Completed
137990
"Kenapa termenung lagi ni?" soal Qaseh pada Qais yang merenung jauh ke tengah lautan. Tadi selepas makan, Qais mengajaknya jalan-jalan di tepi pantai. Nak rasa angin pantai. Cantik permandangan Puteri Beach Resort dari Pantai Tanjung Kling ini. Walaupun weekday, ramai juga pengunjung yang datang ke pantai ini. Qais yang tadi berdiri kini sudah menapak ke arah kerusi batu yang terdapat di tepi pantai ini. Duduk dilabuhkan.
"Ada yang tak kena ke?" soal Qaseh sebaik duduk dilabuhkan di sisi Qais. Jemari besar itu diraih dalam genggaman. Qais tarik nafas panjang.
"Double Q. Nama kumpulan abang. Semenjak abang aktif dengan kumpulan ni, abang dah jarang balik jumpa mak dan arwah ayah. Call pun dah jarang-jarang." ada riak sesal di wajah Qais. Qaseh mengusap jemari Qais.
"Satu hari tu macam biasa, lepas habis kelas abang akan ke kelab, lepak-lepak. Tambahan pula esoknya hari sabtu tak ada kelas. Masa tu pukul dua pagi abang terima panggilan dari Zam" Qais berhenti. Kuat tangan Qaseh digenggam.
"Zam call bagitau kilang arwah ayah terbakar dan ayah.." Qais tertunduk tidak dapat teruskan kata-katanya. Qaseh lepaskan genggaman tangan lalu digosok perlahan belakang Qais.
"Abang rasa dunia gelap, runtuh, tak ada apa yang tinggal. Arwah ayah banyak kali minta abang balik jumpa dia. Katanya ada perkara penting yang nak dia bagitau abang tapi abang tak hiraukan. Abang lebih pentingkan apa yang abang buat waktu itu."
"Masa abang sampai, arwah ayah dah tak ada. Doktor cakap arwah ayah banyak sedut asap. Tubuh arwah ayah hampir lima puluh peratus terbakar." pilu suara Qais.
"Abang tak sampai hati tengok mak dengan Sara. Abang rasa bersalah sangat. Abang rasa abang gagal jadi anak lelaki" sebak bunyinya.
"Abang jumpa Zam.." Qais ambil nafas lalu tubuh disandarkan ke pada kerusi batu.
"Zam bawa abang jumpa Ayah Teh. Ayah Teh bagitau arwah ayah terkorban kerana cuba selamatkan dia yang mahu selamatkan kilang daripada dibakar mereka, tapi arwah ayah bukan meninggal disebabkan kejadian tu, arwah ayah dibunuh dan Ayah Teh tau tapi Ayah Teh tak sempat nak beritahu siapa orangnya" kata Qais.
"Kenapa tak sempat?" soal Qaseh.
"Ayah Teh meninggal dunia malam tu juga." balas Qais.
"Tapi.. orang yang bunuh ayah dan Ayah Teh dah pun terima balasan dan dah pergi ke tempat yang sepatutnya" Qais ketawa sinis bersama riak wajah yang bengis. Timbul-timbul urat dahinya.
"Orang tu dah kena tangkap ke?" soal Qaseh. Qais diam tidak membalas. Qaseh cuak.
"Kita masuk, dah lewat" ajak Qais lalu menarik jemari Qaseh supaya mengekorinya. Qaseh terkebil-kebil memandang Qais di sisi.
Sampai sahaja di bilik, Qais menutup rapat pintu dan waktu itu telefonnya berdering. Laju tangan menyeluk poket mengambil telefon. Tertera nama Mail. Hatinya tidak sedap.
"Ya, ada apa Mail?" soal Qais tanpa salam. Sebaik mendengar balasan Mail, terus berubah wajah Qais.
"Aku balik sekarang, panggil semua tunggu tempat biasa" kata Qais lalu talian dimatikan. Qaseh yang mendengar suara Qais yang keras dan tegang begitu terus datang menghampirinya.
"Abang, ada masalah ke?" soal Qaseh.
"Kita balik kampung sekarang" kata Qais lalu kaki melangkah ke arah beg pakaian dan diambil semua pakaian dan dilipat lalu dimasukkan ke dalam beg. Qaseh pula tanpa soal terus ke bilik air mengambil peralatan mandian. Tidak sampai sepuluh minit, siap semuanya berkemas. Tegang sahaja wajah Qais, nak bertanya pun takut. Silap tanya nanti mau ada yang kena tinggal tepi jalan. Untuk keselamatan, baik zip mulut rapat-rapat.
Setelah siap berkemas, Qais menjinjit beg ke kereta yang diparking tidak jauh dari bilik kemudian laju melangkah ke kaunter untuk pulangkan kunci. Qaseh hanya diam sambil mengekori dari belakang.
"Sayang tidurlah. Dah sampai nanti abang kejut" kata Qais sebaik masuk ke dalam kereta. Jaketnya diselimutkan pada tubuh Qaseh dan cium dilabuhkan pada dahi Qaseh. Lama. Kemudian, Qais terus menekan pedal minyak lalu kereta mula meninggalkan kawasan resort tersebut. Qaseh hanya mampu diam sahaja. Qais yang sedang memandu dipandang tidak berkelip. Qais menoleh sekilas, tiada kata yang keluar dari bibir itu hanya tangannya naik mengusap wajah Qaseh.
"Abang okay. Just don't worry" kata Qais dengan pandangan tegak ke jalan raya. Qaseh tahu ada yang tidak kena. Disebabkan mata yang sudah memberat, laju sahaja kelopak mata tertutup.
"Sayang.. sayang.." sayup-sayup sahaja dengar suara Qais. Niat dihati memang nak buka mata tapi mata yang tak bagi kerjasama, jadi terpaksalah tutup semula. Haah, ye la sangat!
"Qaseh lena sangat ni Yeed. Bawa naik bilik la" kata Puan Adlila pada Qais. Tidak menunggu lama, Qais terus mencempung tubuh Qaseh ke dalam dukungannya dan dibawa naik ke tingkat atas. Perlahan tubuh Qaseh dibaringkan. Tudung yang menutup kepala, ditanggalkan.
"Apa yang sangkut lagi ni" Qais mengumam bila selendang tidak dapat ditanggalkan. Berapa banyak jarum dia pakai ni. Puas Qais membelek. Malam tadi senang pula ditanggalkan. Hish, pelik-pelik la. Pakai la tudung macam mak pakai tu, sarung je. Nak pakai senang, nak buka senang. Dalam dok membebel, akhirnya berjaya juga dia. Selendang diletakkan di atas meja sisi. Sebelum Qaseh ditinggalkan, bibir merah itu disapa sekilas. Pintu bilik ditutup rapat.
"Yeed nak ke mana?" soal Puan Adlila sebaik melihat Qais bergegas turun dari tingkat atas.
"Yeed ada hal. Mak tolong tengokkan Qaseh. Apa-apa call Yeed" pesan Qais dengan langkah laju menuju ke pintu keluar.
"Yeed nak buat apa?" soal Puan Adlila. Terhenti langkah Qais di tengah-tengah pintu. Kuat tangan digenggam. Tanpa membalas, pintu ditutup rapat dan tidak lama menderum bunyi enjin kereta. Puan Adlila menghela nafas panjang. Tau sangat apa yang akan dilakukan Qais. Bukan dia tidak mahu menghalang tetapi selagi apa yang dilakukannya memberi kebaikan pada semua, dia rela walaupun dia tahu kadang-kadang tindakan Qais melampau batas.
+++
"Abang Yeed!" sapa Mail sambil sedikit menunduk bersalam.
"Zam macam mana?" soal Qais sambil memandang Zam yang terbaring di atas katil bilik tidurnya.
"Dah okay tapi masih tidur, kesan ubat" kata Mail yang sama turut memandang pada Zam.
"Macam mana boleh berlaku?" soal Qais. Tajam pandangannya pada Zam. Aku akan cari orangnya! Sedang Qais berbual bersama Mail, Zam dilihat mahu cuba bangun. Kalut Qais dan Mail menerpa.
"Zam, baring dulu" kata Qais lalu membantu Zam untuk baring semula.
"Yeed, macam mana kau boleh ada sini?" soal Zam sambil menjeling pada Mail. Mail dah garu kepala.
"Aku yang pesan pada Mail, ada apa-apa call aku tak kira bila" kata Qais.
Zam baring sambil memicit kepala. Rasa bergegar otakknya. Kuat sungguh dia dipukul tadi. Nasib baik tak apa-apa cuma dapat sepuluh jahitan.
"Kau dah tengok kilang?" soal Zam yang mahu duduk bersandar pada kepala katil. Selepas selesai rawatan patutnya dia ditahan di wad tapi, tau sahajalah Zam, mana suka duduk wad ni. Nasib baik la doktor yang merawat tu rakannya juga. Bolehlah dibenarkan balik.
"Kau lagi penting dari kilang. Kilang boleh bina balik, kalau kau mati, aku nak cari mana?" keras balas Qais. Zam dah ketawa.
"Ee.. kau ni, buat aku terharu" usik Zam. Menjeling Qais lalu ditepuknya bekas jahitan.
"Oit! gurau kasar kau" marah Zam sambil menepis tangan Qais.
"Kata anak jantan, kena tepuk sikit dah jerit" sakat Qais.
"Tak, aku serius ni. Kau dah tengok kilang ke belum?" soal Zam dengan wajah serius. Mail yang melihat isyarat mata Zam terus keluar dari bilik.
"Kenapa?" soal Qais pelik.
"Cara yang sama macam sebelum ni" kata Zam.
"Maksud kau?" soal Qais yang sudah menarik kerusi dan melabuhkan duduk berhampiran katil.
"Ayah kau, ayah aku" kata Zam. Terus tegang wajah Qais.
"Tapi kita dah uruskan orangnya" kata Qais.
"Itu aku pelik. Kenapa cara dia bakar kilang sama macam kejadian yang berlaku pada ayah kau dan ayah aku" Qais diam sambil berfikir.
"Tapi aku dah minta Lokman uruskan, tak lama lagi pasti dapat. Dia nak lari mana?" kata Zam.
"Kau rehat, aku nak balik dulu. Apa-apa call aku" kata Qais lalu bangun setelah bersalam dan tubuh Zam dipeluk. Inilah sepupu, inilah sahabat, susah senang dia di sini, inilah orang yang berkongsi dengannya.
"Mail, ikut aku ke kilang" kata Qais apabila melintas Mail yang sedang berdiri sambil melihat telefon di luar pintu bilik.
"Lokman ada maklum apa-apa?" soal Qais sebaik melangkah masuk ke bahagian penumpang hadapan, manakala Mail ke bahagian pemandu.
"Belum lagi" balas Mail sambil enjin kereta dihidupkan.
+++
Puas Qaseh tidur. Sedar-sedar alarm telefon berbunyi. Dilihat ruang di sebelahnya kosong. Sejuk sahaja dirasa tilam. Mana Qais ni. Perlahan nafas dihembus. Apa lagi yang abang sorokkan. Dengan malas Qaseh bangun duduk. Termenung Qaseh berfikir, tidak lama pintu bilik air terbuka.
"Eh, bila abang balik?" soal Qaseh lalu bingkas bangun mendapatkan Qais. Tubuh yang masih menitis air itu dipeluk. Tertawa Qais. Lalu pinggang ramping Qaseh dipaut erat. Hidung mancung Qaseh dicium.
"Baru je balik" balas Qais sambil membalas pandang bersama Qaseh.
"Boleh sayang tau abang ke mana?" soal Qaseh lembut. Bimbang juga kalau salah soalan dia pula yang kena nanti.
"Abang ke rumah Zam. Dia kena pukul masa melawat kilang malam tadi" kata Qais.
"Kena pukul? Zam tak melawan ke? badan sasa cam tu takkan kena pukul pun tak boleh nak lawan balik" soal Qaseh pelik. Qais dah buat muka tak puas hati.
"Abang kenapa pula ni..?" soal Qaseh dengan dahi berkerut.
"Oo.. kalau Zam sasa, kalau abang tak mengaku sasa!" ada bunyi jelous di situ. Qaseh ketawa.
"Abang ni.. orang serius, dia boleh ke situ pulak. Dah la, sayang nak mandi" kata Qaseh lalu melepaskan pelukan pada tubuh Qais tapi Qais pula makin menarik rapat Qaseh padanya hingga dapat terasa lekukan tubuh Qaseh di dada.
"Lepas ni kita mandi" kata Qais lalu mencempung Qaseh ke katil. Terjerit Qaseh dengan tindakan Qais. Ish dia ni tau..
Share this novel