Bab 5

Romance Completed 137990

Selepas disoal oleh Sand tadi, Qais tidak dapat menumpukan perhatian pada tugasnya. Kunci motorsikal diambil, jaket disarung pada tubuh dan helmet dicapai. Laju kaki melangkah. Sebaik sampai di tempat parking, helmet disarung ke kepala dan motorsikal kawasaki Ninja ditunggang. Setelah enjin dihidupkan, trotel dipulas dan menderum laju si hijau pergi.

Qais memperlahankan motorsikalnya sebaik melintasi Pondok Pengawal. Anggota yang bertugas memberi hormat senjata dan Qais mengangkat tangan sambil mengangguk tanda terima. Motorsikal dipandu perlahan keluar dari perkarangan IPD dan Qais seakan kenal dengan susuk tubuh yang sedang berdiri di tepi jalan itu. Qaseh? buat apa kat situ. Kenapa tak balik lagi. Qais berhentikan motorsikalnya di tepi jalan berhanpiran Qaseh.

Terkejut Qaseh apabila ada sebuah motorsikal berhenti berhampirannya, cuak sekejap. Sebaik visor helmet dibuka, terus Qaseh tersenyum.

"Tuan, saya ingatkan siapa tadi. Ada apa-apa ke?" soal Qaseh pada Qais yang masih berada di atas seat motorsikal.

"Cik buat apa di sini? kenapa tak balik lagi?" soal Qais prihatin.

"Oh.. tadi saya call ayah, ayah cakap ayah dengan abang Halim stuck jem, ada kemalangan. Tak boleh nak ambil saya. Saya panggil grab, tapi dari tadi lagi tak sampai-sampai" jawab Qaseh sambil mata memerhati sekeliling mana tahu grab yang dipanggil sudah sampai.

Mengeluh Qais mendengar jawapan Qaseh. Belas pulak pada gadis ini, dah la panas, pasti belum makan tengah hari lagi. Kaki sakit, kena samun pula..

Eh.. eh.. eh.. sejak bila pula kau jadi masyarakat yang penyayang ni.. sampai terfikir macam tu sekali.. hati Qais berkata. Bagaikan baru tersedar, tergeleng kepala. Ah, jangan sibuk hal orang Q. Tak ada kena mengena pun dia dengan kau. Dah.. dah..

"Cik nak saya tolong hantarkan ke?" soal Qais.

Oii.. macam tak percaya ayat tu keluar dari bibir seorang Qais. Kutuk hati sendiri. Hati dan bibir dah tak seiring nampak..

Qaseh juga seakan terkejut dengan pertanyaan Qais. Biar betul! pakcik muka serius ni nak hantar dia balik. Pastu, takkan dengan motor ni, dah la aku pakai skirt! kalau seluar tak apa la juga.

"Tuan cakap apa tadi?" soal Qaseh. Bukan apa, takut dia tersalah dengar, itu yang ditanya sekali lagi.

Qais yang mendengar sudah rasa tersekat tekaknya nak mengulangi ayat yang sama. Belum sempat Qais menjawab, Qaseh dulu bersuara.

"Tuan, grab saya dah sampai. Saya balik dulu ya. Thanks Tuan" kata Qaseh lalu membolos masuk ke bahagian penumpang belakang sebuah kereta Iriz warna hijau. Qais hanya terkaku di situ bersama pandangan yang menghantar Qaseh pergi.

"Argh! kau dah kenapa Q? tak kan tembok dah goyah kot! Karut!" bebel Qais sendiri lalu enjin motorsikal dihidupkan dan terus menderum pergi.

+++

"Assalamualaikum" ucap Qaseh sebaik kaki melangkah masuk ke dapur. Dilihat Mak Teha dan Mak Uda sedang sibuk di dapur menyiapkan minum petang.

"Waalaikumsalam" jawab Mak Uda dan Mak Teha serentak sambil menoleh pandang pada Qaseh yang melangkah longlai masuk ke dapur lalu melabuhkan duduk di kerusi meja makan.

Datin Adawiyah dapat melihat ada kesan luka pada lutut Qaseh, laju kakinya diatur ke sinki dan tangan dicuci kemudian dikeringkan sebelum menuju ke arah Qaseh yang sudah menunduk di meja. Rambut Qaseh diusap perlahan.

"Qaseh.. kenapa ni, what happen? kenapa lutut luka. Mana kereta Qaseh? tak dengar bunyi enjin pun tadi" soal Datin Adawiyah bertalu. Sebaik Qaseh menoleh padanya dilihat wajah itu telah basah dengan air mata. Terkejut Datin Adawiyah. Terus ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Terhingut tubuh Qaseh kerana menagis. Mak Teha yang melihat pula sudah tidak berkata apa, hanya diam dan meneruskan kerjanya menyiapkan minum petang.

Agak lama, setelah Qaseh redakan diri, pelukan direnggangkan dan air mata yang masih meleleh disapu dengan belakang tangan. Datin Adawiyah pula mengambil tisu lalu hulurkan pada Qaseh. Duduk dilabuhkan di kerusi bersebelahan Qaseh lalu memegang kedua jemari tangan Qaseh. Dipandang wajah itu dengan penuh kasih sayang.

"Mak Uda.. Q lapar.. pagi tadi sarapan oat je secawan, lepas tu tengah hari tak sempat makan. Sekarang perut Q dah berbunyi" adu Qaseh pada Datin Adawiyah. Tersenyum Datin Adawiyah mendengar celoteh Qaseh.

"Okay, kalau macam tu, Qaseh naik mandi dan tukar baju dulu sementara Mak Uda dan Mak Teha panaskan nasi dan lauk" balas Datin Adawiyah. Qaseh yang mendengar terus angguk lalu berdiri dan terus melangkah ke atas. Patuh dengan apa yang diminta Datin Adawiyah.

"Kenapa tu Datin?" soal Mak Teha sebaik Qaseh sudah menghilang ke atas.

"Entah la Kak Teha, ada la tu masalah pejabat. Kesian pulak pada Qaseh, terpaksa kerja kuat bantu ayahnya. Kalau lah saya.." kata Datin Adawiyah.

"Datin" laju Mak Teha menyampuk. Tidak mahu Datin Adawiyah mengenangkan peristiwa yang sedih itu.

"Kalaulah anak lelaki saya dapat lahir dengan sempurna dulu, pasti Qaseh tak terbeban begini" keluar juga ayat yang ingin diluahkan Datin Adawiyah.

"Datin.. kenapa cakap macam ni, kecil hati Q kalau dia dengar. Dah macam Datin terpaksa sayang dan terima dia pula sebab Datin tak ada anak sendiri." pujuk Mak Teha. Sungguh mulia hati isteri majikannya ini kerana membenarkan suami berkahwin lain kerana diri sendiri tidak dapat berikan zuriat. Sedihnya, ibu Qaseh meninggal dunia setelah enam tahun berkahwin dengan Dato' kerana kanser.

"Mak Uda, Mak Teha. Kenapa ni?" soal Qaseh yang baru turun dari tingkat atas. Pakaian sudah ditukar selepas mandi, segar rasa tubuh cuma perut yang masih belum diisi.

"Tak ada apalah, Qaseh duduk sini Mak Uda ambilkan makan" kata Datin Adawiyah lalu bangun dan melangkah menuju ke dapur untuk mengambil makanan. Begitulah dia, selalu sangat manjakan Qaseh tambahan pula hanya tinggal Qaseh seorang, kakaknya Rajihah Nadha sudah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri.

+++

"White, macam mana?" soal Qais pada anggota detektif yang sedang membuat pemeriksaan pada rakaman CCTV yang diperolehi dari Maybank dan juga kedai-kedai yang berhampiran lokasi kes samun bawa lari kereta Qaseh tengah hari tadi.

Ada tiga rakaman CCTV yang diperolehi dan semuanya sedang diteliti oleh White dalam bilik operasi. Qais yang baru tiba mengambil tempat di sisi White.

"Positif Tuan, dua suspek tersebut adalah lelaki yang mengekori pengadu yang menaiki kereta warna gelap tu, nombor pendaftaran dah dapat tapi nombor palsu, butiran dari nombor pendaftaran tidak sama dengan kereta yang digunakan" terang White sambil menunjukkan lokasi kereta tersebut yang diberhentikan tidak jauh dari kereta Qaseh.

"Kalau ikutkan suspek ada tiga orang Tuan, dua keluar samun kereta dan satu tunggu dalam kereta, driver" kata White sambil menunjukkan kejadian yang berlaku dalam rakaman CCTV.

"Wajah suspek tak dapat zoom ke?" soal Qais pada White.

"Zoom boleh tapi gambar jadi pecah, resolusi rendah" kata White sambil menggerakkan konsol dan gambar suspek pada skrin semakin besar tetapi tidak jelas.

"Yang okay pada rakaman CCTV Maybank tapi jauh sikit, kena zoom banyak kali dan repair pixel supaya gambar clear. Banyak kerja sikit la Tuan. Saya cuba buat dulu, dah dapat gambar suspek nanti saya maklum Tuan" kata White sambil menoleh pada Qais.

"Okay, thanks White" kata Qais sambil menepuk bahu White lalu bangun dan melangkah keluar dari bilik operasi.

+++

"Tahniah Syam, bila nak lapor? soal Aniq sebaik Syam melabuhkan duduk di kerusi cafe di hadapannya.

"Thanks Niq, kalau ikutkan rabu ni la kena lapor" balas Syam.

"Dah bersedia ke? aku dengar kes di IPD Ampang tu boleh tahan hebatnya" soal Aniq pada Syam sambil meneguk air dari cawan.

"Itu lah, aku pun ada risik-risik juga lepas arahan pertukaran tu keluar. Aku cuba buat yang terbaik lah Niq, lagipun kalau aku perlu bantuan, kau ada boleh bantu kita masih satu kontinjenkan. Intan pun ada boleh bantu" kata Syam sambil menyuap mee goreng ke mulut.

"Hah, mengumpat saya ke?" usik Intan dan Shira yang baru sampai dengan makanan di tangan. Duduk dilabuhkan dan makanan diletakkan di atas meja bersama Aniq dan Syam. Begitu juga Shira.

Syam yang mendengar hanya tersenyum.

"Tahniah Tuan" ucap Intan dan Shira hampir serentak. Syam hanya anggukkan kepala.

"Bila nak lapor tempat baru?" soal Intan pada Syam yang berada di sisinya.

"Tadi Aniq tanya, ni Intan pula tanya. Dah macam tak suka saya di sini je.." kata Syam. Tercetus ketawa dari mereka berempat.

Share this novel

liyana
2021-02-15 10:03:05 

Qaseh ni rasanya jodoh Qais ni nanti boleh lah fifi buat triple K pulak macam double K cuma double K Kira&Kasturi


NovelPlus Premium

The best ads free experience