Completed
137990
"Eh, Zila, kau tolong la maklum kes" kata Khairul pada Zila lalu menyerahkan laporan polis yang telah dibuat pengadu.
"Apahal aku pulak yang nak kena maklum. Kau yang terima, kau la maklum. Tak nak aku, dah la tadi pun dah kena marah dengan Tuan Q" tolak Zila. Iyalah, Khairul yang terima laporan polis yang dibuat oleh pengadu sepatutnya dia sendiri yang memaklumkan pada Pegawai Penyiasat yang bertugas.
"Itu sebab dah memang salah kau, Zila" sampuk Koperal Zamri.
"Semua ni punca dari Karim" sambung Koperal Zamri lagi.
"Eh! apahal saya pulak incas, saya bukan tugas kaunter terima aduan pun" sangkal Karim yang baru masuk ke Kaunter Aduan Balai Polis Ampang.
"Kau la, gatal sangat duduk atas meja ni. Dah berapa kali kan orang pesan, pantang!" marah Zila, terjengil-jegil matanya memandang Karim.
"Tah nya, aku ni, punggung pun tak bangun dari kerusi ni tau tak, nak ke tandas pun tak sempat. Usah kata tandas, ni tekak ni, minum pun tak" marah Koperal Zamri sambil menunjukkan jari ke tekak.
"Kes bertalu-talu masuk macam keretapi. Tu, tengok tu. Ada lagi yang datang. Ada juga yang kena batu karang sebab tahan kencing ni" laju bibir dimuncungkan ke pintu masuk Kaunter. Tak cukup jari Koperal Zamri nak menaip Laporan Aduan, ni la orang cakap, ada pantang yang kena ikut tapi budak-budak baru ni bukan nak faham. Payah!
"Hah, elok. Percayakan sangat. Karut!" balas Karim sambil buat muka.
"Karut tak karut, kau tunggu la time kau tugas Kaunter Aduan, aku naik bersila atas meja nanti" marah Zila.
"Dah.. dah.. buat kerja. Pengadu dah datang tu" tegur Koperal Zamri.
"Eh eh.. repot ni Zila.. Tolong la" pinta Khairul.
"Ni lagi satu. Sini la repot tu" marah Zila, menjeling dia pada Khairul.
"Ish, Itu pun takut. Aku maklum kes, kau terima repot pengadu tu" arah Zila sambil memegang ganggang telefon untuk hubungi Insp Q.
"Thanks Zila, nanti aku belanja kau makan tengah hari ek" besar senyum Khairul.
"Tengah hari apanya, nak pukul pukul dua dah pun. Kejap lagi dah habis tugas" marah Zila sambil menjeling. Khairul hanya tersengih-sengih di tempatnya sambil buat peace, dua jari dinaikkan.
Tidak lama Zila meletakkan ganggang dan memanggil Karim.
"Im, Tuan Q minta pengadu naik pejabat dia. Bawa repot ni sekali. Nah!" kata Zila sambil menyerahkan laporan polis untuk Tuan Q.
"Eh, okay ke kau maklum kat Tuan Q tadi?" soal Khairul pada Zila.
"Okay pulak.. ish, aku pun tak faham la dengan pegawai sorang ni. Mood swing sokmo" kata Zila lagi.
+++
"Oit, kes masuk ke?" soal Sand pada Q.
"Hm.. masuk lagi" balas Q sepatah. Apa la yang tak kena hari ni, mau bengkok badan kalau tiap kali naik on dua puluh empat jam kes bersusun. Matila nak..
Sedang Q masih sibuk dengan kertas siasatan tadi, datang seorang lelaki muda bertampal dahinya memegang sehelai kertas.
"Maaf, saya nak cari Insp Q" kata lelaki tadi.
"Saya, sila masuk" kata Q pada lelaki muda tadi.
Tanpa menunggu lama lelaki tadi terus melangkah masuk tanpa membuka kasut.
"Eh.. eh.. nak ke mana tu?" soal Q. Aku dah la penat, kau boleh masuk pejabat aku dengan kasut. Ingat ni rumah mat salleh ke apa!
"Tadi Tuan panggil saya masuk" kata lelaki tadi yang terus tegak berdiri di tengah pintu. Tak jadi nak melangkah.
"Tak pandai nak baca apa yang tulis di pintu tu?" soal Q. Sand yang berdiri muka pintu sudah tergeleng. Angin dah datang..
"Maaf Tuan. Saya tak perasan" kata lelaki tadi sambil tertunduk dan kasut terus ditanggalkan dan melangkah masuk dan tegak berdiri di hadapan meja Q.
"Duduk" kata Q.
"Terima kasih Tuan" balas lelaki tadi.
"IC" pinta Q sepatah. Lelaki tadi mengambil dompet dari poket lalu menyerahkan pada Q lalu kad pengenalan tadi fotokopi satu salinan dan diserah semula pada lelaki tadi.
"Nama panggilan?" soal Q. Lelaki tadi dah terkebil-kebil.
"Saya?" soal lelaki tadi.
"Ye lah, takkan makcik jual goreng pisang depan balai pulak" kata Q dengan suara yang sudah naik satu oktaf. Tersengih-sengih lelaki tadi bila sedari dia diperli.
"Man" pendek jawabnya.
"Tempat lahir?" soal Q lagi.
"Er.. memang nak kena jawab semua ni ke Tuan?" soal Man was-was. Q yang tadi menumpukan pandangan pada skrin komputer terus memandang Man dengan tajam.
"Cik, saya perlu butiran dan biodata diri untuk masukkan dalam rakaman percakapan ni di bawah Sek 112 Kanun Prosedur Jenayah" kata Q. Ingat aku saja-saja nak tanya.
"Maaf Tuan, saya tak tahu" jawab Man sambil tertunduk-tunduk.
"Kita bukan orang Jepun nak tertunduk-tunduk" kata Q. Aduh.. kena lagi.
"Dah kahwin belum, adik beradik berapa orang, anak ke berapa?" sambung Q lagi.
"Saya belum kahwin, adik beradik empat orang saya anak ketiga" jawab Man senafas.
"Buat repot berkaitan apa?" soal Q. Dia sudah tahu cuma mahu Man bercerita lebih lanjut perkara yang berlaku.
"Macam ni Tuan. Tadi saya ke kedai seven eleven. Sebelum masuk kedai tu saya merokok dan bila nak masuk saya buang la puntung rokok kat tepi longkang depan tu. Ntah macam mana puntung rokok tu terkena pada skirt satu perempuan ni, dia marah saya. Tapi tak sempat saya nak cakap apa, kasut tinggi dia dah mendarat baik punya kat dahi saya. Ni ha.. terbelah kot. Siap kena jahit masa saya ke klinik tadi" terang lelaki itu bersungguh.
"Macam mana cara Cik buang puntung rokok tu?" soal Qais.
"Saya campak je la, nak buang macam mana lagi." balas Man.
"Cik tak nampak ada orang atau tak ke sebelum buang puntung rokok tu?" soal Q lagi sambil jari ligat menaip pada keyboad.
"Mana nak nampak Tuan, saya ingatkan patung yang jual-jual baju kat kedai sebelah, sebab perempuan tu macam tak pakai baju. Sikit sangat kainnya" balas lelaki tadi bersungguh.
Menjeling Q pada Man.
"Jadi sekarang ni, tujuan Cik buat laporan ni untuk apa?" soal Q.
"Oh.. saya nak bagitau pada pihak polis je. Tak nak ambil tindakan pun sebab lelaki yang ada dengan perempuan tadi dah bayarkan ubat dan gantirugi" terang lelaki tadi.
Aduh.. kalau dah settle tak payah la buat repot.. kata Q dalam hati sambil jari naik memicit pelipis. Macam ni punya orang pun ada.
Telefon bimbit yang ada di atas meja dicapai lalu nombor telefon Fauzi, anggota D6 dihubungi.
"Hello, G. Tolong datang pejabat saya ambil gambar pengadu kena pukul" kata Q lalu talian dimatikan.
"Jadi Cik tak nak ambil apa-apa tindakan?" soal Q lagi untuk kepastian.
"Ye, tak nak." laju Man membalas.
"Okay" balas Q lalu menaip lagi untuk beberapa ketika dan rakaman percakapan tadi dicetak lalu diserah pada Man untuk ditandatangan. Tidak lama Fauzi sampai bersama kamera di tangan. Beberapa keping gambar kecederaan Man diambil.
"Thanks G" kata Q pada Fauzi setelah tugas mengambil gambar selesai.
"Ada apa-apa lagi" soal Q.
"Taka ada apa dah" balas lelaki tadi.
"Kalau macam tu Cik boleh balik. Terima kasih" ucap Q.
"Terima kasih Tuan" ucap lelaki tadi lalu meninggalkan pejabat Q.
Baru Q nak menyambung kerjanya yang tertangguh tadi, telefon bimbitnya berdering, dilihat pada skrin telefon, nombor telefon IPD.. aduh..
"Ya.. hm.. okay, minta pengadu naik, bawa repot lebih" kata Q lalu panggilan ditamatkan.
"Lagi? kes apa?" soal Sand yang memandang Q dari pintu pejabatnya. Meja Q berada bersetentang dengan meja Sandra, jika dibuka pintu memang akan nampak terus ke meja masing-masing.
"Samun.." balas Q malas.
Telefon bimbit miliknya dicapai semula dan nombor Fauzi didail lagi.
"Hello G, lagi setengah jam kita ke tempat kejadian, boleh. Samun" kata Qais lalu talian dimatikan.
"Q, kau ni memang tak reti nak senyum ek, muka tu memang tak de pattern lain ke. Serius dua puluh empat jam. Penat aku tengok" tegur Sand. Q yang sedang menaip terus terhenti jemarinya yang sibuk tadi.
"Kau macam tak kenal aku kan" balas Q sambil menjeling Sand.
"Ye la.. kalau ada orang yang boleh buatkan kau ketawa, memang aku menari zapin depan tiang bendera depan tu" kata Sand dari dalam pejabatnya. Q yang mendengar buat tidak tahu sahaja tapi dibalas juga kata-kata Sand dalam hati.
Ada hati nak menari zapin, pandai ke pun nak menari macam tu. Sembang bukan main..
Share this novel
sand ni kan bini syam...hehe tahu awal sbb dh terbaca you are mine dulu