Bab 17

Romance Completed 137990

"Siapa yang cordon kawasan ni?" soal Qais pada salah seorang anggota beruniform yang ada di lokasi kejadian.

"Koperal Mahmud Tuan" balas anggota tersebut.

"Panggil Koperal Mahmud" arah Qais.

"Sekejap saya panggilkan" kata anggota tadi.

"Ray, check CCTV dan saksi bebas jika ada, G buat dusting dan ambil gambar sementara tunggu forensik sampai. Saya dah call tadi, ETA tiga puluh minit" kata Qais.

"Baik Tuan" balas Ray dan G serentak lalu pantas melakukan tugas masing-masing. Tidak lama Koperal Mahmud sampai.

"Ya Tuan, saya Koperal Mahmud" diri diperkenalkan.

"Semasa Cik sampai apa yang jadi?" soal Qais sambil tangan bersedia untuk mencatit butiran yang bakal disampaikan Koperal Mahmud.

"Masa saya sampai, rakannya sedang memangku mangsa di dalam kedai Tuan. Rakan mangsa tidak sedar apa yang berlaku kerana berada di stor tetapi apabila mangsa tidak datang-datang ke stor, rakan mangsa pergi ke depan dan dapati mangsa sedang tersandar di kaunter dalam keadaan berdarah. Mangsa sempat hubungi 999 dan mangsa juga sempat cederakan mata kiri salah seorang suspek dengan rod besi" terang Koperal Mahmud.

"Rod besi?" soal Qais sambil memandang wajah Koperal Mahmud.

"Ya Tuan, rod besi ni sebenarnya mangsa jumpa di tempat buangan barang lebihan construction dah lama disimpan di kaunter kerana sejak akhir-akhir ni banyak dengar kes samun begini, jadi bila suspek bertindak mengacukan parang, mangsa mengambil rod besi ukuran lebih kurang satu meter dihayun ke muka suspek" terang Koperal Mahmud.

"Penyelia kedai ada?" soal Qais.

"Ada Tuan, Cik Rozi, tu. Dia sampai sebaik saya dan rakan setugas sampai. Rakan mangsa yang hubungi dia Tuan" kata Koperal Mahmud sambil menunjukkan ke arah seorang gadis kecil molek berhampiran dengan kereta peronda.

"Okay. Terima kasih Cik Mahmud" kata Qais lalu melangkah menuju ke Rozi penyelia kedai untuk ditemubual.

"Assalamualaikum Cik Rozi, saya Insp Qais, Pegawai Penyiasat kes ni. Boleh saya bertanya pada Cik beberapa soalan?" soal Qais pada Rozi yang sedang berbual dengan beberapa orang gadis lagi, mungkin pekerja di kedai tersebut berdasarkan uniform seven eleven yang dipakai. Rozi yang mendengar terus menoleh ke belakang. Uih, handsomenya abang polis ni. Tersenyum terus Rozi.

"Ya Tuan. Boleh-boleh" balas Rozi dengan senyuman yang manis. Qais hanya anggukkan kepala sahaja tanpa sebarang riak.

"Dah berapa lama mangsa dan rakan bekerja di sini?" soal Qais.

"Lebih kurang empat tahun macam tu la" balas Rozi.

"Cik tahu berkaitan rod yang disimpan di kaunter oleh mangsa?" soal Qais sambil sesekali memerhatikan keadaan sekeliling.

"Tau. Dia ada cakap. Katanya boleh dijadikan senjata kalau ada apa-apa berlaku" kata Rozi.

"Berapa kerugian kedai?" soal Qais.

"Tak banyak empat ratus lima puluh tapi itu total semua termasuk rokok, kalau wang tunai hanya seratus tiga puluh saja" terang Rozi sambil memerhatikan wajah Qais yang berdiri di hadapannya. Untung dia hari ni dapat jumpa abang polis yang handsome, sado lak tu tapi seriusnya. Senyum pun tak, asyik angguk kepala je dari tadi.

"Boleh beri kad pengenalan dan nombor telefon, saya nak catit. Nanti saya akan hubungi Cik untuk ambil keterangan di IPD Ampang" kata Qais. Rozi yang mendengar terus menyerahkan kad pengenalan dan membacakan nombor telefonnya. Setelah selesai dicatit, Qais menyerahkan semula kad pengenalan pada Rozi.

"Okay, itu saja. Terima kasih" kata Qais lalu menyimpan fail ke dalam beg sandang yang dipakai dan mahu melangkah ke arah kedai untuk siasatan lanjut

"Eh.. eh.. Tuan. Boleh beri saya nombor telefon Tuan" soal Rozi. Qais yang mendengar terus menoleh pandang pada Rozi. Tegak saja.

"Nanti kalau ada apa-apa maklumat saya boleh telefon Tuan" kata Rozi.

"Kalau ada maklumat, Cik boleh hubungi Bilik Gerakan Ampang dan maklumkan pada mereka dan mereka akan salurkan maklumat tersebut pada saya" balas Qais dan mula melangkah.

"Er, tapi saya tak tau bila nak ke IPD Ampang, kalau ada nombor telefon Tuan, boleh saya call tanya" Rozi masih lagi tidak putus asa. Qais sudah mendengus. Aku dah banyak kerja, kau sibuk nak nombor telefon aku dah kenapa. Ish! serabut betul la.

"Cik, saya yang akan hubungi Cik nanti dan maklumkan bila tarikh dan masa untuk Cik datang. Selagi saya tidak hubungi, maknanya tak perlu datang lagi" mendatar sahaja intonasinya. Wajah serius dipamirkan. Rozi yang melihat sudah telan air liur. Sombong ya amat! Tidak lama datang salah seorang rakannya menarik lengan Rozi sambil mengangguk dan senyum pada Qais. Tidak buang masa, Qais terus berpusing dan melangkah ke arah kedai. Glove dari beg sandang diambil lalu dipakai.

Hampir dua jam juga Qais berada di tempat kejadian bagi membuat siastan lengkap. Mujurlah Ray dan G tahu peranan masing-masing, memudahkannya lagi menjalankan tugas.

"Ray, G. Dah settle?" soal Qais yang sudah pun berdiri di sisi kereta.

"Dah Tuan" balas Ray dan G serentak yang baru sampai di sisi Qais.

"Kalau macam tu, kita ke hospital sekejap, jumpa mangsa dan doktor yang merawat" pinta Qais lalu menarik daun pintu kereta bahagian penumpang hadapan dan tubuh diloloskan masuk.

+++

"Sand, nak keluar ke?" soal Qais yang baru sampai ke pejabatnya. Dilihat Sand sudah sedia untuk keluar siasat.

"Haah, ada kes rogol" kata Sand sambil mengambil beg sandangnya lalu melangkah ke arah pintu pejabatnya.

"Rogol? mangsa umur berapa?" soal Qais sambil menolak daun pintu pejabatnya.

"Iya.. mangsa umur enam belas tahun, suspek umur lapan belas tahun. Diaorang ni couple, suspek dulu senior di sekolah yang sama dengan mangsa" terang Sand yang sedang menyarungkan kasut di kaki. Qais yang mendengar terus berdiri di muka pintu pejabatnya.

"Kes kantoi la ni?" teka Qais.

"Haah, kantoi la. Mak dengan ayah mangsa ke rumah kakak di Klang, beritahu mangsa mereka tak pulang malam tadi sebab tidur di rumah kakak. Mangsa pula masa tu berdua dengan adik umur lapan tahun. Apa lagi panggil suspek datanglah. Tah macam mana mak dengan ayah balik. Tengok-tengok anak perempuan dia baik punya tengah dok projek dalam bilik. Kantoi la" kata Sand.

"Suka sama suka la ni tapi tetap salah sebab mangsa bawah umur. Suspek tetap kena hukuman juga" kata Qais pula.

"Of course la. Janji mangsa bawah umur, tak kira la suka sama suka ke tak suka ke, hukuman tetap hukuman. Keluarga suspek datang tadi bagitau yang nak kahwinkan anak diaorang. Dia ingat kalau kahwin, hukuman boleh lepas. Memang tak la.." kata Sand.

"Eh, okaylah aku gerak dulu. Nak ke tempat kejadian, forensik dah sampai tu. Fresh case kan." kata Sand lalu laju langkah kaki diatur selepas pintu pejabatnya dikunci. Qais hanya anggukkan kepala sahaja.

Jam di pergelangan tangan dipandang. Dah dekat tengah hari? aduh.. nak ke rumah Qaseh! Laju Qais menyimpan beg dan mengambil tuala untuk bersihkan diri. Mujurlah pejabatnya ada bilik air. Bolehlah dia bersihkan diri dan menukar pakaian sebelum ke rumah Qaseh.

+++

Sebaik sampai, Qais meletakkan motorsikalnya di tepi porch. Helmet dibuka dan diletakkan di atas seat motorsikal. Jaket dan glove ditanggalkan dan kaki melangkah ke arah pintu rumah lalu salam diberi.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Qais masuklah" sapa Datin Adawiyah. Qais mengangguk dan tersenyum.

"Uncle mana?" soal Qais sambil meletakkan jaket dan glove di sofa di ruang tamu.

"Uncle ada, kejap lagi turunlah tu" kata Datin Adawiyah. Tidak lama dilihat Dato' Abbas melangkah menuruni anak tangga.

"Ha, Qais. Sampai pun. Marilah ke meja makan. Tengah hari dah ni" kata Dato' Abbas. Qais yang melihat Dato' Abbas terus menghulur salam, salam disambut lalu Dato' Abbas melangkah menuju ke ruang makan, Qais hanya mengikut dari belakang. Sambil itu kepala tertoleh-toleh juga mencari kelibat Qaseh. Dalam dok mencari rupa-rupanya Qaseh ada di dapur sedang membantu Mak Teha. Aik, kaki dah sihat ke tu, jalan elok je..

"Duduk Qais" pelawa Dato' Abbas sambil melabuhkan duduk, begitu juga Qais.

"Assalamualaikum" ada suara lelaki memberi salam. Dato' Abbas menoleh ke arah pintu dan waktu itu dilihat Faizal dan Ratib yang datang.

"Hah, Faizal, Ratib. Duduklah, langkah kanan ha. Kami pun baru nak makan" ajak Dato' Abbas. Waktu itu Qais yang sudahpun duduk di kerusi sebelah kiri Dato' Abbas terus bangun menghulur salam pada Faizal dan Ratib. Salam disambut mereka walaupun ada riak tidak puas hati. Waktu itu pula, Qaseh sudah pun berdiri di sisi kiri Qais dan tanpa membuang masa terus sahaja Qaseh duduk di situ. Ratib hanya memandang Qaseh dengan ekor mata.

"Hah, Faizal, Ratib duduklah apa lagi. Sini" panggil Datin Adawiyah. Lalu ditarikkan dua kerusi di sebelahnya untuk Faizal dan Ratib. Datin Adawiyah pula mengambil tempat di kanan Dato' Abbas.

"Qais, baca doa" pinta Dato' Abbas. Berubah wajah Ratib. Biasanya Ratib yang membacakan doa makan jika dia ada bersama. Qais yang mendengar terus menadah tangan dan doa di baca lalu diaminkan.

"Awak nak lauk, saya ambilkan" kata Qaseh pada Qais di sisinya.

"Eh, tak apalah saya ambil sendiri" segan pula Qais tambahan pula dengan pandangan Ratib yang tidak puas hati itu. Lagilah rasa tidak selesa. Duduk pula berhadapan dengannya.. apa masalah si Ratib ni pun tak tahu.

"Ha, makan. Ambil lauk. Hari ni auntie masakkan lauk kampung. Ulam pun ada, berselera sikit" kata Dato' Abbas sambil memandang Qais. Qais hanya tersenyum. Yang Qaseh pula tak habis-habis dari tadi melayan Qais. Segan Qais jadinya. Faizal, tak ambil peduli. Janji perutnya kenyang. Dah kenyang nanti baru cerita. Dato' Abbas pula dilihat sangat gembira dan makan dengan berselera. Topik perbualan hanyalah merangkumi isu semasa yang hangat diperkatakan.

"Alhamdulillah.. berselera makan hari ni ramai-ramai macam ni" kata Dato' Abbas sambil berjalan dari ruang makan ke ruang tamu. Diajak sekali semua yang ada ke ruang tamu untuk berbual-bual sementara Datin Adawiyah dan Qaseh pula berada di dapur.

Waktu itu hanya ada Qais dan Faizal di meja makan, makakala Ratib sudah awal-awal lagi mengekori Dato' Abbas ke ruang tamu.

"Aku tak tau la apa yang ada pada kau sampai Q boleh jatuh hati, polis cabuk je pun" kata Faizal pada Qais semasa mereka beriringan berjalan dari ruang makan ke ruang tamu.

"Jangan nanti kau yang makan duit Q" tambah Faizal lagi. Qais terus hentikan langkahnya, bergerak-gerak rahang menahan sabar.

"Apa, tak betul aku cakap?" soal Faizal pada Qais yang sudah tegak berdiri berhadapan.

"Apa niat kau? nak kikis harta?" soal Faizal lagi. Sinis sahaja senyumannya.

"Kalaupun aku tak kaya macam keluarga ni, aku takkan sampai hati makan duit keluarga untuk masuk poket sendiri" balas Qais. Faizal yang baru nak melangkah terhenti langkahnya.

"Kau cakap apa?" soal Faizal yang sudah tegak memandang Qais. Qais senyum sinis.

"Aku tahu, kau faham apa aku cakap" balas Qais pula dengan pandangan tajam pada Faizal.

"Huh! Kau jangan ingat dengan mudah nak masuk dalam keluarga ni Police Officer!" ejek Faizal lalu meninggalkan Qais di tepi tangga. Turun naik dada Qais menahan sabar. Kalau ikutkan marahnya, dah lebam muka si Faizal dikerjakan tetapi dia tidak mahu nanti kecoh pula jadinya. Setelah sedikit reda, kaki menyambung langkah ke ruang tamu.

"Faizal, Ratib dari mana? tak bagitau pun nak datang" soal Dato' Abbas sebaik melabuhkan duduk di sofa di ruang tamu.

"Oh, dari pejabat. Nak melawat Q" jawab Faizal yang juga turut melabuhkan duduk bersama Ratib dan Qais yang baru tiba. Faizal senyum sinis pada Qais.

Tidak lama datang Datin Adawiyah dan Qaseh dengan membawa buah-buahan dan puding pandan. Diletakkan di atas meja bersama piring dan sudu garfu. Datin Adawiyah mengambil tempat di sebelah Dato' Abbas manakala Qaseh pula di sisi Qais. Datin Adawiyah mengambil puding dan sudu kecil lalu diserahkan pada Dato' Abbas, manakala Qaseh pula sibuk melayan Qais. Qais sudah memerah telinganya kerana segan yang Ratib pula masam saja wajahnya melihatkan kemesraan Qaseh dan Qais, sakit matanya. Ikutkan hati nak saja dia pulang tapi tak manis pula lepas makan terus pulang.

"Qais, boleh ikut uncle sekejap?" soal Dato' Abbas sambil menoleh pandang pada Qais.

"Boleh, nak ke mana?" soal Qais turut mengikut Dato' Abbas yang sudahpun bangun waktu itu. Faizal dan Ratib juga turut bangun waktu itu. Memandangkan kecederaan Qaseh tidak teruk dan kakinya juga dilihat sudah semakin baik. Eloklah keduanya beransur balik. Qaseh juga seakan tidak perlukan kehadiran mereka, asyik dengan Qais dari tadi.

"Er, Pak Long, Mak Long. Rasanya saya dengan Ratib nak balik pejabat dululah. Q pun tak ada apa-apa" kata Faizal memandang Ratib tidak bersuara, dah macam orang bisu pulak.

"Nak balik dah?" soal Datin Adawiyah turut berdiri.

"Balik dulu lah Mak Long, lagi pun ada banyak kerja di pejabat tu" akhirnya Ratib bersuara juga.

"Ha, ye lah. Rajin-rajin la datang sini. Faizal, balik nanti sampaikan salam Mak Long pada mak ya" kata Datin Adawiyah.

Faizal dan Ratib menghulur salam pada Dato' Abbas dan Qais pula menghulur salam pada mereka berdua. Kuat Ratib menggenggam tangan Qais sambil mata yang tajam memandang mata Qais tetapi Qais tidak mahu mencari masalah, dibiarkan sahaja tindakan Ratib. Apa masalah dengan mereka berdua ni pun Qais tak pasti. Sebaik Faizal dan Ratib pulang, Dato' Abbas terus mengajak Qais ke bilik bacaan. Qaseh masuk ikut bersama tetapi Dato' Abbas tidak benarkan. Muncung bibir Qaseh tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience