Bab 10

Romance Completed 137990

Tidak lama Qais dan Qaseh sampai di hadapan bangunan pejabat. Dari jauh dapat Qaseh lihat kereta ayahnya tersadai di hadapan pintu masuk utama ke lobby. Qaseh menepuk perlahan bahu Qais, sebaik Qais memandang dia menunjukkan ke arah kereta milik ayahnya. Qais kemudian memberhentikan motorsikal berhampiran dengan kereta tersebut. Qaseh terus melompat turun apabila Qais berhenti dan laju kaki melangkah mencari Halim.

"Abang Halim" panggil Qaseh di tingkap pemandu sebaik helmetnya ditanggalkan. Terkocoh-kocoh Halim membuka pintu kereta dan keluar.

"Lah.. Q ke. Abang Halim tak cam. Ingat siapa tadi" katanya pada Qaseh. Iyalah, sepanjang dia bekerja dengan keluarga ini, tidak pernah sekali pun dilihat Qaseh dengan mana-mana lelaki tambahan pula dengan membonceng motorsikal begini. Lagilah tak ada.

Qaseh ni bukan memilih tapi katanya dia tak selesa jika ada yang mahu rapat dengannya. Nak keluar berdua, memang tak lah selain dari dirinya. Si Faizal dengan Ratib pun tak pernah. Hm.. Pasti pemuda ni seseorang yang istimewa pada Qaseh.

"Q la ni. Mana begnya?" soal Qaseh sambil membetulkan rambutnya. Waktu itu Qais yang sudahpun menanggalkan helmet dan glovenye datang menghampiri Qaseh. Helmet di tangan Qaseh diambil.

"Qais, sekejap ye" kata Qaseh pada Qais yang sudah berdiri di sisinya.

"Ini begnya Q" kata Halim sambil menyerahkan briefcase warna hitam pada Qaseh.

"Thanks abang Halim" ucap Qaseh sebaik beg bertukar tangan.

"Ni siapa? boyfriend Qaseh ke?" usik Halim.

Qaseh yang masih memeriksa beg tersebut terus mendongak. Lupa pula dia nak perkenalkan pada abang Halim.

"Oh, haah. Qais" selamba Qaseh mengakuinya. Qais di sebelah sudah tertoleh pada Qaseh. Qaseh sudah tersengih-sengih. Halim juga sama sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Dalam serba salah, Qais menyambut huluran tangan Halim sambil tersenyum simpul.

"Okay, semua ada. Thanks tau abang Halim" ucap Qaseh sekali lagi. Halim hanya mengangguk.

Qaseh kemudian menarik lengan Qais supaya mengikutnya ke arah motorsikal milik Qais tadi.

"Awak, baru saya ingat. Beg yang hilang yang mengandungi dokumen hari tu, bukan dokumen asal. Yang asal yang ni. Entah kenapa saya rasa tak sedap hati, tu sebab saya bawa yang salinan dan yang asal saya bagi pada abang Halim untuk simpan. Tak sabar nak bagitau ayah yang projek tu still boleh teruskan" kata Qaseh pada Qais di sisinya.

"Kalau macam tu baguslah. Cuma awak kena lebih hati-hati selepas ini sebab saya rasa macam ada yang tak kena" balas Qais sambil matanya memandang sekeliling, mana tau lelaki yang mengekori mereka tadi ada di sini pula.

"Sebelum apa-apa, saya nak tanya. Awak kenal ke orang yang ekori kita tadi?" soal Qais serius.

"Ye la, lupa pulak pasal tadi. Saya tak kenal la tapi kenapa diaorang follow kita pulak? Awak ada musuh dengan sesiapa ke?" soal Qaseh sambil memakai semula helmetnya tadi. Qais yang melihat sudah pelik. Aik, dia ni pakai helmet nak ke mana pulak. Jangan buat pasal la Qaseh.. awak nak ikut saya naik motor ke mana pulak ni.. debar yang tadi pun tak habis lagi. Awak nak saya mati cepat ke apa..

"Qais, kenapa tengok saya macam tu?" soal Qaseh. Takkan aku salah tanya lagi.

"Saya rasa yang follow kita tadi bukan kerana saya, tapi awak Qaseh" kata Qais. Terus pucat wajah Qaseh.

"Awak biar betul, saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa la sebelum ni" sangkal Qaseh sudah takut.

"Dah, sekarang ni tak payah banyak tanya, cepat. Hantar saya balik rumah. Esok jangan lupa ambil saya pergi kerja tau. Saya tunggu jam tujuh pagi" kata Qaseh sambil menyilangkan briefcase pada badan dan beg dipusingkan ke belakang manakala di hadapan badannya pula dipakai beg sandang.

Qais yang mendengar sudah terkebil-kebil bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan Qaseh. Awak minta saya hantar balik lepas tu esok ambil awak pergi kerja? Awak buat apa ni Qaseh.. kalau macam ni hari-hari, seksa saya..

"Qais.. cepat lah.." suara mengadanya sudah keluar. Adui.. ni yang tak boleh tahan ni.. Qaseh sudah menarik lengan Qais. Dalam serba salah dan tidak pasti, Qais memakai helmet dan golve lalu naik ke motorsikal. Qaseh pula tanpa menunggu lama terus melompat naik, pantas sahaja pinggang Qais dipegang. Terkejut Qais, keras terus badannya. Aduh.. awak.. boleh sakit jantung saya macam ni.

Tanpa Qaseh sedari ada dua pasang mata yang melihat Qaseh dan Qais dari jauh dengan riak wajah yang tidak percaya.

"Eh, tu Q kan?" soal Faizal pada Ratib yang berada di sisinya sedang melangkah dari hujung bangunan pejabat untuk ke lobby. Terus tertoleh Ratib. Terhenti langkah kakinya kerana terkejut.

"Siapa lelaki tu?" soal Faizal lagi dengan mata yang tidak berkelip.

"Q tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki, lagi-lagi pulak nak naik motorsikal macam tu. Dengan kita ni, ajak keluar makan pun tak mau" komen Faizal sambil menoleh pada Ratib sekilas. Kelat wajah Ratib. Kemudian kuat bunyi dengusan dan tanpa menunggu lama langkah kaki terus dibuka Ratib. Tidak sanggup untuk melihat aksi mesra Qaseh dengan lelaki yang tidak dapat dilihat wajahnya kerana helmet full face yang dipakai.

"Aik, marah. Rilex la Tib" kata Faizal lalu melepaskan tawa.

Qais yang telah bersedia terus memulas trotel minyak untuk memulakan pemanduan. Jarak perjalanan dari pejabat Qaseh ke rumahnya tidak la jauh mana tapi rasa macam jauh sangat, lambat pulak nak sampai. Tak senang rasa Qais di depan. Kalau macam ni la hari-hari, mati berdiri jugak dia nanti.

Tidak lama sampai juga di rumah Qaseh. Kelajuan motorsikal diturunkan dan sebaik hampir sampai, pintu pagar automatik terbuka, Qais meneruskan perjalanan hingga masuk ke kawasan perkarangan rumah. Besar rumahnya, ada taman dan air terjun. Qais menghentikan motorsikal di bawah porch berhampiran pintu rumah. Qaseh tanpa berlengah terus turun dari motorsikal. Helmet ditanggalkan dan diletakkan di atas meja batu yang ada di bahagian tepi porch. Manakala Qais hanya menolak visor ke atas sahaja.

"Awak tak nak masuk dulu ke?" soal Qaseh pada Qais sambil beg yang berada di tubuh semua di tanggalkan dan di letakkan di tempat yang sama.

"Eh, tak apalah. Saya nak balik terus lagi pun cuaca macam nak hujan ni" tolak Qais. Tidak mahu berlama-lama di rumah itu.

Qaseh yang mendengar jawapan Qais terus memandang ke dada langit, iyalah dah gelap macam nak hujan.

"Ye la.. Thanks tau. Esok jangan lupa ambil saya. Saya tunggu jam tujuh pagi" kata Qaseh mengingatkan Qais. Dalam terpaksa Qais mengangguk juga.

"Kalau macam tu saya balik dulu" kata Qais lalu visor helmet diturunkan dan terus memandu pergi. Qaseh pula masih memandang kelibat Qais hingga hilang di sebalik pintu pagar hadapan.

"Boyfriend ke?" soal satu suara dari belakang. Terus tertoleh Qaseh.

"Eh.. Kak Jihah!" jerit Qaseh lalu memeluk tubuh kakaknya itu.

"Tak nampak kereta pun, akak datang dengan apa?" soal Qaseh lalu meleraikan pelukan dan menanggalkan kasut di kaki lalu disimpan pada kabinet kasut. Beg-beg digalas dan helmet dicapai.

"Abang Pian hantar, dia nak main golf, alang-alang akak minta hantar sini. Anak-anak pula pergi kelas taekwando. Boring la akak" balas Najihah sambil membantu Qaseh membawa helmet masuk ke dalam rumah lalu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu.

Qaseh pula terus merebahkan tubuh ke sofa, terlentang di situ.

"Oit, anak dara. Tak sopan. Terlentang macam badak air" tegur Najihah. Berkerut wajah Qaseh lalu bangun dan duduk bersandar pada sofa.

"Pernah tengok ke?" soal Qaseh pada Najihah dengan mata yang terpejam.

"Tengok apa?" soal Najihah pula.

"Badak air" balas Qaseh.

"Ish, dia ni kan suka main-main. Itu perumpamaan la" marah Najihah lalu kusyen kecil dibaling pada Qaseh. Terkekeh Qaseh ketawa.

"Akak tanya bukan nak jawab" kata Najihah.

"Tanya apa?" soal Qaseh sambil menbetulkan rambutnya yang kusut kerana berbaring tadi.

"Yang tadi tu la.. boyfriend ke?" soal Najihah sudah tersengih-sengih. Buat dah.. ni kalau jawapan tak memuaskan hati ni, mau sampai esok tak habis soalan di tanya.

"Haah" sepatah Qaseh. Yakin je kau kan Qaseh, Qais tu apa pun tak cakap..

"Handsome" kata Najihah.

"Of course la" balas Qaseh yang sudah tersenyum sendiri.

"Mana kereta Q?" soal Najihah pelik.

"Akak ni.. kan kereta tu masih dalam kes polis. Kena la tinggalkan di Balai Polis sementara dulu" terang Qaseh.

"Dah tu esok pergi kerja naik kereta Mak Uda ke? ke pergi dengan ayah?" soal Najihah lagi. Qaseh yang mendengar sudah tersenyum sambil bangun lalu mengambil beg-begnya dan terus menuju ke tangga untuk naik ke atas. Najihah hanya melihat tingkah Qaseh.

"Q" panggil Najihah tetapi tiada balasan dari Qaseh.

"Ish, kedekut. Tau la dah ada boyfriend" bebel Najihah.

"Apa yang dibebel sorang-sorang ni?" soal Datin Adawiyah yang datang dari arah dapur.

"Q, dah ada boyfriend" balas Najihah. Datin Adawiyah yang mendengar sudah terkejut.

"Boyfriend?" satu suara lain pula yang menyampuk.

"Eh, ayah. Bila sampai. Tak dengar pun" tegur Najihah yang sudah tertoleh kepala ke belakang. Alamak.. kantoi. Sorry Q, akak tak perasan ayah dah balik. Datin Adawiyah juga seakan terkejut dengan kehadiran Dato' Abbas. Tidak dengar bunyi, tiba-tiba sampai. Datin Adawiyah terus mengambil briefcase dan suit dari tangan Dato' Abbas dan diletakkan di atas sofa. Lalu kaki terus melangkah ke dapur untuk mengambil air kosong. Begitulah Dato' Abbas, balik kerja air kosong dulu akan diminum.

"Bila sampai. Tak nampak kereta pun" soal Dato' Abbas sambil melonggarkan tali leher. Rimas, tercekik rasa leher. Lalu duduk dilabuhkan.

"Baru je. Abang Pian hantar. Dia nak main golf, anak-anak pulak ada kelas taekwando" terang Najihah.

"Anak-anak dah besar, bila nak masuk kerja?" soal Dato' Abbas. Najihah yang mendengar sudah serba salah.

"Bukan tak nak ayah, tapi Jihah bantu abang Pian di syarikat dia" balas Najihah perlahan.

"Audit sebulan sekali je kan. Tak kesian pada Q ke? Kalau Jihah ada, tak penat sangat Q bantu ayah" kata Dato' Abbas.

"Faizal dengan Ratib kan dah ada" kata Najihah. Dato' Abbas sudah terdiam.

"Siapa boyfriend Q?" soal Dato' Abbas pada Najihah yang ada di depannya. Waktu itu Datin Adawiyah sampai bersama air kosong di tangan dan diserahkan pada Dato' Abbas.

"Tak pasti la ayah, Jihah pun tak kenal. Q baru bagitau tadi" jawab Najihah serba salah. Datin Adawiyah hanya diam mendengar. Tidak lama dilihat Qaseh turun dari tingkat atas.

"Q" panggil Dato' Abbas. Qaseh yang mendengar sudah cuak. Dijeling pada Najihah, kakaknya itu sudah buat muka. Adoi.. apa pulak ni..

"Jihah cakap Q ada boyfriend" kata Dato' Abbas sambil meletakkan gelas kosong di atas meja. Qaseh yang mendengar sudah bulat mata memandang Najihah..

"Er.. ada kot" balas Qaseh tak yakin.

"Ada ke tak ada?" soal Dato' Abbas serius. Laju Qaseh mengangguk. Apa yang kau buat ni Qaseh..

"Bawa jumpa ayah esok" kata Dato' Abbas lalu terus berdiri dan membuka langkah ke tingkat atas. Qaseh yang mendengar terus tidak jadi melabuhkan duduk. Kaku berdiri, keras di situ. Najihah di sisi ditoleh.

"Kak.. kau cakap apa kat ayah?" soal Qaseh.

"Sorry.. akak tak perasan ayah dah balik. Akak berbual dengan Mak Uda tadi" balas Najihah yang serba salah. Qaseh menghempaskan tubuh ke sofa sambil memeicit kepala. Aduh.. macam mana aku nak cakap dengan Qais ni.. mulut ni pun satu, pandai sangatkan.. tanggung la kau.

Share this novel

liyana
2021-02-15 13:06:40 

eee cutenya diorang berdua ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience