Completed
137990
Qais mendahului langkah Qaseh memasuki pintu butik. Masuk-masuk sahaja terus mata Qaseh terpesona dengan sepasang baju pengantin warna green turquoise pada patung di tengah-tengah butik tersebut.
"Cantiknya" kata Qaseh lalu terus kaki menuju ke arah patung tersebut. Dibelek pakaian yang tersarung pada patung tersebut.
"Ayeed" Qais dipanggil.
"Maksu Lina" sapa Qais lalu menghulur salam. Waktu itu Qaseh masih dengan pakaian pada patung.
"Cantik kan?" kata Maksu Lina. Qaseh menoleh dan tersenyum.
"Qaseh, kenalkan ni Maksu Lina adik arwah ayah. Maksu, ini isteri Ayeed, Qaseh" Qais kenalkan. Qaseh menghulur salam tetapi salam tak disambut sebaliknya tubuh Qaseh ditarik dalam pelukan.
"Alhamdulillah.. kahwin juga anak saudara Maksu yang sorang ni. Risau Maksu. Bukan apa sibuk sangat dok fikir dan jaga orang lain sampai tak fikirkan pasal diri sendiri. Terima kasih Qaseh" ucap Maksu Lina. Qais cuma mampu tersenyum.
"Qaseh dah tau siapa Ayeed ni?" bisik Maksu Lina pada Qais. Qais dah garu kening.
"Belum Maksu, nanti-nanti la" bisik Qais pada Maksu. Maksu Lina dah geleng kepala.
"Ikut Yeed la, jangan sampai Qaseh tahu sendiri.. suami isteri jangan ada rahsia, jangan jadi macam Maksu" pesan Maksu Lina. Qaseh yang masih ralit dengan baju tadi sesekali memandang ke arah Qais dan Maksu Lina yang sedang berbual.
"Qaseh suka dengan baju ni?" soal Maksu Lina.
"Suka, cantik" balas Qaseh tersenyum.
"Pandai Yeed pillih" Qaseh dah memandang Qais dan Maksu Lina bergilir.
"Ni baju Qaseh la, Yeed yang pilih" Qaseh pemerkan riak terkejut. Qais hanya senyum.
"Siti, ambilkan baju ni" arah Maksu Lina pada pekerjanya.
"Sini, cuba baju" kata Maksu Lina pada Qaseh dan Qais.
Qaseh mengekori Maksu Lina ke fitting room begitu juga Qais. Tidak lama kedua-duanya keluar dari bilik sebelah-menyebelah. Terpaku Qais apabila memandang Qais yang berada di sisinya.
"Kenapa? tak cantik ke?" soal Qaseh cuak.
"Perfect, so beautiful" balas Qais tidak berkelip. Qaseh sudah senyum simpul.
"Tapikan baju ni kena dengan saya, ngam-ngam saiz. Macam diukur-ukur pulak" kata Qaseh sambil bergerak ke hadapan cermin besar.
"Of course la ikut saiz Qaseh.. Yeed yang yang uruskan. Dah la last minute minta jahitkan. Kalut dibuatnya" bebel Maksu Lina. Qaseh memandang Qais. Qais angkat kening.
"Cantik, sepadan berdua" ulas Maksu Lina.
Setelah berpuashati dengan pakaian tersebut, Qaseh dan Qais menyalin semula pakaian. Pakaian ini akan dibawa oleh Maksu Lina pada pagi majlis nanti bersama juruandam.
Keluarga Qaseh pula petang esok baru sampai dan akan bermalam di hotel di bandar. Ayah, Mak Uda, Kak Najihah sekeluarga serta Mak Teha dan Abang Halim. Yang lain-lain tak perlulah ikut, bimbang akan tegangkan suasana saja nanti.
"Maksu, Yeed dengan Qaseh balik dulu lah" ucap Qais sewaktu melangkah keluar dari butik bersama Qaseh.
"Ye lah, hati-hati memandu. Lusa dah nak majlis" pesan Maksu Lina. Qais hanya mengangguk.
"Yeed!" panggil satu suara. Tertoleh Qais ke kanan.
"Khay" seru Qais. Terhenti langkahnya. Pengangan tangannya pada Qaseh dieratkan.
"Lama tak jumpa, you masih macam dulu" kata Khalida gadis manis tinggi lampai yang memandang Qais tidak berkelip.
"Siapa ni?" soal Khalida sambil memandang jemari Qaseh yang digenggam kemas Qais.
"My wife" kata Qais.
"Oh, hai. I'm Khalida, Yeed fiancee" kata Khalida sambil menghulur salam pada Qaseh.
"Ex-fiancee" sampuk Qais laju. Khalida senyum sinis.
Cuak sekejap Qaseh dengan kata-kata Khalida tadi. Nak tak nak terpaksa Qaseh lepaskan genggaman tangan Qais dan menyambut huluran Khalida. Sebaik disambut, kuat Khalida menggenggam tangan Qaseh. Berkerut dahi Qaseh. Dia ni dah kenapa. Demi menjaga air muka Qais, dipamer juga senyum.
"I'm Qais wife's, Qaseh" kata Qaseh. Ditentang mata Khalida tidak berkelip dan genggaman tangan itu juga turut dibalas dengan kuat.
"Auch!" jerit Khalida bersama wajah tidak puas hati.
"Kenapa?" soal Qais bimbang.
"Oh, nothing" balas Khalida lalu melepaskan genggaman tangannya. Kau jangan ingat aku tak boleh dapatkan dia semula Qaseh!
"Sori Khay, we got to go" kata Qais lalu jemari Qaseh dicapai semula dan besar langkah dibuka meninggalkan Khalida.
Dalam kereta, Qais hanya diam tidak bersuara. Qaseh yang melihat keadaan itu rasa tidak sedap hati. Pasti Qais jadi begini disebabkan bekas tunangnya tadi. Qaseh memandang Qais yang tegak pandangannya ke depan. Serius sahaja wajahnya, entah apa difikirkan pun tidak pasti.
"Awak.." panggil Qaseh sambil jemari Qais dicapai dan ditarik ke ribaannya. Tersentak Qais terkejut dengan sentuhan Qaseh.
"Sorry Qaseh, lost sekejap" balas Qais sambil memandang sekilas pada Qaseh lalu dibawa jemari Qaseh yang dalam genggamannya ke bibir dan dikucup lama.
"Awak okay?" soal Qaseh bimbang. Qais mempamerkan senyuman manis buat Qaseh.
"I'm okay" balasnya.
Selepas itu hanya radio yang menemani mereka hinggalah sampai di rumah. Qaseh tahu, ada sesuatu yang mengganggu Qais.
"Assalamualaikum" ucap Qais dan Qaseh sebaik masuk ke dalam rumah. Waktu itu Puan Adlila sedang sibuk di dapur bersama pembantu rumah.
Di luar kawasan rumah pula sudah sibuk dengan orang memasang khemah. Kata majlis kecil-kecil tapi khemah yang dipasang dekat sepuluh buah. Biar betul. Tau la kawasan rumahnya luas macam boleh main bola, khemah pun dah dipasang penuh halaman juga ke. Meriah sangat ni!
"Hah, balik dah, macam mana baju, okay Qaseh?" soal Puan Adlila.
"Okay, cantik sangat" ucap Qaseh lalu melabuhkan duduk di meja makan.
"Dah lapar ke, tinggal nak goreng ikan je lagi. Qaseh naik bilik dulu rehat" kata Puan Adlila. Waktu itu Qais sudah hilang, entah ke mana.
"Ya lah. Qaseh ke bilik dulu ya mak" kata Qaseh. Sewaktu melanglah ke bilik, Qaseh lihat Qais berada di anjung rumah berbual di telefon. Tidak mahu menggangu Qaseh terus masuk ke bilik untuk bersihkan badan. Setelah mandi dan menukar pakaian, Qaseh menarik daun pintu bilik mahu keluar ke dapur tetapi tidak jadi melangkah apabila terdengar perbualan keras Qais.
"You nak apa lagi Khay? you yang tinggalkan I!" marah Qais.
"Itu bukan alasan Khay!" marah Qais lagi.
Qaseh terus menolak rapat kembali pintu bilik. Tidak jadi dia mahu ke dapur sebaliknya dibawa tubuh ke katil lalu merebahkan di situ. Pejam celik pejam celik matanya. Hatinya rasa sesuatu. Jangan cakap yang Khalida mahu kembali pada Qais. Terpejam mata Qaseh. Tidak mahu membayangkan andai Qais kembali pada Khalida semula.
Argh! mana boleh, Qais dia yang punya.
Belum Qaseh.. kau belum jadi hak mutlaknya lagi. Tidak sanggup rasanya kehilangan Qais. Gundah rasa hatinya. Tiba-tiba pintu bilik terbuka, dari hujung mata yang terpejam dapat dilihat Qais yang melangkah masuk dengan wajah kusut. Qaseh terus keraskan diri. Tidak mahu Qais tahu yang dia sebenarnya masih terjaga.
Sedang berkata-kata sendiri, Qaseh terasa gerakan tilam di sisinya. Pasti Qais. Mata dipejam rapat dan kemudian dapat dia rasakan pinggangnya dililit kemas oleh tangan kekar Qais. Tubuhnya ditarik rapat ke dalam pelukan itu dan wajah Qais letakkan rapat pada sisi wajahnya, dapat dirasa nafas panas pada leher dan telinganya. Makin lama semakin dekat dirasakan nafas Qais dan perlahan bibir itu melekap di leher putih Qaseh. Keras tubuhnya.
"Saya tau, awak tak tidur pun" bisik Qais pada telinga Qaseh. Terus bulat mata Qaseh dan laju ditoleh ke sisi. Tanpa sengaja bibir mereka bertemu. Terus dipaut bibir Qaseh dengan asyik.
"Sorry Qaseh" bisik Qais sebaik bibir dilepaskan. Semakin erat tubuh Qaseh dipeluk.
"Sorry for what?" soal Qaseh pelik. Qais hanya diam.
"Hm.. Macam mana tau saya belum tidur?" soal Qaseh yang tegak memandang siling, tidak berani menoleh ke sisi lagi.
"Orang yang sudah tidur, nafasnya sekata tetapi Qaseh nafasnya macam orang baru lepas berlari" balas Qais dengan mata yang terpejam. Memanglah nafas macam lepas berlari dah kau peluk aku macam tu punya rapat.
Tidak lama Qais melepaskan pelukan dan menelentangkan tubuhnya dengan mata yang masih terpejam.
"Qaseh tunggu, saya nak mandi dan solat sekejap. Lepas tu kita turun makan" kata Qais lalu dilabuhkan ciuman sekilas pada hidung Qaseh. Pakaian pada tubuh dulicutkan lalu tuala dililit pada pinggang dan kemudian hilang ke dalam bilik air.
Qaseh terkebil-kebil memandang Qais.
Share this novel