Bab 54

Romance Completed 137990

"Hah Qaseh, mana Yeed?" soal Puan Adalila sebaik melihat Qaseh melangkah ke arahnya di meja makan.

"Abang nak tidur sekejap, nanti dia bangun. Mengantuk sangat katanya" balas Qaseh lalu membantu sendukkan nasi goreng ke dalam mangkuk.

"Ye lah, Qaseh duduk sini kita sarapan. Berdua je la, Mak Nah tak ada" kata Puan Adalila sambil menuang air teh tarik ke dalam cawan. Qaseh pula sendukkan nasi ke dalam pinggan lalu kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk.

"Qaseh balik ikut Yeed ni kerja macam mana?" soal Puan Adalila sambil melabuhkan duduk.

"Oh, Qaseh dah bagitau ayah. Ayah cakap tak ada masalah, projek yang Qaseh handle tu Ratib boleh tengokkan" kata Qaseh lalu menyisip teh panas.

"Ratib tu sepupu Qaseh?" soal Puan Adalila.

"Haah, sepupu. Ada seorang lagi, Faizal" kata Qaseh. Puan Adalila angguk.

"Ada baik juga Qaseh balik, boleh kita berbual. Sebelum ni waktunya singkat sangat tak sempat nak berbual" kata Puan Adalila.

"Er.. Qaseh nak tanya sikit boleh?" soal Qaseh.

"Makngah mak Lyana tu adik mak ke adik arwah ayah?" soal Qaseh.

"Kenapa, Lyana buat masalah di syarikat ke?" soal Puan Adalila tidak sedap hati.

"Eh, tak.. saja nak tahu" laju Qaseh membalas walaupun pada hakikatnya Lyana memang buat masalah, bukan pada syraikat tapi pada dia dan Qais.

"Oh.. ingatkan Ana ada buat apa-apa" kata Puan Adalila lega.

"Mak Ana tu adik mak satu ibu" kata Puan Adalila.

"Adik satu ibu?" soal Qaseh tidak faham.

"Arwah ayah mak kahwin dua, isteri kedua arwah ayah janda anak tiga tapi yang hidup tinggal Maksu Shikin je. Yang sulong meninggal dua tahun lepas, yang kedua ayah Ngah arwah ayah Zam meninggal enam tahun lepas. Arwah mak, mak ada empat orang anak tapi tinggal tiga orang je, yang no empat meninggal masa kecil. Adik beradik mak ni, banyak yang kahwin sesama adik beradik" kata Puan Adalila.

"Kahwin adik beradik? boleh ke?" soal Qaseh. Puan Adalila ketawa.

"Haah, kahwin adik beradik tapi ikutkan bukan adik beradik sedarah sebabnya anak isteri pertama dan isteri kedua bukan dari suami yang sama" terang Puan Adalila. Qaseh mengangguk sambil menyuap nasi ke mulut.

"Mak cakap ada yang kahwin adik beradik. Siapa?" soal Qaseh.

"Zam. Ayah zam anak kedua ibu tiri mak, kalau ayah Zam ada lagi, Qaseh kena panggil ayah ngah tapi kalau Yeed dia lebih rapat dengan ayah Zam jadi Yeed panggil ayah teh sebab mak Zam adik mak yang ke tiga, Mak Teh" kata Puan Adalila.

"Ayah Teh, ayah Khayla kahwin dengan adik tiri mak, Maksu Shikin" sambung Puan Adalila.

"Oo.. abis tu Qaseh nak panggil yang mana?" soal Qaseh keliru. Puan Adalila ketawa.

"Ayah Zam dah tak ada, jadi Qaseh boleh panggil mak Zam Mak Teh. Ayah Khay pula dia lebih suka orang panggil dia ayah Teh dan isterinya Mak Su" kata Puan Adalila. Qaseh dah ketawa.

"Kenapa? pening nak panggil macam mana? dulu-dulu masa kenduri, selalu jadi masalah. Iyalah panggilan sama, jadinya kalau nak panggil, kena panggil sekali nama" balas Puan Adalila juga turut ketawa. Qaseh hanya tersengih dan angguk mengiyakan kata-kata Puan Adalila.

"Er.. Ayah Zam meninggal sakit apa?" soal Qaseh. Berubah wajah Puan Adalila. Ah, sudah. Salah tanya ke.

"Keluarga arwah ayah pula?" Qaseh ubah soalan apabila melihat Puan Adalila diam.

"Ayah Yeed ada empat orang sama macam adik beradik mak. Ayah Yeed yang sulong, yang kedua makngah Laila tinggal di Pahang, ketiga Ayah Teh ayah Khalida dan yang keempat Maksu Lina yang uruskan baju kahwin Qaseh hari tu." terang Puan Adalila panjang lebar. Qaseh angguk. Dalam ralit mendengar Puan Adalila bercerita, habis sepinggan nasi.

"Eh, tapi Khay tu bukan bekas tunang abang? tapi macam mana boleh tunang, bukan ke sepupu sebelah lelaki ke?" soal Qaseh.

"Oh.. Khay bukan anak kandung ayah Teh, ayah Teh dengan Maksu tak ada anak" terang Puan Adalila. Puan Adalila diam sambil habiskan nasi dalam pinggan lalu air diteguk.

"Qaseh.." panggil Puan Adalila

"Ya" balas Qaseh sepatah.

"Terima kasih sudi jadi isteri pada Yeed" kata Puan Adalila sambil tangan Qaseh dipegang.

"Mak tak sangka Yeed kahwin juga. Bukan apa, selepas arwah ayah meninggal, Yeed memang tak fikir mengenai hal bekeluarga. Kerja paling utama. Katanya nak senangkan hidup mak dan Sara. Sebelum ni mak ingatkan Yeed nak kahwin dengan Sand. Tapi tak, Sand tu kawan baik saja katanya" kata Puan Adalila, begenang air di tubir mata.

"Hm.. mak dah cerita semua, dah tak ada apa lagi la abang nak story lepas ni" sampuk Qais yang baru turun dari atas.

"Eh, abang dah bangun" tegur Qaseh lalu bangun dan berjalan mendapatkan Qais dan berjalan beriringan bersama ke meja makan.

"Banyak aja cerita yang kamu tak ceritakan pada Qaseh ni.." kata Puan Adalila lalu bangun mengambil pinggan dan cawan untuk Qais. Qaseh laju menoleh pandang pada Qais. Qais angkat bahu.

"Dah, duduk. Makan" kata Puan Adalila yang datang bersama pinggan dan cawan. Qais labuhkan duduk manakala Qaseh menyambut huluran Puan Adalila. Nasi disendukkan dan air teh dituang ke dalam cawan.

"Berbual apa, serius bunyinya" soal Qais sambil menyuap nasi.

"Tak ada apa pun. Sembang kosong je. Sebelum ni tak sempat nak berbual lama" kata Puan Adalila.

+++

Setelah selesai makan, Qais naik ke bilik dan tidak lama dia turun kembali mendapatkan Qaseh dan Puan Adalila di dapur yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk masak tengah hari.

"Mak, Yeed nak keluar sekejap" kata Qais. Puan Adalila dan Qaseh sama-sama menoleh ke belakang.

"Yeed nak ke mana?" soal Puan Adalila. Qaseh juga ingin tahu, wajah Qais dipandang.

"Yeed nak jumpa Zam. Ada hal nak bincang" kata Qais. Puan Adalila tegak memandang Qais. Qais menoleh pandang ke Qaseh.

"Abang keluar dulu ya sayang. Ada apa-apa, call abang. Okay" kata Qais lalu dilabuhkan cium pada dahi Qaseh. Kemudian laju langkah dibuka ke muka pintu. Qaseh dan Puan Adalila membalas pandang.

Hampir jam tiga petang baru nampak muka Qais. Penat sahaja wajahnya. Qaseh yang waktu itu sedang menonton tv terus menghampiri Qais.

"Abang nak air?" soal Qaseh.

"Boleh juga, air kosong sejuk" kata Qais lalu mengekori Qaseh ke dapur. Air kosong sejuk yang dituang Qaseh di dalam gelas laju diteguk. Dahaga rasa tekak.

"Abang nak makan atau nak mandi dulu?" soal Qaseh pada Qais yang dilihat penat.

"Abang nak mandi dulu la. Lepas mandi abang makan" kata Qais lalu bangun dan meninggalkan meja makan lalu ke tingkat atas. Qaseh pula mengambil gelas lalu dibawa ke sinki.

"Yeed dah balik ke?" soal Puan Adalila pada Qaseh yang sedang mencuci.

"Hah? Oh.. Haah, abang baru balik. Abang nak mandi dulu, kejap lagi abang turun makan. Qaseh nak panaskan lauk" kata Qaseh.

"Ha, ye la.. mak naik masuk bilik dulu la kalau macam tu. Kejap-kejap lagi kita buat minum petang" kata Puan Adalila. Qaseh angguk.

"Baik mak" lalu tangan Qaseh pantas memetik suiz periuk nasi. Gulai dalam periuk juga turut dipanaskan. Setelah pasti semuanya sedia, Qaseh melangkah naik ke atas untuk memanggil Qais. Waktu itu pintu bilik tidak bertutup rapat dan Qaseh dapat mendengar Qais sedang berbual dengan seseorang di telefon.

"Aku dah cakapkan, apa yang susah sangat nak faham. Aku bagi masa sampai malam ni, kalau masih tak jumpa, tau la nasib kau macam mana!" keras suara Qais. Qaseh yang baru nak melangkah masuk terbantut di depan pintu. Qais marah siapa?

"Eh, sayang" tegur Qais apabila melihat Qaseh tercegat di depan pintu bilik.

"Abang" tegur Qaseh pula.

"Er.. sayang nak panggil abang makan" kata Qaseh kalut.

"Oo.. kalau macam tu, marilah kita turun" ajak Qais sambil memeluk pinggang Qaseh untuk sama berjalan bersamanya.

"Sayang tak nak makan sekali?" soal Qais yang sudah mengambil tempat di kerusi. Qaseh pula menyendukkan nasi.

"Sayang dah makan. Abang makan la" balas Qaseh lalu dihulurkan nasi pada Qais. Huluran pinggan disambut.

"Sayang duduklah temankan abang makan" kata Qais. Qaseh hanya menurut.

"Lepas makan kita jalan-jalan kat kampung nak?" soal Qais. Ceria wajah Qaseh.

"Boleh ke?" soal Qaseh yang sudah tersenyum.

"Boleh je.. kita makan ABCD nak" ajak Qais sambil menyuap nasi. Berselera sungguh dia makan.

"ABCD? biasa ABC je" soal Qaseh.

"ABC durian. Sedap. Banyak duriannya, kalau kat KL tu, duriannya ada la sesudu kecil tapi mahal kemain" kata Qais.

"Oh.. nak nak. Tapi betul la, selalu macam tu. Duriannya ada la sikit, harga tak mau-mau" sokong Qaseh. Ah, meleleh rasa air liur teringatkan ABCD.

Selesai makan, Qais dan Qaseh beralih ke ruang tamu setelah membantu Qaseh mengemas meja makan. Qaseh membawa bersama kopi panas buat Qais. Duduk dilabuhkan di sofa.

"Abang.. ke mana tadi?" soal Qaseh sambil memandang Qais di sisinya. Lama diam, baru Qais membalas.

"Abang tengok kilang yang terbakar tu" balas Qais dengan pandangan yang tegak pada skrin tv di depan.

"Teruk ke kerosakannya?" soal Qaseh ingin tahu. Qais hela nafas.

"Tak teruk sangat tapi bukan itu yang abang risaukan" kata Qais. Qaseh pusing mengadap Qais.

"Apa maksud abang?" soal Qaseh. Qais meletak mug di meja kopi lalu ditoleh pandang pada Qaseh.

"Abang takut kejadian enam tahun lepas berulang lagi" kata Qais.

"Sayang tak faham" kata Qaseh. Qais ambil nafas panjang.

"Arwah abah dan ayah Teh" kata Qais.

"Ayah Teh ayah ngah, ayah Zam?" soal Qaseh. Qais angguk.

"Cara kebakaran yang berlaku sama macam kejadian enam tahun lepas. Tapi pelakunya abang dan Zam dah tangkap dan tak sepatutnya tak berlaku kebakaran dengan corak yang sama" kata Qais yang sudah kalih pandang ke depan.

"Maksud abang, orang yang buat tu dah kena tangkap? kalau macam tu mungkin dia dah keluar penjara" kata Qaseh. Qais menoleh pada Qaseh.

"Bukan masuk penjara tapi abang dengan Zam dah buang dia di gaung, lepas dia di.... ahhh!" keras suara Qais. Qaseh terdiam, terlopong mulutnya. Buang kat gaung lepas.. lepas apa? takkan lepas bunuh kot! tangan Qaseh naik menutup mulut. Biar betul! Qais dah tertunduk sambil menggenggam rambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience