Completed
137990
Pagi itu setelah bersarapan, Qais dan Qaseh pergi ke tempat kerja dengan kenderaan masing-masing. Qais lebih selesa menaiki motorsikalnya manakala Qaseh pula menaiki kereta. Qais menunggang motorsikalnya menuju ke sebuah restoran dua puluh empat jam untuk berjumpa Dayyan. Sebaik sampai, motorsikal diparking di tepi jalan tempat parking kenderaan dan terus turun dari motorsikal.
"Q" panggil satu suara. Qais terus mengangkat tangan tanda menyapa. Bersama helmet di tangan, Qais berjalan menghampiri Dayyan lalu tangan dijabat salam dan duduk dilabuhkan. Dayyan memanggil pekerja restoran lalu membuat pesanan.
"Mana info yang aku minta" kata Qais.
"Aduh kau ni.. makan la dulu" balas Dayyan. Qais dah menjeling.
"Okay.. okay.." Dayyan angkat tangan. Beg galas yang ada di sisi dibuka dan satu sampul diambil dan diserahkan pada Qais. Sampul diambil lalu isi dikeluarkan. Gambar yang ada di tangan ditilik.
"Kau kenal siapa lelaki dengan Khay ni?" soal Dayyan. Qais memandang Dayyan.
"Ni bukan share partner syarikat ayah Khay ke?" soal Qais.
"Yup, Naim. Anak CEO Berjaya Holdings" balas Qais.
"Apa yang aku tahu, semenjak Khay balik ke sini, dia memang selalu berhubung dengan Naim dan selalu berjumpa. Khay juga selalu dilihat keluar masuk hotel bersama Naim" terang Dayyan. Selepas makanan dihantar, Dayyan meneruskan lagi penerangannya.
"Khay juga selalu dilihat di beberapa buah kelab malam yang popular. Kau tau apa dia buat?" soal Dayyan pada Qais yang sedang menyedut minuman.
"Perempuan macam Khay, apa lagi yang dia buat kalau bukan enjoy" balas Qais malas. Dayyan geleng kepala.
"Dah tu, apa?" soal Qais.
"Syabu" balas. Terkejut Qais mendengarnya.
"Syabu! Kau biar betul?" soal Qais tidak percaya.
"Kau nak percaya tak nak percaya terpulang. Tapi itu apa yang aku dapat" balas Dayyan lagi sambil menyuap mee goreng ke mulut.
"And lagi satu. Nah!" sambung Dayyan sambil meletakkan sesuatu yang sangat bernilai buat Qais. Pantas Qais mengambil pen drive bentuk penumbuk miliknya yang diambil Khalida.
"Macam mana kau dapat ni?" soal Qais ingin tahu. Dayyan hanya tersenyum.
#Flashback#
Dayyan tidak sangka Khalida akan masuk perangkapnya tapi perempuan mana yang tidak akan tertarik dengan susuk tubuh dan wajah kacak Dayyan? Tak payah petik jari pun, dah bersusun yang datang mencari. Seperti menyerah diri pula bila Khalida datang sendiri ke kelab milik Dayyan dan cuba menjalankan 'business'nya. Dayyan apa lagi, ambil kesempatan di atas apa yang ada. Dalam sibuk berbual mengenai urus niaga, Dayyan pasang strategi. Minuman Khalida yang telah dicampurkan sesuatu itu disua. Tanpa lengah, sekali teguk habis masuk ke tekak. Tidak lama, sudah menampakkan kesan.
Khalida yang sudah separuh sedar itu di bawa ke bilik tetamu kelabnya dan meninggalkan Naim di luar bersama beberapa gadis yang dihantar Dayyan. Khalida yang sudah tinggi terbangnya tanpa segan silu melucutkan satu persatu pakaiannya hingga tiada seurat benang pun yang tinggal. Dayyan, lauk depan mata takkan nak dibiarkan saja. Bibir Khalida dicium rakus, habis digomol tubuh tinggi lampai itu.
"Ah.. more.. I want more, give me harder!" rengek Khalida.
Berminyak-minyak peluh tubuh Dayyan melayan Khalida yang sudah semakin liar. Penat kena dengan penangan Dayyan, terus pejam. Sampaikan dia hantar ke hotel bersama Naim pun tidak disedarinya. Naim juga sudah sudah surrender dengan gadis-gadis suruhan Dayyan. SD card yang mengandungi gambar Khalida dan Naim dalam keadaan tanpa seurat benang rapi disimpan.
#Flashbackend#
"Nampak hebat, kena dengan aku terus collapse" Dayyan mengumam sendiri sambil senyum senget dipamerkan.
"Kau cakap apa?" soal Qais lalu memandang Dayyan hairan.
"Ah, nothing. But don't worry. Video kau tu dia tak sempat nak hantar ke mana pun. Kalau dia nak teruskan juga untuk ganggu kau. Jangan risau, kau bagi tau aku. Tahulah aku nak buat macam mana" kata Dayyan sambil tersenyum.
"Thanks Yan" balas Qais.
"Benda kecik Q. Kau banyak bantu aku, kalau kau tak ada. Dah lama aku mati" balas Dayyan.
"Itu pun masih tak nak ubah" perli Qais sambil menghirup air panas. Dayyan senyum senget.
"Belum sampai seru" balas Dayyan.
"Banyak la kau punya seru" marah Qais. Dayyan ketawa lepas.
"Okaylah, aku kena gerak ni. Dah ada call masuk ni" balas Qais lalu bangun dan salam dijabat dan helmet disarung. Kaki pantas bergerak ke tempat motorsikal.
+++
Hari ini entah siapa yang terlebih mandi pun tak tahulah, kes masuk macam air hujan. Tak menang tangan jadinya. Nak keluar makan pun tak sempat, mujur ada Sand yang bungkuskan makanan untuk Qais.
"Q, sudah-sudah la dulu. Makan. Sejuk dah nasi tu" tegur Sand di muka pintu. Dilihat Qais sibuk dengan fail kes di tangan. Tiga empat kali juga Qais keluar masuk dengan detektif.
"Gila, siapa yang tak mandi hari ni aku pun tak tau. Bersusun kes masuk" balas Qais yang sudah tersandar sambil memicit kepala. Sand dah menggeleng.
"Nak buat macam mana, hari ni rezeki lebih" balas Sand.
"Eh, dah jam enam petang ni. Kau tak ambil Qaseh balik kerja ke?" soal Sand apabila terpandang jam di dinding.
"Tak. Hari ni Qaseh bawa kereta. Aku dah bagi tau awal-awal, aku on duty hari ni" balas Qais sambil membuka bungkusan nasi yang dibeli Sand. Baru nak meyuap nasi, telefon Qais berdering.
"Ha! Qaseh la call tu.." usik Sand yang masih tercegat di tengah pintu. Qais tersenyum lalu mengambil telefon dari poket. Dilihat nama yang muncul. Lyana. Berkerut dahi.
"Kenapa?" soal Sand.
"Lyana" balas Qais sepatah lalu menggesek butang hijau.
"Hai abang Ayeed. Sorry ganggu" suara Lyana lunak di sebelah sana.
"Ada apa call abang Ayeed?" soal Qais. Sand pula sudah masuk dan melabuhkan duduk di depan Qais. Besar telinganya dipasang untuk mendengar perbualan Qais.
"Tak.. Ana keluar beli barang, lepas tu jumpa Qaseh" kata Lyana di sebelah sana. Nadanya macam mengadu saja.
"Oh.. dah tu, keluar dengan Qaseh ke?" soal Qais.
"Eh, tak nak lah ganggu Qaseh. Dia tengah makan berdua dengan kawan dia. Malas nak kacau, nampak seronok je. Ana send gambar, abang Ayeed tengok ek. Okaylah. Bye" Lyana akhiri perbualan lalu panggilan dimatikan. Qais kerut dahi.
"Kenapa?" soal Sand.
"Lyana jumpa Qaseh, dia cakap Qaseh tengah makan dengan kawan. Nanti dia send gambar" balas Qais sambil merenung skrin telefon. Tidak lama mesej whatsapp masuk. Gambar didownload. Berubah wajah Qais.
"Kenapa?" soal Sand. Qais tidak membalas. Tegang wajahnya, keluar habis urat-urat.
"Oit!" panggil Sand apabila melihat Qais sudah bangun mencapai jaket dan helmet. Nasi tadi terus dibiarkan sahaja.
"Q, kau nak ke mana?" soal Sand sambil memaut lengan Qais. Qais tidak membalas sebaliknya merentap lengannya dan terus keluar meninggalkan Sand di pejabatnya.
"Q, jangan buat benda bukan-bukan!" jerit Sand pada Qais.
"Hish! gambar apa si Ana ni bagi!" marah Sand.
+++
"Kau tunggu la nasib kau Qaseh.." Lyana sudah ketawa suka. Telefon disimpan di dalam beg tangan. Lipstik dirapikan dengan jari sambil memandang wajahnya dalam pantulan cermin lalu kaki melangkah keluar dari tandas.
"Sorry Encik Ratib. Lama tunggu" kata Lyana pada Ratib yang sedang menantinya di kerusi di luar tandas pasaraya.
"Nak beli barang apa?" soal Ratib pada Lyana di sisinya.
"Oh.. nak cari barang mandian" balas Lyana sambil mempamirkan senyum plastiknya. Ratib asalnya tidak kuasa mahu melayan Lyana tetapi setelah dapat tahu bahawa Lyana sepupu pada Qais, jadi dia sudi membantu Lyana untuk menemaninya ke pasaraya. Tambahan pula dia tidak ada apa yang nak dibuat pada petang ini.
"Eh, itu macam Qaseh" tegur Ratib. Lalu laju kaki melangkah menghampiri Qaseh dan meninggalkan Lyana di belakang. Muncung sedepa Lyana bila dia dilayan begitu.
"Q" panggil Ratib. Qaseh menoleh.
"Eh, abang Atib. Shopping ke?" soal Qaseh. Tidak lama Lyana muncul di belakang Ratib. Terus berubah wajah Qaseh.
"Tak lah, abang Atib temankan Lyana. Dia tak biasa di kawasan ni" balas Ratib. Qaseh hanya angkat kening.
"Q dengan siapa?" soal Ratib sambil meninjau sekitar kawasan.
"Oh, tu. Dengan Kak Jihah dan Dr Haiqal. Kebetulan jumpa Dr. Haiqal kat sini. Kitaorang makan la sekali" kata Qaseh. Tidak lama Najihah dan Haiqal sampai setelah membuat bayaran. Najihah pula mengambil makanan yang dibungkus untuk anaknya.
"Ratib" sapa Haiqal lalu berjabat salam bersama Ratib.
"Q, akak balik dulu lah. Nanti sejuk makanan ni. Abang Pian pun dah sampai rumah tu" kata Najihah.
"Ye lah. Hati-hati memandu" kata Qaseh.
"Akak balik dulu ya semua" kata Najihah lalu terus meninggalkan mereka.
"Q, abang Atib pun nak gerak dulu la. Nanti lambat pula. Lyana, come" panggil Ratib pada Lyana yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.
"Okay. See you tomorrow" balas Qaseh pula.
"So.. Qaseh nak balik juga ke?" soal Haiqal pada Qaseh yang berada di sisinya.
"Nak baliklah. Dah lewat" kata Qaseh yang berjalan beriringan bersama Haiqal ke tempat parking di luar pasaraya.
"Okay. Take care" kata Haiqal yang sudah menghantar Qaseh hingga sampai ke keretanya. Tiba-tiba terdengar bunyi brek motorsikal berhenti betul-betul di sisi Qaseh. Terkejut Qaseh lalu pantas menoleh.
"Abang!" tegur Qaseh apabila visor helmet Qais ditolak ke atas.
Share this novel
geram dengan lyana ni dah lah nama sama dengan saya