Completed
137990
Malam tu tak lena Qaseh nak tidur. Pusing kanan pusing kiri, mata tak lelap juga. Akhirnya terus Qaseh bangun duduk di atas katil, selimut ditolak ke tepi. Apa panas pulak rasa malam ni, air cond dah pasang kot.. Serba tak kena Qaseh jadinya.
Aduh.. macam mana aku nak cakap apa pada Qais esok ni. Nak ke dia jumpa ayah? alah.. tu la kau, pandai-pandai kan. Mengaku boyfriend, ha! hadapla. Mulut tu laju sangat menyebutnya, tanggung la Qaseh oi.. ish! serabut.
Dengan yakin je cakap Qais tu boyfriend kau kan, tah-tah dia dah ada grilfriend, tak pun tunang, silap hari bulan dah ada isteri. Apa kau nak buat Qaseh, takkan nak cakap pada ayah, yang kau main-main. Ingat ayah tu budak tadika. Kusut.. kusut.. kedua-dua tangan sudah naik memegang rambut. Dah puas main rambut, tubuhnya disandar pada kepala katil. Telefon di meja sisi dicapai.
Jari dimain-mainkan di skrin telefon sambil memikirkan idea. Nama Qais pada senarai contact discroll ke bawah, kejap discroll ke atas. Tanpa sedar entah macam mana, jarinya digesek ke sisi. Pling, dailling Qais. What!!??
Qaseh dah kalut. Terus terjun dari katil. Ah sudah, nak cancel ke tak payah, nak cancel ke tak payah. Kaki melangkah ke hulu ke hilir, ke hulu hilir sambil memandang telefon di tangan.
"Hello" suara Qais menyapa. Hm.. tak sempat dah.. terus terhenti langkah kaki.
"Er.. hello" jawab Qaseh setelah telefon didekatkan pada telinga.
"Hai Qaseh, ada apa call" sapa Qais dari sebelah sana yang sudah terlena dengan suara yang dengar tak dengar sahaja.
Qaseh yang mendengar sudah terkedu. Suara husky dia, seksi wei.. tak tidur terus la aku hari ni..
"Qaseh, are you there?" soal Qais apabila Qaseh tidak bersuara.
"Hah? there there. Eh, ada-ada" balas Qaseh kalut.
"Maaflah ganggu awak tidur" ucap Qaseh, bersalah pula rasa mengganggu Qais yang sudah tidur. Memang ganggu pun, kau yang tak boleh tidur, habis orang lain pun kau kacau Qaseh. Jam di dinding dijeling. Oh mak ai, dah pukul dua pagi.. patutlah.. mesti Qais dah tidur ni.
"Qaseh.." seru Qais lagi. Qaseh yang mendengar sudah rasa nak luruh jantungnya. Alahai.. pagi-pagi macam ni diserunya dengan suara macam tu pulak..
"Awak, sorry. Er.. saya cuma nak ingatkan esok jangan lupa ambil saya. Eh, I mean, pagi nanti. Aduh.." ucap Qaseh kalut. Kakinya dari tadi tak henti melangkah kanan dan kiri, habis diukur luas dalam bilik tidurnya itu.
"Oh, in sha Allah. Saya tak lupa. Jam tujuhkan. Nanti kita jumpa" balas Qais dengan mata yang masih terpejam. Telefon sudah tidak dipegang, sebaliknya diletakkan di telinga sahaja.
"Okay, jumpa nanti" laju Qaseh membalas.
"Good night sweetheart" kata Qais lalu talian dimatikan dan lena yang terganggu disambung semula bersama dengkuran halus.
Qaseh yang mendengar sudah terkaku. Tidak lama, laju tubuh dibanting ke atas katil. Bantal tidur diambil lalu ditutup wajahnya dan terdengar jeritan mengada dari bibir merah itu. Ah.. Qais panggil dia sweetheart tadikan. Ke, aku yang salah dengar, tersengih-sengih sendiri Qaseh di atas katil.
Sengih la sangatkan, apa yang kau nak cakap tadi, dah cakapkan pada Qais ke.. Ah, esoklah yang penting Qais panggil aku sweetheart. Bestnya..
Tiba-tiba Qaseh bingkas bangun lalu laju kaki melangkah ke arah tempat pakaian digantung, jaket Qais yang lupa diserahkan petang tadi diambil dan dibawa ke katil lalu dipeluk sambil tubuh digolek-golekkan. Terpejam-pejam mata, ntah apa yang dibayangkan pun tidak tahu. Parah dah ni.. golek punya golek, entah jam berapa terlena pun tidak tahu.
+++
Tenet tenet tenet
Alarm telefon berbunyi.
Qais laju mencapai telefon yang ada di atas katil di sisinya. Lalu alarm dimatikan. Aik, macam mana telefon boleh ada sini, bukan atas meja ke dia letak malam tadi. Telefon diambil dan apabila button tepi ditekan, keluar call log dari Qaseh.
Eh, dia call aku ke? Kalut tangan menggesek skrin dan bila call history disemak dapati ada panggilan diterima dari Qaseh jam dua pagi. Terlopong mulut Qais. Ah, sudah. Apa benda yang aku cakap dengan Qaseh ni.. jam di dinding dipandang, awal lagi baru jam lima setengah pagi. Takkan nak call. Mandi dulu lah.
Qais kemudian bangun dari katil untuk meregangkan tubuh dan melakukan beberapa senaman ringan sebelum tuala dicapai. Lalu kaki melangkah menuju ke bilik air. Tak senang rasa, apa yang dibualkan dengan Qaseh pun tidak tahu. Sungguh dia tidak ingat. Jangan la disebut yang bukan-bukan.
Setelah selesai mandi dan berpakaian, Qais bersedia untuk solat subuh. Jam dipandang, pukul enam pagi. Dah bangun kot. Nak call ke tak payah.. Qais sudah berbelah bahagi. Akhirnya telefon bimbit dicapai dan nombor Qaseh didail. Tidak lama talian bersambut.
"Hello, assalamualaikum, morning" sapa Qais yang sudah melabuhkan duduk di birai katil.
"Waalaikumsalam. Morning" balas Qaseh ceria.
"Maaflah, saya ganggu awak tidur" Qais mohon maaf.
"Eh, tak lah, saya dalam bilik air ni. Mandi" laju Qaseh membalas.
"Ai, mandi pun bawa telefon" usik Qais, Qaseh di sebelah sana sudah terkekeh ketawa.
"Tak pa lah, awak sambung mandi. Nanti kita jumpa, okay" terus talian dimatikan. Hai lah Qaseh, mandi pun bawa telefon.
Mandi?? terus tegak Qais berdiri. Ntah apa yang dibayangkan dalam kepala pun tidak tahu. Memerah telinganya.
Oit, Qais! sejak bila jadi pervert ni! Subuh Qais.. subuh.. terkelip-kelip mata Qais sambil kepala digeleng. Hm.. tapikan, mesti wangi. Sabun apa yang Qaseh pakai agaknya kan. Sudah tersungging senyuman di bibir Qais.
Qais! Astarfirullah.. laju tangan naik meraup wajah. Teruk dah kau ni Qais.. Qaseh.. Qaseh.. apa yang awak dah buat pada saya ni.. Telefon di tangan terus dicampak ke atas katil dan kaki melangkah ke arah sejadah yang telah dibentang. Dua tiga kali juga nafas ditarik dan dihembus untuk tenangkan hati. Parah..
Pagi ini Qais bersarapan kopi panas dan telur goreng hancur, buat alas perut. Setelah selesai mencuci piring dan cawan, Qais terus melangkah ke arah pintu keluar. Kunci kereta yang bergantung di dinding dicapai. Setelah siap berkasut, pintu rumah dikunci begitu juga pintu gril.
"Hari ni kau jaga rumah ye si hijau, aku kena bawa Lancer sebab nak bawa awek. Hari tu dia dah bonceng kau, jadi hari ni biar Lancer pula yang bawa" kata Qais pada motosikalnya. Hai la.. Qaseh punya pasal, enam setengah pagi dah keluar rumah.
Qais melolos masuk ke dalam perut kereta Lancer hitam lalu enjin dihidupkan. Tangan mencapai button radio dan channel hot fm ditekan. Setelah gear ditolak, pedal minyak perlahan ditekan. Remote pagar yang ada pada sisi pintu diambil dan ditekan, sebaik keluar remote ditekan lagi untuk menutup pintu pagar. Lancar pemanduannya pagi ni, tidak sampai tiga puluh minit sudah sampai di rumah Qaseh.
Elok sahaja kereta dihentikan, Qaseh dilihat sedang membuka pintu rumah dan memakai kasut. Qais kemudian turun dari kereta dan melangkah ke arah pintu kereta penumpang hadapan. Qaseh yang dilihat waktu itu sedang melangkah sambil tersenyum ke arahnya.
"Morning" sapa Qaseh.
"Morning Qaseh" balas Qais.
"Maaflah susahkan awak" kata Qaseh sambil membuka pintu belakang untuk meletakkan briefcasenya.
"It's okay. Dah siap?" soal Qais pula. Qaseh hanya mengangguk dan laju tangannya mencapai pemegang pintu dan pintu dibuka lantas tubuh melolos masuk. Qais pula sudah melangkah ke arah pemandu dan turut melolos masuk. Tidak lama perlahan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.
Qais tenang memandu di sebelah, Qaseh pula sudah mengintai dengan ekor mata. Segak dia hari ni, wangi pulak tu. Qais yang menyedari Qaseh asyik memandangnya terus menoleh ke sisi dan memberikan senyuman manis pada Qaseh. Ah.. Qaseh dah suka tapi senyum disimpan dalam hati.
"Er.. awak dah sarapan ke?" soal Qaseh memecah kesunyian.
"Dah, sarapan kopi panas dan telur hancur. Buat alas perut" balas Qais yang masih tenang memandu.
"Qaseh belum sarapan ke?" soal Qais sambil menoleh sekilas pada Qaseh di sebelah.
"Eh, saya dah sarapan nasi goreng tadi. Mak Uda buatkan. Saya takut awak yang belum sarapan" kata Qaseh pula. Sunyi sepi suasana dalam kereta, mujur ada radio yang memutarkan lagu. Tiba-tiba, kedua-duanya serentak bersuara.
"Qaseh"
"Qais"
Sama-sama menoleh dan tercetus ketawa dari bibir masing-masing.
"Lady first" kata Qais tersenyum.
"Er.. saya cakap ni awak jangan marah tau" kata Qaseh memulakan kata. Bimbang juga nanti Qais marah, nanti tak pasal-pasal kena turun tepi jalan.
"Belum cakap macam mana nak marah" usik Qais. Qaseh sudah cuak.
"Ayah nak jumpa awak sebab saya cakap awak boyfriend saya" laju Qaseh menuturkan ayat.
Sreett!!
Bunyi tayar bergesel dengan jalan. Terperanjat punya pasal, terus dihentikan kereta di bahu jalan. Laju kepala menoleh pada Qaseh di sisi. Qaseh waktu itu sudah memejam rapat matanya sambil memeluk handbag. Matila.. Qais marah..
"Awak cakap apa tadi?" soal Qais yang sudah memusingkan tubuhnya memandang Qaseh di sisi. Perlahan Qaseh membuka mata yang dipejam rapat tadi.
"Ni semua salah kakak saya, Kak Jihah. Masa awak hantar saya semalam, kakak saya datang rumah dan dia nampak awak hantar saya. Dia tanya, awak siapa. Saya cakap boyfriend. Lepas tu kakak berbual dengan Mak Uda pasal awak, tak sangka pula ayah dengar. Jadi ayah nak jumpa awak." terang Qaseh yang sudah menunduk memandang jari-jemarinya yang dimainkan bersama.
Qais masih diam tidak membalas. Qaseh beranikan diri mendongak memandang Qais. Mak oi.. seriusnya muka dia.. takut wei. Kalau orang nak kencing pun tak jadi kencing, batu karang terus jadinya.
"Awak.." panggil Qaseh lembut.
"Sorry. Saya bayar upah pun tak apa, janji awak jumpa ayah" sambung Qaseh lagi.
"Upah?" soal Qais serius. Tak berkelip matanya memandang Qaseh di sisi.
"Haah, awak nak upah apa?" laju Qaseh membalas. Tak kisah la Qais nak berapa pun.
"Jadi girlfriend saya" balas Qais lalu memusingkan tubuh mengadap ke depan dan kaki mula menekan pedal. Perlahan kereta mula bergerak. Qaseh yang mendengar sudah terkaku.
"Awak cakap apa tadi?" soal Qaseh tidak puas hati.
"Be my girlfriend" ulang Qais sambil menoleh sekilas pada Qaseh lalu dikenyitkan matanya. Ayat yang berbeza tapi maksud yang sama.
Qaseh yang mendengar terus menoleh ke kiri. Besar senyumnya. Suka la tu..
Setelah agak lama menyepi, Qais membuka bicara.
"Bila ayah Qaseh nak jumpa saya?" soal Qais
"Kalau hari ni boleh ke?" soal Qaseh sambil memandang Qais, boyfriendnya. Ewah..
"Hari ni?" soal Qais sambil memandang Qaseh sekilas. Hari ni macam tak sempat, kejap lagi metting lepas tu nak ke Putrajaya ada urusan di sana. Tangan kanan naik meraup rambut.
"Kalau tak boleh hari ni, esok pun tak apa sebab saya pagi ni nak ke Putrajaya, nak uruskan projek hari tu" kata Qaseh. Qais yang mendengar sudah tertoleh ke sisi. Macam berjanji pulak nak ke Putrajaya sama-sama.
"Qaseh nak ke Putrajaya dengan siapa?" soal Qais. Bimbang pula kejadian yang sama akan berlaku.
"Kenapa, awak nak temankan ke?" soal Qaseh sambil tersenyum manis.
Share this novel