Bab 61

Romance Completed 137990

Sudah seminggu sejak kejadian Qais mengamuk. Lyana telah diberikan notis berhenti dua puluh empat jam dan nama dia telah disenarai hitam dari syarikat Dato' Abbas termasuk syarikat-syarikat bersekutu dengan syarikatnya dan juga syarikat kenalan Qais. Mana nak cari kerja, pandai-pandai sendiri la. Siapa suruh cari pasal, sepupu tak sepupu. Jangan main-main dengan Qais.

Seminggu Qais bercuti melayan Qaseh yang berpantang. Puan Adalila pula sanggup tinggalkan rumahnya sebulan semata-mata mahu menjaga Qaseh. Tapi tak mengapa, Mak Nah dan pekerja lain ada boleh menjaga dan membersihkan rumah. Budak-budak Qais pun ada boleh tengok-tengokkan rumah.

"Sayang.." panggil Qais. Qaseh yang sedang bersandar pada kepala katil menoleh pada Qais yang sudah melabuhkan duduk di birai katil.

"Ya.." balas Qaseh.

"Apa monyok je ni?" soal Qaseh.

"Sini" panggil Qaseh lalu menepuk tilam di sisinya. Qais naik lalu dibaringkan tubuh dan kepala diletakkan di atas paha Qaseh. Perlahan Qaseh membelai rambut Qais.

"Esok abang dah habis cuti" kata Qais dengan mata terpejam. Selesa pula bila rambut dimain-main begitu.

"So?" soal Qaseh tidak faham.

"Sayang okay ke tinggal dengan mak je? Sara dah balik kolej pun kelmarin" soal Qais. Qaseh ketawa perlahan. Terus Qais buka mata dan memandang wajah Qaseh.

"Kenapa sayang ketawa?" soal Qais tidak puas hati.

"Abang ni.. sayang ingatkan apa la tadi" kata Qaseh. Qais dah muncung. Terus tangan naik berpeluk tubuh dan mata dipejamkan semula. Ala, mengadanya dia.. Qaseh tunduk lalu melabuhkan cium sekilas pada bibir Qais. Qais pamer senyum.

"Sayang tak apa-apa la.. mak kan ada, Mak Uda dengan Mak Teha pun selalu datang. Tak ada apa la. Sayang pun dah sihat cuma masih berpantang. Tu je" kata Qaseh.

"Betul ni?" soal Qais lalu bangun duduk. Qaseh angguk.

"No worries, okay" kata Qaseh.

"Okay sweetheart" balas Qais bersama ciuman sekilas di pipi. Tak boleh kiss lama-lama takut terbabas.

"Kalau macam tu kita turunlah, ayah cakap nak datang kejap lagi" kata Qais lalu bangun turun dari katil, begitu juga Qaseh. Baru melangkah, tidak sampai anak tangga bawah, terdengar salam diberi.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Panjang umur. Baru sebut" kata Qais.

"Ayah, Mak Uda. Eh abang Atib pun ada. Masuklah" pelawa Qaseh. Qais pula sudah hulur tangan bersalam bersama Dato' Abbas dan Ratib.

Bila melihat Qais, Ratib teringat perbualannya dengan Faizal beberapa hari yang lepas.

#Flashback#

"Tak guna betul. Apa ilmu Qais pakai sampai Pak Long pun percaya dia!" marah Faizal sambil menghembus asap rokok dan melabuhkan duduk pada kerusi di smoking zone bangunan pejabat. Ratib yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar rungutan dari Faizal.

"Kau tak payah la cari pasal dengan Qais tu" kata Ratib sambil melangkah menghampiri Faizal. Tertoleh Faizal apabila mendengar ada suara menyampuk bebelannya.

"Kenapa kau takut?" soal Faizal sambil senyum sinis. Ratib geleng perlahan.

"Kau tak kenal siapa Qais tu Faizal" kata Ratib lalu dilabuhkan duduk di sisi Faizal.

"Apa aje polis cabuk tu boleh buat! dia ingat lepas dia dah kenalkan Pak Long pada kawan dia untuk settlekan masalah di Melaka tu, dia dah hebat?" marah Faizal lalu mencampak puntung rokok ke lantai. Kemudian diambil sebatang lagi lalu dinyalakan dan disedut dalam rokok di bibir bersama cebikan.

"Kau silap Faizal. Aku rasa mesti kau tak tau kan yang Qais tu pemegang share terbesar di Syarikat D'Hayyat Holdings tu. Syarikat tu memang milik ayah kawan Qais Dato' Hidayat tapi Qais dah beli lebih separuh saham syarikat tu apabila Dato' Hidayat hampir bankrap dua tahun lepas. Kau ingat, syarikat besar macam tu senang-senang nak bantu syarikat kita kalau tak sebab Qais. Cuba bagitau aku ada syarikat lain yang nak bantu?" soal Ratib.

"Ada je, kau yang tak tahu" balas Faizal menyampah.

"Memang ada tapi kau tengok kos yang diaorang tawarkan, dua ratus peratus lebih tinggi dari apa yang D'Hayyat tawarkan. Sebab apa? sebab Qais. Sepatutnya dia yang menerajui syarikat tu tapi dia tak nak sebab rasa minat dan sayang dia pada pekerjaannya sekarang."

"Kalau kau tak percaya, esok kau ke Melaka kan. Kau boleh tanya dengan kawan Qais tu sendiri" tambah Ratib lagi.

"Eh, dah la. Dari tadi kau dok puji si Qais tu, naik berbulu telinga aku ni. Apasal, dah jadi budak suruhan dia pulak sekarang?" marah Faizal. Puntung rokok yang dicampak ke lantai dipijak dengan kasut.

"Aku taknak jerat makan diri. Aku cuma nasihatkan kau Faizal. Tak payah nak cari pasal dengan Qais" kata Ratib yang sudah berdiri dan bersedia untuk pergi.

"Aku cakap sebab aku sayangkan kau, kita membesar sama-sama Faizal. Aku tak nak kau buat kerja bodoh" kata Ratib.

"Dah.. dah.. kau tak payah nak tazkirah aku. Hal aku tak payah kau sibuk nak campur. Kalau sayang sangat si Qais tu, kau ambil dia bungkus, simpan kat rumah" marah Faizal.

"Aku ingatkan saja. Jangan sampai menyesal sudah" kata Ratib dan kemudian meninggalkan Faizal sendiri.

#Flashbackend#

"Ratib" panggil Datin Adawiyah sambil menepuk lengannya.

"Ah, ye?" soal Ratib termangu apabila semua mata memandangnya.

"Dah sampai ke mana?" soal Dato' Abbas sambil ketawa. Ratib garu kepala yang tak gatal.

"Atib tak nak duduk ke? dari sampi tadi masih berdiri di situ" tegur Datin Adawiyah.

"Eh, nak" balas Ratib sambil melabuhkan duduk di sofa. Semua yang ada ketawa kecil dengan ulah Ratib.

"Qais, ayah ucap terima kasih banyak-banyak pada Qais. Kalau bukan sebab Qais kenalkan ayah pada D'Hayyat tu tak tau la banyak mana kerugian yang syarikat kena tanggung" kata Dato' Abbas.

"Ikutkan hati nak aje ayah laporkan pada polis pasal Faizal ni. Bukan ayah tak tau apa yang dia buat selama ni tapi ayah pejamkan mata. Malas nak besar-besarkan cerita tapi kalau dah sampai melibatkan nyawa, ayah tak boleh diam" sambung Dato' Abbas lagi. Ratib yang mendengar kata-kata Dato' Abbas sedikit terkejut.

"Apa maksud ayah?" soal Ratib.

"Ada projek baru lepas ni, ayah takkan benarkan Faizal urus sendiri. Samada bersama Q atau pun Atib paling tidak ayah yang pantau sendiri. Ayah takkan buang Faizal dari syarikat tu, itu syarikat kita anak beranak tapi kalau dia tak setuju, ayah boleh pindahkan dia ke cawangan lain yang ada" kata Dato' Abbas.

"Kes yang di Melaka tu macam mana? bila jangka siap?" soal Qaseh.

"Ikut pada schedule cuma beberapa bulan je" kata Ratib. Qaseh angguk.

"Dah-dah la berbual pasal kerja, jom kita ke meja makan, minum petang" ajak Puan Adalila. Kesemua mereka bergerak ke ruang makan kecuali Ratib.

"Qais" panggil Ratib. Qais yang beriringan bersama Qaseh menoleh ke belakang bila namanya dipanggil.

"Aku nak cakap sekejap boleh" soal Ratib.

"Sayang pergi dulu, abang jumpa Ratib kejap" kata Qais pada Qaseh. Qaseh pandang Ratib sambil kerut kening.

"Ada apa?" soal Qais sebaik menghampiri Ratib.

"Aku tak tau nak cakap macam mana" Ratib mula bicara.

"Tak tau nak cakap? mengenai apa ni?" soal Qais sambil labuh duduk di sofa. Begitu juga Ratib.

"Aku rasa tak sedap hati pasal Faizal" wajah Qais dipandang.

"Maksud kau?" soal Qais.

"Aku dapat rasa yang dia macam nak buat sesuatu pada kau sebab rasa tak puas hati" kata Ratib.

"Means?" soal Qais. Ratib kemudian ceritakan mengenai perbualannya dengan Faizal tempoh hari pada Qais.

"Don't worry but thanks. Aku tau apa nak buat" kata Qais.

"Dah, jom" ajak Qais lalu bangun dan berjalan melangkah ke arah meja makan.

+++

"Tak guna, Ratib pun dah sebelahkan kau!" marah Faizal tak puas hati.

"It's okay" bebel Faizal lalu telefon dalam poket diambil dan nombor seseorang dihubungi.

"Jumpa aku malam ni, tempat biasa" kemudian talian dimatikan dan telefon disimpan dalam poket bersama senyum senget.

+++

"Abang pergi kerja dulu. Ada apa-apa, cepat-cepat call" pesan Qais pada Qaseh yang berdiri di muka pintu.

"Ya.. ada apa-apa, sayang call abang cepat-cepat ya" balas Qaseh.

"Abang pergi ni" kata Qais yang sudah siap di atas seat motor.

"Iya.." balas Qaseh.

"Sudah la Yeed. Pergi kerja cepat. Mak ada, tak payah nak kalut sangat" marah Puan Adalila yang muncul dari belakang Qaseh. Terkekek Qaseh ketawa.

"Ye.. nak pergi la ni" kata Qais.

"Assalamualaikum" ucap Qais lalu menderum pergi bersama motorsikalnya. Tergeleng Puan Adalila dengan perangai Qais.

"Morning Sand" sapa Qais sebaik sampai di hadapan pintu pejabatnya.

"Amboi.. ceria" kata Sand yang sedang menghirup milo.

"Mana ada, biasa je. Nak ambil mood kerja" balas Qais sambil daun pintu pejabat dibuka. Sand yang tadi asyik minum milo terus meletakkan mug di atas meja dan berjalan ke arah Qais bersama telefon di tangan.

"Q" panggil Sand yang sudah menapak masuk ke pejabat Qais.

"Kau tengok ni, dah viral" kata Sand lalu telefon di tangan di serah pada Qais. Berkerut dahi Qais, begitu juga Sand.

"Ni bukan pengadu kes kau tahun lepas tu ke?" soal Sand. Qais angguk.

"Saya tak tahu apa yang pihak polis buat, anak saya nyaris mati tapi kes saya ditutup macam tu je dan saya hanya dibayar lima ratus ringgit supaya tutup mulut. Mana keadilan pada saya dan anak saya?" suara dari youtube berbunyi.

Qais dan Sand saling memandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience