam ni sedap kalau dipeluk." tambah Qais lagi. Qaseh sudah kaku dalam pelukan Qais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience