Completed
137990
"Tuan, kita nak ke mana?" soal White yang berada di tempat duduk pemandu.
"Sini" kata Qais lalu menyerahkan fail yang ada tercatat alamat yang ingin ditujui.
"Er.. kita berdua je ke?" soal White sangkut-sangkut. Qais yang berada di sebelah menoleh pada White.
"Kenapa? tak boleh?" soal Qais dengan wajah seriuanya itu.
"Bukan tak boleh tapi macam tak cukup nak back up" kata White. Tidak lama pintu kereta kiri dan kanan penumpang belakang dibuka dan masuk dua orang lagi anggota.
"Maaf Tuan, lambat. Baru balik dari tempat kejadian. Wong dengan Vickey dalam kereta satu lagi" terang Adam.
"Okay, let's go" kata Qais pada White.
Tanpa membuang masa White terus menekan pedal dan kereta meluncur laju dan diikuti sebuah lagi kereta yang dipandu Wong di belakang.
Lebih kurang tiga puluh minit memandu, lokasi yang dituju telah tiba. Pusat pengumpulan alat ganti kenderaan berhampiran tangki air. Terdapat banyak kereta-kereta yang rosak dan tersadai bersusun-susun di dalam kawasan ini.
"Park sini" arah Qais. Sebaik kereta diletakkan di tepi jalan, Qais dan ketiga-tiga anggota keluar dari kereta. Tidak lama dua orang lagi anggota datang bersama. Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan, masing-masing ambil kiri dan kanan. Pintu pagar yang tidak berkunci memudahkan Qais dan anggotanya menyelinap masuk.
Dapat dilihat sebuah kereta warna gelap yang terdapat patung warna hijau stiking di arial sama seperti yang Qaseh gambarkan. Tidak salah lagi ini memang tempatnya. Langkah diatur perlahan di kanan dan kiri, tidak mahu kehadiran mereka disedari suspek.
Terdengar suara orang berbual di dalam dan ada cahaya yang datang dari tengah-tengah tempat tersebut.
"Joe, barang kau dah hantar ke?" soal satu suara.
"Dah.. kaya kita Man. Buat kerja macam ni lagi senang daripada kita buat kerja sendiri-sendiri. Dapat ciput, risiko tinggi" balas Joe sambil mengeluarkan wang dari beg galas yang ada di sisinya.
"Wow, dapat berapa sorang?" soal Man.
"Eh, tapi mana Sani? Dari pagi tak nampak. Balik rumah la tu bini cari. Leceh betul la dia ni" sambung Man lagi.
"Kereta kau hantar mana?" soal Man pada Joe yang sibuk mengira duit.
"Adalah, kau tunggu je la, pagi esok mesti perempuan tu jumpa. Tapi duit banyak tu.. ikut aku nak ambik je" balas Joe.
"Kau jangan cari pasal, dia cakap jangan usik, kau jangan usik. Naya kita nanti" tegur Man sambil mengambil wang yang diserahkan padanya.
Qais memberi signal lalu tempat itu terus diserbu. Tidak sempat untuk melarikan diri, akhirnya kedua-dua mereka menyerah diri. Pemeriksaan terhadap tempat tersebut telah menjumpai beberapa paket dadah jenis syabu dan juga peralatan untuk menghisap dadah. Kedua-kedua mereka di bawa balik untuk disoal siasat.
"Bawa suspek ke bilik soal siasat. Buat apa yang patut" kata Qais pada White.
"Baik Tuan" balas White.
"Ada maklumat, maklum segera" sambung Qais lagi. White angguk dan kemudian dengan dibantu Wong dan Vickey, kedua-dua suspek di bawa ke bilik soal siasat sebaik sampai di IPD. Manakala Qais pula naik ke pejabat untuk mengambil helmet serta kunci motorsikalnya. Sudah seminggu dia tidak sempat pulang ke ke rumah. Mandi pun di pejabat, mujurlah dia tinggal seorang. Agaknya inilah salah satu sebab dia lebih selesa single.
+++
Mesyuarat Pagi di Bilik Mesyuarat Jenayah pada pagi itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Risikan Operasi yang baru iaitu ASP Syamil Aidan yang sebelum ini bertugas di Cawangan D9 Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan ditukarkan ke IPD Ampang setelah dinaikkan pangkat.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebelum mesyuarat dimulakan, saya ingin memperkenalkan Ketua Pegawai Risikan Operasi yang baru ASP Syamil Aidan. Dijemput ASP Syamil untuk memberi sepatah dua kata" kata Tuan Shukri selaku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ASP Syamil Aidan tapi boleh panggil saya Syam sahaja. Saya harap Tuan-tuan, Puan-puan dan Cik-cik sekalian dapat memberi kerjasama dan saling membantu dalam mengurangkan jenayah di kawasan ini" kata Syam sambil memerhatikan semua yang hadir dalam bilik mesyuarat tersebut dan tiba-tiba matanya terpaku seketika apabila terpandang seseorang yang berada di hujung meja.
"Sand, jodoh kau" bisik Qais perlahan pada Sand di sisinya.
"Kau semenjak handle kes awek nama Qaseh tu, makin banyak cakap ek" usik Sand pula.
"Tuan Qais, Puan Sand, ada apa-apa nak cakap ke?" tegur Tuan Shukri apabila melihat dua sahabat itu berbual dan tidak beri perhatian. Sebaik ditegur begitu, pantas keduanya menjawab.
"Tak ada apa Tuan" kata Qais dan Sand serentak.
Lebih kurang satu jam, mesyuarat tamat dan semua yang hadir kembali menjalankan tugas masing-masing. Waktu itu Qais dan Sand sedang melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
"Tuan Q" panggil Tuan Shukri.
Qais yang sedang berjalan terhenti langkahnya dan terus menoleh ke belakang dan waktu itu Sand turut sama menghentikan langkah dan menoleh ke belakang.
"Ya Tuan" balas Qais lalu kembali melangkah menghampiri Tuan Shukri, begitu juga Sand yang mengikut dari belakang.
"Saya dengar malam tadi, suspek kedua dan ketiga samun larikan kenderaan dah ditangkap" kata Tuan Shukri.
"Ya Tuan bersama kenderaan yang digunakan untuk melakukan samun" kata Qais.
"Good, pagi ni pohon reman?" soal Tuan Shukri.
"Ya, Tuan. Saya dah maklum pada anggota eskot untuk bawa suspek ke Mahkamah" kata Qais lagi.
"Tuan Syam, Insp Q ni salah seorang Pegawai Penyiasat yang hebat di IPD ni. Kebanyakan kes yang disiasat pasti ada kejayaan" kata Tuan Shukri. Syam yang mendengar menganggukkan kepala.
"Er, Tuan Shukri, Tuan Syam kalau tak ada apa-apa, saya nak ke Mahkamah. Takut lewat untuk permohonan reman." Qais minta diri.
"Saya pun nak minta diri juga. Nak ke Mahkamah juga untuk permohonan reman tahanan" kata Sand pula. Tuan Shukri dan Syam mengangguk. Qais dan Sand kemudian melangkah meninggalkan Tuan Shukri dan Syam.
"Hai Tuan Syam. Dari tadi pandang.. ada apa-apa ke?" soal Tuan Shukri. Tertoleh ke sisi Syam bila ditegur begitu. Malu kerana tertangkap merenung anak dara orang.
"Ehem.. tak ada lah Tuan. Cuma saya lihat Tuan Q dan Puan Sand macam akrab" balas Syam berlapik.
"Oh, Tuan Q dan Puan Sand satu skuad, lapor di IPD ni sama-sama. Tu sebab diaorang rapat tapi don't worrylah. Q bukan boyfriend Sand" kata Tuan Shukri lalu meninggalkan Syam seorang diri di hadapan pintu bilik mesyuarat tu.
Kau ni Syam.. pandang anak dara orang tak beragak. Buat malu betul lah.. itu la, dah tua-tua tak kahwin jadi macam ni la. Eh, baru tiga puluh tiga okay. belum tua lagi. Syam berkata di dalam hati.
"Hai, Tuan Syam. Takkan nak berdiri di situ sampai petang kot" tegur Tuan Shukri yang sudah tersenyum sambil menggeleng.
Ah.. parah kau ni. Jangan buat pasal Syam. Tak sampai satu hari kau lapor di IPD ni dah buat hal..
+++
"Weh, ada pegawai baru lapor. Handsome kau." kata Zila pada Sarah.
"Haah, aku pun nampak tadi. Dah la handsome, sado lak tu. Kawan aku cakap, Tuan Syam tu belum kahwin" kata Sarah pulak.
"Kesian kau Khairul, Zila tak pandang kau dah.. dia dah nampak Tuan Syam" usik Koperal Zamri. Menjeling Khairul pada Koperal Zamri.
"Zila" panggil Khairul.
"Apa kau ni?" marah Zila.
"Kau tak payah la, tak pandangnya Tuan Syam tu kat kau" kata Khairul.
"Sibuk la kau ni Khairul" tegur Sarah pula.
"Alah.. kau pun sama Sarah, sebelum ni sibuk admire dengan Tuan Q, ni datang Tuan Syam, admire kat Tuan Syam pulak." kata Koperal Zamri.
"Saya admire je pun.." kata Sarah
"Dah-dah, tu ada pengadu datang. Tak payah nak membawang sangat ye. Kau pun Khairul cari je orang lain. Zila ni tak nak kat kau pun" putus Koperal Zamri.
"Bila pulak saya cakap saya tak nak kat Khairul?" soal Zila Bila sedar yang dia dah terkena, laju dibalingnya pen pada Koperal Zamri yang sudah terkekeh ketawa sambil kenyit mata pada Khairul. Merah padam wajah Zila.
Khairul pula sudah tersenyum memandang Zila di kaunter sebelah.
"Nak bercinta nanti-nanti ye. Sekarang ni waktu kerja" usik Koperal Zamri. Khairul-Khairul.. lambat sangat, nak kena incas tolong juga baru nak dapat..
Sebaik melihat Qaseh melangkah masuk, Sarah pantas bertanya.
"Ye Cik. Nak buat repot apa?" soal Sarah pada Qaseh.
"Er.. saya bukan nak buat repot. Saya nak jumpa Tuan Q" kata Qaseh. Sarah yang mendengar terus melangkah masuk ke kaunter aduan.
"Incas, Cik ni nak jumpa Tuan Q" kata Sarah.
"Nama Cik tu apa? nanti Tuan Q tanya tak tau pulak" kata Koperal Zamri.
"Jap, saya tanya" kata Sarah. Tidak lama, Sarah datang kembali.
"Incas, Cik tu cakap bagitau Tuan Q yang triple Q 2 B cari" kata Sarah sepatah-sepatah. Koperal Zamri yang mendengar dah terkebil-kebil.
"Nama dia ke? apa ke pelik sangat. Apa nama tadi?" soal Koperal Zamri lagi sekali.
"Triple Q 2 B" kata Sarah lagi.
"Kejap saya call" kata Koperal Zamri. Tidak lama panggilan disambut.
"Assalamualaikum Tuan. Tuan, ada seorang perempuan nak jumpa Tuan" kata Koperal Zamri.
"Siapa?" soal Qais sepatah.
"Katanya tripel Q 2 B" balas Koperal Zamri sepatah-sepatah.
Qais yang mendengar dah pelik. Triple Q 2 B? dua tiga kali diulang. Tiba-tiba bulat matanya. Qaseh! Triple Q to be.. tersenyum Qais sendiri.
"Tuan.. Tuan.." panggil Koperal Zamri apabila Qais diam ditalian.
"Minta dia naik ke pejabat saya" kata Qais lalu talian di matikan.
Share this novel