Bab 4

Romance Completed 137990

"Sila duduk" kata Qais. Qaseh kemudian melabuhkan duduk di hadapan Qais.

"Minta IC" pinta Qais. Qaseh kemudian mengambil kad pengenalan dari dompet dan menyerahkan pada Qais. Kad pengenalan diambil dan jemari Qais mula menaip.

"Nama penuh Qaseh Malaiqa binti Abbas Malik" kata Qais sambil mata menatap skrin komputer berselang seli dengan kad pengenalan Qaseh di hadapannya.

"Ya, saya Qaseh Malaiqa" balas Qaseh.

"Nama panggilan?" soal Qais.

"Q" balas Qaseh.

"Ya" jawab Qais pula lalu memandang Qaseh di hadapannya.

Qaseh jadi pelik apabila Qais memandangnya begitu. Dia ni dah kenapa, tadi tanya nama panggilan, bila aku sebut, dia tegak tengok aku pulak. Ada yang tak kena kat muka aku ke?. Qaseh dah berbicara sendiri dalam hati, yang Qais pula masih lagi memandang Qaseh.

Eh, perempuan ni. Tadi panggil aku, bila aku jawab dia diam pulak. Mengada-ngada betul. Ingat dia cantik, boleh main-main macam tu?. Marah Qais dalam hati.

"Nama panggilan Cik apa?" soal Qais lagi.

"Q" jawab Qaseh.

Kali ini Qais tidak menjawab, hanya direnung sahaja perempuan di hadapannya itu, kecil sahaja dia nampak! Qaseh sudah tidak senang duduk. Aku salah cakap ke?

"Er.. kenapa Tuan tengok saya macam tu?" soal Qaseh serba salah. Takut nanti dicop perasan pulak.

"Tadi saya tanya, nama panggilan Cik apa? tapi Cik tak jawab sebaliknya Cik panggil saya pula. Cik nak apa sebenarnya ni?" soal Qais dengan suara yang sudah naik sedikit oktafnya. Qaseh yang mendengar tutur Qais dah berkerut dahi. Dia ni cakap apa? Bila masa aku panggil dia. Qaseh berkata dalam hati.

"Macam ni lah, saya letak nama panggilan Cik, Qaseh je" putus Qais. Kalau dilayan, sampai subuh pun tak habis.

"Eh eh eh.. nama panggilan saya Q, keluarga dan kawan-kawan semua panggil Q" laju Qaseh menjawab. Terus tertegak pandangan Qais ke depan.

"Q?" soal Qais tidak percaya. Qaseh mengangguk.

"Macam panggil diri sendiri pulak" kata Qais. Qaseh yang berada di hadapannya sudah pelik.

"Q" sebut Qais lagi.

"Ya" jawab Qaseh teragak-agak.

"Saya pun Q juga" kata Qais sambil jemarinya menyambung semula apa yang terhenti tadi.

"Hah?" Qaseh pula bersuara.

"My nickname also Q" kata Qais.

"Ooh.." bulat bibir Qaseh menyebutnya. Baru Qaseh faham. Dia pun Q juga, patutlah..

"Nama Tuan apa?" soal Qaseh. Amboi, berani kau tanya pada si muka ketat ni.

"Qais Qaayed" laju Qais membalas. Biasanya cukup payah nak diberitahu nama sebenar jika ada yang bertanya, ini mudah pula disebutnya..

"Wow, double Q, kalau tambah saya jadi triple Q" kata Qaseh spontan.

"Ye kan" Qais pula mengiakannya. Tersungging senyuman di bibir Qais sambil memandang Qaseh di hadapannya. Qaseh pula sudah terlepas tawa dari bibir bila Qais setuju dengan kata-katanya. Tapi tidak lama apabila tiba-tiba dua-duanya keras kaku.

Eh, kau ni Q, dah kenapa nak tambah nama kau pulak.. kata hati Qaseh.

Kau ni dah kenapa Q, sebelum ni cukup payah nak senyum. Ini siap senyum besar lagi. Ada yang tak kena dengan kau ni.. tutur Qais dalam hati.

Sand yang baru sampai di pejabat terus terkaku di depan pintu pejabat Qais dengan mata yang terkelip-kelip tidak percaya. Qais senyum.. biar betul. Bukan senang nak lihat seorang yang bernama Qais Qaayed tersenyum. Rare ni..

"Eh, Sand. Kenapa?" soal Qais pada Sand yang dilihat terpacak berdiri di muka pintu. Tegak pandangannya, dah macam nampak hantu.

"Hah? tak ada apa. Mana ada apa, aku baru sampai" balas Sand kalut lalu terus melangkah masuk ke pejabatnya.

"Ehem.. kita sambung boleh?" soal Qais pada Qaseh. Qaseh hanya tersenyum dan mengangguk.

"Boleh ceritakan apa yang berlaku?" soal Qais tanpa memandang Qaseh. Kekok pula jadinya.

Qaseh kemudian menceritakan apa yang berlaku pada Qais. Qais yang mendengar pula, ligat menaip butiran maklumat agar tiada yang tertinggal.

"Kereta milik siapa?" soal Qais.

"Kereta saya" balas Qaseh sepatah.

"Biasanya kereta mahal ada GPS. Kereta Cik GPS On tak?" soal Qais. Kebiasaannya kereta-kereta mewah dilengkapi dengan sistem GPS, jika ada, ianya memang memudahkan pihak polis untuk mengesan keberadaan kenderaan tersebut.

"Er.. memang ada sistem GPS tapi kereta tu baru keluar bengkel sebab rosak jadi sistem GPS yang dimatikan tu belum di aktifkan semula. Saya pula lupa nak menghubungi syarikat tu" terang Qaseh serba salah.

"Dalam kereta ada apa-apa barang berharga tak?" soal Qais lagi.

"Ada wang tunai lima belas ribu, ni duit saya. Ada cek tunai milik syarikat lebih kurang seratus ribu dan beg yang mengandungi dokumen syarikat, confidential. Pasal duit dengan cek tu saya tak kisah sangat tapi beg yang mengandungi dokumen yang hilang tu penting. Kalau boleh saya nak dapatkan semula" kata Qaseh bersungguh.

Terhenti pergerakan tangan Qais yang menaip. Pasal duit tak kisah sangat? senangnya lah hidup orang kaya ni kan. Banyak duitnya tu, cash money dah lima belas ribu, cek tunai pulak seratus ribu. Cara disebut macam dua tiga ringgit sahaja.

"Apa isi kandungan beg tu? Dokumen berkaitan apa?" soal Qais sambil memandang Qaseh yang sudah susah hati.

"Er.. nama pun confidential, mana boleh saya nak bagitau Tuan" kata Qaseh.

Ha, ini yang nak marah ni. Minta polis siasat tapi tak nak beri kerjasama. Ni la masalah orang awam. Buat repot minta polis siasat bagai nak rak, bila minta beri kerjasama tak nak. Macam ni. Confidential! kalau confidential, tak payah buat repot. Bebel Qais dalam hati.

"Cik, kalau dah jadi kes polis, dah tak wujud perkataan confidential tu" keras suara Qais.

"Dokumen tu berkaitan apa?" soal Qais lagi. Tegak pandangannya pada Qaseh.

"Ee.. Dokumen tu berkaitan projek baru yang nak masuk tender. Jadi kalau ada pihak lain yang dapat dokumen tu, rugilah syarikat ayah saya. Sebab projek baru ni bukan sikit, hampir lima juta" terang Qaseh dalam terpaksa. Nak bercakap pun rasa tak lepas bila direnung begitu, tajam menikam. Dah la muka serius maut.Ish!

Qais dah terdiam.

"Tadi Cik cakap ada kereta warna gelap mengekori kereta Cik semasa nak ke bank pagi tadi kan. Nampak tak nombor pendaftaran kereta tu? jenis kereta?" soal Qais lalu pen dicapai.

"Saya tak perasan nombor kereta tu, cuma yang saya tau kereta tu warna gelap, bukan hitam tapi macam nak warna biru gelap hijau. Ntah la, warna gelap la, tak boleh nak describe, jenis kereta saya tak pasti la pulak" jawab Qaseh. Qais diam sambil mencatat sesuatu pada fail tadi.

"Hah, arial kereta! Arial kereta tu ada diletakkan macam patung di hujungnya, patung apa saya tak pasti tapi warna hijau striking" tambah Qaseh. Qais yang mendengar mengangguk.

"Syarikat Cik ada musuh dengan sesiapa ke? atau Cik sendiri ada musuh dengan sesiapa?" soal Qais lagi.

"Syarikat hartanah pembinaan macam ni, sikit sebanyak mesti ada musuh Tuan. Tapi kalau musuh yang nyata tu, tak ada la pula. Kenapa Tuan tanya?" soal Qaseh.

Qais tidak membalas sebaliknya diaju soalan pula pada Qaseh.

"Siapa lagi yang tahu mengenai dokumen tu dan selain dari ayah Cik, siapa lagi yang tahu Cik akan ke bank pada pagi ni?" soal Qais bertalu.

"Siapa..?" Qaseh terkerut-kerut dahi sambil matanya yang bergerak-gerak untuk mengingati.

"Hm.. rasanya cuma ayah, Faizal, Ratib dengan abang Halim sajalah" jawab Qaseh setelah berfikir.

"Siapa mereka bertiga ni?" soal Qais sambil pen ditangan bersedia untuk mencatit butiran yang bakal dimaklumkan Qaseh pada fail yang ada di depannya.

"Faizal sepupu saya, anak Mak Ngah. Dia Projek Manager dan dah lama kerja di syarikat ayah, dekat tujuh tahun juga. Ratib pula anak angkat ayah tapi kira saudara juga la sebab dia anak Mak Tam, yang ni pun dah lama juga kerja di syarikat ni lebih kurang enam tahun macam tu. Abang Halim pula pemandu ayah, kadang-kadang pemandu saya juga" terang Qaseh panjang lebar.

"Kenapa ya Tuan tanya pasal diaorang ni?" soal Qaseh tidak mengerti.

"Siasatan saya masih diperingkat awal. Saya tak dapat nak terangkan pada Cik tapi kalau ada apa-apa saya akan hubungi Cik" kata Qais. Butiran percakapan yang diambil tadi dicetak dan diserah pada Qaseh untuk ditandatangan.

"Cik perlu ke hospital untuk rawat luka ke?" soal Qais.

"Rasanya tak perlulah, saya sapu minyak saja nanti. Tak teruk pun" balas Qaseh lalu menyerahkan kembali dokumen percakapan yang ditandatangan tadi pada Qais.

Hm.. luka macam tu pun tak nak ke hospital, kena infection baru tau. Dapat dilihat lutut Qaseh yang luka sewaktu dia melangkah masuk ke pejabat ini tadi. Itu la, pakai singkat lagi. Cuba kalau pakai seluar panjang, dah tentu lutut putih tu tak luka. Dah tak pasal-pasal ada parut.

Qais Qaayed.. apa yang kau mengarut ni.. sejak bila kau jadi pakcik bawang pula.. ikut suka dia la nak pakai apa, tak ada kena mengena dengan kau pun.. bisik hati Qais. Qais mengeluh, tak boleh fokus dia hari ni..

"Q Q.., apa yang kau fikir ni.." kata Qais perlahan..

"Er.. Tuan panggil saya ke?" soal Qaseh.

Terangkat kening Qais pada Qaseh bila diaju soalan begitu. Dia dengar ke..

"Tak, saya tak sebut apa-apa pun" laju saja dibalas dengan wajah yang masih dengan riak sama, serius!

"Kalau tak ada apa-apa, Cik boleh balik dulu. Kalau saya perlukan Cik, saya akan telefon semula" kata Qais.

"Eh, mana dapat nombor telefon saya?" soal Qaseh. Rasanya tadi dia tak ada minta pun.

"Dalam laporan yang Cik buat tadi kan ada" jawap Qais mendatar.

Qaseh angguk kemudian bangun dan mula melangkah keluar dari pejabat Qais.

"Terima kasih Tuan. Saya harap dokumen tu dapat dijumpai dengan segera" kata Qaseh penuh mengharap.

Qais hanya mengangguk pada Qaseh.

Sebaik sahaja Qaseh melangkah meninggalkan pejabat Qais, Sand laju melangkah masuk.

"Q!" panggil Sand.

"Apa?" soal Qais.

"Siapa tu?" soal Sand. Qais yang mendengar dah pelik.

"Pengadu aku kan. Kau pun tau" balas Qais malas.

"Aku rasa, aku kena menari zapin depan tiang bendera la" kata Sand. Qais dah berkerut dahi. Tapi tiba-tiba berubah wajah Qais.

"Aku kenal kau bukan baru-baru ni, tapi dah lama, dari pusat latihan lagi. Bukan sembarangan orang yang dapat buat kau senyum atau ketawa kecuali ahli keluarga. Tapi tadi.. macam tak percaya mata aku ni. Kau senyum Q. Bukan sikit. Lebar tau" kata Sand. Qais yang berada di meja buat-buat sibuk seperti tidak mendengar butiran kata Sand.

"Tu sebab aku tanya, siapa perempuan tadi" terang Sand lalu bangun menuju ke pejabatnya dan meninggalkan Qais yang sudah terdiam di situ.

Nafas dihela keras.

Share this novel

liyana
2021-02-15 09:21:11 

uissh jarang ye tengok Qais senyum ntah ntah ada hati kat Qaseh


NovelPlus Premium

The best ads free experience