Bab 46

Romance Completed 137990

Masuk sahaja rumah, Qaseh terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Sedang Qaseh membuka tudung dan masukkan ke dalam bakul, ada sepasang tangan melilit pinggangnya rapat hingga belakang tubuhnya terasa lekuk dada bidang Qais. Dagu Qais sangkukan pada bahu Qaseh dengan mata yang terpejam.

"Kenapa ni?" soal Qaseh sambil mengusap lembut lengan Qais yang berada di pinggangnya. Terdengar nafas keras di leher Qaseh. Qais mengucup seketika leher jinjang Qaseh.

"I just want a hug" balas Qais. Penat rasa tubuh dan fikirannya dengan masalah yang tidak putus-putus. Pelukannya semakin dirapatkan dan aroma dari leher Qaseh disedut dalam. Tangan Qais yang tadi hanya diam di pinggang kini sudah mula menjalar semakin ke atas. Bibirnya pula sudah bergerak di keliling leher, merah-merah kawasan putih itu menerima sedutan asyik dari Qais. Qaseh sudah semakin hanyut dan terpejam matanya. Pantas tubuh Qaseh dicempung dan dibawa naik ke katil. Bibir merah Qaseh dipaut lama hingga keduanya tarik nafas.

"Abang.. still early" rengek Qaseh sambil mengusap rambut Qais yang berada di dadanya. Wajah Qais disembamkan di situ, panas sahaja.

"Hurm.. tonight?" soal Qais. Qaseh dah ketawa. Terus Qais mendongak.

"Kenapa sayang ketawa?" soal Qais tidak puas hati.

"Nothing.. dah, bangun cepat. Sayang nak mandi, kejap lagi nak masak. Lapar ni.." pinta Qaseh sambil mengusap belakang tubuh Qais.

"Sayang nak masak apa?" soal Qais lagi.

"Abang.. sayang lapar ni.. sayang makan abang nanti!" marah Qaseh dengan wajah yang dibuat-buat marah.

"Nak.. nak..!" laju Qais membalas.

"Nak apa?" soal Qaseh tidak faham.

"Dimakan sayang" usik Qais sambil tersenyum besar. Cuba nasib..

"Ee.. main-main lah. Dah bangun, jangan nak mengada" terus tubuh Qais ditolak tapi tak bergerak pun. Akhirnya Qais bangun sambil menarik tubuh Qaseh supaya turut bangun. Turun dari katil tangan dihulur pada Qaseh.

"Nak buat apa?" soal Qaseh.

"Lah.. kata nak mandi. Jom la" ajak Qais.

"Tak nak lah" tolak Qaseh.

"Cepatlah, mandi berdua lebih baik. Macam lagu Acha Septriasa" kata Qais lalu dicempung tubuh Qaseh dan dibawa ke bilik air. Terjerit-jerit Qaseh. Qais pula ketawa suka. Berdua lebih baik punya pasal, nak maghrib baru selesai mandi. Hai lah..

"Abang la ni. Lapar tau. Denda, abang kena masak malam ni!" marah Qaseh sambil melipat sejadah. Qais senyum besar. Apa ada hal.. masak je pun..

"Boleh.. sayang nak makan apa?" soal Qais lalu dilabuhkan cium pada pipi Qaseh.

"Hm.. apa-apa je. Sayang tak kisah" balas Qaseh.

"Okay, kalau macam tu. Jom, turun bawah" ajak Qais lalu jemari Qaseh dipaut. Turun bawah pun nak pegang tangan? adeh..

"Sayang duduk sini, tengok suami handsome sayang ni masak" kata Qais lalu tubuh Qaseh diangkat ke atas table top.

"Handsome ke..?" kata Qaseh sambil tersengih. Terus Qais berpusing mengadap Qaseh. Ditenung rapat wajah Qaseh. Ish, ni kalau biar lain pulak jadinya ni. Ada pula suami isteri terlampau di table top pula nanti. Lalu wajah Qais ditolak perlahan dengan tapak tangannya.

"Okay.. okay.. suamiku yang handsome, sado, baik hati tapi muka ketat.." tidak sempat Qaseh habiskan ayat terus tangan yang menutup wajahnya ditarik dan bibir yang banyak cakap itu dipaut. Terdiam Qaseh menerima urutan lembut dari bibir Qais.

"Kemain diakan main-mainkan abang. Dah, duduk sini diam-diam. Don't say any word" telunjuk ditekan pada bibir Qaseh. Qaseh senyum jahat lalu digigit jari telunjuk Qais. Terjerit Qais. Qaseh dah ketawa.. nakal sungguh la Qaseh ni..

Dalam kalut diganggu Qaseh, siap juga nasi goreng kampung telur dadar bersama jus oren. Kecoh, padahal dua orang je pun.

"Okay tak?" soal Qais apabila Qaseh menyuap nasi goreng ke mulutnya. Perlahan Qaseh mengunyah, senget-senget mulutnya. Sengaja mainkan Qais. Melihat reaksi Qaseh, kalut Qais menyuap ke mulutnya, dikunyah perlahan.

"Sedap je.." kata Qais.

"Ye ke.. cuba suap" kata Qaseh. Yang Qais ni punya lurus, disuap nasi ke mulut Qaseh.

"Ye la.. sedap.. kalau makan orang suap" kata Qaseh sambil tersengih. Qais dah geleng kepala. Terkena dia.. sayang isteri punya pasal, habis disuap nasi sepinggan pada Qaseh.

"Nakal dia kan.." Qais mencuit hidung Qaseh.

"Ala.. biasa Mak Uda suapkan.." kata Qaseh meleret sambil membawa kedua-dua pinggan ke sinki untuk dicuci. Qais dah ketawa. Manja tak boleh dibeli betul!

Setelah siap mengemas dapur, Qaseh menuju ke ruang tamu bersama dua mug, satu coklat panas untuknya dan satu kopi o panas untuk Qais. Waktu itu Qais sudah berada di ruang tamu menonton tv. Qaseh meletakkan dua mug tadi di atas meja.

"Sini" tangan Qaseh ditarik supaya duduk di celah ribaanya.

"Ada cerita best ke?" soal Qaseh sambil mengambil remote dan menekan-nekan untuk memilih channel.

"Abang tau tak. Tadi sayang jumpa Lyana di pejabat" kata Qaseh sambil memandang Qais di belakangnya.

"Hm.. abang dah tau. Tadi Makngah Yati call tanya betul ke apa yang Lyana bagitau tu.." kata Qais.

"Dah tu abang jawab apa?" soal Qaseh.

"Abang jawab, betul la Qaseh anak CEO syarikat tempat kerja Lyana. Lepas tu Makngah cakap abang sengaja sorok tak nak bagitau" kata Qais lagi.

"Apa la agaknya yang Ana bagitau Makngah" kata Qaseh. Bimbang juga nanti cerita buka-bukan pula keluar dari mulut Lyana tu.

"Biarlah Lyana tu. Asalkan dia tak ganggu sayang dah" kata Qais. Qaseh angguk sambil mengambil coklat panas dan disisip perlahan.

"Sedap ke?" soal Qais sambil memerhatikan Qaseh menyisip minuman itu. Qaseh menoleh sambil angguk. Qais kemudian memaut dagu Qaseh ke sisi lalu bibir Qaseh dipaut bersama sedutan pada lidah Qaseh.

"Hm.. sedap" balas Qais sebaik pautan dilepaskan. Memerah wajah Qaseh. Sengaja dia kan. Sedang ralit keduanya menonton tv, telefon Qais berbunyi dan tertera nama Makngah Yati.

"Assalamualaikum" Qais memulakan bicara.

"Ye, waalaikumsalam" jawab Puan Yati.

"Ayeed, maaflah ye Makngah ganggu malam-malam macam ni" kata Puan Yati lagi. Aish.. lain macam lembut cakapnya Makngah ni..

"Tak apa, Yeed tak tidur lagi pun. Ada apa Makngah?" soal Qais sambil tangan semakin mengeratkan pelukan di pinggang Qaseh. Qaseh menoleh lalu dicium sekilas pipi Qais.

"Macam ni, Makngah nak mintak tolong Yeed tumpangakan Ana di rumah Yeed sebulan macam tu sementara Ana dapat cari rumah sewa. Lagi pun Ana belum mahir lagi kawasan sana, jadi boleh pergi kerja sekali dengan Qaseh" eh.. eh.. pandainya dia cadangkan cadangan yang bernas lagi bijak ni..

Qais dah terdiam sambil tegak memandang Qaseh. Qaseh dah angkat kening.

"Sekarang ni Ana tinggal di mana?" soal Qais. Qaseh yang mendengar nama Ana disebut terus tv di offkan lalu telefon Qais dirampas dan icon speaker disentuh.

"Sekarang ni Ana menyewa dengan kawan dia tapi tau-tau lah rumah sempit, tak selesa" kata Puan Yati. Qais dah garu kepala.

"Boleh la ye Yeed, Ana pun tak ada sesiapa kat sana tu. Risau juga Makngah" kata Puan Yati lagi. Qais dah serba salah, yang Qaseh pula sudah pandang dia macam nak telan.

"Nanti Yeed fikirkan dulu" kata Qais.

"Terima kasih Yeed. Kalau macam tu nanti Makngah call Ana bagitau. Mesti dia suka" kata Puan Yati. Memang la dia suka sebab dapat tinggal dengan Qais! aduh..

"Makngah letak dulu ya. Assalamualaikum" kata Puan Yati tak menyempat. Qaseh sudah tegang wajahnya. Ee.. tak suka!

"Sayang.. apa buat muka macam tu?" soal Qais sambil mencuit hidung Qaseh.

"Abang nak bagi sigedik tu tinggal sini ke?" soal Qaseh yang sudah duduk mengadap Qais di atas ribanya. Qais telan liur. Lain macam pulak bila Qaseh duduk begitu, macam terasa-rasa di bawah sana yang memanggil.

"Abang!" marah Qaseh.

"Sayang cakap dengan abang ni.." merajuk sudah bunyinya. Ish, takkan Qais nak bagi Lyana tinggal sini. A big No!!

"Sorry sayang" ucap Qais lalu bibir dipaut seketika.

"Nanti abang fikirkan macam mana okay. Jangan la garang sangat. Takut la abang" usik Qais. Muncung bibir Qaseh.

"Okay.." balas Qaseh manja sambil kedua tangan naik memaut leher Qais dan ditarik rapat wajah itu lalu dicium bibir seksi itu disapa. Terpejam mata Qais bila rasa yang satu itu diusik. Dengupan jantung sudah tidak sekata, nafas semakin kasar. Ah.. tidak tunggu lama, terus tubuh Qaseh diangkat dan dibawa ke bilik. Sudah terlupa telefon yang ada di atas meja kopi.

Perlahan tubuh Qaseh dibaringkan. Sehelai demi sehelai pakaian Qaseh ditanggalkan hingga tiada satu pun yang menutupnya lagi. Bibir merah Qaseh pantas disapa lalu turun ke leher. Mendesah asyik Qaseh dengan belaian Qais..

+++

Sayup-sayup sahaja bunyi nyanyian lagu di telinga. Mata dipejam celik beberapa kali. Qaseh yang masih dalam pelukan dipandang. Ubun-ubun Qaseh dicium. Jam di dinding ditoleh. Nak terkeluar bebola matanya. Pukul lapan setengah? ah.. ini semua penangan Qaseh. Entah jam berapa mereka terlena pun tidak pasti.

Perlahan lengannya yang melapik kepala Qaseh ditarik dan diganti dengan bantal. Telefon pada meja sisi dicari. Mana telefonnya. Tergaru-garu kepala sambil mencari. Telefon Qaseh pula tidak henti-henti berdering. Qais turun dari katil mencari telefon Qaseh. Lah! bawah katil? macam mana boleh ada di sini. Telefon berdering lagi. Lalu Qais membawa telefon ke arah Qaseh dan mengejutnya perlahan. Puas juga nak kejut, akhirnya bangun juga.

"Sayang, ni telefon tak henti-henti berbunyi" kata Qais sambil menyerahkan telefon pada Qaseh dan dia melangkah turun ke bawah bersama tuala yang dililit dipinggang.

Icon hijau digesek setelah telefon diambil. Lalu diletakkan di telinga.

"Cik Qaseh, Cik Qaseh kat mana? Dah pukul lapan setengah ni! pukul sepuluh ada appointment dengan Encik Carlos." bebel Lisa. Terbangun duduk Qaseh lalu jam di dinding dijeling. Mak oi! dah lambat.

"Sorry, saya baru bangun" kata Qaseh kalut lalu terus turun dari katil dan berjalan laju ke bilik air. Qais yang baru masuk ke bilik kerana turun mengambil telefon terkaku di muka pintu bila melihat Qaseh dengan selamba berjalan tanpa pakaian dari katil ke bilik air. Nasib baik dah lewat! kalau tidak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience