Bab 63

Romance Completed 137990

Icon hijau digesek.

"Sara, ada apa?" soal Qais.

"Abang Yeed, Sara rasa Abang Yeed patut datang sini. Ada benda Sara nak tunjuk" kata Qaisara.

"Mana?" soal Qais.

"Jap, Sara send location" balas Qaisara. Talian dimatikan dan tidak lama mesej masuk. Location dikenalpasti dan Qais foward pada Dayyan.

Qais : Tukar lokasi, ASAP

Dayyan : Ok

Qais simpan telefon dalam pouchbag lalu helmet disarung. Laju kaki melangkah keluar dan pintu pejabat dikunci.

"Q, nak ke mana?" soal Sand yang baru muncul.

"Aku ada hal" balas Qais.

"Kau nak buat apa?" soal Sand yang menghalang laluan Qais.

"Tak payah risau, aku tau jaga diri" balas Qais lalu menepuk bahu Sand perlahan sebelum melangkah pergi. Sand hanya menghantar Qais dengan pandangan.

Lebih kurang dua puluh minit, Qais sampai ke lokasi yang Qaisara beri. Motor ditongkat dan helmet ditanggalkan.

"Abang Yeed" sapa beberapa lelaki yang ada diluar rumah tersebut. Helmet Qais serah pada salah seorang lelaki tadi.

"Mana Sara?" soal Qais.

"Sini" balas Aiman, lelaki muda berbadan sasa tadi lalu menunjukkan Qais di mana Qaisara berada. Dari luar Qais dengar ada suara perempuan menjerit.

"Kau diam la perempuan! nak kena lagi? aku pun dah lama tak belasah orang!" kuat suara Sara didengar dari luar dan diikuti dengan jeritan perempuan lain bersama makian yang tidak jelas butir katanya. Qais terkejut sebaik kaki melangkah masuk ke bilik tersebut.

"Syasya?" soal Qais sambil memandang Qaisara.

"Ha.. sampai pun Abang Yeed" sapa Sara lalu tangan Qais disalam tapi sebelum itu tangannya dilap dengan kain yang ada di atas meja.

"What happened Sara?" soal Qais sebaik Sara menyalaminya. Tangan Qaisara tidak dilepaskan sebaliknya buku lima yang ada kesan merah itu ditilik.

"Abang Yeed tanya perempuan ni apa yang dia nak buat pada Sara!" kuat suara Sara lalu menyepak betis Syasya. Mentang-mentanglah kakinya panjang, sampai pula dia menyepak tu.

Qais lepaskan tangan Qaisara lalu melangkah ke arah Syasya yang tertunduk di atas kerusi kayu dengan tangan berikat di belakang badan. Kerusi Syasya ditendang sekali. Syasya dongak. Uih, teruk kena belasah. Qaisara dijeling.

"Dia yang cari pasal. Memang itu la makannya" balas Qaisara sambil tayang gigi. Qais menggeleng.

"Hey, apa yang kau nak buat pada adik aku ha?" soal Qais. Syasya tidak membalas sebaliknya hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Abang aku tanya tu jawab la!" tengking Qaisara bersama penumbuk melayang ke pipi Syasya. Menjerit sakit Syasya.

"Aa.. ku min..ta.. maaf" kata Syasya sangkut-sangkut.

"Aku tak suruh kau minta maaf, aku tanya apa kau nak buat pada adik aku!" suara Qais dah tinggi.

"A..kkuu.. uu.." kata Syasya gagap lagi.

'Buk'

Terteleng kepala Syasya bersama darah bersembur.

"Dia upah budak-budak tu untuk rogol Sara!" bersama itu bertubi-tubi tumbukan dilayang ke muka Syasya.

"Hey.. hey.. hey.." tahan Dayyan yang kebetulan sampai.

"Apahal ni?" soal Dayyan terkejut. Dengan Syasya lunyai kena belasah dan tiga orang lelaki lain yang sudah lembik di tepi dinding.

"Woo!! apa dah jadi pada Syasya?" soal Dayyan yang masih memegang lengan Qaisara.

"Sara pukul dia!" jawab Sara sambil merentap lengannya dari pegangan Dayyan.

"What?!" bulat mata Dayyan.

"Budak lelaki tu pun?" soal Dayyan tidak percaya. Qaisara hanya jeling.

"Siapa upah kau?" soal Qais.

"Fai.. zzaall.." balas Syasya tidak jelas. Dengar sahaja nama itu, berubah terus wajah Qais. Penumbuk digenggam. Memang nak mati dia ni!

"Orang yang aku nak kau uruskan tu, Faizal" kata Qais pada Dayyan.

"Kau pasti?" soal Dayyan. Qais hanya beri pandangan tajam pada Dayyan.

"Okay.. okay.." Dayyan angkat kedua tangan.

"Aku gerak dulu, apa-apa aku roger" kata Dayyan lalu terus berlalu.

Qais pandang Syasya lalu berkata.

"Ini last warning aku bagi. Kali ni kau bernasib baik sebab adik aku yang uruskan kau, tapi kalau kau ganggu Sara lagi. Aku yang akan uruskan kau!" Qais beri amaran. Syasya hanya mampu angguk. Memang tak akan ada kali kedua!

"Sara" panggil Qais.

"Ya" balas Qaisara lalu mengikut Qais berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Lain kali jangan pandai-pandai nak urus sendiri. Call abang!" tegur Qais.

"Sorry.. tapi Sara okay la.. Aiman kan ada.." kata Qaisara sambil kenyit mata pada Aiman yang ada di sisinya. Qais toleh pada Qaisara. Ish, dia ni.. aku cakap dia boleh main-main.

"Sara, abang cakap ni. Dengar tak?" soal Qais geram.

"Ye.. dengar.." panjang sahaja balasan Qaisara bersama mata dikerlip-kerlipkan. Ish budak ni!

"Aiman" panggil Qais.

"Next time call abang, jangan pandai-pandai nak ikut kepala Sara ni" marah Qais lalu ditolak pelipis kepala Qaisara.

"Hey, jangan main kepala la!" marah Qaisara sambil menolak lengan Qais. Muncung-muncung bibirnya.

"Maaf Abang Yeed" kata Aiman yang sudah tertunduk.

"Aiman, uruskan semua ni. Sara, ikut abang balik" arah Qais.

"Mana ada helmet.. lagipun kereta Sara macam mana..? balas Qaisara malas. Qais merenung tajam.

"Okay.." laju Qaisara balas.

"Aimaaannn.. pinjam helmet. Nanti tolong bawa balik kereta Sara tau.." pinta Qaisara dengan senyuman manis. Qais jeling. Laju Aiman ambil helmetnya dan serah pada Qaisara dan helmet Qais juga.

"Mm.. Abang Yeed gerak dulu" kata Qais pada Aiman.

"Aiman, saya balik dulu tau" Aiman sudah tersenyum tapi senyumannya terus mati bila pandangan tajam Qais singgah padanya.

"Abang ni, jangan la garang sangat, kesian Aiman" kata Qaisara lalu melambai tangan tapi Aiman hanya keras di celah pintu, tak berani nak respond.

"Dah, cepat. Kita balik" kata Qais.

"Assalamualaikum.." Qaisara dan Qais beri salam.

"Eh, Sara" tegur Qaseh. Qaisara senyum dan laju langkah mahu bersalam dengan Qaseh tapi pergerakannya terhenti bila kolar bajunya ditarik Qais dari belakang.

"Jangan nak sentuh isteri abang tu ye. Badan awak tu kotor! sila mandi sebersih-bersihnya" kata Qais. Qaisara pula sudah terkapai-kapai mahu memegang tangan Qaseh.

"Ish abang ni..!" muncung Qaisara.

"Ye lah.. risau sangat" bebel Qaisara lalu melangkah menuju ke bilik tetamu.

"Eh, mestilah. Isteri abang kot" kata Qais lalu laju melangkah mahu mendapatkan Qaseh tapi langkah tak sampai kerana terasa ada yang menarik bajunya dari belakang. Bila ditoleh, mak?!

"Cakap kat Sara pandai tapi diri sendiri tu tak sedar! Naik mandi baru boleh peluk isteri!" marah Puan Adalila. Qaseh dah ketawa. Qaisara lagi la, siap dijelirkan lidah pada Qais. Kurang asam! laju dia mengejar Qaisara. Pantas Qaisara menyelinap masuk ke dalam bilik dan pintu dikunci. Qaseh dan Puan Adalila sudah ketawa di ruang tamu dengan gelengan.

"Nasihat adik pandai tapi dia pun sama.." ngumam Puan Adalila.

"Hah, Yeed, Sara. Makan nasi, mak dah panaskan nasi dengan lauk" kata Puan Adalila sebaik melihat Qaisara dan Qais yang sedang melangkah ke ruang tamu.

"Boleh juga, lapar ni" kata Qaisara lalu memeluk lengan Puan Adalila yang sedang berjalan ke arah dapur manakala Qais pula sudah dapatkan Qaseh.

"Dah mandi, wangi-wangi macam ni baru boleh peluk" kata Qais pada Qaseh. Qaseh ketawa sambil beriringan berjalan ke meja makan.

"Duduk, mak sendukkan nasi dan lauk" kata Puan Adalila. Sebaik Qaisara mahu menyuap nasi, Puan Adalila menegur.

"Sara, kenapa tangan tu?" soal Puan Adalila. Tidak jadi Qaisara mahu menyuap nasi. Laju kepala memandang Qais dan kemudian membalas pandang Puan Adalila.

"Sara ada latihan tadi, glove lupa bawa. Jadi macam ni la" balas Qaisara sambil senyum sumbing dan Qais dijeling.

"Hm.. macam mana boleh balik sama-sama pulak. Mana kereta Sara?" soal Puan Adalila lagi, dah macam polis pencen.

"Kereta Sara masuk bengkel" laju Qais jawabkan. Walaupun ada rasa sangsi, kepala Puan Adalila angguk juga.

"Dah, makan. Esok ada kelas tak?" soal Puan Adalila lagi.

"Ada, petang. Tak pe, kereta sempat siap. Nanti Aiman datang ambik" balas Qaisara sambil senyum suka pada Qais. Qais jeling tajam.

"Ye la" balas Puan Adalila.

"Qaseh nak air panas? mak buatkan" soal Puan Adalila pada Qaseh yang dari tadi diam di meja makan. Hanya memerhatikan mereka anak beranak bercakap.

"Tak susahkan mak ke?" soal Qaseh.

"Eh, tak lah. Mak buatkan milo ya, boleh cicah dengan roti" kata Puan Adalila lalu bangun menuju ke dapur.

"Terima kasih mak" balas Qaseh.

"Sara" bisik Qaseh.

"Kenapa tu?" soal Qaseh sambil bibir ditunjukkan pada buku lima yang merah-merah. Qaisara senyum sambil menyuap nasi bersama lauk ke mulut.

Setelah selesai makan malam, Qaisara terus hilang ke dalam bilik tidur begitu juga Puan Adalila. Qais dan Qaseh juga sama.

"Abang.. sayang nak tanya sikit boleh?" soal Qaseh sambil memandang Qais di sisinya yang masih duduk di birai katil.

"Sayang nak tanya apa?" soal Qais.

"Erm.. sayang ada tengok di youtube pasal seorang makcik ni, yang dia cakap dia dibayar lima ratus untuk tutup mulut pasal kes anak dia yang nyaris mati. Betul ke? sayang bukan apa tengok komen-komen tu macam tak best pulak bila diaorang salahkan polis" kata Qaseh. Qais lepas nafas.

"Makcik tu pengadu kes abang tahun lepas" kata Qais.

"Seriously?" soal Qaseh tidak percaya.

"Habis tu betul ke apa yang makcik tu cakap?" soal Qaseh perlahan.

"Sayang.. kes ni dah settle pun.. makcik ni viral sebab dia dipaksa" kata Qais tidak mahu berlindung lalu menceritakan apa yang berlaku.

"Maksud abang, Faizal? Si Faizal tu?" soal Qaseh tidak percaya. Qais angguk.

"Kalau sayang nak tahu juga, tangan Qaisara jadi macam tu sebab dia bertumbuk dengan orang yang diupah Faizal melalui Syasya supaya rogol Sara" terang Qais. Naik kedua tangan Qaseh menutup mulut.

"Habis tu Sara macam mana?" soal Qaseh bimbang.

"Sara okay, lunyai budak lelaki tu termasuk Syasya dikerjakan Sara" kata Qais selamba. Qaseh dah buntang mata. Ganasnya..

"Syasya girlfriend Hariz tu ke?" soal Qaseh lagi.

"Ex-girlfriend Hariz and now girlfriend Faizal" kata Qais lalu naik ke atas katil dan bersandar di kepala katil.

"What? biar betul. Mana abang tau?" soal Qaseh yang juga sudah naik dan duduk rapat pada Qais. Cerita menarik ni.

"Lepas kena pukul dulu, Hariz dah putus dengan Syasya, Tan Sri Ghazali bagi kata dua. Samada nak jadi waris bagi semua harta dia atau nak merempat bersama Syasya. Hariz takut dengan ugutan tu jadi dia dah tak ambil peduli pasal Syasya lagi" terang Qais.

"Ada soalan lagi? abang nak baring. Penat.." kata Qais lalu tubuh dibaringkan.

"Eh, jap jap. Kes Sara tadi macam mana?" soal Qaseh yang turut baring bersama Qais.

"Macam mana lagi, macam tu la. Sara tu tough orangnya. Don't worry" balas Qais sambil pejam mata.

"Lepas tu Faizal?" soal Qaseh. Lama tiada jawapan. Bila dijenguk, la.. dah lena rupanya. Qaseh bangun capai suis lampu tidur dan ditekan. Terus gelap bilik tidur mereka, hanya ada bias cahaya dari celah-celah langsir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience