Bab 12

Romance Completed 137990

"Hai Q, lambat sampai pejabat" tegur Sand sebaik melihat Qais melangkah masuk ke pejabatnya. Qais yang mendengar Sand menegurnya hanya menoleh sekilas sebelum tombol pintu pejabatnya dipulas dan ditolak.

"Eh, apasal aku nampak ada benda yang pelik kat kau pagi ni ye?" kata Sand lagi. Qais yang baru separuh melangkah masuk ke pejabat terus memusing tubuh mengadap Sand yang sudah siap beruniform di hadapannya. Berkerut dari Qais. Pelik apanya?

"Apa yang pelik?" soal Qais. Sand waktu itu sudah memerhatikan Qais dari atas ke bawah, bawah ke atas. Ting!

"Helmet kau mana?" soal Sand. Takkan helmet tinggal kat bawah kot.

"Oh.. kau datang naik kereta ek. Tapi dah lama kot kau tak datang naik kereta. Apa mimpi datang naik kereta pulak ni?" soal Sand sambil kedua-dua keningnya dinaikkan. Qais yang mendengar celoteh Sand malas mahu layan dan terus berpusing mahu menutup daun pintu pejabat kerana perlu menukar uniform sebelum hadir mesyuarat. Belum sempat ditutup rapat, tangan Sand menghalang. Terjengul wajah di celah pintu.

"Aku tau.. kau hantar awek kau pergi kerjakan.." usik Sand sambil tersengih-sengih. Qais yang mendengar hanya geleng kepala lalu menolak tangan Sand yang ada di celah pintu. Haish, perempuan ni. Kepoh!

Tidak lama daun pintu pejabat Qais dibuka. Qais waktu itu telah lengkap beruniform sedia untuk hadir ke mesyuarat pagi. Terkejut Qais apabila Sand masih ada di depan pejabatnya.

"Kau nak apa ni?" soal Qais sambil menarik daun pintu lalu menutup rapat dan melangkah laju menuju ke tangga untuk ke bawah. Sand yang ada di belakang pantas mengejar.

"Oit Q, tunggu la. Laju sangat nak ke mana. Metting lewat sikit la hari ni. Bawa-bawa la bersabar" panggil Sand yang kemudiannya berjalan beriringan di bahagian tepi bangunan untuk ke bangunan di hadapan.

"Weh, cakap la. Kau hantar awek nama Qaseh pergi kerja kan?" soal Sand masih tidak puas hati sambil disenggol-senggol lengan Qais.

"Best lah.. kawan aku nak kahwin tak lama lagi" Sand sudah tersenyum-senyum.

"Kita buat sekali lah nak, jimat kos" kata Qais pada Sand yang berjalan di sisinya.

"Buat apa?" soal Sand tidak faham.

"Majlis kahwin. Sekalikan kau dengan Tuan Syam" usik Qais pulak. Bulat mata Sand yang mendengar. Laju bahu Qais ditumbuk.

"Kau ni, mulut.. Buatnya Tuan Syam dengar macam mana?" marah Sand.

"Dengar apa?" ada satu suara menyampuk dari belakang. Kedua-dua sahabat itu pantas menoleh. Alamak, Tuan Syam. Qais sudah tersengih pada Sand. Memerah wajah Sand waktu itu.

"Assalamualaikum Tuan" sapa Qais dan Sand serentak.

"Waalaikumsalam. Tadi saya macam dengar nama saya disebut. Kutuk saya ya" kata Syam yang sudah berjalan di sisi kiri Sand. Sand yang mendengar sudah terkebil-kebil. Qais la ni. Mulut tak ada insuran.

"Eh, tak ada lah Tuan. Mana ada, Q ni ha!" laju Sand membalas sambil menjegil mata pada Qais di sisi. Qais yang melihat hanya buat tidak tahu sahaja.

"Tuan Syam, saya pergi dulu la ya. Saya ada urusan di pejabat rekod" kata Qais.

Sebelum langkah dibuka sempat pula dibisikkan pada Sand.

"Sibuk sangat hal aku kan. Layan jodoh kau tu lagi baik" berkerut wajah Sand. Oo.. kenakan aku, nanti kau Q..

Setelah selesai mesyuarat pagi, Qais laju sahaja mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat menuju ke pejabat. Sand yang melihat, pantas menegur.

"Q, kalut je. Nak ke mana?" soal Sand yang turut sama bersaing langkah dengan Qais.

"Aku nak ke Imigresen Putrajaya, nak semak rekod OKT" balas Qais sambil menoleh pada Sand yang mengikut langkahnya di sisi.

"Pergi sorang ke? nak aku teman. Situ nak parking payah kalau naik kereta sendiri. Naik kereta ada lambang tak apa lagi" kata Sand pada Qais. Di kawasan tersebut bukan boleh sesuka hati meletakkan kenderaan di tepi jalan, tak pasal-pasal kena clamp.

"Oh, tak apa. Aku pergi sendiri je" laju Qais membalas. Sand yang ada di sisi laju menyauk lengan Qais, terhenti langkah di tepi tangga. Kecil sahaja mata Sand memandang Qais. Qais sudah tak senang duduk bila Sand memandang begitu.

"Kau pergi dengan awek tu ek.!" usik Sand yang sudah ketawa.

"Aku ingat kau yang jenis serius dua puluh empat jam ni tak pandai jatuh cinta" giat Sand lagi. Qais malas melayan, laju kaki melangkah turun tangga. Sand di belakang sudah ketawa.

"Kau ni kan" marah Qais bila Sand sudah seiring berjalan dengannya.

"Jadi betul la ni. Amboi, mentang-mentang dah ada awek. Lupa aku terus kau kan" usik Sand lagi.

"Kau kan dah ada Tuan Syam" balas Qais pula. Tak nak kalah.

"Kau ni, perlahan sikit suara tu boleh tak. Dah la pantang sebut nama Tuan Syam tu, terus muncul" marah Sand perlahan.

"Ehem"

"Eh.. Tuan Syam.." tegur Sand sambil menoleh pada Qais di sisi dengan mata bulat. Qais sudah tersenyum.

"Seronok, sembang apa?" soal Syam yang seiring berjalan bersama Qais san Sand.

"Tak ada apalah Tuan. Bual kosong. Saya minta diri dululah. Nak ke Imigresen Putrajaya, takut lewat pulak" kata Qais, lalu laju kaki melangkah meniggalkan Sand bersama Syam. Kuang asam, siap kau Qais lepas ni.

"Awak dah sarapan? kalau belum temankan saya boleh?" pinta Syam. Sand yang mendengar sudah tersenyum.

+++

Qaseh yang baru tiba di pejabat, laju melangkah menuju ke lift. Butang lift ditekan.

"Morning Q" sapa Faizal yang melangkah menghampiri Qaseh.

"Morning" balas Qaseh sekadar menyapa.

"Boyfriend ke?" soal Faizal lagi. Qaseh yang mendengar terus menoleh pada Faizal.

"Tak, yang hantar tadi tu boyfriend Q ke?" soal Faizal lagi.

"Yup, boyfriend" balas Qaseh sambil melihat pada penanda aras lift. Lambat pulak la lift ni pun.

Faizal yang mendengar menganggukkan kepala sambil membentukkan bibir seakan mengejek.

"Kerja apa? macam tak sesuai je dengan Q" lancar sahaja bibir Faizal berkata. Qaseh terus tegak memandang Faizal, kuat tangan menggenggam tali beg. Sibuk betul la dia ni.

"Tak sesuai? dah tu siapa yang sesuai? awak?" soal Qaseh sakit hati. Terdengar Faizal ketawa mengejek.

"Itu pegawai polis yang ambil kes Q hari tu kan?" soal Faizal.

"Bukan apa, boleh ke dia nak support gadis high maintenance macam Q ni. Jangan nanti Q yang tanggung dia, bukan dia yang tanggung Q. Maklumlah, Q kan anak Dato' Abbas, siapa tak kenal dengan Pak Long ahli perniagaan yang berjaya"

"Nak tumpang senangkan.." Kembang kempis hidung Qaseh mendengar bebelan Faizal. Terus dipusing tubuh mengadap Faizal.

"Eh, yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kalau ya pun aku tanggung dia, bukan guna duit kau pun, duit aku!" marah Qaseh. Sakit hati bila Qais diperlekeh begitu. Faizal yang mendengar sudah tersenyum sinis. Tidak lama pintu lift terbuka, Faizal terus melangkah masuk. Dipandang pada Qaseh.

"Tak nak masuk ke?" soalnya pada Qaseh yang sudah merah wajah menahan marah. Bila Qaseh tidak membalas, Faizal hanya mengangkat bahu lalu menekan butang lift dan pintu lift tertutup.

"Sibuk!" marah Qaseh.

"Dah kenapa ni, pagi-pagi muka masam macam ni" tegur Ratib yang baru tiba.

"Eh, Abang Atib, sorry tak perasan" balas Qaseh sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apa lah" sambung Qaseh sambil memandang sekilas pada Ratib yang berdiri di sisinya.

+++

Qais yang sudah menukar pakaian, mencapai kunci kereta lalu daun pintu ditarik. Sebaik pintu terbuka, tersengih Sand di muka pintu. Terperanjat Qais, mujur tak de yang lebam biji mata.

"Kau ni dah kenapa tercegat depan pintu aku ni. Nak tukar profession jadi security pulak ke?" marah Qais. Sand hanya tersengih memandang.

"Kau nak ke Imigresen kan. Tolong semak untuk aku sekali boleh.." pinta Sand lalu menyerahkan dokumen pada Qais.

"Okay" balas Qais lalu menyimpan dokumen yang diberi dalam fail yang dibawa.

"Lupa pula, aku ingat nak cuti la. Seminggu je. Kau gantikan aku boleh? Balik Putrajaya aku isi permohonan" kata Qais sambil mengunci pintu pejabatnya.

"Boleh no hal. Tapi tak pe kau cuti ni?" soal Sand yang berdiri di lorong pejabat itu. Qais yang mendengar terus memandang Sand dengan kening diangkat.

"Tak la, cuti seminggu tu. Tak ada yang rindu ke nanti?" usik Sand sambil tersengih. Qais dah buat muka, malas nak layan.

"Dah lah, aku gerak dulu. Layan merapu kau ni, sampai esok pun tak habis" kata Qais lalu melangkah meninggalkan Sand yang masih tersenyum. Qais.. Qais..

+++

"Dah lama ke sampai?" soal Qaseh sebaik tubuh melolos masuk ke dalam kereta Qais.

"Tak juga, dalam sepuluh minit macam tu" kata Qais pula.

"Kita gerak" kata Qais. Qaseh hanya mengangguk.

Perjalanan ke Putrajaya lancar tanpa sebarang masalah. Qais tenang memandu manakala Qaseh pula lebih selesa memandang ke luar tingkap. Sesekali Qaseh menjeling pandang pada Qais yang tekun memandu. Qais di sisi pula, sedar yang Qaseh kerap mencuri pandang padanya.

"Kalau nak pandang tu, pandang je, tak kena bayar pun" kata Qais dengan wajah yang masih memandang ke depan. Qaseh yang mendengar, terus merah wajahnya. Malu kerana tertangkap.

Qaseh.. Qaseh.. Macam la saya tak nampak awak dok tenung-tenung saya.. awak jangan macam-macam. Jangan buat saya geram. Aumm...

"Qais.." panggil Qaseh meleret.

"Ya Qaseh.." jawab Qais meleret juga. Tertawa suka Qaseh.

"Hm.. awak dah kahwin ke?" soal Qaseh sambil memandang Qais di sisi. Qais yang mendengar tertoleh sekilas pada Qaseh. Berkerut dahi.

"Kenapa tanya macam tu? nampak saya macam lelaki yang dah berkahwin ke?" soal Qais pelik. Dah kenapa pula tiba-tiba tanya soalan yang tak ada dalam skop ni..

"Tak la, saya tak nak nanti ada yang serang saya sebab keluar dengan suami dia" balas Qaseh.

"Aik, sebelum ni berani sangat mengaku saya ni boyfriend" usik Qais.

"Ni bila dah jadi girlfriend saya baru nak tanya" sambung Qais lagi. Qaseh yang mendengar sudah muncung bibirnya. Qais sudah ketawa dengan telatah Qaseh. Aduh Qaseh.. jangan buat macam tu, tambah geram saya nanti.

"Buat la bibir macam tu.. saya tarik lepas tu ikat baru tau" kata Qais pada Qaseh. Qaseh di sebelah sudah menjeling. Dimuncungkan bibirnya lagi ada. Amboi, melawan..

"Saya belum berkahwin Qaseh. Nak kahwin macam mana, jodoh pun baru jumpa" kata Qais. Besar senyum Qaseh bila Qais berkata begitu. Suka.. gatal kau kan Qaseh!

"Siapa jodoh awak?" soal Qaseh. Eleh.. dah tau pun, sengajakan..

"Aci jual maruku" usik Qais. Tersungging senyum di bibirnya.

"Ee.. main-main la dia ni" marah Qaseh. Qais yang mendengar terus tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience