Completed
137990
"Thanks Abang Halim" ucap Q sebelum membuka pintu kereta.
"Lupa pulak, bagitau ayah Q tak masuk office tau" kata Q sebelum pintu kereta ditutup. Belum jauh kaki melangkah Abang Halim memanggil.
"Q, ni air!" jerit Abang Halim sambil membawa keluar air yang dibeli tadi dan menyerahkan pada anak majikannya itu.
"Haah, lupa. Sejuk dah airnya. Thanks again Abang Halim" kata Q lalu mengambil Starbucks cup yang diserah Abang Halim sambil tersenyum.
"Abang Halim pergi dulu" ucap Halim lalu terus melolos masuk ke dalam kereta dan tidak lama kereta menghilang dari pandangan.
Air ditangan diteguk.
"Burrr" tersembur keluar air yang diminum dengan muka yang berkerut.
"Ee.. air apa ni?" kata Q sambil mengesat bibir dengan belakang tangan. Penutup bekas dibuka dan dihidu.
"Macam coffee. Macam mana hot chocolate aku bertukar jadi coffee pulak ni?" soal Q pelik. Cup dibelek.
"Dah betul dah nama aku tapi huruf L di tepi ni untuk apa pulak. Ish, nak kena betul la.. selalu beli tak pernah salah." bebel Q sambil kaki melangkah ke arah dapur.
"Kenapa tu Q, dari luar lagi Mak Teha dengar Q membebel tak berhenti" soal Mak Teha yang berada di dapur.
"Tah la Mak Teha, Q pesan air lain tapi dapat air lain. Tak sedap pulak tu, pahit" marah Q sambil meletakkan cup di atas table top.
"La.. tersilap ambil tak" kata Mak Teha pada Q yang dah muncung sedepa.
"Rasanya memang untuk Q sebab ada nama Q. Ah, biarlah Mak Teha" balas Q lalu melangkah menuju ke tangga untuk ke tingkat atas tapi langkah kaki terhenti dan berpusing ke belakang.
"Mak Uda ada mana?" soal Q pada Mak Teha, biasanya kalau waktu-waktu begini Mak Uda ada di dapur membantu Mak Teha siapkan makan petang.
"Hm.. lupa la tu. Hari ni kan ada kelas mengaji. Mak Teha baru balik la ni dengan Mak Uda. Pergi la naik atas, Mak Uda dalam bilik tu." kata Mak Teha.
"Ye la.. lupa" jawab Q sambil tersengih. Kemudian kaki laju melangkah ke atas.
Pintu diketuk tapi tiada jawapan, lalu daun pintu ditolak perlahan sambil kepala terjengul mengintai.
"Ha! mengintai" sergah Datin Adawiyah. Q yang mendengar sudah terjerit.
"Mak Uda.. jahat la. Terkejut Q tau" kata Q dengan bibir memuncung.
"Ala.. itu pun terkejut. Sini" panggil Datin Adawiyah lalu menarik Q untuk mengikutnya ke kerusi rehat di balkoni bilik. Pintu sliding ditolak, kuat angin petang menerpa masuk.
"Awal balik hari ni. Ayah tak marah ke Qaseh balik awal?" soal Datin Adawiyah sebaik melabuhkan duduk.
"Ntah, Q minta Abang Halim bagitau ayah" balas Q dengan wajah yang mendung.
"Ni dah kenapa pulak.. sedih je. Ada yang tak kena ke? cuba Qaseh bagitau Mak Uda" kata Datin Adawiyah sambil mengusap wajah Q. Walaupun Q bukan anaknya sendiri tetapi Q dibela sejak berumur dua tahun lagi, tambahan pula dia memang tidak dapat melahirkan anak sendiri kerana masalah rahim.
"Mak Uda tau tak.. pagi tadi on the way nak ke office, kereta rosak. Q terpaksa ambil grab ke office. Lepas tu ada metting dengan client, dah kena minta bantuan Abang Halim. Balik dari metting skirt Q pula rosak, berlubang.. lepas tu nak sejukkan hati, mintak Abang Halim singgah Starbucks beli air. Air silap pulak.." Q sudah mengongoi di ribaan Datin Adawiyah.. Rambut Q diusap perlahan.
"Dah tu kereta ada kat mana sekarang?" soal Datin Adawiyah pada Q.
"Mak Uda ni.. kereta pulak yang ditanya.." balas Q yang sudah basah wajah dengan air mata. Tersenyum Datin Adawiyah sambil menggeleng kepala.
"Dah tu Mak Uda nak tanya apa?" usik Datin Adawiyah. Bukan dia tidak tahu, skirt yang dikatakan rosak itu, skirt kegemarannya. Sebab itulah menangisnya sampai macam tu sekali.
"Ye la.. macam mana skirt Qaseh boleh rosak?" soal Datin Adawiyah. Nak juga dia tahu puncanya.
"Ada mamat sorang ni, dijentiknya puntung rokok yang masih ada bara tu pada skirt Q. Apa lagi, habis la rosak, berlubang. Geram punya pasal, Q ambil heel, terus ketuk kepala mamat tu, berlubang dahi dia. Nak sangatkan" berkerut-kerut muka bercerita.
"Ikutkan hati nak je Q sumbat mulut dia dengan heel tu, nasib baik Abang Halim tahan" memerah wajahnya bercerita, geram sangat rupanya tu. Datin Adawiyah yang mendengar sudah terkejut.
"Qaseh ketuk pakai heel? kalau lelaki tu buat repot macam mana? tak pasal-pasal Qaseh pula kena tangkap" kata Datin Adawiyah sambil tergeleng kepala tidak percaya.
"Baru padan dengan dia. Mak Uda tengok la ni. Rosak dah.. mana boleh pakai lagi.. ni skirt favorate Q tau" kata Q sambil menunjukkan kesan lubang terkena puntung rokok.
"Qaseh tau tak apa maknanya?" soal Datin Adawiyah lembut. Ditatap wajah Q yang putih dan mulus itu.
"Apa?" soal Q tidak mengerti sambil membalas pandangan Datin Adawiyah.
"Itu maknanya, Dia tak nak Qaseh pakai pakaian macam ni lagi. Tu sebab perkara ni berlaku" lembut sahaja tutur Datin Adawiyah. Q seorang anak yang baik cuma silap pada pakaiannya sahaja. Lebih kepada kebaratan.
"Mak Uda, Q masuk bilik dululah. Nak mandi" kata Q lalu bangun meninggalkan bilik tidur itu. Begitulah tingkah Q apabila pakaian menjadi topik. Pasti laju sahaja dia mengelak.
"Iya lah, nanti turun minum petang. Mak Uda buatkan vadai kegemaran Qaseh" kata Datin Adawiyah. Walaupun Q tidak membalas tetapi dia tahu, Q mendengar apa yang dikatakan tadi. Q seorang anak yang baik, manja tetapi tegas dan kadang-kadang keras kepala. Pantang jika ada orang yang tidak sependapat dengannya tetapi dia akan menjadi lembut dan mudah beralah jika Datin Adawiyah orangnya.
+++
"Q, pagi ni tolong ayah uruskan beberapa keping cek ni. Ayah tak sempat nak singgah bank" kata Dato' Abbas pada Q yang baru melangkah masuk ke pejabatnya.
"Lah, bukan Faizal ke yang uruskan cek ni. Ini kan kerja dia" bantah Q lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Dato' Abbas.
"Q tolonglah.. kali ni saja, Faizal ke Melaka, katanya ada projek metting dua hari. Cek semua tu nak kena cepat" pinta Dato' Abbas.
"Ayah ni.. suka sangat bagi muka pada Faizal tu" marah Q. Bukan tidak tahu Faizal tu macam mana.
"Q tolonglah, Faizal ke Melaka pun atas urusan kerja syarikat kita juga" pujuk Dato' Abbas.
"Ye la! Mana ceknya. Q uruskan" kata Q terpaksa mengalah.
"Tapi Q pergi sendiri boleh? Abang Halim nak bawa ayah ke Petaling Jaya" kata Dato' Abbas.
Kuat Q mengeluh.
"Okay, nasib baik kereta Q dah keluar hospital" kata Q lalu mengambil sampul yang diserahkan oleh Dato' Abbas.
"Hospital?" soal Dato' Abbas tidak faham.
"Ayah ni.. bengkel lah.. workshop.." balas Q lalu melangkah keluar dari pejabat Dato' Abbas.
+++
Kereta Audi Q5 milik Q meluncur laju menuju ke Maybank untuk menguruskan cek milik syarikat. Sedang Q memandu, dapat dirasakan seperti keretanya diekori Cermin pandang belakang dipandang, sah memang ada sebuah kereta warna gelap yang mengekorinya. Q sengaja bergerak perlahan di lorong paling kiri, kereta tadi juga mengikut memandu perlahan di lorong itu. Q kemudian terus menekan pedal minyak, laju kereta memecut dan memotong beberapa kenderaan lain agar terlepas dari diekori. Tidak lama, melalui cermin pandang dilihat kereta tadi sudah tiada.
Tidak lama Q sampai berhampiran dengan Maybank dan matanya melilau mencari tempat kosong. Jam di dashboard dijeling.
"Awal lagi, baru pukul sebelas pagi, parking dah penuh.. Ni yang susah kalau datang seorang. Faizal la punya pasal, ish!" Q sudah membebel sambil mata melilau melihat jika ada tempat parking yang kosong, sudah tiga kali dia tawaf bangunan ni, tetapi masih sama. Tidak lama ada sebuah kereta memandu keluar dari petak parking, itu pun di hujung bangunan. Pantas Q memberi lampu isyarat kiri.
Baru sahaja pintu kereta dibuka dan kaki sebelah kanan mencecah tar, datang seorang lelaki memakai penutup mulut dan topi besbol memegang pintu kereta dan menarik Q keluar dari kereta hingga terjatuh ke atas jalan raya. Manakala ada seorang lagi terus meluru masuk ke bahagian penumpang hadapan. Tidak lama kedua-dua mereka terus melarikan kereta milik Q. Q yang seakan tergaman dengan kejadian itu hanya diam terkaku berdiri di tepi tempat letak kereta tadi.
Tidak berapa lama, baru Q tersedar dan waktu itu Q terus dan menjerit minta tolong tetapi sudah terlambat kerana keretanya telah pun dibawa lari.
"Cik, kenapa ni?" soal seorang lelaki yang berpakaian pengawal keselamatan dengan berlari datang menghampiri Q.
"Kereta saya kena bawa lari" kata Q. Mujurlah beg tangan sempat disilangkan pada badan, jika tidak, jadi satu hal pula nak buat kad pengenalan, lesen serta kad-kad bank yang baru.
"Cik kena buat laporan polis ni" kata pengawal keselamatan tadi.
Q yang masih samar-samar itu hanya mengangguk. Telefon diambil dari dalam beg dan nombor Dato' Abbas dihubungi.
+++
"Q, pengadu kau ke?" soal Sand apabila nampak ada seorang perempuan yang luka dilutut datang menghampiri.
"Ye la tu, Qaseh Malaiqa nama dia" kata Q yang masih tekun memandang skrin komputer di hadapannya.
"Samun bawa lari kereta" sambung Q lagi dari dalam pejabatnya.
"Qaseh Malaiqa?" soal Sand pada perempuan yang datang menghampiri.
"Ya saya, saya buat laporan kena samun tadi" balas Q pada Sand yang berdiri di tepi pintu pejabat Q.
"Masuklah, buka kasut" kata Sand lalu berlalu ke pejabatnya. Pesan awal-awal, takut nanti ada yang mengamuk. Angin tak berapa nak baik tu..
"Q" panggil Sand.
"Ya" serentak panggilan dibalas sambil kedua-dua mereka memandang Sand yang berdiri di pintu pejabat. Sand dah terkebil-kebil. Aku panggil Q, dah kenapa perempuan ni jawab juga.
"Eh, aku keluar kejap, kalau pengadu aku sampai minta tunggu kat depan kejap" pesan Sand lalu meninggalkan pejabat tersebut.
Share this novel
aduh kenapa lah nama lebih kurang 'Q' nasib baik jantina lain lain