Bab 66

Romance Completed 137990

"Tak nak salin baju ke?" soal Syam pada Sand yang masih lagi memandang ke arah jalanraya.

"Eh, nak.. nak.." laju Sand membalas. Gila tak nak salin, mana dia biasa pakai baju macam ni. Rimas..

"Jomlah" Syam mengajak Sand lalu menarik jemarinya yang merah berinai. Sand pandang jemarinya dan kemudian pandang wajah Syam silih berganti. Kaki masih kaku tidak bergerak.

"Kenapa?" soal Syam pelik. Aii.. dah jadi isteri kot, takkan nak pegang tangan pun tak boleh. Syam dah cuak. Buatnya disikunya dek Sand, mau lebam biji mata. Perlahan dilepaskan jemarinya.

"Kenapa lepas?" soal Sand sambil memandang wajah Syam.

Pulak! tadi tengok macam tak puas hati aku pegang tangan dia, bila aku lepas tanya kenapa lepas pulak. Mana satu ni.. tak sampai sehari dah buat saya pening la awak ni sayang oi..

“Tak marah?” Soal Syam. Wajah mulus Sand dipandang.

“Ntah” balas Sand sambil angkat kedua-dua bahu. Syam garu kepala tak gatal.

“Dah la, kita masuk bilik, mandi, salin baju. Dah lewat ni, nak maghrib dah” kata Syam lalu mendahului langkah ke bilik tidur. Daun pintu bilik ditolak dan dia melangkah masuk diikuti Sand di belakang.

“Er.. Tuan Syam mandi la dulu. Nanti saya pulak mandi” kata Sand lalu melabuhkan duduk di kerusi meja solek. Syam yang baru mahu melangkah ke almari pakaian menoleh pandang pada Sand.

“Panggil apa tadi?” Soal Syam lalu melangkah menghampiri Sand yang sedang menanggalkan selendang di kepala.

“Tuan Syam, kenapa?” soal Sand pelik.

“Takkan lepas kahwin nak panggil Tuan Syam juga..” tegur Syam. Meleret saja ayatnya. Sand terus bangun berdiri lalu meletakkan selendang yang ditanggalkan di atas meja.

“Panggilan yang sesuai untuk seorang suami” kata Syam lalu pinggang Sand disauk. Sand dah keras. Aduh.. Ni yang lemah ni.

“Er.. Saya tak pandai la. Tuan Syam cakap la nak saya panggil apa” Sand dah kalut bila wajah Syam makin rapat dengan wajahnya.

‘Cup’

“Apa-apa je asalkan bukan Tuan Syam, Syam atau awak. Okay sayang” balas Syam lalu dia berlalu ke almari. Pakaian di tubuh dilucutkan dan dimasukkan ke dalam bakul rotan di bucu bilik. Sand kaku tak bergerak. Sebaik Syam hilang dalam bilik air, jari naik menyentuh bibir yang disapa Syam tadi. Terloret senyum di bibirnya. Hampir dua puluh minit Syam keluar dari bilik air, dilihat Sand sudah siap mandi dan sedang mengeringkan rambut dengan tuala.

"Mandi di mana?" soal Syam sambil memakai kain pelikat dan baju melayu.

"Bilik mak" kata Sand tersenyum.

"Dah siap? kita solat sama-sama" kata Syam lalu bersedia di atas sejadah diikuti Sand.

Setelah memberi salam kanan dan kiri, tangan ditadah doa dibaca dan diaminkan. Syam hulurkan tangan pada Sand lalu kekura tangan dicium Sand.

"Terima kasih bie, sudi terima sayang yang serba kekurangan ini" perlahan sahaja sebutan Sand. Segan rasanya kali pertama bahasakan Syam dan diri sendiri dengan panggilan lain. Syam terus menarik Sand dalam pelukan.

"Bie for Hubby?" soal Syam. Sand memukul perlahan dada Syam. Ketawa suka Syam.

"Kita turun makan ya, bie lapar" kata Syam lalu merenggangkan pelukan.

"Lapar? bukan petang tadi baru makan" soal Sand sambil menanggalkan telekung.

"Lapar la.. dah, kita turun makan. Kalau tak nanti sayang yang bie makan" gurau Syam. Tangan Sand laju naik menunjuk penumbuk. Syam ketawa. Nasib kau la Syam.. dapat isteri ala-ala gangster..

+++

"Abang fikir apa? dari tadi termenung je.." soal Qaseh pada Qais yang berdiri sambil tangan memegang pada besi balkoni bilik. Qaseh terus masuk diantara kedua tangan Qais. Laju Qais memeluk Qaseh rapat ke dadanya.

"Abang.. sayang tanya ni.." panggil Qaseh lalu mengintai Qais di belakangnya dari sebelah kanan. Qais tunduk melabuhkan cium pada bibir Qaseh. Lama dan asyik sekali. Ah.. tak boleh tunggu ni. Hari ni cukup sebulan Qaseh berpantang. Senak rasa dada menahan rasa. Tidak menunggu lama, tubuh Qaseh dicempung masuk ke dalam bilik dan dibaringkan di atas katil. Terjerit Qaseh, pantas tangan naik memeluk leher Qais.

"Sayang.. bolehkan.. lama sangat rasanya puasa. Seksa tau.." kata Qais yang sudah menindih Qaseh. Matanya tepat memandang mata Qaseh. Bibir merah itu seakan memanggil-manggil untuk dijamah. Tanpa lengah, bibir lembut itu sekali lagi dipaut bersama tangannya yang pantas menjalankan tugasnya. Malam yang hening terasa nikmatnya bagi Qais dan Qaseh yang memadu cinta.

+++

"Morning sayang" sapa Qais sebaik Qaseh buka mata.

"Morning abang.." bibirnya dilabuhkan pada bibir seksi Qais.

"Sayang.. abang sambung lagi yang malam tadi nanti.." kata Qais. Qaseh ketawa.

"Ala.. sambung pun tak apa, sayang bukan kerja pun hari ni" sengaja Qaseh kacau hati Qais. Baru Qais nak bertindak, laju Qaseh bangun berlari ke bilik air.

"Sayang..!" jerit Qais. Main-main, nanti dia. Laju Qais bingkas bangun melangkah ke bilik air. Daun pintu bilik air ditolak. Sengaja tak dikunci, meminta betul isteri aku ni.. Qais senyum miang. Qaseh terjerit-jerit dikerjakan Qais.

Hampir jam tujuh setengah pagi Qais dan Qaseh melangkah turun.

"Hah, turun pun ingat tak nak turun, kot-kot nak bertapa dalam bilik tu" usik Puan Adalila. Qaisara sudah tersengih. Puan Adalila sudah tiga hari sampai di rumah Qais kerana turut sama menghadiri majlis perkahwinan Sand dan Syam semalam, begitu juga Qaisara.

"Dah. Duduk, mak buat nasi lemak dengan sambal sotong. Makan panas-panas ni sedap" kata Puan Adalila sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Doa dibaca dan diaminkan.

"Pukul berapa majlis tu nanti Qais?" soal Puan Adalila sambil memandang Qais. Qais senyum dan membalas.

"Pukul sembilan macam tu. Jam lapan kita pergi la, tak jauh pun dalam setengah jam ke empat puluh minit" kata Qais sambil menyuap nasi lemak ke mulut. Sedap, cukup lemak masinnya. Lepas rindu nak makan nasi lemak Puan Adalila.

Seperti yang dijanjikan tepat jam lapan malam, Qaisara memandu kereta bersama Puan Adalila di bahagian penumpang hadapan, Qais dan Qaseh pula di bahagian belakang. Sengaja Qaisara tidak benarkan Qais memandu, katanya pengantin tak boleh bawa kereta. Pengantin la sangat, pengantin lama..

Qais sudah ingatkan Sand mengenai majlis pada malam ini, katanya akan turut hadir. Sebaik sampai di hotel, Qais mengajak Qaseh naik ke bilik bersama Qaisara sekejap manakala Puan Adalila pula telah masuk ke dewan. Dato' Abbas dan Datin Adawiyah gembira melihat kehadiran besannya itu. Aturcara bermula dengan kata-kata dari pengacara majlis dan juga ucapan dari CEO Dato' Abbas sendiri. Tidak lama, lagu yang dimainkan tadi ditukar kepada lagu pengantin baru dan waktu itu Qais dan Qaseh diarak masuk ke dewan bersama beberapa orang kanak-kanak memegang bunga. Qaseh sungguh tidak menyangka, katanya annual dinner tetapi yang sebenarnya majlis resepsi bagi mereka. Pandai Qais sembunyikannya. Patutlah ajak ke bilik, rupanya mahu salin pakaian. Di rumah tadi pun beria panggil jurusolek datang ke rumah. Ini rupanya..

Qais dan Qaseh diiringi hingga ke pelamin. Sepanjang berjalan dari pintu masuk, tak putus-putus senyumannya di bibir. Sesekali dijeling Qais di sisi.

"Pandai ya.. sekongkol dengan ayah dan Mak Uda" bisik Qaseh. Qais hanya senyum. Patutlah mak dengan Sara kemain melaram, rupa-rupanya majlis respsi, bukan annual dinner.

Sibuk Qais dan Qaseh melayan tetamu untuk bergambar, itu belum lagi sesi bergambar yang diambil oleh jurugambar profesional. Macam-macam aksi yang diminta. Layankan sahajalah. Nampak ceria wajah Dato' Abbas dan Datin Adawiyah. Ramai sanak saudara, rakan-rakan dan juga rakan niaga dari kedua belah pihak. Tidak ketinggalan pengantin baru Sand dan Syam.

"Q" panggil Sand pada Qais yang sedang berbual. Sebaik melihat Sand dan Syam datang, jemari Qaseh dipaut dan minta diri untuk berjumpa sahabatnya itu.

"Selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga syurga" ucap Sand pada Qais dan Qaseh.

"Baru apanya.. pengantin lama dah" balas Qaseh. Terlepas ketawa di bibir.

"Terima kasih Sand, Tuan Syam sudi datang malam ni" kata Qais setelah salam dilepas.

"Mestilah datang, kalau tidak, tidur luar saya" gurau Syam. Sand dah jeling Syam. Ketawa terletus lagi.

Hampir jam sepuluh setengah, Sand dan Syam minta diri untuk pulang. Qais tawarkan bilik untuk mereka tapi ditolak memandangkan rumah Syam tidak jauh dari hotel. Sementara menunggu Syam mengambil kereta di tempat parking, Sand berdiri di lobby hotel.

"Sandra Armine" Sand tertoleh mencari-cari gerangan yang menyebut namanya. Tetapi dia tidak pasti siapa yang dicari.

"Sayang" panggil Syam.

"Sand" panggil Syam lagi. Sand toleh pandang pada Syam lalu laju kaki melangkah mendapatkan Syam di kereta. Pucat wajahnya.

"Hey, kenapa ni?" soal Syam sambil memegang kedua-dua pipi Sand.

"Nothing" balas Sand lalu buru-buru masuk ke dalam kereta. Syam rasa tidak sedap hati, mata melilau pandang sekeliling tapi tiada apa yang curiga lalu kaki melangkah ke arah pemandu dan tubuh dilolos masuk.

Malam itu, Qais dan Qais bermalam di hotel. Beg pakaian mereka sudah sedia di dalam bilik sewaktu melangkah masuk. Honeymoon suite, siap ada kelopak mawar lagi. Kali ini, baju tidur Qaseh dulu yang dimasukkan ke dalam beg, takut nanti ada yang mengamuk lagi.

"Abang yang buat semua ni?" soal Qaseh lalu memusing tubuhnya mendapatkan Qais. Rapat tubuh itu dipeluk.

"Abang bayarkan saja, pekerja hotel yang buatkan" kata Qais. Qaseh muncung bibirnya. Laju Qais melabuhkan cium sekilas.

"Ee.. main-main tau" marah Qaseh, marah manja. Qais ketawa.

"Thanks abang" ucap Qaseh bersama pelukan erat di tubuh sasa itu.

"Thanks for what?" soal Qais tanpa melepaskan pelukan.

"For everything.. I love you so much abang" ucap Qaseh.

"Love you too sayang" balas Qaseh lalu Qaseh dicempung dan diletakkan di atas katil.

"Bunga ni tak apa ke?" soal Qaseh. Rasa cam pelik la pulak.

"Kenapa?" soal Qais. Qaseh geleng kepala lalu memeluk leher Qais dan membawa rapat wajah itu pada wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience