Bab 56

Romance Completed 138008

Qais tolak daun pintu bilik dan dilihat Qaseh sedang solat subuh. Tidak berlengah, Qais tanggalkan semua pakaian dan masukkan ke dalam bakul kemudian terus ke bilik air. Qaseh yang selesai solat dapati Qais sedang mandi dan setelah siap berpakaian, Qaseh turun ke bawah untuk membantu Puan Adalila menyiapkan sarapan. Kalau ikutkan Qais, hari ni mereka akan pulang ke rumah. Sebaik Qaseh sampai di dapur, dapati Puan Adalila dan Mak Nah sedang berbual-bual.

"Assalamualaikum Mak, Mak Nah" tegur Qaseh. Kedua mereka menoleh sambil menjawab salam.

"Mana Yeed?" soal Puan Adalila apabila melihat Qaseh turun seorang diri.

"Abang tengah mandi lagi masa Qaseh turun tadi. Rasanya abang baru balik tu" kata Qaseh lalu menjenguk ke sinki untuk melihat apa yang dibuat Mak Nah.

"Kalau macam tu, kita masak dulu la. Dah siap masak, Qaseh panggilkan Yeed" kata Puan Adalila.

Tengah kalut memasak sambil berbual, dengar suara beri salam.

"Kak Nah, tolong tengokkan siapa yang datang" pinta Puan Adalila.

"Baik Puan" balas Mak Nah lalu terkedek-kedek melangkah ke arah pintu rumah. Sebaik daun pintu dibuka terjengul wajah muram Mak Su Shikin. Tanpa dipelawa laju Mak Su Shikin masuk.

"Long" panggil Mak Su Shikin.

"La.. Su.. ingat siapa. Sorang je ke?" soal Puan Adalila sambil menoleh ke belakang. Mak Su Shikin terus labuhkan duduk di kerusi.

"Kenapa ni Su?" soal Puan Adalila.

+++

Panas pulak rasa. Qais pusing kiri, pusing kanan. Mata memandang pada penghawa dingin. La.. off. Patut lah panas. Terus dibawa tubuh bangun duduk di birai katil. Leher yang lenguh digosok-gosok. Ditoleh kiri kanan, tiada kelibat Qaseh. Kaki bangun melangkah ke arah pintu bilik dan ditarik daun pintu. Dengar riuh suara di bawah. Siapa yang datang? Daun pintu di tutup semula, jam di dinding diintai. Awal lagi, baru jam sembilan setengah. Tapi dah bangun punya pasal, terus kaki melangkah ke bilik air. Boxer ditanggalkan dan tuala dililit di pinggang.

Hampir dua puluh minit, Qais keluar dari bilik air. Segar rasa badan. Setelah siap berpakaian, kaki melangkah turun. Baru separuh tangga dapat dilihat dari atas ada Mak Su Shikin dan Mak Ngah Yati. Awalnya datang, buat apa pagi-pagi di sini. Qais terus melangkah turun. Belum habis anak tangga dilepaskan. Semua mata yang berada di meja tumpu pandang padanya. Terkaku Qais di situ. Badan ditilik, aku pakai baju terbalik ke apa?

Tiba-tiba Mak Su Shikin bangun dan menyerbu Qais sambil memegang lengannya.

"Yeed.. polis datang rumah tangkap ayah Teh pagi tadi" kata Mak Su Shikin dengan mata yang merah kerana menangis. Terkejut Qais, cepat pulak rakannya buatnya kerja. Tapi elok pun. Buat apa simpan lama-lama.

"Kenapa polis tangkap ayah Teh?" soal Qais lalu melangkah menuju ke meja makan lalu dilabuhkan duduk. Sengaja ditanya walaupun pada hakikatnya dia dah tahu kenapa. Qaseh memandang Qais dan mata mereka berlaga. Qais terus larikan anak mata dari panahan mata Qaseh.

"Polis cakap ayah Teh disyaki terlibat dengan kes bunuh ayah Yeed dan ayah Zam. Betul ke?" soal Mak Su Shikin. Qais berdeham sebelum menjawab pertanyaan Mak Su Shikin. Bimbang, silap kata lain jadinya.

"Betul ke Yeed, takkan lah ayah Teh kamu nak buat macam tu" sampuk Puan Yati pula. Qaseh yang sedang menyenduk nasi goreng menjeling pandang pada Mak Ngah Yati. Kau tak payah sibuk la, jaga anak kau tu dulu baru sibuk hal orang lain. Kata Qaseh dalam hati. Puan Adalila pula hanya diam kerana dia tahu kebenarannya.

"Yeed tak pasti la Mak Su, kalau Mak Su nak tahu Mak Su kena jumpa dan tanya pegawai penyiasat yang handle kes ni" balas Qais general. Qaseh yang sudah ambil semula tempat duduknya tadi hanya pasang telinga.

"Yeed takkan tak boleh buat apa-apa? Yeed kan polis" soal Puan Yati. Kalau aku boleh buat pun, aku takkan tolong orang yang menyebabkan ayah aku mati la!

"Memang Yeed polis tapi kes ni ada pegawai penyiasatnya sendiri" kata Qais sambil menyisip air kopi panas.

"Tapi takkan tak boleh buat apa-apa langsung. Jamin bagi keluar ke" cadang Mak Su Shikin. Qais letak kembali cawan di atas piring.

"Mak Su.. Yeed tak boleh nak pandai-pandai. Kes ayah Teh ada pegawai yang handle. Kena tanya dia" jawab Qais lambat-lambat.

"Apa-apa pun, Mak Su mesti jumpa pegawai yang ambil kes ni" sambung Qais lagi sambil menyuap nasi goreng. Pandai-pandai la urus sendiri, jangan harap aku nak tolong. Aku tak halau keluar pun dah kira nasib baik. Qais berkata dalam hati.

"Huh! ada anak saudara pun tak boleh tolong. Yang Kak Long ni dari tadi senyap je, cuba nasihatkan sikit Yeed ni. Ini tak!" marah Mak Su Shikin. Kering terus air mata yang menitis berjurai-jurai tadi. Eh, suka hati nak marah mak aku! Qais menjeling Mak Su Shikin yang muncung-muncung mulutnya marah.

"Kalau Kak Long cakap pun sama je kalau dah Yeed cakap tak boleh, Su" balas Puan Adalila lembut. Qais dijeling dengan hujung mata. Sedang asyik bertekak telefon Puan Yati berbunyi. Dilihat pada skrin, Lyana yang hubunginya. Terus digesek icon hijau.

"Hah, Ana. Nak apa call mak pagi-pagi macam ni?" soal Puan Yati tanpa mukadimah.

"Mak ni, ingat Ana saja nak call ke? Ana pun sibuk la" marah Lyana.

"Dah tau sibuk call mak buat apa?" marah Puan Yati pula. Yang lain-lain ada di meja makan terus senyap kerana beri peluang pada Puan Yati untuk berbual.

"Tadi, polis call Ana" kata Lyana. Puan Yati dah terkejut.

"Kenapa polis call Ana? kau dah buat apa pula ni Ana?" suara Puan Yati sudah tinggi.

"Eh mak ni, dengar dulu boleh tak?" marah Lyana juga yang sudah tinggi suaranya.

"Khay kena tangkap polis sebab edar dadah. Dia bagi nombor contact Ana pada polis, tu sebab polis call Ana!" balas Lyana.

"Hah! Khay kena tangkap polis?" kuat suara Puan Yati sambil mata tegak memandang Mak Su Shikin. Mak Su Shikin pula sudah pucat wajahnya. Kes pasal suaminya pun tak settle lagi ni tambah pula dengan kes Khay. Qais hanya diam sambil menikmati sarapannya. Qaseh dah tegak memandang Qais. Macam tau je kerja siapa! Qais angkat kening pada Qaseh. Qaseh dah kecilkan mata.

"Kak Ngah, bak sini telefon. Su nak nak cakap dengan Ana" pinta Mak Su Shikin sambil tangan disua pada Puan Yati.

"Ana, ni Mak Su nak cakap" kata Puan Yati lalu menyerahkan telefon pada Mak Su Shikin.

"Hello, Ana. Mak Su ni. Macam mana Khay boleh kena tangkap?" soal Mak Su Shikin.

"Ana tak tau la Mak Su. Polis cuma bagitau yang Khay kena tangkap dan ada dalam lokap sebab jual dadah. Lain-lain Ana tak tahu. Kalau Mak Su nak tau, Mak Su tanya sendiri la. Eh, okaylah Mak su, Ana tengah kerja ni. Ana letak dulu. Assalamualaikum" kata Lyana lalu talian dimatikan.

"Ana! Ana!" panggil Mak Su Shikin marah.

"Huh, ni pun lagi satu. Minta tolong sikit pun tak boleh" marah Mak Su Shikin lalu dihempas telefon di atas meja. Bulat mata Puan Yati bila telefonnya dihempas begitu.

"Eh, Su. Yang kau nak marah anak aku kenapa? dah anak kau tu jual dadah. Memang patut la kena tangkap. Itu pun kira bagus anak aku nak bagitau. Kalau dia buat tak tau je, baru padan muka kau!" Puan Yati sudah berdiri sambil marah. Merah-merah wajahnya bengang.

"Ah, anak kau pun bukan baik sangat. Macam aku tak tau anak kau tu tak habis-habis mengendengkan di Yeed ni padahal si Yeed ni dah sah-sah dah kahwin dengan Qaseh. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!" balas Mak Su Shikin mengejek. Qaseh dan Qais dan berbalas pandang. Ah sudah, ni sampai dah kaitkan mereka pula ni macam dah jauh menyimpang dari cerita asal je ni.

"Kau jaga sikit mulut kau tu Su!" marah Puan Yati sambil menyinsing lengan bajunya. Tergawang-gawang tangan dengan gelang sampai sikunya tu. Qais pandang Puan Adalila.

"Sudah! sudah! kamu berdua ni dah kenapa? kalau nak bergaduh, keluar dari rumah aku ni!" marah Puan Adalila pula.

"Hah, elok lah. Tadi anak tak tolong, ni mak pula halau keluar rumah. Macam ni keluarga?" Mak Su Shikin tinggi suara.

"Kalau macam ni Long, tak guna aku datang sini. Baik aku balik" marah Mak Su Shikin lalu dengan kasar bangun dari kerusi dah terus melangkah ke arah pintu keluar.

"Hah, memang patut pun. Kau tu mana pernah nak datang sini. Dah susah baru nak muncul batang hidung tu!" balas Puan Yati. Puas hatinya dapat kenakan Mak Su Shikin. Itu la, masa senang langsung tak dijenguk adik beradik. Dah susah macam ni baru nak tayang muka, tak payah lah.

"Memang padan mukanya si Su tu. Bangga sangat dengan suami dan anaknya tu sampai kita ahli keluarga pun tak diambil peduli, macam la kita ni nakkan duit dia tu sangat. Sesen pun tak ingin la. Sekarang ni ambil, tuhan dah balas" kata Puan Yati lalu melabuhkan duduk dan air teh diteguk. Kering pula tekak banyak bercakap.

"Tapi Yeed, betul ke kamu tak boleh tolong ayah Teh tu?" soal Puan Yati. Qais meletakkan cawan pada piring lalu wajah Puan Yati dipandang.

"Mak Ngah, saya memang polis tapi sini bukan di bawah pentadbiran saya. Memang polis ni satu Malaysia Mak Ngah. Tiap kawasan ada pegawai masing-masing" kata Qais. Qaseh diam sahaja dari tadi tapi mata tak lepas dari memandang Qais.

"Hm.. tapi elok pun tak ditolongnya Mak Su kamu tu, kena sangat ke batang ke hidung dia. Sekarang ambil la rasa. Biar dia urus sendiri" balas Puan Yati sambil bangun berdiri.

"Long, aku balik dulu la" kata Puan Yati sambil hulur tangan bersalam dengan Puan Adalila.

"Mak Ngah balik dulu" kata Puan Yati tapi belum jauh, tubuh dipusingkan semula. Tujuan asalnya tadi habis terlupa disebabkan kehadiran Mak Su Shikin.

"Er.. Yeed, macam mana ya pasal Ana. Mak ngah risau Ana tu tak ada tempat tinggal kalau Yeed tak tumpangkan Ana di rumah Yeed" kata Puan Yati sebaik melangkah kembali ke meja makan. Qais dipandang.

"Yeed dah carikan rumah untuk Ana, perabot semua lengkap. Ana cuma masuk dengan pakaian je. Deposit pun dah Yeed bayarkan tapi tiap-tiap bulan Ana bayar sendiri la" balas Qais sambil hujung mata menjeling Qaseh. Kalau bab ini, memang dia tak berani. Takut mak singa mengamuk.

"Lah.. buat apa susah payah sewa rumah lain, rumah Yeed kan banyak bilik. Biarlah Ana tinggal salah satu bilik tu. Ke Qaseh yang tak benarkan?" soal Puan Yati sambil menjeling pada Qaseh. Qaseh dah angin, sengaja cari pasal orang tua ni.

"Haah, Qaseh yang tak bagi. Kenapa? kalau susah sangat tak apa, Qaseh boleh pindahkan Ana ke cawangan di Perak ni. Dekat dengan Mak Ngah, lagi jimat kos. Lagi pun Ana biasa dengan kawasan sini, kampung sendirikan" balas Qaseh selamba. Berubah terus wajah Puan Yati. Qais dah senyum sumbing, begitu juga Puan Adalila.

"Huh, kalau macam tu tak apa lah. Mak Ngah balik dulu" kasar saja cakapnya.

Ha! ambil kau. Jangan cari pasal dengan aku. Jangan ingat aku diam, kau boleh pijak-pijak kepala ni. Silap la!

Menonong saja Puan Yati keluar rumah, nampak sangat tak puas hatinya. Tiba-tiba tercetus ketawa dari bibir Qais dan Puan Adalila.

"Apa?" soal Qaseh sambil bergilir pandang pada Qais dan Puan Adalila.

"Garang menantu mak rupanya" kata Puan Adalila sambil menggeleng. Merah wajah Qaseh bila ditegur begitu. Puan Adalila bangun membawa pinggan kotor ke sinki bersama senyuman di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience