Completed
137990
"Okay tak baju yang abang bawa?" soalnya pada Qaseh sebaik keluar dari bilik air. Qaseh waktu itu sedang memunggah pakaian dari beg. Qaseh senyum manis sambil angguk.
"Nasib baik semua yang berkaitan abang ada bawa" kata Qaseh yang sudah lengkap berpakaian dan melipat semula pakaiannya dan disimpan di dalam beg.
"Sayang dah siap?" soal Qais sambil mengeringkan rambutnya. Qaseh yang sedang menyimpan pakaian menoleh pada Qais. Nampak seksi pula Qais malam ni dengan tubuh masih basah dengan air, rambut entah ke mana-mana dan wajah yang segar tu.. hm.. yummy!
"Delicious" ngumam Qaseh dengan pandangan yang masih pada Qais, diteroka habis dari atas ke bawah.
"Sayang cakap apa?" soal Qais yang tidak sedar dia sedang diperhatikan Qaseh. Tajam sahaja pandangan Qaseh.
"Delicious" ulang Qaseh. Qais yang sedang mengadap cermin solek terus memusing ke belakang. Dilihat Qaseh asyik memandangnya, sesuatu sangat pandangan Qaseh. Qaseh ni dah kenapa? risau pulak dia.
"Sayang!" panggil Qais sedikit kuat.Terkelip-kelip mata Qaseh seperti telah kembali ke alam nyata. Kau fikir apa Qaseh.. otak tu jangan nak kuning sangat!
"Ye, ada apa?" soal Qaseh seperti tak ada apa-apa. Qais kerut kening. Terhenti gerakan tanggannya.
"Cepat lah, kata nak makan. Lapar dah ni.." rengek Qaseh.
"Okay.. okay.." balas Qais lalu mengambil pakaian dari katil dan lantas disarungkan ke tubuh. Rambut disisir dan cap disarungkan. Minyak wangi disembur. Siap.
"Jom" ajak Qais sambil menyangkut tuala. Lelaki gitu lah, sekejap saja siapnya. Kalau perempuan.. paling kurang setengah jam. Lotih nunggu..
"Amboi.. wanginya" tegur Qaseh yang sudah bangun dari katil dan mengdapatkan Qais. Disedut sekali wangian dari Qais bersama mata terpejam. Qais ketawa. Apa lain sangat perangai Qaseh ni.
"Mana ada wanginya.." balas Qais lalu bibir Qaseh dicium sekilas. Lapang sedikit rasa dada bila hubungannya dengan Qaseh sudah kembali. Jika tidak, sendat, sesak rasa. Nak bernafas pun rasa perit.
"Let's go. Kita pergi makan" ajak Qais lalu diraih jemari Qaseh ke dalam genggamannya.
"Nak makan apa?" soal Qaseh yang tersenyum di sisi Qais sambil berjalan ke arah pintu keluar bilik.
"Kalau makan sayang boleh?" soal Qais di telinga Qaseh lalu perlahan tubuh itu ditolak ke pintu. Mata bertentang mata, saling memandang. Nafas sudah tidak sekata, degupan jantung pula kuat bekerja. Qais menunduk lalu merapatkan bibir mereka hingga keduanya bertaut dengan penuh asyik. Tangannya memaut pinggang ramping Qaseh dan ditarik rapat hingga terjingkit kaki Qaseh menampung tubuh. Lama dan dalam sekali pautan bibir mereka hingga semput nafas jadinya.
"I can't wait, sayang. I want you now. Can I?" soal Qais dengan suara huskynya.
Qaseh hanya mampu mengangguk, tak mungkin dia akan menolak kerana hati dan perasaan turut mahukannya. Tidak menunggu lama, tubuh Qaseh terus diangkat dan diletakkan di atas katil. Laju sahaja pakaian Qaseh dilucutkan satu-satu, begitu juga dengan dirinya. Bagaikan tidak sabar, terus bibir merah Qaseh dijamah lagi hingga keduanya tercungap. Leher jinjang Qaseh dicium semahunya, habis merah-merah kerana sedutan yang diberi. Tidak cukup di situ dada montok itu pula dikerjakannya hinggalah turun ke kawasan yang satu itu, mendesah Qaseh menikmati rasa. Sungguh bahagia keduanya berkongsi perasaan yang sama.
“Sayang tau tak, masa kecil-kecil dulu, abang suka sangat tengok cerita mengenai polis. Tiap minggu bila cerita tu ditayangkan, abang yang paling awal menanti di depan tv. Di sekolah bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa. Memang polis yang abang sebut” kata Qais sambil mengusap bahu Qaseh yang terdedah.
“Kalau dah abang memang nak jadi polis, macam mana pulak boleh terlibat dengan semua ni?” Soal Qaseh tidak faham.
“Masa study dulu, abang kerja part-time jadi bouncer kelab. Dengan tubuh abang yang sasa macam ni”
“Sasa ke?” soal Qaseh mengusik. Bulat mata Qais.
“Tak cukup sasa lagi ke macam ni?” ada nada tidak puas hati. Qaseh ketawa.
“Tak nak ceritalah” Qais buat-buat merajuk.
“Hey, mana boleh.. Upah dah dapat” marah Qaseh pula.
“Upah tak cukup” sengaja Qais mengusik.
“Tak nak cerita sudah, sayang nak bangun. Nak beli makanan” kata Qaseh lalu bangun dari katil tapi pantas pinggangnya ditarik Qais. Menjerit terkejut Qaseh bila ditarik begitu. Qais ketawa suka.
“Ala.. Merajuk la ni.. Okay.. Okay.. Abang call room service hantar makanan. Kita tak payah keluar” pujuk Qais sambil tubuh Qaseh dipeluk dari belakang.
Bahagian belakang Qaseh yang terdedah dicium dan diusap. Qaseh terpejam mata selesa. Dari belakang sudah beralih ke leher, tangan Qais pula sudah menjalar ke bahagian dada Qaseh. Ah, rasa yang satu itu sudah kembali.
“Sayang.. Kita pospond story abang tu boleh tak?” Soal Qais dengan nafas yang sudah tidak teratur.
“Tak boleh.. Sayang lapar nak makan sambil dengar cerita abang” kata Qaseh lalu laju dia bangun dari katil menuju ke bilik air. Tidak sempat Qais menahan. Terdengar ketawa Qaseh di sebalik pintu bilik air. Tergeleng Qais dengan tingkah Qaseh. Ganggang telefon dicapai lalu pesanan makanan dibuat.
Tidak lama Qaseh keluar dari bilik air dan terus menuju ke arah beg pakaian untuk mengambil baju tidurnya.
Qais pula melangkah masuk ke bilik air untuk bersihkan diri. Hampir dua puluh minit, Qais keluar. Waktu itu dilihat Qaseh dengan wajah masam sedang menantinya di birai katil.
“Eh, kenapa tak pakai baju lagi?” soal Qais sambil melangkah ke arah Qaseh.
“Nak sambung yang tertangguh tadi ke?” soal Qais mengusik. Qaseh sudah muncung wajahnya.
“Mana baju tidur sayang? Tak ada pun” marah Qaseh.
“Hah, tak ada?” Soal Qais lalu dia mengambil beg pakaian Qaseh untuk mencari. Cari punya cari tidak berjumpa. Rasanya sudah dimasukkan sekali tetapi kenapa tak ada.. Terus Qais bangun berdiri.
“Tak ada la..” Qais mengiyakan sambil memandang Qaseh.
“Habis, sayang nak pakai baju apa?” Soal Qaseh yang sudah berdiri sambil memeluk tubuh.
“Ala, tak payah pakai baju. Kalau pakai pun nanti buka juga” usik Qais tersengih sambil berdiri.
“Ee.. Main-main la dia ni!” Marah Qaseh lalu dicapai bantal dan dibaling pada Qais. Pantas Qais menyambutnya.
“Eh eh eh.. Kena makanan nanti” kata Qais ketawa.
“Abang tak ingat nak bawa baju tidur sayang.. Sorry” ucap Qais yang sudah sampai di sisi Qaseh yang masih tegak berdiri.
“Hm.. Sayang pakai t-shirt abang yang ni boleh?” kata Qais lalu menghulur sehelai t-shirt round neck warna biru laut pada Qaseh.
Menjeling Qaseh sambil menyambutnya. Tidak tunggu lama terus tuala dilucutkan dan t-shirt disarung ke tubuh. Qais yang melihat sudah terkebil-kebil. Sabar je la.. tak apa, malam masih muda. Qais senyum senget.
"Apa senyum-senyum?" marah Qaseh. Terus hilang senyum Qais.
"Cepatlah.. sayang dah lapar ni.." Qaseh sudah merengek. Aduh.. ni yang lemah ni..
"Okay.. okay.. abang pakai baju sekarang. Tapi kalau tak tahan sangat, makan la dulu. Makanan dah sampai tu" kata Qais sambil menyarung pakaian.
"Tak nak.. nak abang suap sambil sambung story tadi" pinta Qaseh yang sengaja dimuncungkan bibirnya. Qaseh.. awak ni sayang.. sengajakan.. tak pe, tunggu saya mintak upah double lepas ni.
Setelah tuala disidai, Qais mendapatkan Qaseh yang sudah pun berada di meja kopi sambil bersila di atas sofa. Alahai.. kalau macam ni punya view, tak makan pun tak apa lah.. kata Qais dalam hati apabila melihat Qaseh yang seperti meminta-minta sahaja raut wajah dan caranya. Tangan naik mengusap dada.
"Abang!" panggil Qaseh.
"Apa tercegat situ lagi. Sini la.." panggil Qaseh sambil menepuk sofa di sebelahnya bersama senyum manis. Tak tunggu lama, pantas Qais melabuhkan duduk. Doa dibaca lalu disuapkan nasi ke mulut Qaseh.
"Sedap tak?" soal Qais sambil disuap pula ke mulutnya.
"Sedap.." jawab Qaseh polos sambil angguk. Ala.. comelnya dia.. terus pipi Qaseh dicium sekilas. Ketawa suka Qaseh. Hampir separuh nasi dalam bekas disuap bergilir baru Qais menyambung cerita yang terhenti tadi.
"Nak dijadikan cerita, di kelab tu abang antara boncer yang paling dikenali" sambung Qais. Qaseh dah juihkan bibirnya.
"Ye ke.. kenapa pulak?" soal Qaseh. Qais ketawa.
"Abangkan handsome, sasa.. lagi pun abang rapat dengan pemilik kelab tu dan berpunca dari dia la abang jadi macam tu. Selepas pemilik kelab tu mati, dia serahkan semua pada abang. Walhal abang muda lagi kot masa tu tapi dia percayakan abang. So.. macam tu lah semuanya bermula" terang Qais sambil menyuap nasi pada Qaseh dan dirinya juga.
"Tapi masih tak jawab soalan sayang" kata Qaseh. Penuh-penuh mulut dengan nasi.
"Oh.. pasal tu. Hm.. nak cakap macam mana ya. Mungkin Dia sayangkan abang" kata Qais sambil jari telunjuk tegak ke atas.
"Tak faham.." kata Qaseh lagi.
"Polis banyak kali buat serbuan tetapi tiap kali serbuan ke tempat abang, kebetulan abang tiada dan anak-anak buah memang sangat setia sampai sanggup menangung kesalahan abang pada bahu mereka" perlahan Qais berbicara. Lama Qais diam dengan memandang ke hadapan.
"Abang.." panggil Qaseh sambil jari ditunjukkan pada bibirnya yang terbuka. Qais yang tersedar terus tunduk mencium bibir Qaseh sekilas. Bulat mata Qaseh.
"Abang.. sayang nak nasi la.." rengek Qaseh. Orang mintak nasi tapi diciumnya pula.
"Oh, sorry.. abang ingat sayang nak kiss tadi" kata Qais sambil mengusap rambut Qaseh. Nasi dalam sudu disuakan pada Qaseh.
"Abang fikir apa? jauh sangat perginya" soal Qaseh lalu sudu dari tangan Qais diambil, nasi disudukan lalu dibawa ke hadapan Qais. Qais kerut kening.
"Kenapa?" tanya Qais.
"Abang suap sayang sampai dah habis satu bekas, abang makan sikit je. Biar sayang pula suapkan abang" kata Qaseh lalu disuap pada Qais. Terus tubuh Qaseh dipeluk rapat. Lama sekali hingga Qaseh terpaksa meletakkan nasi di atas meja kopi, bimbang tertumpah. Kemudian belakang tubuh Qais diusap perlahan bersama diciuman pada pipinya. Qais mengeluh perlahan dan pelukan dilepaskan.
"Disebabkan itulah abang diterima untuk sertai PDRM, abang tiada sebarang rekod jenayah. Semuanya kerana anak buah abang yang setia dan sanggup lakukan apa juga demi abang" kata Qais perlahan.
"Abang rasa bersalah sayang" kata Qais.
Share this novel