Bab 14

Romance Completed 137990

"Qais" panggil Qaseh sambil memandang Qais yang memandu. Qais menoleh sekilas.

"Ya" jawab Qais sepatah.

"Maaflah, saya dah menyusahkan awak" kata Qaseh dengan wajah yang sugul. Qais mengeluh perlahan.

"Kenapa cakap macam tu. Qaseh tak menyusahkan saya pun" balas Qais serius. Tidak mahu Qaseh menyalahkan dirinya.

"Disebabkan saya, urusan awak tergendala. Disebabkan saya juga awak cedera" kata Qaseh yang sudah menunduk.

"Kalau saya tak ajak awak, pasti awak tak cedera" kata Qaseh lagi.

"It's okay Qaseh. That's my duty" pujuk Qais.

"What duty?" suara Qaseh yang sudah sedikit tinggi. Terkejut Qais dengan perubahan tingkah Qaseh.

"My duty as your boyfriend" balas Qais lembut sambil memandang Qaseh yang sudah berjurai air matanya.

"Awak tak payah nak sedapkan hati saya Qais. Ini semua salah saya, sejak awal lagi memang salah saya" kata Qaseh lagi.

"Qaseh.." pujuk Qais.

Waktu itu Qaseh masih lagi membebel, entah apa lagi yang disalahkan diri sendiri. Melihatkan keadaan Qaseh, Qais terus memberi signal ke kiri lalu keretanya diberhentikan di tepi lebuh raya itu. Lantas tubuh dipusing mengadap Qaseh.

"Qaseh!" panggil Qais lagi, tapi Qaseh masih lagi dengan bebelan dan air mata yang sudah basah di wajahnya.

"Sweetheart" seru Qais perlahan. Senyap terus Qaseh. Terdiam bibir yang sibuk berkata-kata tadi, empangan air mata juga terus terhenti. Lantas mata terus memandang Qais di sisinya. Qais dah cuak. Dah kenapa ni, tiba-tiba senyap.

"Awak panggil apa tadi?" soal Qaseh yang sudah tegak memandang Qais.

"Hah, panggil apa?" soal Qais tidak mengerti.

"Tadi.." suara Qaseh sudah seakan mahu menangis semula.

"Oh.. saya panggil sweetheart" balas Qais laju. Terus tersenyum Qaseh. Tisu di hadapan terus dicapai dan wajah yang basah dengan air mata, pantas dikeringkan. Qais yang melihat sudah terkebil-kebil. Aik, apa dah jadi ni..

"Saya dah okay. Kita balik" ajak Qaseh lalu melemparkan senyuman manis pada Qais. Bagaikan dipukau, Qais terus memberi signal kanan dan pedal minyak ditekan lalu meneruskan pemanduan. Sesekali ditoleh pandang pada Qaseh di sebelah yang sudah terlelap. Tersungging senyuman di bibir Qais.

"Sweetheart. You are my sweetheart Qaseh" tutur Qais perlahan.

+++

"Kita dah sampai ke?" soal Qaseh apabila terasa kereta tidak bergerak.

"Saya isi minyak sekejap" balas Qais.

"Qaseh okay?" soal Qais yang telah memulakan semula pemanduan setelah minyak diisi. Qaseh di sisi hanya mengangguk.

"Qaseh.." panggil Qais. Qaseh di sisi terus menoleh pada Qais.

"Er.. awak ada musuh ke atau awak dah buat sesiapa marah?" soal Qais.

"Kenapa tanya macam tu?" Qaseh pula yang bertanya.

"Saya rasa, kejadian tadi tu bukannya nak ragut awak Qaseh tapi nak cederakan awak" kata Qais sambil memandang sekilas Qaseh di sisi yang sudah terkejut.

"Betul ke? awak jangan nak takutkan saya" kata Qaseh pula.

"Cuba Qaseh fikir betul-betul. Tadi kalau nak kata Qaseh pegang telefon? tak, handbang? pun tak juga. Jadi untuk apa motorsikal tu menuju ke arah Qaseh kalau bukan berniat untuk mencederakan?" kata Qais. Qaseh yang mendengar sudah terdiam seakan berfikir.

"Iya la, telefon saya ada dalam poket, handbag dalam kereta. Apa pun saya tak pegang" baru Qaseh terfikir.

"Tapi siapa diaorang tu?" soal Qaseh pada Qais.

"Itu, saya pun tak dapat nak jawab Qaseh. Kita tunggu hasil siasatan Insp Nasir macam mana" kata Qais. Saya risaukan awak Qaseh. Saya dapat hidu seakan ada bahaya lagi selepas ini.

"Buat masa ni, Qaseh jangan fikir pasal itu semua okay. Sekarang, Qaseh nak saya hantar ke mana? tapi saya rasa dengan keadaan Qaseh sekarang, patutnya Qaseh berehat di rumah" kata Qais sambil menoleh pada Qaseh yang sudah membuang pandang ke luar tingkap.

"Saya nak balik rumah lah. Hantarkan saya boleh. Nanti saya call ayah bagitahu saya tak masuk pejabat" kata Qaseh sebaik memandang Qais yang sedang memandu.

"Okay, saya hantarkan. Dah, tak nak masam macam tu, senyum sikit" usik Qais sambil menoleh sekilas pada Qaseh. Terus Qaseh tersenyum.

"Thanks tau awak" kata Qaseh sambil memandang Qais.

"Welcome. Anything for you Qaseh" balas Qais sambil tersenyum. Qaseh yang mendengar sudah memerah wajahnya. Suka.. suka..

Tidak lama Qais dan Qaseh tiba di perkarangan rumah Qaseh. Waktu itu Qaseh sudah terlena, mungkin kesan ubat yang diberi klinik tadi, kasihan Qaseh.

"Qaseh.. Qaseh.." panggil Qais tetapi tiada jawapan. Aduh.. payah juga nak kejut ni. Dipanggil lagi sekali.

"Qaseh.. Qaseh.. bangun, dah sampai rumah ni" panggil Qais lagi sambil menepuk perlahan lengan Qaseh beberapa kali. Tiba-tiba Qaseh memusingkan tubuhnya mengadap Qais lalu dipeluk rapat lengan itu. Elok di sandarkan kepalanya di lengan sasa itu. Qais sudah keras kaku di situ kerana terkejut.

Qaseh.. awak buat apa ni.. aduh. Jangan goda saya banyak sangat, saya takut saya terbabas nanti..

"Qaseh.. bangun lah" kejut Qais lagi sambil cuba meleraikan pelukan Qaseh di lengannya. Dalam kalut-kalut itu, cermin tingkapnya diketuk. Terkejut Qais. Cuak sekejap apabila melihat wajah seorang wanita separuh umur mengintai di situ. Pasti Datin Adawiyah Mak Uda Qaseh. Kelam kabut Qais menekan power window untuk menurunkan cermin.

"Assalamualaikum Datin. Saya tolong hantar Qaseh balik, kaki Qaseh cedera" terang Qais pada Datin Adawiyah yang sudah mengintai ke bahagian kaki Qaseh sebaik mendengar butiran kata dari Qais.

"Macam mana boleh cedera?" soal Datin Adawiyah terkejut. Aduh mak Datin ni pun, kejut la Qaseh ni dulu kalau nak sembang pun..

"Er.. ada motorsikal cuba langgar Qaseh tadi, mujur saya sempat tarik. Tak cedera teruk tapi saya bawa juga ke klinik. Qaseh mungkin terlena sebab kesan ubat yang doktor beri tadi" terang Qais.

"Qaseh.. Qaseh.. kenapa tak hati-hati.." kata Datin Adawiyah sambil memerhatikan pulasnya Qaseh lena di bahagian penumpang hadapan itu.

"Maaflah, Qaseh ni kalau dah tidur memang macam tu, susah sikit nak bangun. Kalau bom meletup di telinga pun belum tentu dia bangun" kata Datin Adawiyah lagi. Qais yang mendengar sudah serba salah. Nak biar dipeluk terus, atau nak tarik tangannya dari pelukan Qaseh.

"Lagi satu, Qaseh ni kalau tidur memang begitu gayanya, suka memeluk." sambungnya lagi. Ah.. sudah. Takkan nak biar peluk sampai esok kot. Naya!

"Hm.. kalau auntie minta tolong sikit boleh?" soal Datin Adawiyah pada Qais yang sudah memerah telinganya menahan malu.

"Tolong apa?" soal Qais sambil memandang sekilas pada Qaseh di sebelah.

"Angkatkan Qaseh ke biliknya boleh? kalau dibiarkan, sampai malam nanti pun masih dalam kereta ni" kata Datin Adawiyah.

"Angkat?" soal Qais pada Datin Adawiyah. Alah.. buat-buat terkejut pulak. Tadi pun kau dah angkat Qasehkan.. Memerah telinga Qais.

"Er.. tak apa ke?" soal Qais lagi. Tadi masa nak angkat kau tak tanya pun, terus dicempung je Qaseh tu. Ini pandai pulak tanya..

"Tak apa. Lupa pula auntie nak tanya nama. Siapa nama? ni mesti boyfriend Qaseh kan?" soalan Datin Adawiyah memang win. Qais hanya tersenyum nipis.

"Saya Qais, boleh panggil Q" kata Qais sambil cuba meleraikan pelukan Qaseh di lengan. Berjaya juga akhirnya. Apabila melihat pelukan berjaya dileraikan, Datin Adawiyah terus melangkah ke arah Qaseh di bahagian penumpang hadapan. Qais juga begitu.

Pintu kereta dibukakan oleh Datin Adawiyah lalu Qais dengan hati-hati mencempung Qaseh ke dalam dukungannya dan perlahan Qais melangkah menuju ke arah pintu masuk. Datin Adawiyah kalut menanggalkan kasut Qaseh dan berjalan mendahuli Qais untuk menunjukkan bilik Qaseh. Sebaik pintu bilik Qaseh dibuka, Qais laju melangkah dan meletakkan Qaseh dengan perlahan di atas katil dan terus bergerak ke tepi. Datin Adawiyah kemudian membetulkan bantal tidur Qaseh agar lebih selesa dan melapikkan kaki Qaseh yang cedera dengan bantal kecil agar lebih tinggi.

"Q, terima kasih tolong Qaseh. Marilah kita ke bawah" ajak Datin Adawiyah. Kedua-dua mereka melangkah keluar dari bilik setelah pintu bilik ditutup rapat.

"Q minum dulu ya, auntie ada buatkan kuih keria" kata Datin Adawiyah pada Qais.

"Eh, tak apa la Datin. Buat susah-susah saja" tolak Qais. Segan pulak rasanya.

"Jangan macam tu, auntie ada buat kuih keria. Panas lagi. Q duduk dulu" kata Datin Adawiyah lalu laju kaki melangkah ke dapur. Nak tak nak, terpaksa juga Qais menunggu di ruang tamu. Tidak lama Datin Adawiyah datang semula bersama dulang berisi air panas di dalam teko dan kuih keria dalam di piring. Dulang diletakkan di atas meja kopi dan kuih dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

"Q minum teh?" soal Datin Adawiyah yang sudah memegang teko air panas. Qais hanya mengangguk dan Datin Adawiyah terus menuangkan air ke dalam cawan. Segan pula rasanya dilayan begitu.

"Minum lah Q, makan kuih tu sekali" kata Datin Adawiyah lalu melabuhkan duduk di hadapan Qais. Qais kemudian tersenyum lalu mengambil cawan dan menyisip perlahan air teh.

"Q kerja di mana?" soal Datin Adawiyah. Baru Qais nak membuka mulut terdengar orang memberi salam. Laju ditoleh ke belakang. Alamak.. Dato' Abbas! Tiba-tiba pula rasa panas semacam. Tarik nafas Qais.. tarik nafas. Pantas Qais bangun berdiri menanti Dato' Abbas yang sedang melangkah menghampiri ruang tamu.

"Abang, awal balik" tegur Datin Adawiyah sambil mengambil briefcase dan suit dari tangan Dato' Abbas.

"Abang terus balik lepas Q call bagitau dia nyaris kena langgar tadi" balas Dato' Abbas pada Datin Adawiyah tapi mata memandang Qais. Qais sudah tidak senang duduk.

"Siapa ni?" soal Dato' Abbas pada Datin Adawiyah.

"Maaf Dato', saya Qais Qaayed, boleh panggil saya Q. Saya yang hantar Qaseh balik" Qais perkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk bersalam.

"Ni boyfriend Q?" soal Dato' Abbas sambil menyambut huluran Qais.

"Ya, saya" dengan yakin Qais mengakuinya. Datin Adawiyah yang mendengar sudah tersenyum.

"Wiyah, yang awak tersenyum lagi tu kenapa. Air kosong saya mana?" tegur Dato' Abbas. Kalut Datin Adawiyah membuka langkah ke dapur bila ditegur begitu.

"Duduklah. Tak payah nak segan" pelawa Dato' Abbas.

"Terima kasih Dato' " ucap Qais.

"Tak perlu lah nak formal sangat, panggil uncle cukup" tegur Dato' Abbas. Nampak macam okay tapi cara cakap macam garang. Berdebar dada Qais.

"Q kerja di mana?" soal Dato' Abbas berbasi. Dari segi rupa memang handsome, sado lagi. Pandai Qaseh pilih. Kata hati Dato' Abbas. Qais rasa tidak senang duduk bila dia menjadi perhatian Dato' Abbas.

"Saya bertugas di IPD Ampang Dato' " kata Qais.

"Uncle.." tegur Dato' Abbas.

"Ah, ye. Uncle" Qais betulkan kata sambil jari naik menggaru kening yang tidak gatal.

"Polis la ni?" soal Dato' Abbas.

"Ya, uncle. Saya bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah" terang Qais.

Tidak lama Datin Adawiyah datang bersama segelas air kosong dan diserahkan pada Dato' Abbas. Kemudian dilabuhkan duduk di sisi Dato' Abbas.

"Q la yang handle kes Q?" soal Dato' Abbas sambil meletakkan gelas kosong di atas meja.

"Ish, payah pulak bila nama dah sama ni. Uncle nak panggil apa ni, Qais boleh?" soal Dato' Abbas.

"Boleh, tak ada masalah. Ya, saya yang handle kes Qaseh" kata Qais. Dato' Abbas yang mendengar sudah mengangguk.

"Kalau macam tu, Qais makan malam di sini lah. Uncle ada perkara nak bincang. Boleh?" kata Dato' Abbas sambil memandang Datin Adawiyah.

"Wiyah, mintak Kak Teha siapkan bilik tetamu. Qais nak berehat. Beri kain pelikat dengan t-shirt. Ada yang saya baru beli hari tu kan, bagi pada Qais, dia nak mandi. Tuala jangan lupa pula" kata Dato' Abbas pada isterinya. Qais sudah terkedu. Aik, aku tak cakap setuju pun lagi.

"Qais rehat dulu, nanti kita makan malam sama-sama. Uncle nak naik bilik, nak mandi" kata Dato' Abbas lalu bangun meninggalkan Qais dan Datin Adawiyah di ruang tamu.

"Qais minum ya, nanti Mak Teha tunjukkan Qais bilik. Auntie naik atas dulu. Makan kuih ni, jangan segan-segan" pesan Datin Adawiyah lalu meninggalkan Qais.

Aduh.. sesak rasa nafas. Tak sangka pula boleh jadi macam ni. Kuat nafas dihela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience