Bab 64

Romance Completed 137990

Qais baru sampai di pejabat setelah selesai berjumpa doktor dan mangsa yang terlibat dengan kes dipukul teman lelaki. Dari pagi tadi selepas sahaja habis mesyuarat pagi, sudah dua kes masuk hari ini. Sibuk punya pasal, tidak sedar sudah jam dua belas tengah hari. Qais sandarkan tubuh pada kerusi sambil mata yang terpejam. Baru nak rehat, telefonnya berbunyi lagi. Telefon atas meja dicapai, White? Aik, ada apa lagi ni. Baru tadi balik ke IPD sama-sama. Dengan malas, icon hijau digesek dan telefon dibawa ke telinga, matanya dipejamkan semula.

"Ya, White" ucap Qais.

"Tuan, anggota tugas Bilik Gerakan dapat makluman yang makcik nasi lemak dipukul dan anggota kereta peronda yang pergi ke tempat kejadian telah hubungi ambulan untuk bantuan rawatan. Makcik tu dah dibawa ke HKL Tuan" sebaik mendengar, terus bulat mata Qais terbuka.

"Teruk ke kecederaannya?" soal Qais.

"Tak pasti Tuan, tapi ada kesan tikam di lengan, bukan sahaja ada kesan dipukul pada muka" kata White.

"Tuan nak pergi tak?" soal White.

"Okay, awak tunggu saya turun bawah. Ajak Ray dan G sekali" arah Qais lalu talian dimatikan. Baru Qais mahu mencapai jaket, telefon berbunyi lagi tetapi kali ini, panggilan dari kaunter aduan.

"Assalamualaikum Tuan" Zila mulakan kata.

"Tuan, saya nak maklum repot yang dibuat oleh anggota Bilik Gerakan mengenai kes ditikam. Mangsa satu perempuan Melayu yang mendapat kecederaan di luka dilengan dan bengkak di muka. Mangsa telah dibawa ke HKL" kata Zila.

"Okay, thanks. Sekejap lagi saya singgah ambil repot polis" kata Qais. Talian dimatikan dan telefon dimasukkan ke dalam pouchbag. Setelah pasti pintu pejabat dikunci, Qais bergegas turun mendapatkan White di hadapan pejabat D9.

"Tuan" White, Ray dan Fauzi serentak menyapa.

"Kita gerak sekarang tapi sebelum tu singgah ke Kaunter Aduan, saya nak ambil repot yang dibuat anggota Bilik Gerakan" kata Qais lalu masuk ke bahagian penumpang hadapan. Tanpa lengah, White terus memandu keluar dari IPD setelah singgah sebentar di Kaunter Aduan. Sampai sahaja di rumah Puan Hamidah, anggota Kereta Peronda telah pun cordon dengan tali kuning. Sebaik dilihat Qais menghampiri rumah tersebut, salah seorang anggota tadi datang memaklumkan perkembangan tempat kejadian. Tidak lama Qais memanggil White dan Ray.

"Menurut maklumat yang diperolehi, orang yang hubungi pihak polis adalah anak kepada jiran Puan Hamidah, seorang remaja perempuan yang kebetulan datang ke rumah Puan Hamidah. Saya nak kamu berdua dapatkan butiran dari remaja ni. Apa yang dia nampak semasa kejadian. Siapa suspek, kenderaan yang digunakan dan adakah pernah nampak suspek sebelum kejadian ini. Go" kata Qais. White dan Ray berpecah untuk dapatkan maklumat, manakala Fauzi pula sibuk mengambil gambar tempat kejadian serta mengambil gambar senjata yang digunakan bersama anggota forensik.

"G" panggil Qais pada Fauzi yang sedang menyimpan peralatan dusting ke dalam begnya.

"Ya Tuan" laju Fauzi datang menghampiri Qais bersama kamera di tangan.

"Dah siap?" soal Qais.

"Dah Tuan, forensik pun tinggal sikit je lagi. Er.. kenapa forensik ada sekali ya Tuan sebab rasanya kes ni kes biasa-biasa ja" soal Fauzi. Qais yang sibuk dengan buku catatan di tangan memandang Fauzi.

"Kamu tau kan mangsa ni yang kes viral tu.." kata Qais. Fauzi angguk sambil bibir dibentuk bulat.

"Oo.. ya la.. lupa. Kira kes menarik la ni" kata Fauzi.

"Tuan" White dan Ray datang hampiri.

"Kalau saya sebut nombor kereta ni mesti Tuan kenal" kata White. Qais kerut kening.

"Eh, ni kereta Faizal" Qais terkejut. Takkan Faizal.

"Ya Tuan, saya minta saksi gambarkan rupa suspek, sama seperti Faizal dan yang seorang lagi saya tunjukkan gambar-gambar suspek yang ada, saksi dapat cam. Taha" kata Ray pula.

"Kau buat apa ni Faizal.." Qais mengumam sendiri.

"Saksi tu dapat hadir beri keterangan tak?" soal Qais.

"Dapat Tuan, saya minta dia hadir ke IPD untuk berjumpa Tuan" kata White.

"Okay, thanks. Nanti bagi butiran pada saya" kata Qais. Setelah selesai siasatan di tempat kejadian, HKL pula menjadi lokasi seterusnya. Berjumpa dengan Puan Hamidah.

+++

"G, tolong ambil gambar kecederaan mangsa" pinta Qais. Puan Hamidah telah di tempatkan di wad setelah keluar dari bilik pembedahan. Luka tikaman di lengannya mendapat lapan jahitan. Walaupun dalam keadaan lemah, Puan Hamidah dapat memberikan kerjasama pada Qais.

"Cik, boleh saya tanya beberapa soalan?" soal Qais yang sudah bersedia dengan buku catatannya. Puan Hamidah angguk.

"Macam mana boleh berlaku?" soal Qais. Puan Hamidah telan liur untuk basahkan tekak. Perlahan suaranya.

"Makcik baru balik dari hospital jumpa anak makcik sebab pihak hospital hubungi dan beritahu pembedahan akan dilakukan esok. Jadi makcik kena sediakan wang dan juga tandatangan dokumen"

"Selepas selesai urusan di hospital, makcik terus pulang ke rumah. Makcik tak perasan yang dia dah ada di kawasan rumah. Bila makcik buka kunci rumah, terus makcik kena tolak dengan dia dan ada seorang lagi kawan dia tapi rasanya macam ketua sebab dia panggil 'bos'. Bos dia marah makcik sebab duit dia bayar tapi video viral tu macam tak ada kesan pada Tuan. Kemudian berlaku pertengkaran dan tah macam mana, lelaki yang dipanggil bos ambil pisau di dapur dan acu pada makcik sebab dia dapat tahu Tuan datang jumpa makcik"

"Lepas tu jadi macam ni la. Tapi sebelum kena toreh dengan pisau, makcik kena tumbuk dengan dia. Lepas tu baru lelaki yang dipanggil bos tu layangkan pisau dan kena pada lengan. Makcik jerit kuat dan kebetulan Huda anak jiran makcik datang bawa lauk yang mak dia kirimkan. Dia dan lelaki yang dipanggil bos terus larikan diri bila nampak Huda nampak apa yang jadi"

"Terima kasih Cik, ada apa-apa nanti saya akan datang lagi" kata Qais pada Puan Hamidah.

Segala keterangan yang diberi Puan Hamidah, Qais catit. Tiada satu pun yang tinggal. Setelah selesai, Qais mengajak ketiga anggotanya pulang ke IPD.

Sebaik sampai di IPD Qais terus menuju ke pejabat Syam untuk maklumkan perkembangan kes.

Tok tok tok

"Masuk"

"Tuan" sapa Qais sebaik daun pintu dibuka. Kebetulan waktu itu Tuan Shukri turut ada dalam pejabat Syam.

"Duduk Q" kata Syam.

"Apa perkembangan kes?" soal Syam. Tanpa lengah, Qais terangkan segala butiran kes dengan terperinci. Syam dan Tuan Shukri angguk dan sesekali diajukan soalan. Hampir dua puluh minit, taklimat ringkas mengenai kes selesai.

"Daftarkan Faizal dan Taha dalam senarai hitam segera. Edarkan gambar kedua-dua mereka pada semua elemen yang bertugas. Maklumkan juga interpol, kita tidak mahu dia lepas lari ke luar negara pula. Dah la sengaja buat fitnah dengan sebar video viral, ni dah cederakan orang pula. Saya nak kamu cadangkan pertuduhan tertinggi yang boleh dikenakan pada dia." kata Tuan Shukri.

"Baik Tuan. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu" kata Qais. Baru sahaja tombol pintu pejabat Syam dilepaskan, telefon bimbit Qais berbunyi. Dayyan.

"Hello" Qais bersuara.

"Q, aku dah dapat dia. Dia cari perlindungan sebab polis cari" kata Dayyan. Bergerak-gerak rahang Qais menahan geram.

"Okay, kau simpan. Aku datang sekarang" kata Qais lalu buru-buru turun tangga untuk ke pejabatnya di belakang. Dalam langkah yang kalut, namanya dipanggil.

"Tuan" jerit Vickey.

"Taha dah dapat!" kata Vickey. Qais terus lencong langkah ke arah Vickey.

"Bila?" soal Qais.

"Baru ni. Dia rempuh sekatan jalan raya yang kita buat tapi waktu tu saya dan Adam tugas cut-off dapat tahan" kata Vickey.

"Good, proses dia dan masukkan ke lokap" kata Qais. Kau tak boleh lari lagi Faizal. Taha pun dah kena tangkap.

+++

"Q" tegur Dayyan sebaik Qais sampai.

"Mana kau jumpa dia?" soal Qais. Kain yang menutup kepala Faizal ditarik dan pipi Faizal ditampar beberapa kali untuk sedarkannya.

"Dia datang Kelab, nak perlindungan. Silap la dia datang kelab aku, memang kena sauk la" kata Dayyan. Faizal yang baru sedar, terkebil-kebil matanya memandang Qais dan Dayyan silih ganti lalu ketawa.

"Betul la selama ini cerita mengenai kau yang aku dengar" kata Faizal.

"What story?" soal Qais lalu menarik sebuah kerusi ke hadapan Faizal dan dilabuhkan duduk.

"Kau" kata Faizal yang tergeleng kepala sambil bibir dibentuk-bentukkan seperti mengejek.

"Aku? kenapa dengan aku?" soal Qais yang tajam memandang wajah Faizal.

"Kau yang arah gangters pukul Hariz sebelum ni dan Dayyan ni yang buat kerja kotor kau kan?" soal Faizal sambil tunding pandang pada Dayyan. Qais angkat bahu.

"Entah" balas Qais lalu memandang Dayyan di sisinya.

"Ye ke Yan?" soal Qais pula. Faizal ketawa.

"Kau tak payah nak buat-buat tak tahu la Qais. Tapi kau agak apa yang Q akan buat kalau dia tahu ini perangai sebenar kau?" soal Faizal. Sangkanya Qais akan marah tetapi jadi sebaliknya pula. Qais ketawa.

"Kau tak payah nak risaukan pasal Qaseh lagipun kau memang suka kalau Qaseh dan aku ada masalah kan. Tu sebab kau sentiasa tak puas hati dan selalu cari pasal dengan aku!" tinggi suara Qais.

"Kau tu orang luar, tapi kenapa kau selalu sibuk masuk campur hal urusan keluarga aku!" balas Faizal juga sudah tinggi suaranya.

"Dari mula lagi aku tak suka kau campur tangan tapi kau sibuk juga dan yang aku tak faham, tiap kali aku susun plan, tak pernah nak kena. You very lucky. Tapi sekarang baru aku faham, semuanya sebab kau selindung kegiatan sebenar disebalik uniform polis tu. Pengecut!" tuduh Faizal.

'Buk'

"Kau jangan nak hina kerja aku Faizal. Aku tak pernah gunakan kerja aku untuk lindungi semua ni!" marah Qais yang sudah berdiri tegak. Terteleng wajah Faizal ke sisi kerana penumbuk yang hinggap.

"Aku tak kan kotorkan tangan aku untuk orang yang sediakala kotor macam kau, Faizal." kata Qais lalu telefon dalam poket diambil dan nombor White didail.

"Yan, bawa dia keluar" kata Qais. Dayyan kemudian memanggil anak buahnya untuk bawa Faizal ke belakang kelab. Di situ, Faizal dilanyak sebelum dia ditinggalkan dan tidak lama White dan Ray sampai lalu menahan Faizal yang sudah lembik kena belasah.

+++

"Abang Long.. tolonglah Faizal, jamin dia supaya dapat keluar dari lokap tu" pinta Puan Nita, ibu Faizal. Waktu itu Qais dan Qaseh baru melangkah masuk ke dalam rumah Dato' Abbas. Petang tadi, Dato' Abbas hubungi Qais supaya datang ke rumah untuk bincangkan hal mengenai Faizal yang ditangkap di atas tuduhan mencederakan orang.

"Qais.. tolong Mak Ngah, jaminkan Faizal" serbu Puan Nita pada Qais yang baru melangkah masuk.

"Nita, sudahlah. Kamu balik lah. Jangan nak susahkan abang Long dan anak menantu abang Long pula" tegur Dato' Abbas.

"Q, tolong pujuk suami Q.. bantu Faizal" Puan Nita dah mengongoi.

"Q tak ada kuasa, itu semua urusan pihak polis" tolak Qaseh perlahan.

"Itu la dianya. Bila susah siapa pun tak nak tolong. Semua lepas tangan" jerit Puan Nita.

"Nita!" Dato' Abbas sudah bangun berdiri.

"Bercakap biar guna otak, jangan sebut sesuka hati. Kalau aku tak bantu naikkan balik syarikat tu, dah lama bungkus. Itu semua punca siapa? Kamu dan Faizal. Itu pun bukan tolong lagi? aku sampai bergadai bergolok naikkan syarikat yang hampir muflis tu, tak cukup lagi. Ni kamu nak aku dengan anak menantu aku bantu kamu dengan Faizal lagi? tak payah mimpi la Nita. Kamu balik la. Aku takkan benarkan anak menantu aku bantu kalau boleh sekalipun" marah Dato' Abbas.

"Kak Teha! bawa Nita keluar, dia tak jumpa pintu" kuat suara Dato' Abbas. Qais, Qaseh dan Datin Adawiyah diam tak berbunyi di ruang tamu itu.

"Tak payah. Aku boleh keluar sendiri" marah Puan Nita lalu dengan kasar mengambil beg tangannya yang berada di sofa lalu terus keluar dari rumah Dato' Abbas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience