Bab 16

Romance Completed 137990

Jam di dinding dipandang. Hm.. agak-agak Qais dah sampai rumah ke belum ye.. Sampai dah kot. Qaseh yang sudah pun terbaring di atas katil terus mencapai telefon bimbit di atas meja sisi. Button ditekan, skrin yang tadinya gelap terus bercahaya menampakkan wallpaper gambarnya yang tersenyum. Nama Qais dalam contact list dicari, sebaik dijumpai terus nombor itu dihubungi. Tidak lama panggilan disambut.

"Awak.. assalamualaikum" ucap Qaseh.

"Ya saya, waalaikummussalam Qaseh" balas Qais di sebelah sana.

"Awak dah tidur ke?" soal Qaseh dengan bergolek-golek di atas katil sambil memeluk jaket Qais yang sengaja tidak dipulangkan.

"Belum lagi. Kenapa?" soal Qais yang sedang merebahkan diri di atas katil. Baru selesaikan mencuci wajah dan bersedia untuk tidur.

"Hm.. luka awak okay?" soal Qaseh lagi. Jaket Qais di tangan sudah diputar-putarkan hingga bergulung jadinya. Lama-lama koyak juga nanti.

"Okay. Sikit je ni. Sehari dua hilanglah" balas Qais lagi sambil menselesakan diri di atas katil.

"Er.. saya minta maaf.." ucap Qaseh perlahan.

"Qaseh.. tak nak cakap pasal hal ni lagi boleh. Dah jadi tanggungjawab saya untuk lindungi Qaseh. Don't you remember, I'm your boyfriend?" pujuk Qais yang sudah bangun duduk dan bersandar pada kepala katil. Tak jadi nak tidur.

"Okay.." perlahan sahaja jawapan Qaseh. Waktu itu Qaseh juga sudah bangun dan duduk bersandar di kepala katil.

"Awak.." panggil Qaseh.

"Ya.. ada apa ni.." soal Qais yang sudah tidak sedap hati. Qaseh hanya senyap tanpa balasan.

"Qaseh.. kenapa ni, jangan buat saya risau" soal Qais. Ish, tadi panggil, ni diam pulak.

"Awak.." seru Qaseh lagi.

"Ya sweetheart.." jawab Qais. Terdengar ketawa halus terbit dari Qaseh. Qais dah pelik. Dia ni betul ke tak.

"Good night awak! muahh!" balas Qaseh kemudian terus talian dimatikan. Sengajakan dihangatkan malam Qais!

Qaseh.. awak sengajakan dera saya. Tunggu la nasib awak nanti.. laju tangan naik meraup wajah.

+++

"Q" panggil Sand yang baru sampai di pejabat. Qais waktu itu sedang menolak daun pintu pejabatnya, menoleh sekilas pada Sand. Bulat mata Sand.

"Eh, wait! Kau dah kenapa jadi macam ni? semalam tu yang nak kena langgar tu kau ke, Q kau?" soal Sand pada Qais yang sudah pun melangkah masuk ke pejabat. Sand pula pantas mengekori Qais masuk ke pejabatnya lalu melabuhkan duduk di kerusi.

"Q aku yang nak kena langgar" jawab Qais sambil meletakkan helmet di rak. Jaket pada tubuh ditanggalkan kemudian digantung pada penyangkut dan disangkut di dalam almari.

"Dah tu kenapa pulak kau yang cedera ni?" soal Sand tidak faham.

"Yang nak kena langgar Q aku, takkan aku nak biar. Aku tarik la dia, jadinya dua-dua jatuh atas jalanraya. So, macam ni la" terang Qais sambil melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya.

"Kes siapa ambik?" soal Sand.

"Oh, lupa pulak. Chet kirim salam" kata Qais sambil menekan butang power pada komputernya.

"Chet? Nasir? dia ke IO kes?" soal Sand tidak percaya. Qais hanya mengangguk. Tercetus ketawa dari bibir Sand bila teringatkan Insp Nasir yang ada menaruh hati padanya semasa di pusat latihan dulu. Suka sangat menyakatnya jika berjumpa.

"Dah tu, macam mana? ada apa-apa lead tak?" soal Sand ingin tahu.

"Chet bagitau, nanti kalau ada apa-apa, dia roger. Sana Putrajaya CCTV memang banyak jadi rasanya tak ada masalah untuk dapatkan butiran suspek" kata Qais sambil sibuk mengakses sistem rekod.

"Kau tak rasa macam ada sesuatu ke kes Q kau ni?" soal Sand. Terhenti tindakan Qais. Terbit keluhan kasar.

"Aku memang rasa ada yang tak kena cuma tak tau nak kaitkan ke mana" kata Qais pada Sand.

"Kau tak rasa ini mungkin perbuatan pesaing Dato' Abbas? mana tahu ada yang tak puas hati dengan apa yang dicapai Dato' Abbas" Sand memberi pandangan.

"Aku dah pertimbangkan semua tu tapi tak ada satu pun yang mengarah pada mana-mana pesaing syarikat tu lagi pun kalau tak puas hati pada Dato' Abbas, kenapa Qaseh yang menjadi target." kata Qais yang sudah menongkat kepala di meja.

"Aku bukan apa, rasa macam Q kau tu tak selamat je.. rasa macam ada lagi yang akan mengganggu dia" Sand menyuarakan rasa bimbangnya.

"Apa tindakan kau?" soal Sand lagi.

"Hari ni Dato' Abbas jemput aku makan tengah hari di rumah dia. Ada perkara yang dibincangkan katanya" kata Qais yang sudah pun kembali duduk tegak.

"Nak bincang apa?" soal Sand.

"Entah la Sand. Aku pun tak pasti. Nanti petang aku tak masuk pejabat ye. Ada apa-apa kau call aku" kata Qais.

"Sekarang, kau boleh keluar. Aku ada baaanyakk.. kerja nak buat" halau Qais pada Sand sambil menggerakkan tangan keluar. Sand yang mendengar sudah menjeling.

"Buat kerja la sangat.. cuti jangan lupa isi. Kata nak cuti hari tu" Sand ingatkan pada Qais lalu bangun dari kerusi dan melangkah keluar menuju ke pejabatnya di hadapan pejabat Qais.

"Oh, ye la. Lupa aku. Thanks Sand" ucap Qais lalu laju sistem HRMIS di klik untuk mengisi permohonan cuti.

Sedang Qais sibuk mengisi permohonan cuti, telefon bimbitnya berdering. Dengar bunyi lagu pun dah tau, ada kes la ni.

"Hello" Qais menyapa.

"Selamat pagi Tuan, Lans Koperal Zila, nak maklum kes Tuan" kata Zila sambil laporan polis diteliti.

"Tuan, repot ni dibuat oleh anggota kereta peronda Tuan. Kes samun mendatangkan cedera. Samun di seven eleven. Mangsa cedera ditetak dan sekarang ada red zone Hospital Ampang" terang Zila.

"Siapa yang hubungi polis?" soal Qais sambil mencatit butiran pada buku notanya.

"Mangsa hubungi 999 Tuan. Waktu tu mangsa berada seorang diri di kaunter, rakannya ada di bahagian stor belakang. Kejadian awal pagi, jam 0330hrs Tuan." kata Zila lagi.

"Ok, thanks. Saya akan ke sana sekarang" kata Qais lalu talian dimatikan. Jari kemudian pantas mendail nombor telefon seseorang. Sebaik panggilan dijawab, pantas Qais membuka kata.

"Ray, ada mana?" soal Qais sambil bangun dari kerusi lalu menarik daun pintu almari dengan tangan kanan, sementara tangan kiri memegang telefon bimbit. Jaket yang bergantung diambil dan diletakkan di atas meja.

"Baru balik sarapan Tuan, nak keluar ke?" soal Ray yang waktu itu baru nak memanjat tangga.

"Ada kes, samun mendatangkan cedera di seven eleven. Call G sekali. Kita gerak sekarang" kata Qais.

"G pun ada sekali ni, saya dengan G tunggu bawahlah" kata Ray lalu menoleh sekilas pada G di sisi.

"Okay, thanks" balas Qais lalu talian dimatikan dan jaket disarungkan pada tubuh. Fail di atas meja diambil lalu dimasukkan ke dalam beg galas dan beg dibawa bersama.

+++

"Ayah cakap apa? ada orang nak langgar Q?" soal Ratib pada Dato' Abbas. Terpancar riak terkejut di wajahnya. Dato' Abbas hanya mengangguk.

Pagi tadi setelah sampai di pejabat, dia terus memanggil Faizal dan Ratib masuk ke pejabat untuk mengagihkan projek yang di bawah pemantau Qaseh. Buat masa ini, Dato' Abbas tidak mahu Qaseh terlibat dengan mana-mana projek. Hanya melakukan tugas-tugas pentadbiran sahaja. Dia tidak mahu membahayakan nyawa Qaseh lagi.

"Macam mana boleh jadi macam tu Pak Long?" soal Faizal yang terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Dato' Abbas.

"Q macam mana, cedera teruk ke? pergi klinik tak?" soal Ratib pula, jelas kerisauan di wajah itu.

"Di Putrajaya selepas Q menyerahkan dokumen projek yang lepas. Q cedera ringan tapi bengkak juga buku lalinya" terang Dato' Abbas. Faizal dan Ratib sudah saling memandang.

"Pak Long cakap dokumen, dokumen projek di Bukit Sendayu tu?" soal Faizal.

"Ye, projek yang hampir tidak jadi kerana Q disamun tempoh hari dan yang hilang hanya dokumen itu saja. Tapi, kalau dah memang rezeki. Tak ke mana. Dokumen yang hilang tu, dokumen salinan dan yang asal ada pada Q. Jadi semalam Q bawa yang asal ke Syarikat Golden City. Mujurlah Pak Long dah biasa bekerjasama dengan Tan Sri Ghazali tu. Anak dia yang uruskan projek tu pun tak ada masalah" panjang penerangan Dato' Abbas.

"Maksud Pak Long dokumen projek yang kena samun tempoh hari sebenarnya disimpan di tempat lain. Macam tu?" soal Faizal tidak percaya.

Ratib pantas menoleh pada Faizal apabila mendengar soalan yang diajukan Faizal itu. Faizal sedar Ratib sedang memandang tepat padanya tapi diabaikan sahaja.

"Ya" balas Dato' Abbas sepatah.

"Jadi, buat sementara waktu ini, Pak Long nak kamu berdua ambil alih sementara projek di bawah penyeliaan Q sehingga Q kembali bekerja semula. Dokumen yang berkaitan, sekejap lagi Nancy bawa masuk" kata Dato' Abbas. Faizal dan Ratib yang mendengar sudah terdiam.

Setelah selesai ditaklimatkan oleh Dato' Abbas, Faizal dan Ratib melangkah keluar dari pejabat tersebut dan berjalan menuju ke lift untuk turun ke pejabat masing-masing. Di dalam lift hanya ada Faizal dan Ratib sahaja. Dua-duanya hanya diam. Tiba-tiba Ratib bersuara.

"Tu kerja kau kan?" soal Ratib yang masih lagi tegak berdiri memandang pintu lift di hadapannya. Faizal yang waktu itu ralit dengan telefon di tangan tidak mendengar apa yang disoal Ratib.

"Hey! aku tanya! tu kerja kau kan?" keras soalan Ratib diikuti dengan tindakan pantasnya menolak Faizal ke dinding lift dan melintangkan lengan kanannya pada leher Faizal. Terkejut Faizal dengan tindakan Ratib hingga terjatuh telefon yang berada di tangannya.

"Kau cakap apa ni?" soal Faizal sambil cuba melepaskan diri dari ditekan Ratib begitu. Terkecik rasa leher.

"Kau tak payah nak payah nak pura-pura la Faizal. Siapa lagi kalau bukan kau yang buat macam tu pada Q!" marah Ratib. Merah wajahnya kerana geram.

"Hey! sejahat-jahat aku pun aku takkan pernah la nak sakiti Qaseh." balas Faizal tersekat-sekat.

"Aku pun sayang dia!" kuat Faizal menjerit. Sebaik Ratib mendengar ayat terakhir terus dilepaskan tubuh Faizal dengan kasar. Faizal terus membetulkan pakaiannya dan menunduk mengambil telefon yang jatuh tadi.

"Kau ingat aku gila? aku pun sayang Q lah. Takkan sampai hati aku nak buat Q macam tu" keras Faizal membalas. Ratib yang tadi terkaku terus memandang Faizal.

"Kau sayang dia?" soal Ratib. Faizal yang mendengar sudah berkerut dahi sambil berfikir. Kemudian perlahan-lahan Faizal tersengih.

"Eh, bro. Kau silap ni. Aku sayang Q sebagai sepupu bukan sayang macam perasaan kau pada Q" balas Faizal sambil tersenyum mengejek.

"Aku takkan pernah nak mengapa-apakan Q!" keras kata Faizal lalu melangkah keluar sebaik pintu lift terbuka. Ratib pula masih diam di dalam lift.

"Argghh!!" jerit Ratib lalu melepaskan penumbuk pada dinding lift dan laju kaki melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience