Bab 32

Romance Completed 137990

"Yan, ada apa." Qais bersuara.

"Q, aku dah tau kenapa anak Tan Sri sakit hati dengan wife kau, Qaseh" kata Dayyan di sebelah sana.

"Huh! apa?" soal Qais serius.

"Terdapat dua syarikat yang berebut nakkan projek di Bukit Sendayu, salah satu syarikat milik Dato' Abbas diwakili Qaseh dan satu syarikat lagi dari Syarikat Globe Holding diwakili anak perempuannya Syasya" terang Dayyan.

"Syasya girlfriend Hariz?" soal Qais. Biar betul.

"Ya. Projek tu asalnya Hariz tak buka tender tapi serah terus pada Syasya. Tan Sri Ghazali dapat tahu dan dia bantah. Tan Sri offer tender kerana mahu adil dan Qaseh berjaya dapatkan projek tu" kata Dayyan lagi.

"Jadinya Hariz hantar orang samun dokumen projek tu dari Qaseh? tak guna!" marah Qais.

"Huh! dia nak main cara kotor, it's okay. Aku follow" kata Qais bengang.

"Kau buat apa yang patut, asalkan jangan mati, sudah" arah Qais. Talian terus dimatikan. Kau belum kenal aku siapa Hariz!

"Awak.." panggil Qaseh. Qais yang tadi wajah tegang bila diseru Qaseh terus berubah wajahnya.

"Qaseh. Sini, saya buatkan oat buah-buahan. Minum dengan susu suam" panggil Qais. Qaseh angguk lalu melangkah ke meja makan.

"Okay tak baju dengan seluar?" soal Qais.

"Ini je yang paling kecil dapat saya cari" sambung Qais lagi.

"Baju dengan seluar okay je" balas Qaseh perlahan.

"Awak tak sarapan sekali?" soal Qaseh setelah meneguk susu suam. Panas rasa perut.

"Ni, kopi panas" kopi dalam mug ditunjukkan.

"Kopi je?" soal Qaseh sambil menyuap oat. Hm.. sedap. Rasa lemak-lemak manis bercampur buah pisang dan kiwi.

"Cukuplah ni" balas Qais sambil tersenyum memandang Qaseh. Rasa bersalah pula bila hanya dia yang bersarapan. Lalu oat disudukan dan dibawa ke hadapan bibir Qais.

"Makan la sikit. Kongsi" kata Qaseh. Tersenyum Qais sambil besar dingangakan mulut untuk disuap oat oleh Qaseh.

"Thanks. Habiskan ya" kata Qais. Qaseh meneruskan suapan. Qais pula asyik merenung Qaseh tanpa berkelip.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Qaseh pada Qais yang sedari tadi memerhatikannya. Kekok pula rasa.

"I think, I want to kiss you" balas Qais selamba.

"Hah?" Qaseh bersuara lalu menoleh pandang pada Qais. Tanpa sebarang isyarat, bibir Qaseh dipaut. Lembut diurut bibir merah itu. Terpejam mata Qaseh menikmatinya.

'Ting'

Terlepas sudu ke dalam mangkuk. Terbuka terus mata Qaseh. Pantas ditarik bibirnya dari gigitan Qais.

"Why?" soal Qais sambil bibir dikesat dengan jari.

"Nothing" balas Qaseh yang sudah menunduk. Kau dah kenapa Qaseh, main aci tarik macam tu. Kacau betul la, baru nak feeling.

Banyak la kau punya feeling! Nak makan buat cara nak makan.

"Sorry" ucap Qais bersalah. Kau buat lagi Qais, gelojoh tak habis-habis.. Tengah makan kot!

"Eh, tak apa" laju Qaseh balas. Kenyang terus perut. Digaul-gaul buah dalam mangkuk sampai naik hancur jadinya.

"Hah, tak apa? maknanya boleh la?" soal Qais tak menyempat.

"Er.. saya dah sudah makan" soalan Qais tidak dijawab tapi lain pula yang dikata. Susu habis sekali teguk. Mangkuk dan gelas laju dibawa ke dapur untuk dicuci.

Qaseh.. Qaseh.. cepat betul hati kau cair. Semalam kemain macam mak singa. Pagi ni, eh.. dah macam kucing siam. Miau..!

Kalut tangan mencuci mangkuk dan gelas. Tiba-tiba ada sepasang tangan melilit pinggang dan kuat terasa deruan nafas di lehernya. Tambah pula rambutnya diikat tinggi. Qais.. jangan buat pasal.. dapur ni.

"Let me hug you a moment" bisik Qais di telinga Qaseh dan disertai dengan ciuman lembut di leher jinjang itu. Mulanya hanya di leher tapi sudah merayap hingga ke telinga dan seluruh leher menjadi sasaran. Tangannya pula sudah menyusup di bawah t-shirt. Ligat bergerak di dada. Qaseh asyik dengan rasa yang baru itu, bibir bawah digigit perlahan agar suaranya tidak terlepas.

"Awak.. tadi cakap nak peluk je" tegur Qaseh dalam suara yang tenggelam timbul.

"Tak boleh tahan, Qaseh nampak seksi bila pakai pakaian saya" balas Qais yang semakin jauh tindakannya.

"Awak.. tak boleh la.." Qaseh sudah merengek.

"Don't worry, I touch outside only" balas Qais dengan nafas yang sudah tidak teratur. Tubuh Qaseh dipusing mengadapnya lalu diangkat ke atas table top. Memerah wajah Qaseh menahan malu, tangannya naik menutup wajah. Tersungging senyum di bibir Qais. Sedang enak keduanya melayan rasa, telefon Qais berdering.

"Awak.. phone" tegur Qaseh.

Sekali bunyi dibiarkan tetapi deringannya berulang.

"Awak.. phone.." panggil Qaseh lagi. Kuat Qais mendengus. Dicapai telefon di dalam poket seluar, tertera nama Dayyan. Icon hijau digesek.

"Wait" ucap Qais sepatah lalu telefon diletakkan di atas meja dan dia kembali pada Qaseh. Bibir Qaseh dipaut, dalam sekali. Sebaik dilepaskan, tubuh Qaseh diangkat dari table top. Hidung mancung menjadi sasaran pula kali ini. Lalu Qais bergerak ke ruang tamu bersama telefon.

"Huh! better it's a great news. If not, you watch out!" Qais memberi amaran. Kacau betul.

"Hariz dah aku uruskan. Gambar aku dah send. Kau tengok sendiri" kata Dayyan. Talian dimatikan lalu whatsapp dibuka. Ada beberapa image dihantar. Huh! baru kau tau siapa aku. Don't think only you have a power!

+++

"Assalamualaikum" Qais dan Qaseh memberi salam sambil daun pintu ditolak.

"Waalaikumsalam" jawab Mak Teha.

"Eh, Q dengan Qais. Masuklah" kata Mak Teha yang datang dari dapur. Tubuh Qaseh diperhati dari atas ke bawah. Apa lain macam baju yang Qaseh pakai ni. Qaseh yang menyedari pandangan pelik Mak Teha pantas menarik lengan Qais mengekorinya ke tingkat atas. Qais sudah tersenyum. Qaseh pula sudah memerah pipinya.

"Awak duduk sekejap, saya packing baju" kata Qaseh pada Qais lalu tubuh Qais ditolak supaya duduk di birai katil. Ketawa suka Qais.

"Lupa nak tanya, kita nak tinggal sana berapa lama?" soal Qaseh yang sedang mengambil beg.

"Hari sabtu kenduri, ahad kita balik la. Lagipun isnin saya dah kerja" terang Qais dari atas katil.

Kalut Qaseh mengeluarkan pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg. Qais pula sudah berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya. Hampir setengah jam, siap juga Qaseh berkemas. Qais menjinjit beg Qaseh turun tangga dan meletakkannya di tepi tangga.

"Qais, Q tak nak makan tengah hari dulu ke?" soal Mak Teha sebaik melihat Qais dan Qaseh baru turun dari tingkat atas.

"Haah, Qais, Qaseh. Makan tengah hari dulu, kejap lagi ayah sampai la tu" sampuk Datin Adawiyah pula. Qaseh memandang Qais di sisi.

"Kalau Qaseh nak makan dulu, kita makan. Saya tak kisah" balas Qais.

"Makan tengah hari dulu la, lepas tu baru balik" putus Qaseh pada Datin Adawiyah lalu kaki melangkah ke dapur untuk membantu. Qais pula bergerak ke ruang tamu menonton tv sementara menunggu Dato' Abbas pulang.

"Awak, ini air" panggil Qaseh pada Qais yang ralit menonton tv.

"Eh, saya tak minta pun" kata Qais pelik.

"Memang tak minta, saya yang sediakan. Takut awak dahaga" balas Qaseh kemudian mahu melangkah pergi tapi pantas tangannya ditarik hingga terjatuh ke ribaan Qais.

"Awak! Mak Uda dengan Mak Teha nampak nanti" marah Qaseh sambil memandang ke dapur. Panjang lehernya mengintai. Qais tidak peduli, laju ciuman di labuhkan pada pipi mulus itu.

"Ehem"

"Eh, ayah!" tegur Qaseh. Kalut dia bangun dari ribaan Qais. Qais cuma tersenyum senget. Dato' Abbas pula sudah menggeleng. Cepat la dapat cucu kalau dah gini gayanya.

"Ayah" sapa Qais sebaik Qaseh sudah tegak berdiri di tepi sofa. Merah padam wajahnya.

Qais menghulur salam pada Dato' Abbas dengan muka yang tak bersalah. Datin Adawiyah yang baru sampai hanya mengerutkan dahi.

"Ada apa-apa yang jadi ke?" soal Datin Adawiyah sambil menyambut huluran suit dan briefcase dari Dato' Abbas.

"Tak lama dah Wiyah jadi nenek la awak.." kata Dato' Abbas sambil berjalan ke arah ruang makan.

"Dah, mari kita makan. Lapar dah perut ayah ni" kata Dato' Abbas tersenyum.

Sedang menikmati makan tengah hari, Dato' Abbas bersuara.

"Erm.. tadi abang ke hospital" kata Dato' Abbas pada Datin Adawiyah.

"Siapa sakit?" soal Datin Adawiyah sambil menoleh sekilas pada Dato' Abbas. Qais yang mendengar perkataan hospital seakan sudah dapat mengagak topik yang bakal dibualkan.

"Hariz" balas Dato' Abbas sepatah.

"Sakit apa?" sampuk Qaseh pula.

"Katanya kena samun. Teruk juga dia kena pukul" kata Dato' Abbas.

"Samun? banyak ke barang yang hilang?" soal Datin Adawiyah.

"Macam pelik je, bukan dia kalau ke mana-mana pun mesti dengan bodyguard?" tambah Datin Adawiyah lagi.

"Itu lah, ada juga yang cakap Hariz ni dah cari pasal dengan gangster" kata Dato' Abbas.

"Gangster?" soal Qaseh dan Datin Adawiyah serentak.

"Ya, gangster. Tak tau lah betul ke tak" kata Dato' Abbas. Malas dia nak ambil peduli. Melawat tadi pun atas dasar rakan perniagaan.

"Elok pun, baru kena buku dengan ruas!" kata Qaseh dengan raut wajah puas. Datin Adawiyah menjeling pada Qaseh.

"Buat repot tak?" soal Datin Adawiyah. Berminat punya pasal, sampai terhenti makannya.

"Tak, Hariz cakap biarlah barang yang hilang tu. Nanti boleh beli lain" balas Dato' Abbas acuh tak acuh.

"Qais, senyap je dari tadi" tegur Dato' Abbas.

"Tak ada apa lah ayah" balas Qais sambil senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience