Completed
138008
"Mak Uda" panggil Qaseh pada Datin Adawiyah yang sedang menjamah puding.
"Ya Qaseh. Ada apa, nak puding lagi? Mak Uda ambilkan" kata Datin Adawiyah yang sudah berura-ura mahu bangun.
"Eh, tak tak tak.." Qais menahan.
"Dah tu?" soal Datin Adawiyah sambil memerhatikan Qaseh yang tidak senang duduk itu.
"Ada apa ni. Cuba cakap dengan Mak Uda" kata Datin Adawiyah lagi.
"Mak Uda tau kenapa ayah nak jumpa Qais?" soal Qaseh yang sudah memandang Datin Adawiyah dengan tanda tanya.
"Oh.. Mak Uda tak tau la Qaseh. Ayah tak cakap apa-apa pun. Kenapa Qaseh tanya?" soal Datin Adawiyah pula.
"Tak.. Q rasa tak sedap hati pulak" luah Qaseh dengan keluhan.
"Dah, tak payah nak fikir yang bukan-bukan" pujuk Datin Adawiyah lagi.
"Lamanya ayah jumpa Qais, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi" kata Qaseh pada Datin Adawiyah.
Tidak lama Qais keluar bersama satu sampul besar di tangan. Qaseh yang melihat Qais, terus menerpa ke arah lelaki itu.
"Awak, kenapa lama sangat. Ayah cakap apa?" soal Qaseh yang sudah ikut sama beriringan di sisi Qais ke ruang tamu. Qais tidak membalas, cuma senyum sahaja yang dipamerkan pada Qaseh.
"Qaseh, saya nak kena balik pejabat. Ada kerja" kata Qais pada Qaseh.
"Auntie, saya gerak dulu. Ada kerja nak kena siapkan" kata Qais pada Datin Adawiyah.
"Ye la, hati-hati bawa motor" pesan Datin Adawiyah sambil mengekori langkah Qais ke muka pintu, begitu juga Qaseh.
"In sha Allah" balas Qais sambil menyarung kasut dan melangkah ke arah motosikalnya. Jaket disarung pada tubuh lalu sambul disimpan di dalam jaket kemudian glove pula disarung pada tangan. Tidak lama telefon bimbit Qais berbunyi.
"Hello" ucap Qais sebaik melihat nama pemanggil.
"Q, semakan CCTV dah dapat tapi suspek pakai helmet, tak nampak muka. Nombor plat pulak palsu, nombor pulak pakai yang fancy, tapi ada satu sticker pada papan nombor plat" kata Insp Nasir.
"Sticker?" soal Qais.
"Haah, sticker kartun Adnan Sempit. CCTV aku dah email, kau boleh tengok nanti" kata Insp Nasir lagi.
"Ok, thanks Chet" balas Qais lalu talian dimatikan.
"Auntie, Qaseh. Saya balik dulu. Assalamualaikum" kata Qais lalu menyarung helmet.
Qaseh dan Datin Adawiyah hanya memerhatikan Qais bergerak pulang dari kawasan rumah hingga hilang dari pandangan.
+++
Semalam setelah mendapat rakaman CCTV dari Insp Nasir, Qais telah minta bantuan dari White untuk membandingkan motorsikal yang digunakan oleh suspek-suspek yang ada di dalam senarai dikehendaki dan dapati motorsikal yang digunakan dalam kejadian cuba langgar Qaseh tempoh hari kerap berlegar di sekitar kawasan Ampang. Lokasi telah diperolehi dan Qais ingin membuat tinjauan hari ini kebetulan dia mahu ke kedai untuk menukar visor helmet yang pecah.
Qais meletakkan motosikalnya di tempat parking lalu helmet disangkut bawah seat bersama satu lagi helmet yang baru dibaiki visor. Topi baseball yang disangkut pada pinggang diambil dan disarung di kepala. Ikutkan pada maklumat yang diperolehi, motorsikal tersebut kerap dilihat di kawasan ini pada waktu-waktu begini.
Qais waktu itu berdiri di bahagian hujung bangunan sambil memegang telefon bimbit dan dalam masa yang sama menoleh pandang pada hujung kedai di sisi kanannya di sebalik dinding. Tidak lama nampak satu lelaki menunggang motorsikal yang sama semasa kejadian cubaan langgar Qaseh tempoh hari. Telefon bimbit di tangan pantas disimpan dalam poket pouchbag.
Lelaki tadi dilihat telah meletakkan motorsikalnya di hadapan kedai ubat cina dan meninggalkan motorsikal tersebut lalu hilang di sebalik tangga menaiki ke rumah kedai di tingkat atas.
"Alpha empat dari Alpha satu, suspek dah masuk. Standby" kata Qais melalui walkie talkie yang ada padanya. Qais hanya menunggu lelaki tadi kembali semula ke motorsikalnya sebelum tangkapan dibuat.
"Awak.. hai" panggil satu suara dari sebelah kanan Qais. Perlahan sahaja suara itu. Qais terus menoleh.
"Oh, Qaseh. Hai" balas Qais lalu memandang semula ke arah motorsikal tadi. Tidak mahu suspek terlepas. Tiba-tiba besar mata Qais. Qaseh! Terus kepala ditoleh pada Qaseh di sisi.
"Qaseh! Qaseh buat apa kat sini?" soal Qais dengan suara yang tertahan-tahan sambil sesekali menoleh ke arah motorsikal tadi.
"Saya nampak awak, kat sini. Itu yang saya datang. Awak tengah tunggu orang jahat ke?" soal Qaseh yang suaranya juga seperti orang berbisik. Apabila Qais menoleh pandang ke arah motorsikal tadi, Qaseh juga turut melakukan perkara yang sama.
"Eh eh, Qaseh tak boleh ada sini. Bahaya" kata Qais sambil menoleh ke arah motorsikal tadi dan dilihat lelaki tadi turun bersama seorang lelaki lain yang sebelah matanya bertampal.
"Eh, takkan suspek kes samun cedera hari tu." Qais sudah bercakap sendiri.
Qaseh yang mendengar terus menjenguk untuk melihat apa yang Qais perhatikan itu. Tiba-tiba salah seorang lelaki tadi menoleh ke arah Qais dan Qaseh, laju tangan Qais naik melintang di hadapan tubuh Qaseh dengan tapak tangan berada di dada lalu ditolak supaya tubuh itu rapat ke dinding, begitu juga dengan dirinya. Tidak mahu suspek menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan.
Qaseh sudah keras di tepi dinding tidak bergerak. Merah wajah apabila melihat tangan Qais melekap di dadanya. Qais kemudian menoleh pada Qaseh. Qais dah pelik, kenapa Qaseh ni, macam ada yang tak kena je. Diam tak berbunyi, wajah pula sudah merah macam udang kena bakar.
"Qaseh kenapa?" soal Qais perlahan sambil kepala menjenguk di sebalik dinding untuk melihat suspek tadi dan menoleh semula pada Qaseh. Waktu itu tanggannya masih lagi berada di dada Qaseh.
"Urm.. lembutnya" kata Qais perlahan sambil jari memicit-micit dada itu . Kemudian baru Qais sedar yang tangannya sudah berada di tempat tak sepatutnya. Laju tangan ditarik dari melintang di dada Qaseh.
"Sorry, tindakan refleks" kata Qais.
Tebal rasa wajahnya. Qaseh sudah keras tidak bergerak. Qais kemudian menjenguk ke arah suspek tadi, dapati kedua-duanya sedang berjalan menghampiri tempat dia dan Qaseh berdiri. Ah, sudah. Kalau Qaseh tak ada, bolehlah dia bertindak untuk menangkap salah seorang dari suspek sementara menunggu back up dari anggota detektif. Fikir Qais, fikir.. Qaseh ada sekali ni, jangan nak bertindak bukan-bukan. Aduh.. Qaseh ni! serba salah jadinya.
Disebabkan sudah tidak sempat, Qais terus berdiri rapat di hadapan Qaseh. Kedua-dua tangannya diletakkan betul-betul di sisi pipi kanan dan kiri wajah Qaseh di dinding mengepung tubuh itu kemudian Qais menunduk rapat pada tubuh itu hingga topi baseballnya sudah berlaga dengan kepala Qaseh. Sekali pandang lain macam pulak posisi mereka berdua, pasti perkara lain yang akan difikirkan orang.
Qaseh yang terkejut dengan tindakan Qais itu terus mendongak memandang Qais. Qais pula sudah bersedia jika sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Bimbang juga andai suspek tadi akan bertindak sesuatu. Hanya pandangan ekor mata sahaja mengikut langkah kaki kedua-dua suspek tadi yang melintasi Qais dan Qaseh.
Qais kemudian memandang semula ke arah Qaseh, waktu itu Qaseh sedang mendongak memandangnya dengan mata yang tidak berkelip. Qais seakan terpaku dengan pandangan yang mengasyikkan itu. Pandangan dari mata beralih ke hidung mancung lalu turun ke bibir yang sedikit terbuka. Laju liur ditelan. Kuat jantung bekerja mengepam darah. Dug dag dug dag!
"Alpha satu dari Alpha empat panggilan" walkie talkie di pinggang Qais berbunyi. Kalut Qais berdiri tegak dan mencapai walkie talkie lalu panggilan dibalas. Huh! nasib baik tak terbabas, sikit je lagi Qais.. sikit je lagi! Laju tangan naik mengusap dada. Bahaya betul la. Lagi bahaya dari suspek yang dipantau tadi.
"Go ahead Alpha empat" balas Qais.
"Roger Alpha satu, suspek dapati telah tinggalkan mike palang sikal (motorsikal) dan menaiki mike palang car (motorcar) untuk beredar dari lokasi" balas Ray.
"Roger Alpha empat, follow suspek dan semak butiran kenderaan yang dinaiki" kata Qais pula.
"Roger and out Alpha satu, tanggo kilo" balas Ray.
Selepas walkie talkie disisip di pinggang, Qais mendapatkan kembali Qaseh yang masih berada di tempat tadi. Nafas dihela.
"Qaseh.. I'm sorry" kata Qais. Aduh.. macam-macam la kau ni Qais. Hari tu kau peluk dia, lepas tu kau dukung dia pulak, ni.. kau boleh pulak buat macam tu.. aduh! tak de moral betul. Pipi tak gatal digaru.
Qaseh yang masih menunduk diam itu tidak berbunyi. Qais sudah serba salah.
"Qaseh" panggil Qais lagi. Qaseh perlahan mendongak memandang Qais. Merah wajahnya.
"Saya tak sengaja. Itu tindakan refleks. Memang kebiasaan begitu.." tidak sempat Qais menghabiskan ayat, tapak tangan kanan Qaseh naik menutup bibir itu dari terus berkata-kata.
"It's okay" balas Qaseh lalu terus berpusing dan mula membuka langkah. It's okay Qaseh? Weh, dia dah pegang siap picit-picit lagi, kau cakap it's okay? Biar betul kau ni.. Habis aku nak cakap apa? Ish! Qaseh sudah berkata-kata sendiri.
Qais yang melihat Qaseh ingin beredar laju tanggannya naik menyambar lengan Qaseh.
"Wait!" panggil Qais. Terhenti langkah Qaseh.
"Qaseh nak ke mana?" soal Qais. Bimbang pula pada keselamatan Qaseh.
"Saya nak balik" balas Qaseh sepatah. Wajahnya hanya menunduk dari tadi. Lengannya yang masih lagi dalam pegangan Qais dipandang. Tidak lama, jemarinya dipaut Qais itu supaya mengikutnya. Terus Qaseh mendongak memandang Qais.
"Saya hantar" kata Qais lalu ditarik Qaseh supaya mengikutnya hingga ke motorsikalnya tadi. Mujurlah ada extra helmet.
Aduh.. kau buat pasal la Qais.. Helmet dipakaikan pada kepala Qaseh dan jaket yang dipakai pada tubuhnya ditanggalkan lalu diserah pada Qaseh. Sementara Qaseh memakai jaket, Qais menyarung helmet di kepalanya pula. Nafas ditarik panjang apabila mengenangkan dugaan yang bakal dihadapi sebentar lagi. Qaseh pakai beg silang, bukan beg sandang..
Qais sudah bersedia di atas seat motorsikal dan Qaseh memanjat naik. Memerah telinga Qais. Dah.. dah.. Qais, jangan fikir! Kata hati Qais. Macam mana tak fikir kalau dah terasa-rasa saja kat belakang ni! Aduh.. Nak tak nak, terpaksa juga dihantar Qaseh pulang ke rumah menaiki motorsikal. Sesak nafas dibuatnya.
Share this novel