Bab 51

Romance Completed 137990

Setelah selesai solat dan mandi, Qaseh memanjat katil dan berbaring. Kepala rasa pening dan berdenyut, mungkin banyak sangat fikir. Qais yang baru keluar dari bilik air tidak diambil peduli. Dua biji panadol sudah selamat ditelan bersama air kosong. Dengan sejuk aircond dan badan yang sudah selesa, cepat sahaja mata mengantuk, ditambah pula dengan panadol yang dimakan tadi mungkin telah memberi kesan. Mata Qaseh makin memberat dan terus terlena.

Selesa dan puas rasa tidurnya, sakit kepala pun dah hilang. Perlahan mata dibuka dapati dirinya elok berada dalam dakapan Qais yang tidak berbaju. Kemas tangan itu melilit tubuhnya. Terkebil-kebil mata Qaseh mendongak memandang Qais. Qaseh cuba merungkaikan pelukan Qais dan mahu bangun tetapi semakin kuat dan rapat pula dia dipeluk, kaki kanan Qais naik ke atas kedua kakinya lalu Qais mengiring dan Qaseh terus hilang dalam dakapan.

"Ish, ingat aku ni bantal peluk!" ngomel Qaseh. Bermacam-macam rasa hadir dalam diri Qaseh, berbelah bahagi. Bila ingat semula kisah lampaunya, rasa seperi ingin ditolak sahaja Qais, tidak rela disentuh. Timbul juga rasa tidak selamat bila bersama Qais. Iyalah, sahabat baik sendiri pun sanggup dijualnya, silap hari bulan isteri pun diperlakukan perkara yang sama. Tapi dari dasar hati berkata, itu semua sudah berlalu. Manusia boleh berubah tapi benarkah Qais berubah? Kekuatan dikumpul lalu tubuh sasa itu ditolak dan pantas Qaseh bangun dari katil.

Qais yang turut sama terlena terpisat-pisat bangun kerana terkejut. Sebaik melihat Qaseh yang sudah bangun dan tergesa-gesa ke bilik air, pantas dikejar Qais. Laju melompat turun dari katil dan menuju ke bilik air. Daun pintu yang ingin ditutup ditahan dengan tangan besarnya. Qaseh sudah cuak.

"Awak nak buat apa ni?" soal Qaseh takut-takut. Bimbang juga Qais akan apa-apakannya.

"Why are running from me?" soal Qais keras sambil memandang wajah Qaseh yang hanya nampak separuh di sebalik daun pintu.

"Er.. mana ada saya lari" tergagap Qaseh membalas. Qais sudah tidak dapat tahan lagi dengan keadaan dirinya dengan Qaseh sejak pagi tadi lagi terus ditolak kuat daun pintu hingga Qaseh terjatuh.

Sebaik pintu terbuka terus Qais melolos masuk bersama ke dalam bilik air. Qaseh yang masih terduduk di atas lantai dihampiri. Perlahan Qais turunkan badan dan kedua kakinya mengepung kiri kanan badan Qaseh. Pucat wajah Qaseh.

"Are you afraid of me, Qaseh?" soal Qais. Wajahnya semakin menghampiri wajah Qaseh sehinggakan Qaseh sudah terbaring di lantai bilik air. Lain sungguh aura Qais. Pandangan matanya juga tajam. Qaseh tertelan liur lalu mata dipejam rapat.

"Answer me Qaseh" nada tidak mendesak sebaliknya ada rasa sayu di situ. Qaseh tidak membalas, hanya kaku memandang Qais. Nafas kuat dihembus. Lalu Qais bangun berdiri dan keluar dari bilik air. Qaseh masih kaku di atas lantai.

+++

"Siap sekarang kita keluar. Saya dah bagitau pada Mak Uda dan ayah yang saya nak bawa awak keluar" kata Qais sebaik masuk ke dalam bilik. Qaseh yang waktu itu sedang menyisir rambut terus menoleh pada Qais di belakang.

"I give you fifteen minute" kata Qais lalu terus meninggalkan bilik dan melangkah turun. Tidak sampai lima belas minit Qaseh yang sudah siap berpakaian turun dari tangga dan mendapatkan Dato' Abbas serta Datin Adawiyah di dapur untuk bersalam.

"Hah, cepat. Lama dah Qais tunggu Q" kata Dato' Abbas.

"Q pergi dulu" kata Qaseh perlahan. Langkah kaki diatur ke pintu, apabila melangkah keluar dapati Qais elok bersandar pada pintu pemandu SUV hitamnya. Nampak sahaja Qaseh berjalan ke arah kereta, laju Qais membuka pintu dan melolos masuk ke bahagian pemandu. Qaseh pula kalut ke bahagian penumpang hadapan. Tidak lama Qais memulakan pemanduan. Diam sahaja suasana di dalam kereta itu, radio juga tidak bersiaran. Qaseh sesekali menjeling pandang pada Qais di sebelah.

"What?" soal Qais yang masih tegak memandang ke depan, fokus dengan pemanduannya. Kalut Qaseh memandang ke depan semula.

"Awak nak bawa saya ke mana?" soal Qaseh pada Qais tapi pandangannya dipusatkan ke hadapan.

"Why? takut kena jual?" soal Qais dengan senyum senget. Qaseh dah cuak.

"You are precious to me. Takkan saya nak buat macam tu" balas Qais. Qaseh dah tak senang duduk. Kenapa dia rasa Qais seperti orang lain? berbeza dengan sebelum dia tahu siapa Qais yang dulu.

Hampir satu jam setengah, sampai juga tempat yang dituju. Qais berhentikan keretanya di tempat parking lalu enjin dimatikan. Setelah Qais turun, Qaseh juga turut sama. Kuat angin pantai menderu. Tenang nampak laut walaupun ada ombak yang memukul pantai. Terlupa Qaseh pada Qais, laju kaki melangkah ke arah pantai. Tambahan pula matahari semakin menyembunyikan diri, semakin cantik permandangan jadinya.

Dari jauh Qais memandang Qaseh yang asyik memandang matahari yang terbenam. Kasut di kaki ditanggalkan lalu disimpan di dalam kereta. Kaki seluar dilipat hingga betis. Perlahan langkah kaki diatur menghampiri Qaseh lalu tubuh ramping itu dipeluk erat dari belakang. Terjatuh sandal dalam pegangan Qaseh ke atas pasir pantai. Ditoleh pada wajah Qais di sisi. Mendung sahaja wajahnya.

"Maafkan abang sayang. Bukan abang nak rahsiakan dari sayang tapi abang takut kalau abang terus terang, abang akan kehilangan sayang" tutur Qais perlahan di telinga Qaseh. Erat pelukan di tubuh itu seakan takut Qaseh meninggalkannya.

"Abang dah banyak berubah sayang, semenjak abang menyertai pasukan polis. Dulu abang hanyut dengan keinginan mahukan kuasa, pengaruh, kesenangan tapi semua tu dah abang tinggalkan. Sebelum ini mungkin pengaruh darah muda, yang sentiasa inginkan cabaran." terang Qais. Tetapi tiada reaksi dari Qaseh. Kaku sahaja tubuh itu.

"Abang faham kalau sayang tak boleh terima abang. Abang tahu, bukan senang untuk terima seseorang yang ada kisah silam yang hitam macam abang. It's okay. Demi orang yang abang sayang dan cinta sepenuh hati, abang rela undur diri" kata Qais lalu pelukan di tubuh Qaseh semakin dilonggarkan dan tanggannya yang tadi memaut rapat pinggang semakin terlerai.

"Selagi kita bernama manusia, tiada yang sempurna" tiba-tiba Qaseh bersuara dan tangan Qais ditarik agar kembali memeluknya. Qais seakan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku. Terus dipaut tubuh Qaseh.

"Abang takkan jual sayang kan?" soal Qaseh pada Qais. Terhambur ketawa lepas dari bibir Qais. Pelukan dilepaskan dan tubuh Qaseh dipusing supaya mengadapnya.

"Kenapa abang kena buat macam tu?" soal Qais sambil memandang mata bening Qaseh.

"Hm.. abang tak kan pukul sayang kan?" soal Qaseh pula. Soalan Qais dibiarkan tergantung.

"Soalan apa yang sayang tanya ni? tak relevan tau" kata Qais sambil mencuit hidung Qaseh.

"Abang nak tanya. Kenapa selepas sayang dapat tau mengenai abang, sayang macam nak lari dari abang? you afraid of me or you feel disgusting to me?" soal Qais ingin tahu.

"Kalau sayang jawab both of that, abang marah?" soal Qaseh pula. Laju Qais menggeleng walaupun ada sedikit terasa perit dengan jawapan Qaseh itu, dia tetap terima.

"Itu hak sayang tapi macam yang pernah abang cakap sebelum ni. Tolong jangan tinggalkan abang andai sayang tahu siapa abang" kata Qais sambil pandangan matanya berlari di serata wajah Qaseh. Mujurlah di tempat awam, kalau tidak sudah lama Qaseh dicumbuinya.

"Sayang akan cuba ikhlaskan hati untuk menerima kisah silam abang but please. Jangan ada rahsia lagi" pinta Qaseh. Qais dah tertelan liur. Abang tak janji sayang.. kata Qais dalam hati.

"I love you so much sayang" ucap Qais lalu tubuh Qaseh ditarik dalam pelukannya dan kedua tangan Qaseh kuat memeluk tubuh sasa itu.

"Love you to abang, so much" balas Qaseh. Setelah pelukan dileraikan Qais memaut jemari Qaseh dengan jemarinya lalu di bawa ke bibir dan dicium sekilas belakang tangan Qaseh. Sandals Qaseh diambil lalu langkah kaki diatur kembali ke kereta. Qaseh mengikut arah jemarinya ditarik hinggalah sampai ke tempat parking kereta.

"Jom" ajak Qais lalu masuk ke tempat pemandu. Kakinya hanya disarung sandals sahaja.

"Kita nak ke mana lagi?" soal Qaseh sebaik tubuh dilolos masuk ke bahagian pemandu.

"Resort" balas Qais sepatah lalu kereta bergerak lagi.

"Boleh sayang nak tanya sikit?" soal Qaseh sambil memandang Qais yang sedang memandu.

"Anything. Abang akan cuba jawab" balas Qais sambil tersenyum.

"Macam mana abang boleh jadi polis kalau dah abang terlibat dengan semua tu?" soal Qaseh ingin tahu.

"Hm.. ada upah tak kalau abang bagitau? sebab ceritanya panjang. Penat juga kalau tak ada upah" usik Qais sebaik enjin kereta dimatikan apabila destinasi yang dituju sudah sampai.

"Ish, mengada nak upah. Tak payah la cerita" Qaseh sudah merajuk. Laju kedua tangan naik memeluk tubuh. Qais ketawa suka bila Qaseh kesayangannya sudah kembali. Jika tidak, mati kutu dibuatnya. Nak dekat pun tak boleh, usah kata nak bergurau begini.

"Okay.. abang akan cerita tapi sekarang ni, kita check-in dulu, mandi bersihkan badan lepas tu kita keluar makan. Boleh sayang?" soal Qais lalu ditarik wajah Qaseh dan bibir itu ditindih lama. Ah.. rindu dia dengan kemanisan bibir merah itu. Terpejam mata Qaseh. Dia juga punyai rasa yang sama. Sebaik bibir dilepaskan, tertunduk Qaseh. Nasib baik kereta Qais ni tintednya boleh tahan gelap. Jika tidak, tak pasal-pasal free show pula.

"Come" ajak Qais sambil tangan dihulur pada Qaseh yang sudahpun keluar dari perut kereta.

"Kita tidur sini ke?" soal Qaseh.

"Kenapa, sayang tak suka?" soal Qais pula.

"No, bukan tak suka.. tapi sayang mana ada bawa pakaian" kata Qaseh perlahan. Qais senyum nipis.

"Ada, semua dah ada. Abang siapkan beg masa sayang tidur petang tadi..mulanya abang tak nak tidur pun tapi hati abang tak kuat. Abang rindu pada my lovely wife. So.. abang tumpang tidur sekali lepas siap kemas beg dan masukkan ke dalam kereta" kata Qais bersungguh.

"Ee.. abang kemas beg? baju apa je yang abang bawa ni?" soal Qaseh. Aduh.. tah apa-apa la agaknya baju yang dibawa.

"Kalau tak cukup, kita boleh shopping kat bandar nanti" Qais seakan tahu apa yang difikirkan Qaseh. Beg dari bahagian belakang kereta dikeluarkan.

"Dah, mari kita ke bilik kita dulu. Come, kita ambil kunci" ajak Qais ke kaunter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience