Bab 62

Romance Completed 137990

"Ni bukan kes yang dia buat repot cubaan bunuh anak dia ke?" soal Sand.

"Ya, tapi bukan cubaan bunuh, anak dia yang overdos dan suspek tu pulak boyfriend anak dia" balas Qais sambil menghempas tubuh ke kerusi. Baru mula kerja dah timbul hal.

"Yang lima ratus tu.. kau yang bagi kan?" soal Sand lalu telefon disimpan ke dalam poket dan di labuhkan duduk.

"Memang aku yang bagi tapi itu sebab aku kesian pada pengadu ni, dia kan ramai anak kecil-kecil lepas tu banyak hari tak jual nasi lemak sebab dok jaga anak dia dalam hospital. Aku bagi la sebagai wang ehsan. Lagi pun kes tu tutup sebab pengadu ni juga datang jumpa aku nak tarik repot sebab dia dah berbincang dengan suspek. Tak ada kena mengena dengan aku" marah Qais.

"Suspek tu pun kita bebaskan setelah kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya. Lagipun tak ada bukti yang suspek tu bagi dadah pada anak pengadu ni. Lepas temubual dengan anak pengadu, dia mengaku yang dia rela hati ambil dadah semua tu" tambah Qais lagi. Pening kepala.

"Dah tu apa tujuan pengadu ni viral kes ni pulak. Benda dah settle dan kalau ya pun, kenapa baru sekarang? macam ada sesuatu je" kata Sand. Terus Qais bangun bila dengar Sand kata begitu.

"Kau dah kenapa?" soal Sand.

"Jom ikut aku, kita pergi gerai nasi lemak pengadu ni" kata Qais lalu telefon dicapai dan nombor White dihubungi.

"Tuan, kita nak ke mana?" soal White yang sedang memandu keluar dari perkarangan IPD, Qais berada di bahagian penumpang hadapan manakala Sand di bahagian belakang.

"Ada tengok youtube?" soal Qais pada White.

"Yang kes makcik tu? ada" soal White lagi. Qais angguk sekali.

"Apasal makcik ni keluar statement macam tu, padahal dia yang settle sendiri tanpa libatkan polis" bebel White.

"Itu yang saya tak faham. Sekarang ni, kita jumpa makcik tu dan tanya" kata Qais.

Lebih kurang tiga puluh minit memandu, mereka sampai di lokasi.

"Aik, tutup?" soal Sand yang sudah keluar dari tempat duduk penumpang belakang. Qais yang keluar juga sudah pandang kiri dan kanan mana tahu nampak kelibat pengadu tadi.

"Tuan, kita ke rumah dia la" kata White yang baru keluar dari bahagian pemandu. Qais angguk lalu masuk semula ke dalam kereta. Begitu juga Sand.

"Eh, anak dia masih di pusat pemulihankan?" soal Sand yang sudah menjenguk di celah antara Qais dan White.

"Ya, dua tahun tempoh pemulihan" kata Qais.

"Tu bukan makcik tu ke Tuan?" soal White lalu terus berhentikan kereta di tepi pengadu tadi yang sedang berjalan kaki. Terkejut dia bila ada kereta berhenti rapat. Qais pantas keluar, Sand juga lalu rapat berdiri di sisi pengadu tadi.

"Kenapa ni?" soal Puan Hamidah sambil memandang Sand dan Qais. Kemudian terus berubah wajahnya.

"Tuan nak apa? saya nak balik" kata Puan Hamidah dan cuba untuk melarikan diri tapi Sand pantas memegang lengan Puan Hamidah dan bawa masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Kalau Cik tak nak ditahan kerana tidak memberi kerjasama dengan pihak polis, silakan. Sekarang juga saya boleh tangkap dan gari" kata Sand geram. Terus Puan Hamidah diam tidak meronta. Qais dan White yang baru masuk ke dalam kereta sama-sama memandang ke arah Puan Hamidah di belakang.

"Kami cuma nak berbual dengan Cik" kata Sand.

"White, kita ke rumah pengadu ni" kata Qais lalu menoleh semula ke hadapan.

"Eh, jangan-jangan. Nanti dia tahu" kata Puan Hamidah. Laju kepala Qais toleh semula ke belakang.

"Dia?" serentak disebut Qais, Sand dan White.

"Siapa dia?" keras soalan Qais. Puan Hamidah sudah gelisah.

"Er.. makcik tak boleh cakap, nanti dia tak nak bayar duit pada makcik. Anak makcik nak kena buat operation." balas Puan Hamidah yang sudah mula mahu menangis.

"Operation?" soal Sand.

"Dua hari lepas anak kedua makcik kemalangan dilanggar kereta dan perlukan wang untuk kos pembedahan dan besi yang kena pasang pada kaki dia" kata Puan Hamidah

"Ada buat laporan kemalangan tak?" soal Qais.

"Tak ada" Puan Hamidah menggeleng.

"Orang yang langgar tu bagitau dia akan tanggung kos operation tu asalkan makcik ikut cakap dia" kata Puan Hamidah yang sudah menangis.

"Ikut cakap dia viralkan di youtube?" soal Qais dari kerusi hadapan. Laju Puan Hamidah angguk.

"Tolonglah Tuan, Puan. Makcik terpaksa" kata Puan Hamidah lagi.

"Di mana anak Cik kena langgar?" soal Sand.

"Depan tempat kerja dia, kedai seven eleven kat pekan ni" kata Puan Hamidah.

"Kalau tak ada apa-apa, bagi makcik balik dulu ya" pinta Puan Hamidah. Qais angguk.

"Terima kasih Tuan, Puan" kata Puan Hamidah lalu laju keluar dari kereta dan buru-buru melangkah pergi.

"White saya nak awak semak rakaman CCTV di kedai Seven Eleven tempat anak makcik ni kena langgar dan juga CCTV yang berhampiran. Saya nak butiran kenderaan yang dia gunakan dan kalau boleh muka suspek tu sekali" kata Qais.

"Baik Tuan" balas White lalu kaki menekan pedal, laju kereta meluncur.

Sampai sahaja di pejabat, Qais melepaskan tubuh di atas kerusi. Sand pula masuk ke pejabatnya manakala White keluar semula bersama Ray untuk siasat rakaman CCTV.

+++

Faizal bangun dari katil lalu mencapai tuala di penyangkut lalu dililit pada pinggangnya.

"Sayang.. You nak ke mana? awal lagi.." rengek Syasya dari atas katil lalu bangun duduk.

"I nak mandi la baby.. hari ni I gembira sangat sebab tak lama lagi si Qais tu akan sedar langit tu tinggi ke rendah" balas Faizal sambil sebatang rokok dicapai lalu dinyakalan. Syasya yang mendengar terus bangun dari katil tanpa seurat benang lalu memeluk tubuh Faizal dari belakang.

"Boleh berjaya ke rancangan you kali ni?" soal Syasya.

"Of course baby.." balas Faizal.

"Ada apa-apa yang you nak I bantu ke?" soal Syasya. Faizal diam seketika.

"Kalau I minta you uruskan adik perempuan Qais, boleh ke?" soal Faizal lalu memusingkan tubuhnya mengadap Syasya. Dada Syasya yang montok digomol seketika. Syasya ketawa.

"Boleh sayang.. Don't worry, nanti you bagi detail adik perempuan dia tu. Tau la I nak buat apa" balas Syasya. Tiba-tiba Faizal hentikan perbuatannya.

"You.. semenjak akhir-akhir ni dah tak jumpa Hariz ke? hari-hari ada dengan I" soal Faizal lalu puntung rokok di tangan ditenyeh pada ashtray. Syasya terus menolak tubuh Faizal dan kaki melangkah ke arah bilik air.

"You tak payah sebut la nama pengecut tu. Baru kena belasah dengan gangters taik ayam mana tah, dah takut. Lepas tu ikut cakap ayah dia tu supaya putus dengan I. Eh, dah la. Buat sakit hati sebut pasal lelaki tak guna tu!" marah Syasya lalu masuk ke bilik air.

"Hey, tunggu la I" jerit Faizal lalu turut sama masuk ke bilik air.

Kau rasakan Qais..!

+++

Telefon bimbit Qais di atas meja berbunyi. Skrin di pandang, White! Pantas telefon diambil dan icon hijau digesek.

"Ya White, anything?" soal Qais.

"Tuan ingat tak suspek kes makcik nasi lemak tadi, Ridzuan?" soal White.

"Kenapa dengan dia?" soal Qais.

"Dia rakan pada Faizal" Soal Qais.

"Faizal sepupu Qaseh isteri saya?" soal Qais pelik.

"Ya" balas White pula.

"So? apa kena mengena dia dalam hal ni?" soal Qais tidak faham.

"Dari apa yang diperolehi, Faizal dilihat bertemu Ridzuan dan Taha tiga hari lepas dan dua hari lepas dapati orang yang melanggar anak makcik tu adalah Taha" kata White.

"Jadi saya rasa kes ni macam ada unsur balas dendam atau tak puas hati. Tuan ada masalah ke dengan Faizal tu?" soal White.

"Sebab kalau ikutkan, Ridzuan tu tak mungkin nak reveal balik kes lama dia. Sedangkan dia dah susah payah berurusan dengan makcik tu supaya tarik balik repot walaupun dia memang tidak bersalah" kata White lagi.

"It's okay White, thanks. Ada apa-apa info, maklum saya. Saya uruskan sendiri. Tapi macam mana awak kenal suspek yang langgar anak makcik tu Taha?" soal Qais.

"Taha ni ada dua rekod wanted, dua-dua kes samun sangkut Shah Alam" maklum White.

"Kalau macam tu, cari dia segera. Walaupun kes langgar anak makcik tu dah settle, dia tetap ada rekod wanted" arah Qais.

"Baik Tuan, saya dan Ray dah kenal pasti kawasan yang dia selalu lepak" kata White.

"Okay,, thanks" kata Qais lalu talian dimatikan. Kau tak habis-habis nak cari pasalkan Faizal. Tak apa, kau jual, aku beli! Sedang Qais berfikir-fikir, telefonnya berbunyi lagi tapi kali ini ASP Syam pula yang hubunginya. Macam dah tau je apa yang bakal dikatakan nanti. Talian dijawab.

"Selamat petang Tuan" sapa Qais.

"Q, awak dah tengok video viral di youtube?" soal Syam.

"Sudah Tuan" balas Qais sambil menyandar lada kerusi. Pelipis dipicit.

"Apa cerita pasal kes ni? bukan dah selesai tahun lepas lagi ke?" soal Syam. Walaupun dia baru lagi ditukarkan ke Ampang tetapi bila dapat tahu mengenai video itu, terus dihubungi bahagian rekod untuk semak mengenai fail siasatan tersebut dan dapati semuanya telah selesai. Tapi yang tidak faham, mengapa isu ini timbul sekarang.

"Saya pun tak pasti Tuan kenapa boleh timbul pula kes pasal kes ni, tapi saya sedang selesaikan secepat mungkin. Apa-apa maklumbalas nanti, saya akan hubungi Tuan segera" kata Qais.

"Okay but be careful" pesan Syam.

"Baik Tuan. Terima kasih" balas Qais lalu talian dimatikan dan nombor telefon Dayyan dihubungi.

"Hello Yan. Aku nak kau tolong uruskan hal sikit" kata Qais sebaik Dayyan menyambut panggilannya.

"Amboi, salam tak bagi terus minta tolong je!" gurau Dayyan.

"Yaaannn.." panjang Qais sebut nama Dayyan.

"Okay.. gurau pun tak boleh. Kau nak aku buat apa?" soal Dayyan.

"Jumpa aku lagi tiga puluh minit, tempat biasa" kata Qais.

"Orait" balas Dayyan. Talian dimatikan dan tubuh diangkat dari kerusi dan jaket dicapai lalu disarung pada tubuh. Helmet diambil. Baru nak melangkah, telefon berdering lagi. Skrin dilihat. Sara? dah kenapa call malam-malam macam ni. Qais rasa tidak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience