Completed
137990
Hampir jam dua pagi Qaseh tersedar bila terdengar bunyi pintu bilik ditutup. Dalam cahaya samar-samar Qaseh melihat Qais yang baru pulang.
"Awak.." panggil Qaseh sambil bangun duduk lalu lampu sisi ditekan.
"Eh, Qaseh. Tak tidur lagi?" soal Qais.
"Dah tidur tadi tapi terdengar awak balik" balas Qaseh sambil menggosok mata.
"Qaseh tidurlah, saya nak mandi sekejap" kata Qais lalu menanggalkan pakaian dan masukkan ke bakul kemudian terus ke bilik air membrersihkan diri. Hilang mengantuk Qaseh, tubuh disandarkan pada kepala katil sementara menunggu Qais selesai mandi. Tidak lama Qais keluar semula, segar nampak wajahnya.
"Kenapa tak tidur?" soal Qais sambil melangkah ke closet untuk mengambil dan memakai seluar. Setelah itu Qais keluar bersama tuala di tangan sambil mengelap rambut. Qaseh memandang Qais tidak berkelip hinggalah Qais memanjat katil dan menarik Qaseh supaya turut baring bersamanya. Sejuk rasa tubuh Qais selepas mandi.
"Awak pergi mana?" soal Qaseh sambil mendongak memandang wajah Qais.
"Saya jumpa Zam, sepupu saya anak Ayah Ngah. Dah lama tak jumpa, selalu berbual di telefon je, jadi ada masa sikit, saya jumpa lah" balas Qais dengan mata yang terpejam dan dicium sekali dahi Qaseh.
"Zam kerja apa?" soal Qaseh. Terus terbuka mata Qais lalu menunduk memandang Qaseh.
"Kenapa? nak berkenalan?" soal Qais serius. Qaseh dah pelik.
"Bukanlah, tanya je. Ish" Qaseh bersuara tidak puas hati.
Qais mengeluh perlahan.
"Saya dan Zam rapat sejak kecil lagi hinggalah sekarang. Sekolah sama-sama, masuk U pun sama-sama" Qais memulakan kata, digosok perlahan belakang tubuh Qaseh.
"Qaseh, apa yang Qaseh nampak saya adalah seorang pegawai polis tapi selain daripada tu saya ada perniagaan sendiri. Kilang proses kelapa sawit dan juga ladang kelapa sawit. Di Perak ada dua kilang, di Selangor ada satu dan di Johor dalam pembinaan. Zam Pengurus Operasi cawangan di Perak." terang Qais ringkas. Qaseh terkelil-kelip mata memandang Qais.
"Kenapa, tak percaya?" soal Qais yang sudah menunduk memandang Qaseh.
"Kenapa tak pernah bagitahu pada saya?" soal Qaseh, terasa hatinya. Panjang nafas ditarik sebelum jawapan Qaseh dijawab.
"Sorry Qaseh, bukan saya tak nak beritahu tapi.." tergantung ayat Qais.
"It's okay, mungkin awak ada sebab yang tersendiri. Hm.. lagi?" soal Qaseh.
"That's all buat masa ni, kalau saya bagitau semua nanti dah tak ada apa lagi saya nak ceritakan dah" balas Qais, hidung Qaseh dipicit manja.
"Sekarang.. kita tidur, saya mengantuk lagipun dah lewat sangat dah ni" kata Qais lalu lampu meja sisi di sebelah Qaseh dicapai untuk ditutup. Disebabkan jarak lampu yang jauh, secara tak sengaja Qais menindih tubuh Qaseh di bawah. Keras Qaseh tak bergerak.
"Qaseh" panggil Qais sebaik tubuh kembali baring di tempatnya.
"Tiba-tiba diam je, dah tidur ke?" soal Qais pelik.
"Baru nak tidur" balas Qaseh perlahan. Laju jantung Qaseh bekerja. Buat hal la Qais pagi-pagi macam ni.
"Good nite sweetheart" ucap Qais lalu dilabuhkan cium sekilas pada bibir merah itu. Tidak lama, pantas mata layu bagai ditiup-tiup angin.
+++
Hari itu sibuk di kawasan perkarangan rumah dengan majlis esok.
"Sara" panggil Qaseh sewaktu melihat Qaisara yang baru keluar dari biliknya.
"Ya, ada apa" balas Qaisara sambil berjalan ke arah Qaseh yang ada di ruang rehat. Puan Adlila tidak benarkan Qaseh turun ke bawah, diminta rehat di atas sahaja.
"Kena bersanding ke?" soal Qaseh. Puan Adlila tidak beritahu apa-apa pun, Qais pun sama.
"Nak kata sanding, bukan sanding cuma untuk ambil gambar. Lebih kurang macam tu la" kata Qaisara.
"Oh, bukan apa. Akak tengok diaorang tengah siapkan tempat macam pelamin" kata Qaseh.
"Kalau pelamin kenapa? akak tak suka ke?" soal Qaisara sambil meninjau ke bawah khemah yang paling hujung.
"Akak okay je" balas Qaseh.
"Kalau macam tu akak duduk sini, nanti ada orang nak hias inai pada tangan tu tapi ni inai ori tau, guna daun inai, giling sendiri. Dah pukul empat petang ni. Kejap lagi sampai la tu" kata Qaisara.
"Sara nak turun bawah tolong mak. Apa-apa call Sara" pesan Qaisara lalu meninggalkan Qaseh di ruang rehat. Aduh.. boring la pula, tinggal sorang-sorang macam ni. Qais entah ke mana, lepas sarapan tadi terus hilang. Tidak lama Qaisara naik kembali bersama dua orang perempuan separuh umur, di tangannya ada bekas plastik. Mungkin inai giling yang dikatakan Qaisara.
"Akak, sini. Dah sampai. Kita pakai inai" panggil Qaisara pada Qaseh yang berada di anjung.
Wangi bau inai giling ni. Halus sahaja. Penuh sepuluh jari, kaki pun dipakaikan sekali. Kata Qaisara, pakai inai giling lagi cantik warnanya, warna asli. Lenguh juga menanti inai kering, nak ke mana pun tak boleh. Akhirnya terlena Qaseh di ruang rehat. Qaisara bersama dua orang perempuan tadi sudah pulang selepas kerjanya memakaikan inai pada Qaseh selesai.
"Qaseh.." panggil Qais. Hampir satu hari tidak nampak buah hatinya itu. Lah.. tidur rupanya. Boringlah ni, nak buat apa pun tak boleh. Qais melabuhkan duduk di sisi Qaseh yang sedap terlena di ruang rehat. Qaseh yang sedang terlena terjaga apabila terasa ada sesuatu bersama di wajahnya.
"Awak.. bila balik" soal Qaseh. Terkial-kial Qaseh mahu bangun memadangkan jari masih berinai. Pantas Qais membantu.
"Baru lagi. Sini tengok jari" pinta Qais sambil membelek inai di jari.
"Dah kering ni. Dah boleh basuh" kata Qais.
"Ye ke?" soal Qaseh tidak percaya.
"Iya, cuba Qaseh sentuh jari pada pipi, rasa tak daun inai ni dah kering?" soal Qais sambil memerhatikan tindakan Qaseh.
"Ye la.. boleh basuh la kan" tak sabar Qaseh nak basuh. Lenguh dah tangan dan kaki.
Tidak lama Qaseh keluar dan dapatkan Qais. Ditayangkan inai yang merah di jarinya.
"Cantik tak?" soal Qaseh yang berdiri di sisi Qais. Terus Qais menarik Qaseh jatuh ke ribaannya.
"Awak.. orang nampak nanti. Ramai orang kat bawah tu" kata Qaseh sambil cuba bangun.
"Tak ada siapa yang berani naik atas ni" kata Qais lalu dipeluk erat tubuh itu dan pipinya dilekapkan di belakang Qaseh. Dah kenapa pulak, melekap macam kena gam ni.
"Sekejap je, five minute" pinta Qais. Ya la sangat, five minute jadi setengah jam..
+++
Pagi itu awal-awal lagi Maksu Lina sudah datang bersama pembantunya dengan membawa pakaian Qais dan Qaseh. Kata Puan Adlila pengantin turun jam dua belas setengah tengah hari. Tapi kena bersiap awal. Ikutkan sahajalah. Dari atas dapat dilihat, ramai tetamu yang datang, hampir penuh kerusi di bawah khemah. Meriah sekali. Puan Adlila dan Qaisara orang yang paling sibuk tidak kurang juga yang menyibuk, si Lyana. Berbulu mata Qaseh bila lihat Lyana tak habis-habis nak menempel pada Qais sejak pagi tadi. Mujurlah Qais sudah naik ke bilik untuk bersiap. Ish, potong betul.
Setelah bersiap, Maksu Lina mengiringi Qais dan Qaseh turun ke bawah untuk ke meja makan pengantin diapit Qaisara di sisi Qaseh dan seorang lelaki tinggi lampai dan sasa orangnya di sisi Qais, mungkin Zam agaknya. Perlahan pasangan itu berarak ke meja pengantin diiringi lagu pengantin baru. Sebaik Qais dan Qaseh mengambil tempat, pengacara majlis mengumumkan bacaan doa oleh Ayah Ngah bapa saudara Qais.
Meriah majlis pada hari itu, hingga jam empat setengah petang pun masih ada yang datang. Tidak ketinggalan rakan-rakan sekerja Qais. Termasuk Syam bersama Sand, Aniq dan Yus serta Intan dan Caden. Begitu juga anak-anak buah dari team siasatan jenayah.
Penat rasa badan tapi gembira melayan tetamu dan rakan-rakan. Itu belum lagi waktu ambil gambar tadi. Macam-macam posing pula diminta.
"Qais, Q. Ayah nak balik dah" kata Dato' Abbas.
"Nak balik dah?" soal Qaseh.
"Ya, nak balik sana terus" sampuk Mak Uda pula.
"Ayah dan Mak Uda tak nak tidur sehari dua lagi?" soal Qais pula.
"Tak apa la Qais. Nanti lain kali ada masa ayah datang lagi" kata Dato' Abbas pula.
"Iyalah, nanti datang, tidur sini" sampuk Puan Adlila pula.
"In sha Allah. Gerak dulu la ya, assalamualaikum" ucap Dato' Abbas.
"Q, akak balik dulu. Apa-apa boleh call or whatsapp" pesan Najihah pula.
Setelah menghantar Dato' Abbas sekeluarga pulang, Qais berbual bersama Zam di bawah khemah manakala Qaseh pula bersama Qaisara tidak jauh dari tempat Qais.
"Yeed.." meleret sahaja panggilannya. Qais yang sedang rancak berbual dengan Zam menoleh ke belakang. Zam sudah buat muka menyampah.
"Khay" sapa Qais.
"Selamat pengantin baru" ucap Khalida.
"Kau buat apa kat sini Khay?" soal Zam kasar. Khalida menjeling.
"Kau tak payah sibuk la Zam. Bukan majlis kau" balas Khalida. Bergerak-gerak rahang Zam menahan marah.
"You nak apa datang sini?" soal Qais.
"Ex-fiancee I kahwin, takkan tak boleh datang. Lagipun I dijemput. Salah ke?" soal Khalida sambil tersenyum manis. Dijeling Qaseh yang berada agak jauh dari Qais kemudian sengaja dipaut lengan Qais.
"Eh, you ni dah kenapa?" soal Qais sambil menolak pautan tangan Khalida. Zam yang melihat sudah panas hati lalu direntap tangan Khalida.
"Eh, kau balik. Tak payah datang pun tak apa la!" marah Zam.
"Kau jangan sombong Zam" keras suara Khalida.
"I balik dulu Yeed" sengaja dimanjakan alunan suaranya apabila dia melihat Qaseh yang sedang melangkah menghampiri Qais. Ee.. tadi Lyana, ni Khay pulak. Jangan lepas ni ada lagi yang datang nak goda Qais sudah. Memang aku mengamuk. Marah Qaseh dalam hati. Mujur ayah dan Mak Uda dah balik, jika tidak entah apa yang akan mereka fikir.
"Qaseh" panggil Qais lalu menarik tangan Qaseh. Qaseh senyum tapi mata masih lagi memandang Khalida yang berjalan dan sekejap-sekejap menoleh ke belakang.
+++
"Mak, Qaseh naik atas dulu lah. Penat rasa badan layan tetamu siang tadi" pinta Qaseh.
"Rehatlah Qaseh. Mak pun nak masuk bilik juga ni. Lenguh kaki ni berdiri lama. Orang tua macam ni la" kata Puan Adlila pula.
Daun pintu bilik ditolak perlahan.
"Kau simpan dia dulu sampai aku balik esok, tau la aku nak uruskan macam mana" kata Qais di talian. Sebaik melihat Qaseh masuk, terus talian dimatikan.
"Qaseh" sapa Qais lalu telefon disimpan di dalam poket.
"Awak berbual dengan siapa?" soal Qaseh yang sudah merangkak ke atas katil.
"Dayyan" sepatah Qais membalas. Qaseh kerut kening.
"Siapa Dayyan?" soal Qaseh. Berubah wajah Qais bila sedar dia sudah terlepas kata.
"Oh, kawan saya" balas Qais lambat. Siapa Dayyan? macam tak pernah dengar je nama tu. Disebabkan tubuh yang penat, Qaseh biarkan dulu soalan yang ada di fikiran. Apa yang penting, tubuh perlu direhatkan dahulu.
Share this novel