Bab 19

Romance Completed 137990

Sebaik sampai di rumah, Qaseh turun dari motorsikal. Jaket dan helmet diserahkan semula pada Qais.

"Thanks" kata Qaseh sepatah.

"Qaseh, sorry" balas Qais pula. Qaseh hanya tersenyum lalu terus melangkah menuju ke pintu rumah, laju kasut ditanggalkan dan di simpan di rak dan hilang di sebalik pintu. Kuat Qais mengeluh. Aduh..

+++

"Assalamualaikum" Qaseh memberi salam.

"Eh, balik naik apa?" soal Najihah yang sedang menikmati vadai di meja pulau di dapur.

"Naik motor, Qais hantar" balas Qaseh lalu melabuhkan duduk di bar stool. Najihah yang mendengar sudah panjang leher memandang ke belakang.

"Mana Qaisnya?" soal Najihah.

"Dah balik la" jawab Qaseh malas sambil jus oren dalam gelas disisip.

"La.. tak singgah dulu?" soal Najihah. Qaseh hanya menggeleng.

"Kak, kau free tak?" soal Qaseh.

"Kenapa?" soal Najihah pula.

"Boring la, ayah dengan Mak Uda keluar. Kita keluar juga nak?" soal Qaseh. Najihah yang mendengar tak jadi nak menyuap vadai.

"Aik, tadi bukan baru keluar?" soal Najihah.

"Tadi shopping.. ni kita gi hiking nak. Panjat bukit. Lama tak panjat Bukit Dinding. Jom la. Akak bukan buat apa pun. Anak kejap lagi Abang Pian yang ambilkan dari kelas taekwando?" kata Qaseh.

"Jom la.." ajak Qaseh.

"Ish, Q ni kan. Kaki tu baru nak okay, ayah dengan Mak Uda marah nanti" kata Najihah. Kaki baru nak okay dah sibuk nak hiking.

"Jom lah.." ajak Qaseh sambil menarik tangan Najihah.

"Akak tak bawa baju dengan kasut la" laju Najihah menolak. Selalu macam ni lah, dia yang jadi mangsa Qaseh teman hiking. Penat..

"Mengada kau kak, baju dengan kasut Q ada kan. Jomlah" pujuk Qaseh lagi. Qaseh bukan apa, mahu tenangkan diri dan lupakan apa yang berlaku dengan Qais tadi.

"Ye lah.. ye lah.." akhirnya Najihah terpaksa rela juga mengikut Qaseh. Suka Qaseh.

Petang itu, Qaseh dan Najihah menaiki kereta Najihah yang dipandu Qaseh ke Bukit Dinding. Cuaca sedang elok hari ni. Ada juga beberapa orang hiker lain yang baru sampai. Kereta di parking di tepi jalan berhampiran jalan naik ke Bukit Dinding berhampiran gerai air kelapa. Tanpa membuang masa, Qaseh dan Najihah menapak perlahan bersama hiking stick di tangan masing-masing. Waktu itu ada dua orang lelaki berpakaian sukan turut mendaki berada di belakang Qaseh dan Najihah. Mereka hanya tersenyum pada Qaseh semasa Qaseh menoleh pandang ke belakang. Hiker juga kan.. senyum saja la.

Tidak sampai dua puluh minit, Najihah minta berehat seketika. Qaseh hanya menurut memandangkan dia juga penat kerana sudah lama tak ke sini. Waktu itu dua lelaki tadi memintas Qaseh dan Najihah dan berhenti tidak jauh dari tempat Qaseh dan Najihah berehat. Qaseh yang melihat sudah rasa tidak senang hati. Takkan penat juga, nampak macam muda lagi.

"Kak, jomlah gerak" ajak Qaseh.

"Alah.. kejap la. Akak penat tak habis lagi ni" kata Najihah yang masih duduk di atas batu di tepi track. Qaseh sudah rasa tidak sedap hati. Lelaki tadi sudah tertoleh-toleh memandang Qaseh dan Najihah sambil berbual sesamanya. Tiba-tiba kedua-dua lelaki tadi terus menyerbu ke arah Qaseh dan Najihah lalu menolak Qaseh hingga tergelincir ke tebing.

"Q!" jerit Najihah terus cuba mencapai Qaseh yang sudah jatuh tergantung di tebing. Mujur ada akar yang sempat dipaut.

Kemudian kedua-dua lelaki tadi terus melarikan diri. Najihah kalut cuba membantu Qaseh untuk menariknya semula ke atas tetapi tidak berjaya. Waktu itu macam tau-tau, tak ada pula orang lain yang dapat memberi bantuan.

Dalam waktu yang kelam kabut itu, Najihah terdengar seperti suara orang berbual.

"Q, tunggu, akak panggil orang" kata Najihah pada Qaseh yang hanya berpaut pada akar pokok. Najihah pantas bangun dan berlari ke arah suara yang datang.

+++

"Tuan" panggil White pada Qais yang baru sampai di tempat parking.

"Ada apa White" soal Qais sambil turun dari motorsikal dan helmet ditanggalkan.

"Ray bagitau, suspek tadi ada di gerai air kelapa Bukit Dinding" kata Ray.

"Buat apa kat situ?" soal Qais.

"Tak pasti la Tuan. Tapi kata Ray, kedua-dua lelaki yang Tuan nampak tu dah mendaki Bukit Dinding" kata White lagi.

"Maklum Ray, tunggu sampai saya tiba. Jangan buat apa-apa dulu" kata Qais.

"Semetara saya naik pejabat, ambik kereta kita gerak sekarang. Panggil Vickey sekali" kata Qais lalu laju kaki membuka langkah ke arah tangga. Tidak sampai lima minit, Qais turun semula dan waktu itu White telah pun bersedia bersama Vickey dalam kereta.

Hampir tiga puluh minit Qais bersama White dan Vickey sampai di kaki Bukit Dinding. Waktu masih awal, belum ramai yang datang. Waktu itu Ray sudah bersedia menunggu di luar kereta yang diletakkan tidak jauh dari gerai air kelapa Bukit Dinding.

"Macam mana?" soal Qais sebaik sampai di sisi Ray.

"Masih belum turun Tuan. Macam mana? kita nak naik atas ke?" soal Ray.

"Kita gerak. Ray, Vickey tunggu bawah, saya dengan White naik atas" kata Qais. Kerja punya pasal, panjat bukit pun pakai jeans. Layan je la Qais..

Tidak sampai lima belas minit mendaki tiba-tiba ada suara perempuan orang menjerit minta tolong. Pantas Qais dan White berlari ke atas untuk membantu dan telah terserempak dengan seorang perempuan yang sudah termengah-mengah dan berpeluh.

"Tolong.. tolong.. adik saya jatuh!" kata seorang perempuan. Tersekat-sekat suara kerana penat berlari.

Qais dan White yang mendengar terus berlari ke arah perempuan tadi. Semput naik bukit sambil berlari. Nak putus nafas jadinya.

"Cik, adik saya jatuh. Orang tolak. Cepat!" kata Najihah sebaik Qais dan White menghampirinya.

"Eh, Qais!" tegur Najihah. Qais yang melihat Najihah sudah rasa tidak sedap hati.

"Cepat tolong Q" jerit Najihah yang sudah menangis.

"Qaseh?" soal Qais yang terkejut. Bukan tadi dia baru hantar Qaseh balik ke.

"Cepat lah" Laju tangan Najihah menarik Qais supaya mengikutnya.

Sebaik sampai, dilihat Qaseh waktu itu sedang berusaha untuk naik ke tebing dibantu oleh sepasang hiker yang kebetulan terdengar jeritan Najihah minta tolong tadi. Qais yang melihat kejadian itu, terus mendapatkan Qaseh. Tangan Qaseh dipaut dan ditarik bersama bantuan White dan akhirnya Qaseh berjaya diselamatkan. Terus tubuh itu diperiksa, bimbang ada kecederaan di mana-mana.

"Cik tak apa-apa?" soal pasangan yang membantu Qaseh tadi. Qaseh hanya mampu menganggukkan kepala sahaja. Najihah pula terus menarik Qaseh ke dalam pelukannya. Berjurai air mata, takut untuk dia fikirkan andai Qaseh jatuh ke bawah tadi.

"Terima kasih banyak-banyak tolong adik saya" kata Najihah. Pasangan tadi hanya mengangguk dan tersenyum lalu meneruskan pendakian mereka.

Qaseh dibantu Najihah untuk bangun berdiri. Habis bercalar tapak tangan dan dahi serta kotor pakaiannya. Mujurlah Qaseh memakai baju lengan panjang yang agak tebal, jika tidak, tentu calar dan luka lagi banyak pada lengan itu.

"Qais, awak buat apa kat sini?" soal Qaseh pada Qais yang sejak tadi hanya memerhatikan Qaseh.

"Saya ada tugas" kata Qais sepatah. Qaseh.. siapa yang nak sakitkan awak ni.. soal Qais dalam hati. Sampul yang diberi Dato' Abbas pun tidak sempat diteliti. Kenapa pula Qaseh yang menjadi target dan kenapa pula Qaseh yang diugut. Mujurlah kertas ugutan itu dapat ke tangan Dato' Abbas.

White waktu itu sedang bercakap di telefon datang berlari ke arah Qais.

"Tuan, dua-dua suspek tadi berjaya ditangkap. Kebetulan ada Kereta Peronda sedang membuat rondaan rutin di bawah" kata White.

"Okay, bawa balik, buat repot" kata Qais. Kemudian ditoleh seketika pada Qaseh. Bergerak-gerak rahang Qais menahan geram. Tak sabar dia nak bersemuka dengan suspek yang dah menyakiti buah hatinya itu.

"Balik dulu. Saya ada hal. Kejap lagi saya balik IPD. Kunci kereta serah pada saya. Kereta suspek bawa balik sekali, buat searchlist" kata Qais pada White. White hanya mengangguk lalu laju membuka langkah menuruni bukit.

"Kita ke klinik" ajak Qais pada Qaseh yang masih terduduk di tepi hiking track. Track Bukit Dinding ni berturap dengan simen kerikir, bukan track asal dari jalan denai. Jadi kalau penat, boleh sahaja melabuhkan duduk kerana track tidak kotor dengan tanah.

"Q" panggil Najihah.

"Ye" jawab Qais dan Qaseh serentak. Najihah dah tercengang. Lupa, nama panggilan sama.

"Qaseh. Kita ke klinik dulu" ajak Qais sekali lagi. Qaseh akhirnya mengangguk. Najihah membantu Qaseh untuk bangun. Perlahan kaki melangkah menuruni bukit. Qaseh yang berjalan di hadapan bersama Najihah sesekali memandang Qais di belakang. Dapat dilihat riak bimbang pada wajah itu.

Setelah Qaseh menerima rawatan di klinik, Qais menghantar Qaseh pulang. Manakala Najihah pula terus pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan menghantar Qaseh pulang, hanya sunyi yang menemani di dalam ruang kereta itu.

"Awak.. Thanks" ucap Qaseh sambil memandang sekilas pada Qais.

"Qaseh. Lain kali kalau nak ke mana-mana, tolong bagitau saya" kata Qais yang masih tegak memandang ke arah jalanraya.

"Kenapa?" soal Qaseh pelik sambil memusing badan memandang Qais di sisi.

"Qaseh tanya kenapa?" soal Qais. Takkan Qaseh tidak dapat mengagak lagi. Dia dalam bahaya. Qaseh.. Qaseh.. patut lah Dato' Abbas minta dia siasat siapa dalang di sebalik ugutan terhadap Qaseh.

"Qaseh.. awak takkan tak sedar, awak dalam bahaya. Mula-mula samun, lepas tu cuba langgar, ni kena tolak dan nyaris jatuh bukit!" suara Qais sudah tinggi. Qaseh yang mendengar sudah terkejut. Tidak pernah Qais tinggikan suara begini dengannya.

"Sorry sweetheart. You are my priority! saya tak nak ada apa-apa berlaku pada awak, Qaseh.." kata Qais perlahan. Qaseh di sisi sudah tertunduk.

"Dah tu awak nak saya buat apa? duduk terperuk dalam rumah. Macam tu?" soal Qaseh yang sudah mendung wajahnya. Terhela nafas kuat dari Qais.

"Bukan macam tu, at least. Text me. Bagi tau Qaseh nak ke mana. Kalau saya dapat temankan, saya akan temankan. Please Qaseh" lembut Qais berkata sambil menoleh seketika pada Qaseh yang sudah menunduk sambil bermain dengan jari sendiri.

"Okay.." balas Qaseh.

"Promise me?" soal Qais.

"Promise" balas Qaseh sepatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience