Bab 26

Romance Completed 137990

"Q, aku dengar kau nak kahwin" kata Sand yang berdiri di muka pintu pejabat Qais. Qais yang sibuk dengan kerjanya di meja, mendongak memandang Sand.

"Masuk la dulu" kata Qais lalu jari yang laju berlari di atas keyboard berhenti pergerakannya. Qais menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Sand pula sudah melangkah masuk dan melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Qais.

"Apa cerita ni?" soal Sand lagi.

"Ni mesti buah hati yang bagitau pasal aku kan?" usik Qais. Terloret senyuman di bibir Sand.

"Kau jangan nak ubah topik ye" balas Sand sambil membaling pen yang ada di atas meja pada Qais. Ketawa Qais dengan ulah sahabatnya itu.

"Ntah la Sand. Aku buntu sebenarnya" balas Qais serius.

"Apa masalahnya ni? bukan semua dah settle ke?" soal Sand tidak faham.

"Urusan permohonan kahwin memang dah settle atas bantuan boyfriend kau tu" usik Qais lagi.

"Kau ni, cakap macam tu sekali lagi siap kau!" marah Sand. Qais sudah tersenyum sambil geleng kepala. Alah, malu tapi mahu.

"Semua berkaitan majlis aku jumaat ni semua dah settle tapi aku tak bagitau mak aku lagi pasal ni" perlahan saja tutur Qais.

"Kau biar betul?" soal Sand tidak percaya.

"Betul la. Aku berbelah bahagi samada nak bagitau atau tak. Aku takut mak tak setuju" luah Qais bimbang.

"Kau tak boleh macam ni la Q, mak kau tu. Mana boleh nak belakangkan dia" kata Sand. Sedih dan kecewa orang tua tu nanti.

"Habis tu aku nak buat macam mana sekarang ni?" soal Qais lagi.

"Bak sini telefon kau" minta Sand sambil tapak tangan di tadah.

"Kau nak buat apa pula dengan telefon aku?" soal Qais pada Sand tapi telefon tetap juga dihulur.

"Buka la passwordnya ni" kata Sand lalu serah semula pada Qais. Setelah password dimasukkan, telefon diserah semula. Sibuk jari Sand menggesek dan menyentuh skrin telefonnya.

"Eh, kau nak buat apa tu?" soal Qais, Sand pula sudah meletakkan telefon di telinga sambil jari telunjuk naik tegak di depan bibirnya minta Qais diam.

"Hello, assalamualaikum Makcik. Sand ni, Makcik sihat ke?" Sand sudah seronok berbual.

"Kau call mak aku?" soal Qais dengan suara yang ditahan-tahan, besar matanya memandang Sand.

"Ada, saja nak sembang dengan makcik, lama tak jumpa. Kejap ye, Q nak cakap dengan makcik ni, ada hal katanya" ucap Sand lalu menyerahkan telefon pada Qais. Lalu laju dia meninggalkan pejabat Qais. Biarlah, lebih mudah Qais nak berbual nanti. Pintu pejabat Qais ditutup rapat.

Pejam celik pejam celik sudah tiba hari yang dinantikan. Ibu Qais Puan Adalila dan adik Qais, Qaisara baru sampai semalam menaiki kereta HRV yang dipandu Qaisara. Sebelum ibunya bersetuju untuk datang ke majlisnya ini, bernanah juga telinga kena ceramah. Mujurlah ibunya dapat terima cuma sedikit terkilan kenapa boleh jadi sampai begini sekali.

Qais yang berpakaian baju melayu putih lengkap bersongkok dan bersampin warna krim terserlah segaknya. Ibu dan adik Qais pula memakai baju warna biru lembut senada dengan tudung. Datin Adawiyah menyambut kehadiran Qais bersama ibu dan adiknya dengan gembira. Turut hadir kakak Qaseh, Najihah sekeluarga serta beberapa orang bapa saudara Qaseh. Tidak ramai jemputan, hanya yang rapat sahaja. Dato' Abbas mahukan yang wajib disegerakan, untuk majlis meraikan, kemudian sikit pun tidak apa.

Dato' Abbas waktu itu telah pun bersedia di ruang tamu bersama yang lain. Qais melangkah perlahan dan melabuhkan duduk di atas bantal nikah yang disediakan. Manakala ibu dan adiknya berada di belakangnya bersama dulang hantaran. Tidak lama dilihat Datin Adawiyah mengiringi Qaseh menuruni tangga menuju ke pelamin yang disediakan. Terpaku mata Qais memandang Qaseh yang manis bertudung memakai pakaian senada warna dengan pakaiannya.

Dengan sekali lafaz, Qaseh sah menjadi isteri Qais. Setelah Qais selesai solat sunat, Ibu dan adik Qais mengiringinya ke pelamin bagi menyarungkan cincin. Perlahan Qais melabuhkan duduk di sisi Qaseh. Qaseh waktu itu hanya menundukkan wajahnya dan sebaik Qais menghampiri, Qaseh menoleh pandang pada Qais di sisi.

"Ayeed, ambil ni" kata Puan Adalila sambil menghulurkan kotak baldu biru yang terdapat couple ring di dalamnya. Tanpa kata, perlahan Qais mencapai jemari kanan Qaseh lalu menyarung cincin ke jari manis Qaseh, cantik. Sesuai dengan jarinya.

"Sejuknya tangan dia" tegur Qais, terus Qaseh mendongak pandang wajah Qais.

Rapat wajah mereka, nampak bersih dan berseri wajah maskulin itu. Tidak berkelip mata Qaseh. Qais pula sudah tertelan liur. Sabar Qais..

"Qaseh, ambil cincin tu sarungkan pada jari Qais" tegur Datin Adawiyah pula. Kalau dibiarkan budak berdua ni, sampai esok pagi pun tak habis renung-merenung.

Walau dalam teragak-agak, diambil juga cincin itu dan perlahan jemari kasar Qais dicapai lalu disarungkan cincin ke jari manisnya.

"Salam, cium tangan suami" kata Datin Adawiyah lagi.

Qaseh patuh, jemari Qais digenggam dan perlahan menunduk lalu kekura tangan Qais dicium dan tangan kiri Qais naik memegang kepalanya. Qaseh mendongak lalu perlahan Qais menarik dagu Qaseh dan cium dilabuhkan di dahi licin itu. Terpejam mata Qaseh, mengalir satu rasa yang tidak dapat digambarkan, penuh rasa di dada.

"Okay, stay.. stay.." Najihah tiba-tiba bersuara.

"Kejap, nak ambil gambar" kata Najihah lagi.

Merah padam wajah Qais dan Qaseh bila terpaksa kaku dalam keadaan begitu. Sesudah itu, Puan Adalila dan Qaisara bergilir bersalaman dengan pasangan pengantin itu, begitu juga dengan Datin Adawiyah serta Dato' Abbas. Najihah pula sibuk dengan jurufoto yang dibawanya. Tidak habis di situ, macam-macam aksi pula terpaksa Qais dan Qaseh turuti untuk dirakam gambar sebagai kenangan. Merah-merah wajah keduanya kerana segan. Alah, segan la sangat. Padahalnya suka.

"Kak Lila, Sara, tidur sini lah malam ni" kata Datin Adawiyah pada Puan Adalila dan Qairasa di bawah khemah di perkarangan rumah.

"Eh, tak apa lah Datin. Akak tak bawa baju lagi pun esok dah nak balik. Ingat nak buat makan-makan sikit di rumah tu" kata Puan Adalila.

"Nak balik dah? tak sempat nak berbual lama" balas Datin Adawiyah pula.

"Qaseh, nanti ajak Ayeed balik ye, mak ada nak buat makan-makan skit" kata Puan Adalila sambil memegang tangan Qaseh. Cantik orangnya, sesuai dengan Qais.

"In sha Allah mak, nanti saya bagitau Qais" kata Qaseh.

"Qaseh, tak sopan panggil suami dengan nama macam tu" tegur Datin Adawiyah. Tersipu malu Qaseh ditegur begitu.

"Baru-baru lagi, belum biasa ye Qaseh" sampuk Puan Adalila. Qaseh hanya mampu mengangguk sahaja.

"Akak balik dulu ya" kata Puan Adalila lalu bersalam bersama Datin Adawiyah, begitu juga Qaisara.

"Hati-hati bawa kereta Sara" pesan Datin Adawiyah.

Dato' Abbas waktu itu sedang berbual di bawah khemah bersama beberapa orang saudara mara, tergambar lega di wajahnya. Qais pula baru kembali dari dapur dan mahu menuju ke arah Qaseh yang sedang berbual bersama ibu dan adiknya. Sedang kaki melangkah, Qais ditegur seseorang.

"Q" Qais tertoleh ke belakang, sebaik dia kenal dengan orang yang memanggilnya laju langkah diubah arah.

"Sinilah" panggil Dato' Affendi.

"Tak sangka Q jadi ahli keluarga Paksu" kata Dato' Affendi lalu salam dihulur.

"Alhamdulillah.. jodoh" kata Qais sambil tersenyum.

"Saya pun tak sangka Paksu rupanya bapa saudara Qaseh. Paksu pun tak pernah bercerita mengenai keluarga Paksu pada saya" kata Qais sambil tersenyum.

"Iya lah, orang business, cerita pasal business la" balas Dato' Affendi lalu ketawa gembira. Qais hanya mengangguk sahaja.

"Q kenal ke dengan Fendi ni?" soal Dato' Abbas yang datang menghampiri Qais dan Dato' Affendi.

"Apa yang tak kenalnya abang Long, ni la orang yang saya cerita tu." kata Dato' Affendi. Bulat mata Dato' Abbas kerana terkejut.

"Pemilik kilang proses minyak sawit tu?" soal Dato' Abbas tidak percaya.

"Iyalah, sekarang ni kilang milik Q ni dah ada tiga buah beroperasi di Perak dua, Selangor satu dan ada sebuah lagi dalam pembinaan di Johor yang syarikat saya berjaya dapat tender tu" Qais sudah tertunduk. Segan bila hal berkaitan perniagaannya itu dibualkan.

"Abang Long tak tahu pun pasal ni. Pandai Q simpan" kata Dato' Abbas sambil memandang Qais yang sudah serba salah.

"Maaf ayah, bukan saya tak nak bagitahu tapi.."

"Q, ni memang macam ni, merendah diri budaknya. Bertuah abang Long dapat Q ni jadi menantu" kata Dato' Affendi lagi.

"Eh, jangan cakap macam tu, segan saya" kata Qais. Dato' Affendi sudah ketawa sambil menepuk perlahan bahu Qais.

"Tak sangka Paksu, suami Q rupanya Q. Double Q orang cakap" usik Dato' Affendi sambil melepaskan tawa.

Petang itu, banyak yang dibualkan bersama Dato' Affendi dan Dato' Abbas mengenai syarikatnya.

"Oh, jadinya selepas bapa Q meninggal, Q la yang terpaksa uruskan semua ni?" soal Dato' Abbas setelah Dato' Affendi pulang.

"Ya, adik saya, Sara masih study lagi. Tak ada yang dapat membantu" balas Qais. Waktu itu dia dan Dato' Abbas berada di kerusi batu berhampiran air terjun mini.

"Hm.. kenapa Q tak berhenti kerja sekarang dan tumpu pada business?" soal Dato' Abbas pelik. Perlahan Qais menoleh pandang pada Dato' Abbas di sisinya.

"Menjadi Pegawai Polis adalah minat saya dari kecil" balas Qais.

"Tapi kalau dah macam ni, bukan ke susah nak beri tumpuan" kata Dato' Abbas lagi. Terloret senyum di bibir Qais.

"Kalau hati dah minat dan suka, yang susah pun akan jadi mudah. Lagi pun sebulan sekali saya akan ke kilang-kilang ni untuk pantau dan semak apa yang patut. Setakat ni, alhamdulillah. Pekerja saya semua boleh dipercayai" terang Qais

"Q tau pasal ni?" soal Dato' Abbas sambil memandang wajah Qais. Sungguh tidak sangka, anak muda ini bukan calang-calang orangnya tapi merendah diri.

"Qaseh?" soal Qais. Dato' Abbas mengangguk.

"Tak" balas Qais menggeleng.

"Saya tak tahu macam mana nak beritahu lagipun perniagaan saya ni kecil je ayah, segan nak bagitau pada Qaseh." balas Qais menunduk. Betul macam Fendi cakap, Qais merendah diri. Bukan satu kilangnya tapi tiga, ni nak tambah lagi satu. Qais.. Qais..

"It's okay" ucap Dato' Abbas lalu menepuk perlahan bahu Qais lalu berdiri dan meninggalkan Qais sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience