Completed
137990
Setelah selesai membersihkan diri, Qais melangkah keluar dari bilik air dan mahu menunaikan solat. Sebaik keluar, dilihat Qaseh telah siap bertelekung menunggunya di atas sejadah. Tersungging senyum di bibir. Hm.. dah boleh solat!
Tanpa menunggu lama Qais terus menuju ke closet untuk berpakaian lalu berjalan ke arah Qaseh yang sedang menantinya.
Setelah doa diaminkan, Qaseh menghulur salam lalu kekura Qais dicium dan tangan kiri Qais naik mengusap kepala Qaseh. Ubun-ubun Qaseh dicium perlahan.
"Terima kasih awak jadi imam saya" kata Qaseh. Tidak menunggu lama, tubuh Qaseh ditarik Qais ke dalam pelukannya.
"Most welcome Qaseh" balas Qais.
"First time kita solat bersama" kata Qais bersama senyuman.
"Qaseh, kita balik awal sikit boleh tak?" soal Qais pada Qaseh yang masih dalam pelukannya. Terus dada Qais ditolak perlahan.
"Balik awal, kenapa?" soal Qaseh sambil membetulkan duduknya.
"Saya ada hal sikit" balas Qais.
"Oh.. Pukul berapa? saya nak kemaskan beg" soal Qaseh sambil menanggalkan telekung lalu dilipat.
"Lepas sarapan dalam pukul sembilan macam tu" kata Qais.
"Tapi tak apa ke kita balik awal. Kesian pula pada mak dan Sara nak kemas rumah" kata Qaseh.
"Qaseh.. bukan mak dan Sara yang buat pun, diaorang monitor je, orang lain yang buat semua tu.." balas Qais lalu dicuit hidung mancung Qaseh. Muncung bibir itu.
'Cup'
Sepantas kilat bibir Qaseh disapa.
"Awak..!" marah Qaseh.
"Kenapa?" sengaja Qais bertanya.
"Tak cukup, kejap sangat" balas Qaseh mengada. Bulat mata Qais mendengar. Nak kena ni.. pantas ditarik Qaseh ke dalam pelukannya, habis digomol dan digeletek. Terjerit-jerit Qaseh menahan geli.
"Abang Ayeed! Abang Ayeed!" terdiam Qais dan Qaseh apabila mendengar suara orang memanggilnya. Lalu Qais bangun menuju ke pintu bilik dan daun pintu ditarik.
"Eh, Lyana. Buat apa pagi-pagi kat sini?" soal Qais pelik.
"Abang Ayeed buat apa kat dalam tu sampai terjerit-jerit. Tak malu ke?" soal Lyana. Qais senyum senget.
"Buat apa yang patut suami isteri buat la" balas Qais selamba.
"Ee.. abang Yeed ni gatal!" marah Lyana lalu terus berlari turun.
"Apa kena dia ni?" soal Qais sendiri.
"Siapa tu?" soal Qaseh yang sudah siap mengemas sejadah.
"Lyana" balas Qais sambil menutup pintu. Ish, kacau betul la.
"Mana dia? Nak apa datang pagi-pagi ni?" soal Qaseh.
"Ntah, biarlah" balas Qais.
"Eh, Qaseh nak ke mana?" soal Qais bila melihat Qaseh sudah siap dan mahu melangkah keluar.
"Nak ke dapur la" balas Qaseh lalu daun pintu ditarik dan terus keluar. Kuat Qais menghela nafas. Ish!
"Yeed, sini sarapan" panggil Puan Adlila.
"Mana Ana?" soal Qais. Laju Qaseh toleh memandang Qais.
"Balik dah, dia datang sekejap je ambil baju" kata Puan Adlila sambil melabuhkan duduk.
"Baju apa?" soal Qais pelik.
"Semalam dia bawa baju nak tidur sini tapi tah macam mana tak jadi, terus balik. Itu yang datang ambil bajunya tu" terang Puan Adlila. Qais hanya menggeleng. Aneh-aneh Ana ni.
Selepas sarapan Qais dan Qaseh sudah bersiap untuk pulang. Bermacam pesanan yang diberikan oleh Puan Adlila. Qais hanya angguk sambil tangan menarik kain yang menutup sebuah kereta SUV hitam di bawah garaj.
"Yeed, hati-hati memandu" pesan Puan Adlila.
"In sha Allah" balas Qais.
"Bang, apasal kau bawa kereta ni?" bisik Qaisara pada Yeed. Jarang sekali kereta ni bergerak kecuali kalau ada sebab tertentu.
"Tak ada apa, kereta ni lama tak jalan jauhkan" balas Qais pada Qaisara. Nampak wajah tidak puas hati dengan jawapan Qais.
"Dah, tak payah nak fikir jauh sangat. Jaga mak sementara cuti sem ni" pesan Qais.
"Mak, balik dulu" kata Qaseh yang baru keluar dari dalam rumah. Tadi Qaseh ke bilik air.
"Eh, naik kereta ni, kereta siapa?" soal Qaseh. Qais hanya senyum segaris lalu terus meloloskan diri ke bahagian pemandu manakala Qaseh ke bahagian penumpang hadapan. Berat pula rasa hati Qais nak meninggalkan Puan Adlila. Dikuatkan juga hati, pada Zam telah diingatkan supaya jangan sesekali terlepas pandang pada Puan Adlila dan Qaisara.
Perlahan kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah yang masih penuh dengan khemah yang belum dibuka.
"Kenapa tak naik kereta awak?" soal Qaseh pada Qais di sebelah. Qais hanya senyum sambil menepuk perlahan belakang tangan Qaseh.
+++
Qaseh tersedar apabila terasa kereta tidak bergerak. Mata digosok perlahan. Lah, dah sampai. Kenapa Qais tak kejut. Kejut? kau ingat seorang yang bernama Qaseh Malaiqa senang nak bangun kalau orang kejut! Qaseh tersenyum sendiri. Qaseh melangkah keluar dari kereta dilihat Qais sedang berbual di telefon. Pintu rumah dah terbuka, terus Qaseh masuk. Mahu ke tandas.
"Ulang balik" pinta Qais.
"Kau ingatkan siapa Syasya?" soal Dayyan di sebelah sana.
"Girlfriend Hariz. So?" soal Qais.
"Faizal Darus" soal Dayyan lagi.
"What's the point here? kau nak aku main teka nama ke apa?" suara Qais dah tinggi.
"Just answer Q" pinta Dayyan. Kuat Qais mendengus.
"Sepupu Qaseh" jawab Qais malas.
"Itu yang aku nak dengar. Orang yang perangkap kau di hotel tu, Syasya dan Faizal" kata Dayyan. Qais keliru.
"Macam mana pulak Syasya dengan Faizal? kau jangan main-main Yan!" marah Qais.
"Relax bro. Aku pun mula-mula tak percaya tapi bila aku tengok dengan mata aku sendiri, baru aku percaya" kata Dayyan.
"Belit-belit la, jangan bagi aku pening boleh tak?" kata Qais. Tak faham dia.
"Syasya memang girlfriend Hariz tapi dalam masa yang sama dia ada hubungan dengan Faizal. Aku tak tahu apa tujuan dia buat macam tu, kalau nak kata dia nakkan duit Faizal, dia lagi kaya dan apa yang aku tahu, dia yang banyak habiskan duit pada Faizal" terang Dayyan.
"Itu aku tak nak tahu tapi yang aku nak tahu siapa punya kerja?" kasar Qais menyoal.
"Faizal minta Syasya upah orang letak barang dalam bilik tu. Kalau ikut perancangan asal, bukan kau yang ada dalam bilik tu dengan Qaseh tapi Fly. Tapi bila diaorang dah sedar kehadiran kau, so.. macam tu lah" terang Dayyan.
"Pandai kau kan Faizal tunjuk baik depan orang yang kau ambil berat pasal Qaseh tapi sebenarnya kau yang jadi dalang" marah Qais.
"Jadi, kau nak aku buat apa?" soal Dayyan.
"Awak.." panggil Qaseh. Terdiam Qais lalu menoleh ke belakang.
"Yan, kau tunggu. Aku datang" kata Qais lalu talian dimatikan.
"Ya Qaseh" balas Qais sambil melangkah ke arah Qaseh.
"Kenapa tak masuk rumah, awak nak keluar semula ke?" soal Qaseh.
"Ya, sekejap ja. Kali ni promise" kata Qais.
"Okay.." balas Qaseh muram.
"Kunci pendua semua pintu rumah ni saya dah letak dalam bekas atas meja depan pintu. Remote gate pun ada sekali. Dalam fridge ada macam-macam. Yang frozen pun ada. Kalau Qaseh lapar, Qaseh makan okay. Tak perlu tunggu saya" pesan Qais lalu tubuh Qaseh dipeluk rapat dan cium dilabuhkan di pelipis.
"Saya gerak dulu, apa-apa call. Okay sweetheart" kata Qais lagi.
"Okay. Jangan lambat sangat tau" pesan Qaseh. Qais angguk lalu masuk ke dalam kereta.
+++
"Yan!" panggil Qais.
"Q, sampai pun" tegur Dayyan lalu laju langkah dibuka ke arah Qais.
"Mana?" soal Qais sepatah.
"Sini" balas Dayyan lalu mendahului langkah menuju ke salah satu bilik.
Tombol pintu dipulas lalu daun pintu ditolak. Gelap keadaan bilik tersebut, hanya ada cahaya dari lampu bulat di tengah-tengah bilik. Di bawah cahaya lampu terdapat sebuah kerusi yang diduduki oleh seorang lelaki dengan kepala disarungkan dengan kain penutup. Pantas kain direntap. Silau mata apabila cahaya masuk ke retina mata. Pejam celik pejam celik matanya beberapa kali. Kemudian kepala dipanggung ke depan.
"Oh, ingat siapa" kata Fly tersengih. Dapat dilihat wajah yang sudah lebam dan bengkak.
"Kau nak tanya apa lagi ni.. semua aku dah bagitau.." kata Fly.
"Lepas kau bawa masuk Qaseh dalam bilik hotel, apa yang kau buat pada dia?" tinggi suara Qais bertanya.
"Oo.. Qaseh. Cantik namanya macam tuan dia juga" soalan tidak dijawab, lain pulak yang dikata. Cari nahas Fly ni!
"Aku tanya, kau buat apa dengan Qaseh?" seraya itu disepak tulang keting Fly. Melalak kuat dia menjerit kemudian dia senyum mengejek.
"Oh.. aku buat apa.." Fly ketawa dibuat-buat.
"Hm.. apa yang perempuan dan lelaki buat kalau dah berduaan dalam bilik?" soal Fly tersengih-sengih. Sakit telinga Qais, macam pernah dengar kata-kata tersebut. Menggeletar tangan Qais.
"Aku tanya sekali lagi? Apa kau buat dengan isteri aku!" pekikan disertai dengan tumbukan pada wajah Fly. Merecik darah ke lantai. Laju Fly meludah.
"La, dah kahwin.. Kalau dah kahwin kau mesti tau apa yang aku dah buat dengan isteri kau tu.." kata Fly sambil tersengih-sengih.
"Oh!.. kau tak tau, sebab kau belum rasa dia lagi kan.. Ah, tak kisah lah tak ada beza pun, kau tetap dapat bekas aku" kuat Fly ketawa
"Manis.. macam orang dia.." sambung Fly lagi sambil menjilat bibir.
"Tak guna kau!" jerit Qais lalu ditumbuk muka Fly bertubi hingga terlentang ke belakang. Dari tadi Qais menahan amarahnya.
"Aku bunuh kau!" Qais sudah macam orang hilang akal. Basah wajah Fly dengan darah. Dayyan kalut menenangkan Qais bersama beberapa orang anak buahnya.
"Q! sudah! sudah Q! kau nak bunuh dia ke?" marah Dayyan. Ditarik Qais keluar dari bilik tersebut. Kasar Qais menarik lengannya yang dipegang Dayyan.
Kasar sahaja Qais mengatur langkah keluar dari bilik.
"Argghhh!!" bergema jeritan Qais.
"Q" panggil Dayyan.
"Q!" panggil Dayyan lagi. Langkah kaki Qais terhenti.
"Kau nak ke mana?" soal Dayyan.
"Kau uruskan si tak guna tu. Aku tak nak tengok muka dia!" arah Qais. Lalu laju kaki melangkah menuju ke arah keretanya. Pedal minyak ditekan tapi ke mana hala tuju tidak pasti hanya mengikut sahaja ke mana tayar bergolek.
Share this novel