Completed
137990
Tok tok tok
"Alah.. siapa pulak yang ketuk pintu.." bebel Qais lalu bangun duduk. Tangan yang melilit pinggangnya ditolak ke tepi. Sedar tak sedar saja tingkahnya.
"Apa pening sangat ni" kepala yang berdenyut dipicit dengan jari tangan kanan. Digagah juga bangun berdiri walaupun dalam keadaan pening dan sakit pada bahagian belakang kepala. Jalan pun tidak lurus, pandangan juga kabur. Setelah sampai di hadapan pintu, perlahan tombol pintu dipulas dan daun pintu ditarik. Mata dipejam celik beberapa kali. Apa yang ramai sangat ni, dalam banyak-banyak wajah yang ada. Eh..
"Tuan Aniq? Tuan buat apa kat sini? Puan Intan pun ada" soal Qais pelik bila melihat Aniq bersama beberapa orang lain yang tidak dikenali. Siap memakai pakai baju kalis peluru dan vest polis lagi. Ada apa pulak.
"Patutnya saya yang tanya, awak buat apa di sini Qais?" soal Aniq pada Qais yang dilihat dalam keadaan tidak stabil. Aniq bagaikan tidak percaya apabila melihat Qais yang muncul di sebalik pintu ini tadi.
Waktu itu juga ada seorang anggota wanita menyerbu masuk ke dalam bilik. Qais terpaksa ke tepi untuk memberi laluan. Qais masih lagi memegang kepalanya yang kuat berdenyut. Mata digosok dengan belakang tangan, batang hidung dipicit beberapa kali.
"Saya? Eh, macam mana.." separuh ayat sahaja sempat ditutur.
"Tuan, ada seorang perempuan di atas katil di dalam bilik ni Tuan" anggota wanita tadi bersuara dari dalam.
"Perempuan?" soal Qais lalu menoleh ke belakang untuk melihat siapa orangnya tetapi tidak jelas kerana tubuhnya bertutup dengan selimut.
"Nak bawa sekali ke balai ke?" soal anggota wanita itu lagi. Qais toleh semula ke arah Aniq.
"Intan, bantu perempuan tu" arah Aniq pada Intan yang turut sama ada waktu itu.
"Qais, pakai baju" arah Aniq pada Qais pula. Qais sudah buat muka terkejut, pakai baju? lalu kepala ditunduk untuk melihat tubuh sendiri. Bulat mata Qais. Hah! mana baju aku.
"Eh, Tuan. Maaf, saya tak tau macam mana saya boleh ada di sini" kata Qais lalu kalut kaki melangkah masuk semula ke dalam bilik untuk mengambil baju dan waktu itu ditoleh pada arah katil. Dilihat perempuan itu tidak berbaju, hanya ditutup dengan selimut di bahagian dadanya sahaja. Bila diteliti wajah dengan rambut yang kusut itu. Hampir luruh jantungnya.
"Qaseh?!" kuat Qais berkata. Qaseh pula waktu itu yang bagaikan baru tersedar dari tidur kerana dikejutkan oleh anggota wanita tadi terpisat-pisat matanya.
"Cik Qaseh, bangun pakai baju" kata Intan pada Qaseh.
"Pakai baju?" soal Qaseh. Kemudian diperhatikan sekeliling, kenapa dia boleh berada di dalam bilik ni pula. Bilik ni di mana. Selimut diselak, terkejut bukan kepalang. Dia hanya memakai pakaian dalam sahaja! direnung pada Qais yang sibuk mengambil pakaiannya di kerusi. Apa yang Qais dah buat padanya?
Qais waktu itu pula kalut mengambil t-shirt dan jaket yang tersangkut pada kerusi, pantas t-shirt disarung ke tubuh dan terburu-buru Qais meninggalkan bilik. Kasut pun disarung ala kadar sahaja. Stoking pula entah ke mana. Tali pinggang yang terbuka kalut dipasang semula.
Sebaik kaki melangkah keluar dari bilik, dapati ada beberapa lagi anggota polis berada di luar bilik. Apa yang berlaku ni. Tuan Yunos pun ada?
"Tuan Aniq, macam mana dengan pasangan ni, nak bawa sekali tak?" soal salah seorang anggota lelaki pada Aniq apabila Qais dan Qaseh sudah keluar dari bilik. Qaseh waktu itu sedang membetulkan rambutnya yang tidak terurus. Dijeling tajam pada Qais.
Aniq mengangkat tangan kanan tegak ke atas.
"Nanti dulu" kata Aniq lalu berjalan ke arah Tuan Yunos.
"Tuan, boleh saya nak berbincang dengan Tuan sekejap" pinta Aniq. Tuan Yunos menganggukkan kepala dan mengikut Aniq agak jauh dari bilik tadi.
"Qais, apa yang awak buat di sini? Ini bukan anak Dato' Abbas ke?" soal Intan pada Qais sebaik di melangkah keluar dari bilik dan menghampiri Qaseh yang sudah tegak berdiri di tepi dinding. Qaseh waktu itu juga dalam keadaan bingung tetapi mulutnya ringan juga bertanya.
"Apa awak buat pada saya Qais?" soal Qaseh yang sudah tegak memandang Qais.
"Qaseh, saya pun tak pasti apa yang berlaku tapi sungguh, saya tak buat apa-apa pada awak" sangkal Qais yakin.
"Habis tu siapa yang buka baju saya?" marah Qaseh. Sudah tidak dihiraukan orang lain yang ada di situ.
"Cik Qaseh, sabar" kata Intan sambil memeluk bahu Qaseh dari belakang.
Qais tidak menjawab sebaliknya hanya diam sambil meraup wajah dan menoleh sekilas pada Qaseh yang berdiri di sisi Intan. Qais masih dalam keadaan terkejut, begitu juga Qaseh, dilihat dalam keadaan keliru tetapi tergambar riak marah di wajahnya. Mana dia nak letak muka kalau perkara ini tersebar.
"Cuba awak ingat balik, perkara terakhir yang awak buat" pinta Intan untuk membantu Qais mengingat semula. Dilihat dari mata kasar, seperti ada yang tidak kena dalam perkara ini. Tidak lama Aniq datang semula bersama lelaki tadi.
"Man, awak balik dulu, bantu Tuan Yunos buat laporan terhadap pasangan yang lain" kata Aniq pada Azman.
"Terima kasih Tuan" kata Aniq lalu bersalam dengan Tuan Yunos. Tuan Yunos hanya mengangguk dan terus melangkah bersama Azman dan ahli pasukan yang lain.
"Baik Tuan" kata Azman lalu beredar bersama yang lain dan hanya tinggal Aniq, Intan, Qais dan Qaseh.
"Ada baik rasanya kita ke cafe hotel" ajak Aniq.
"Intan, awak gerak dulu dengan Qais dan Qaseh, sekejap lagi saya ikut" kata Aniq lalu telefon dalam poket dikeluarkan dan menghubungi seseorang.
"Marilah kita turun dulu" ajak Intan.
Sepasang mata yang dari tadi mengitai di sebalik pintu berkata.
"Kau bernasib baik Q, but not always lucky" terluncur ayat di bibir bersama senyuman senget.
+++
Sepanjang perjalanan dari masuk lift hinggalah sampai ke cafe, senyap sahaja. Tiada yang bersuara. Setelah tempat duduk diambil, Intan pergi kaunter dan tidak lama datang kembali bersama beberapa botol air mineral.
"Awak bernasib baik Qais, Tuan Yunos bagi peluang pada awak" kata Intan sebaik dia melabuhkan duduk di sisi Qaseh, air mineral diserahkan pada Qaseh dan Qais.
"Maaf Puan saya bertanya, apa yang Puan buat di sini bersama Tuan Aniq dan Tuan Yunos?" soal Qais ingin tahu.
"Ops Noda" balas satu suara dari belakang. Qais menoleh.
"Tuan Aniq" tegur Qais. Tebal rasa kulit wajahnya.
"Cuba awak bagitau saya, macam mana boleh jadi macam ni? setahu saya awak bukan lelaki jenis berperangai begini" soal Aniq. Qais mengurut lehernya yang sakit.
"Apa yang saya ingat, saya ambil Qaseh di tempat kerja menuju ke restoran di hotel ni. Qaseh bagitau dia nak makan ice-cream" kata Qais.
"Bukan ice-cream, tapi rainbow ice-cream cake" sampuk Qaseh sambil menjeling pada Qais.
"Ha, kek tu la, tapi dalam perjalanan ke sini ada berlaku salah faham sikit dengan Qaseh. Kemudian saya berhentikan kereta di tepi jalan. Lepas tu Qaseh terus keluar dari kereta dan masuk ke sini" sambung Qais lagi. Qaseh yang berada di depan tajam sahaja pandangannya pada Qais. Teringat pula kemarahan petang tadi.
"Lepas tu saya order kek dan air kemudian duduk di meja hujung sana" kata Qaseh pula.
"Tapi tak lama lepas tu saya rasa pening dan tak perasan apa yang berlaku" kata Qaseh lagi.
"Waktu tu saya nampak Qaseh dengan satu lelaki berjalan ke arah lift dan naik ke tingkat tiga puluh tujuh. Saya kejar Qaseh dan dapat jumpa Qaseh waktu tu dah terbaring di atas katil. Lepas tu.." Qais cuba ingat, kepala dipicit dengan jari.
"Lepas tu ada orang pukul saya hingga pengsan dan sedar-sedar ada bunyi ketukan di pintu." terang Qais.
"Awak boleh ingat muka lelaki yang bawa Qaseh ke dalam lift tu?" soal Aniq. Qais menggeleng perlahan.
"Tak, sebab dah jauh" kata Qais
"Qais" Qais menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Tuan Syam! Sand pun ada. Aduh! Dari jauh nampak Dato' Abbas bersama Datin Adawiyah. Qaseh yang menoleh turut terkejut. Terus Qaseh mendapatkan Datin Adawiyab dan Datin Adawiyah memimpin Qaseh kembali ke meja tadi lalu melabuhkan duduk.
"Dato', Datin" tegur Aniq lalu bangun dan salam dihulur. Begitu juga Syam dan Qais. Tajam pandangan mata Dato' Abbas pada Qais. Manakala Intan dan Sand pula menghulur salam pada Datin Adawiyah.
"Jemput duduk Dato' " kata Aniq.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Dato' Abbas kasar.
"Duduk dulu Dato', biar saya terangkan" kata Aniq pada Dato' Abbas yang sudah melabuhkan duduk.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Dato' Abbas. Malu jika orang ramai tahu anaknya ditangkap berdua di bilik hotel, dengan polis pulak tu. Dah tentu macam-macam spekulasi yang akan timbul.
"Dato', dari pemerhatian awal saya, ada yang tak kena dalam perkara ni" kata Aniq berbahasa. Aniq yakin, orang yang melakukan perkara ini pasti atas rasa dendam atau tidak puas hati tetapi tidak pasti siapa. Samada Qais atau Qaseh kerana kedua-duanya boleh dijadikan target.
Qais mungkin di kalangan suspek yang marah kerana tindakannya yang berjaya memberkas mereka, manakala Qaseh pula mungkin menjadi target kerana urusan perniagaan. Siapa tahu.
"Apa yang tak kena?" soal Dato' Abbas sambil menjeling Qais yang sudah diam tidak bersuara dari tadi.
"Macam ni lah Dato', saya akan siasat apa yang berlaku sebenarnya. Jika ada apa-apa berita, saya akan maklumkan Dato'" kata Aniq.
"Habis tu anak saya macam mana? boleh saya bawa balik tak?" soal Datin Adawiyah yang sedari tadi memeluk dan menggosok belakang Qaseh.
"Boleh. Dato' dan Datin boleh bawa Qaseh balik. Tak ada masalah" kata Aniq.
"Kalau macam tu, saya balik dulu" kata Dato' Abbas. Masam sahaja wajahnya.
"Qais, esok pagi-pagi datang rumah" kata Dato' Abbas pada Qais sebelum beredar. Qaseh hanya menunduk dan tidak langsung menoleh Qais.
Syam dan Sand yang sejak tadi berdiri, pantas mengambil tempat dan melabuhkan duduk.
"Qais, awak tahu tak, dalam bilik tu turut dijumpai dadah jenis syabu empat paket dan pil erimin 5 dua puluh empat biji" kata Intan. Terkejut Qais. Banyaknya. Kalaulah repot dibuat bersama dadah yang dirampas, pasti dia dibuang kerja la jawabnya.
"Tapi saya tak pernah ambil tu semua Puan, Tuan" kata Qais. Satu-satu wajah di sekelilingnya dipandang.
"Saya tahu dan saya percaya awak bukan macam tu. Yang menjadi persoalan sekarang, siapa yang letakkan dadah tu di situ?" soal Syam.
"Hm.. Tuan, saya rasa saya boleh bantu untuk semak rakaman CCTV di hotel ni" kata Intan.
"Saya dah tanya tadi Puan, tapi katanya kena tunggu kebenaran dari pengurus kerana isu privasi" kata Sand.
"It's okay, owner hotel ni tak silap kenalan suami saya, Caden. Saya akan minta Caden tolong uruskan" kata Intan.
"Thanks Intan" kata Syam.
"Sekarang apa patut saya buat Tuan?" soal Qais. Wajah Aniq dan Syam dipandang silih berganti.
"Buang kerja saya, kalau repot dibuat Tuan. Banyak dadah tu" Qais sudah susah hati.
"Syam" panggil Aniq lalu keduanya membalas pandang.
"Aku tau apa kau nak cakap" pintas Syam.
"Kau bantu apa yang patut, aku rasa aku dengan Intan kena gerak dulu" kata Aniq.
"Thanks Niq" ucap Syam lalu bangun berdiri dan tubuh sahabatnya itu dipeluk seketika.
"Terima kasih Tuan Aniq, Puan Intan" ucap Qais yang juga turut sama berdiri.
"Dah, sekarang awak balik. Esok bincang baik-baik dengan Dato' Abbas" kata Syam pada Qais.
"Kau balik dulu. Apa-apa bagitau aku" kata Sand sambil menepuk bahu Qais.
Langkah longlai diatur ke arah pintu keluar lalu terus menuju ke arah keretanya.
Malam itu tidak lena tidur Qais. Dia cuba hubungi Qaseh tapi talian telefon ditutup. Qais buntu, serabut, marah, segala rasa ada pada dirinya sekarang.
Qaseh juga sama, hanya tubuh sahaja berbaring di atas katil tetapi mata masih luas terbuka, tidak dapat mengundang kantuk. Apa yang awak buat Qais, sampai hati awakkan. Kalau pun marah pada saya kerana menggangu siasatan awak, tak payah nak malukan saya sampai macam ni sekali. Berjurai air mata dari tubir mata Qaseh.
Share this novel