Completed
137990
"Lyana, let's go" kata Ratib pada Lyana yang sudah bersedia di mejanya untuk keluar bertemu client. Laju kaki mengekori Ratib dari belakang tapi sebaik sampai di lift, Ratib tidak berhenti sebaliknya terus melangkah ke arah kanan lift.
"Er.. Encik Ratib nak ke mana?" soal Lyana yang kalut mengejar Ratib.
"Saya nak jumpa COO sekejap" balas Ratib tanpa menoleh. COO? girlfriend Encik Ratib ke? tak silap COO ni anak perempuan Dato' Abbas. Apa namanya ntah, lupa pula. Sebaik melalui di hadapan meja Lisa, pantas Lisa menyapa.
"Selamat pagi Encik Ratib. Nak jumpa Cik Qaseh ke?" soal Lisa. Qaseh? kenapa macam pernah dengar nama ni..
"Haah, Q ada?" soal Ratib sambil memandang ke arah pintu pejabat Qaseh. Tidak lama pintu pejabat terbuka dan terjengul Qaseh yang sedang melangkah ke arah meja Lisa. Lyana sudah bulat matanya. Biar betul, takkan Qaseh COO ni Qaseh isteri abang Ayeed!
"Cik Qaseh, Encik Ratib nak jumpa Cik Qaseh" maklum Lisa pada Qaseh yang sudah pun berdiri sambil menyambut huluran fail dari tangan Qaseh. Qaseh menoleh pada Ratib.
"Ada apa?" soal Qaseh serius sambil dijeling pada Lyana di sisi Ratib. Pucat wajahnya kerana sudah salah sangka Qaseh seorang kerani.
"Kita berbual di dalam boleh?" soal Ratib serba salah. Qaseh menarik nafas panjang lalu mengangguk.
"Marilah" ajak Qaseh lalu memulakan langkah.
"Lyana, awak tunggu sekejap saya nak jumpa Q" kata Ratib lalu meninggalkan Lyana yang terkebil-kebil di tepi meja Lisa.
"Lyana, duduk la dulu" kata Lisa pada Lyana yang dilihat keras berdiri di tepi mejanya.
"Okay.. thanks" balas Lyana sambil mata tak lepas memandang Qaseh yang sudah menghilang di sebalik pintu pejabatnya.
"Er.. Lisa. Cik Qaseh tu COO kan? dia anak Dato' Abbas kan?" soal Lyana. Lisa sudah kerut kening.
"Iyalah, kan hari tu saya ada bagitau. Takkan tak ingat" balas Lisa sambil meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Lyana sudah tersengih-sengih. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Eh, Encik Ratib dengan Cik Qaseh tu ada apa-apa ke?" soal Lyana ingin tahu.
"Ada apa-apa, apa?" soal Lisa pelik.
"Ye la.. apa-apa.. hubungan apa-apa" soal Lyana sambil jari telunjuk dan jari tengah kedua-dua tangan dinaikkan ke atas macam peace dan digerakkan.
"Oh.. entah, tak tahu pula saya, kalau ada hubungan pun sepupu la. Cik Qaseh, Encik Ratib dan Encik Faizal kan sepupu" balas Lisa lagi.
"Oo.. bukan apa, Cik Qaseh tu kan dah kahwin. Mana boleh nak rapat-rapat dengan lelaki macam tu" mulut tempayan Lyana sudah berbunyi.
"Kahwin? siapa?" soal Lisa. Terhenti tangan yang sedang menaip.
"Cik Qaseh la." jawab Lyana.
"Cik Qaseh belum kahwin la Lyana, awak salah orang ni" kata Lisa pula. Biar betul. Bila pula Cik Qaseh kahwin, Lisa dan garu kepala.
Tidak lama Ratib keluar dari pejabat Qaseh bersama Qaseh yang menghantarnya di muka pintu sambil tersenyum. Hm.. kesian kau abang Ayeed, bini ada spare lain..
"Lyana" panggil Ratib sambil melanglah ke arah lift. Lisa memandang Qaseh dengan seribu soalan. Betul ke apa yang Lyana cakap ni?
+++
"Duduklah abang Atib" pelawa Qaseh lalu dia mengambil tempat di kerusinya.
Ratib dengan wajah serba salah melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Qaseh. Wajah Qaseh direnung dalam. Qaseh sudah tidak selesa.
"Cantik Q bertudung" ikhlas pujian Ratib sambil tersenyum.
"Thanks" ucap Qaseh yang sudah tidak senang duduk.
"Ada apa abang Atib nak jumpa Q?" soal Qaseh.
"Er.. abang Atib nak minta maaf pada Q" perlahan sahaja suara Ratib. Qaseh memandang tegak Ratib di depan.
"Minta maaf untuk apa ya?" soal Qaseh tidak faham.
"Abang Atib dah salah sangka pada Q dan Qais" kata Ratib sambil tangan naik meraup wajah.
"Salah sangka? cuba abang Atib cakap betul-betul" soal Qaseh lagi.
"Abang Atib tau, kes di hotel tu sebenarnya perangkap untuk Q" kata Ratib. Pada sangkaannya Qaseh sudah tahu mengenai perkara itu.
"Perangkap? abang Atib tahu siapa punya kerja?" soal Qaseh tidak sabar. Ratib dan terdiam. Aduh! Qaseh tak tau ke pasal ni.
"Er.. Q tak tahu ke?" soal Ratib kalut. Sudah.. mahu bergaduh pula Qaseh dengan Faizal kalau dia tahu nanti, dah la hubungan mereka memang tak baik.
"Tak" laju Qaseh membalas. Apa yang dia tau Qais cuma beritahu lelaki yang bawa dia masuk bilik hotel nama Fly.
"Macam ni la Qaseh. Abang Atib tak tahu kerja siapa tapi apa yang abang Atib tau, abang Atib dah salah sangka. Abang Atib minta maaf" ucap Ratib jujur.
"Abang Atib rasa kosong bila kita dah tak macam dulu" sambung Ratib lagi. Qaseh bersandar ke belakang. Nafas dihela panjang. Dia pun penat mahu bermasam muka, kerja di bawah satu bumbung, lagi pun sebelum ini hubungan dia dengan Ratib memang baik cuma selepas perkara itu, Ratib jadi dingin.
"Perkara dah lepas, tak payah kita ingat lagi. Apa yang penting, kita bantu ayah untuk naikkan syarikat ni" putus Qaseh. Tersenyum Ratib.
"Abang Atib tau, hati Qaseh bersih" balas Ratib sambil tersenyum. Rasa hilang sedikit beban pada bahunya.
"Kalau macam tu, abang Atib pergi dulu la. Nak jumpa client" kata Ratib lalu bangun dan melangkah ke pintu diikuiti Qaseh.
"Er.. abang Atib, mana secretary lama?" soal Qaseh.
"Oh, Kak Ila? Dah berhenti, ikut suami pindah" kata Ratib sambil tersenyum di muka pintu.
"Patut la dapat yang muda" usik Qaseh. Ratib senyum nipis.
"Abang Atib pergi dulu" kata Ratib.
+++
"Tunggu siapa? sugar daddy yang pagi tadi ke?" soal Faizal pada Qaseh yang sedang menunggu di hadapan bangunan pejabat. Qaseh diam tidak peduli.
"Kesian Qais dapat isteri macam kau, konon dah pakai tudung tapi ada lelaki lain" Faizal makin mengarut. Qaseh hanya menggeleng kepala. Apa benda la yang kau cakap ni Faizal. Kau ingat Qais tak mampu nak pakai kereta mewah macam tu ke..
Tidak lama Qais sampai dan sebaik dia melihat Qaseh yang tidak selesa dengan kehadiran Faizal, terus daun pintu kereta dibuka dan dia melangkah ke arah Qaseh yang menantinya. Faizal sudah terkedu bila melihat figura yang keluar dari kereta Q8 hitam tersebut. Qais!
"Sorry sayang, abang lambat" tegur Qais tapi mata memandang Faizal. Cermin mata hitam ditanggalkan dan disangkut pada kolar baju.
"Cantik kereta, pinjam kereta taukeh mana?" soal Faizal sambil senyum sinis. Qais yang sememangnya geram dengan Faizal, bertambah geram dengan ayat sindirannya itu. Lalu laju kaki melangkah ke arah Faizal.
"Sekurang-kurangnya aku tak makan hasil perempuan" kata Qais dengan pandangan yang tajam. Qaseh pula hanya menanti Qais di pintu kereta. Ah, sudah. Jangan nak bertumbuk sudah..
"Kau cakap apa?" soal Faizal bengang. Qais senyum senget.
"Syasya apa khabar?" bisik Qais. Terkejut Faizal dengan soalan Qais. Berubah wajahnya.
"Aku dengar Faizal dapat tahu yang dia di'madu'kan" kata Qais lagi sambil menepuk bahu Faizal. Kasar Faizal menepis. Qais sudah senyum senget lalu menyangkut kembali cermin mata hitam pada hidung mancungnya dan melangkah pergi.
Menyumpah-nyumpah Faizal. Tak guna, ingatkan dia yang mahu sakitkan hati Qais, sebaliknya dia pula yang disakiti.
+++
"Q, apa cerita?" soal Sand sebaik Qais melangkah masuk ke pejabatnya. Tubuh di hempas ke kerusi.
"Tadi Tuan Aniq dan Tuan Syam pun ada sekali dalam pejabat Tuan Shukri" kata Qais.
"Lepas tu?" soal Sand yang sudahpun mengambil tempat di depan Qais.
"Tuan Shukri bimbang video rakaman CCTV tu sampai ke pihak atasan. Masalah nanti, bukan pada aku je tapi habis semua terlibat di bawah akauntabiliti" kata Qais.
"Dah tu kau nak buat apa sekarang?" soal Sand.
"Hm.. aku tak dapat syak la siapa punya kerja sebab rakaman tu esoknya dah dipadam. Jadi macam mana boleh dapat pada orang lain pula" kata Qais.
"Cuba kau ingat, siapa lagi yang ada rakaman tu?" soal Sand.
"Mana ada sesiapa, aku je yang ada" balas Qais pening. Qais diam sambil berfikir. Tiba-tiba Sand duduk tegak dan memandang Qais tidak berkelip.
"Kau dah kenapa?" soal Qais.
"Aku bukan nak tuduh tapi kau ingatkan masa Khay datang hari tu. Kan kita kalut keluar tinggalkan dia kan. Masa kau turun, pejabat kau kunci tak?" soal Sand. Qais dan terkebil-kebil cuba mengingati perkara tersebut.
"Aku rasa macam kunci.." perlahan dia menjawab. Tiba-tiba kalut Qais mencari sesuatu.
"Kau cari apa?" soal Sand melihat Qais yang sedang selongkar laci mejanya.
"Pendrive" kata Qais. Sand kerut kening.
"Aku ada letak satu pendrive bentuk penumbuk hujungnya kat atas meja ni. Baru aku ingat. Ada juga cari tapi tak jumpa, ingatkan salah simpan" kata Qais.
"Tapi kau yakin ke Khay punya kerja?" soal Sand. Waktu itu Qais sudah menekan-nekan keyboardnya dan sesuatu terpapar pada skrin monitor.
"Kau tengok ni, memang sah ada orang copy rakaman CCTV tu dari komputer aku. Masa dan tarikh selari dengan waktu kita turun tinggalkan Khay" Qais menunjukkan tracker record pada komputernya.
"Apa masalah perempuan tu?" soal Sand.
"Kalau aku tahu nak jadi macam ni, memang aku dah bubuh sebijik kat muka dia. Baru ada akai" marah Sand. Qais sudah bergerak-gerak rahangnya. Kau tak serik Khay..
Share this novel