Completed
137990
"Awak!" panggil Qaseh. Laju Qais menoleh ke belakang. Dilihat Qaseh telah menukar pakaiannya, nampak segar. Mesti dah mandi, wangi pulak tu.
"Awak dengar tak ni?" marah Qaseh.
"Hah! apa?" soal Qais lalu terus berdiri dan berjalan menghampiri Qaseh.
"Mak Uda panggil masuk" balas Qaseh lalu terus memusingkan tubuhnya mahu melangkah pergi.
"Eh eh eh.. kejap la" panggil Qais dan tanpa dia sendiri sedari, tanggannya laju memegang jemari Qaseh. Qaseh pantas memandang jemarinya dan kemudian memandang Qais.
"Kenapa?" soal Qais pelik. Kemudian dia juga turut memandang jemari Qaseh. Pantas dilepaskan jemari itu. Eh, bila pula aku pegang? soal Qais pelik.
"Dah, saya nak masuk" kata Qaseh lalu laju kaki melangkah meninggalkan Qais yang terkebil-kebil di situ. Akhirnya bibir menguntum senyum dan tangan naik meraup wajah. Kaki diatur langkah ke arah muka pintu.
"Eh, mana Qais" soal Datin Adawiyah apabila melihat hanya Qaseh yang masuk. Muncung sahaja bibirnya. Dah kenapa pula..
"Ntah, tak tau. Dia nak tidur kat kolam ikan" balas Qaseh lalu laju kaki melangkah naik ke tingkat atas masuk ke biliknya. Datin Adawiyah dah terpinga-pinga. Tidak lama Qais melangkah masuk.
"Hah, Qais. Masuk pun. Tak nak mandi dan salin pakaian ke? dah lewat ni" tegur Datin Adawiyah sebaik melihat Qais melangkah masuk.
"Ya, Mak Uda. Saya nak mandi la ni" balas Qais lalu melangkah ke arah bilik tetamu di tingkat bawah.
"Eh, nak ke mana tu?" soal Datin Adawiyah.
"Nak masuk bilik la Mak Uda" balas Qais lurus.
"Biliknya di atas Qais.. lupa ke petang tadi dah jadi suami Qaseh" soal Datin Adawiyah meleret. Qais dah serba salah, tengkuk digosok perlahan.
"Er.. boleh ke?" soal Qais sambil memandang Datin Adawiyah yang sudah melangkah menghampirinya.
"Apa pulak tak boleh, bilik isteri sendiri kan" balas Datin Adawiyah lagi sambil menggeleng. Ish, aneh-aneh la budak ni.
"Kalau macam tu ye lah" balas Qais lalu melangkah menuju ke pintu luar.
"Nak ke mana pulak lagi tu?" soal Datin Adawiyah. Apa kena Qais ni.
"Nak ambil beg dalam kereta, lupa" balas Qais sambil tersengih.
"Ye lah" balas Datin Adawiyah lalu melangkah ke tingkat atas. Macam-macam.
"Nak masuk ke tak nak, nak masuk ke tak nak.." Qais dah bercakap sendiri. Pintu bilik Qaseh direnung. Buatnya kena halau kejap lagi, tak ke naya. Masuk je la Qais..
"Hah Q, buat apa tercegat depan pintu ni?" soal Dato' Abbas. Terperanjat Qais, terlepas beg di tangan.
"Hah? tak buat apa" balas Qais kalut lalu menunduk dan mengambil semula begnya. Dato' Abbas dah menggeleng kepala. Apa kena la budak ni.. lalu tangan Dato' Abbas naik mengetuk pintu bilik Qaseh dan kemudian terus meninggalkan Qais di depan pintu. Qais dah cuak. Orang tua ni buat apa? dah ketuk pintu, dia tinggal macam tu je. Qais memandang Dato' Abbas yang sudahpun ke biliknya. Tiba-tiba pintu bilik Qaseh terbuka. Muncul Qaseh di muka pintu.
"Nak apa?" soal Qaseh marah.
"Nak Qaseh!" laju Qais membalas. Bulat mata Qaseh mendengar jawapan Qais. Qais yang baru tersedar laju menambah.
"Nak masuk bilik Qaseh" merah padam wajahnya membetulkan kata.
"Eh, ingat nak masuk, free ke? bayarlah!" kata Qaseh pula. Dengan selamba Qais melangkah masuk dan sebaik melintasi Qaseh di sebalik pintu, pantas cium dilabuhkan di pipi.
'Cup'
Terkaku Qaseh. Qais pula sudah ketawa.
"Settle!" katanya sambil mata dikenyit sebelah.
"Ish dia ni!" marah Qaseh. Marah ke suka.
Qais kemudian meletakkan beg berhampiran almari pakaian Qaseh. Kemudian mengeluarkan kain pelikat dan tshirt. Qaseh waktu itu berada di atas katil sambil memegang novel. Qais tahu, tangan saja pegang novel tapi mata memandang ke arahnya. Qais sengaja memusingkan tubuhnya ke arah Qaseh dan perlahan baju melayu ditanggalkan lalu di sangkutkan pada penyidai baju, kemudian sleeveless putihnya pula, lalu menampakkan tubuhnya yang bidang dengan otot sasa. Sengaja dilambat-lambatkan membuka pakaian kerana dia tau ada mata yang memandang. Sengaja diusap-usap otot perutnya itu beberapa kali, dah macam orang gatal pun ada.
"Buat apa pandang-pandang kalau dah boleh pegang" kata Qais sambil menjeling pandang pada Qaseh.
"Ee.. perasan, siapa pandang dia ntah" sangkal Qaseh lalu novel dibawa ke hadapan muka. Diintainya sikit di bahagian atas novel. Uih, ketul-ketul. Macam mana rasa kalau pegang ek! keras ke lembik agaknya. Nak rasa sangat, pergi je lah. Suami kau kan..
Waktu itu Qais sengaja melucutkan terus seluar yang dipakai tanpa diutup tuala. Tiba-tiba ada suara yang menjerit. Hahahaha.. kan, nampak sangat ada yang mengintai.
"Apa awak ni, tutup dengan tuala la!" marah Qaseh. Marah-marah pun mata tak pejam, lagi dibuka besar adalah. Qaseh.. Qaseh.. bukannya bogel pun ada seluar kecikkan. Kau je lebih-lebih.. macam tak biasa pula. Tengok dalam tv okay je.. itu tv, ini real, live. Depan mata!
"Aik, kata baca novel. Macam mana boleh nampak" usik Qais.
"Eh, nampak kat tepi buku ni la. Ingat awak tu kecik boleh sembunyi sebalik buku?" marah Qaseh, lebih kepada nak meng'cover' diri sebenarnya sebab dah kantoi. Ahak! Terus ditutup muka dengan novel di tangan.
"Ye ke, tapi dahsyat ya dapat baca novel walaupun dalam keadaan terbalik macam tu, mesti cikgu awak hebat" giat Qais lagi. Suka dia dapat kenakan Qaseh.
Bagai baru tersedar, merah wajah menahan malu. Aduh, camno boleh terbalik pulak ni.. Itu la, gatai lagi mengintaikan. Nak mandi sekali cakap je la. Ee.. choi! tak nak..
"Dah habis dah bercakap seorang?" soal Qais sambil melilit tuala di pinggang.
"Mana ada!" laju Qaseh membalas.
"Saya nak mandi" kata Qais sebelum melangkah menghampiri pintu bilik air.
"Mandi la, siapa halang" balas Qaseh sambil memberi jelingan di hujung mata. Eleh, jeling nak tengok body orang tu kan..
"Tak la, mana tau nak ikut sekali" usik Qais sambil ketawa dan terus menghilang ke dalam bilik air. Semput nafas Qaseh.
Tunggu Qais mandi punya pasal, terlena Qaseh dengan novel menutup wajah. Itu lah, baca novel ye. Baca la sangat, tak sampai satu muka dah padam.
Qais yang selesai mandi memandang ke atas katil. Dilihat Qaseh sudah terlena dengan novel di muka. Ini baca buku ke buku yang baca dia ni.
Perlahan Qais melangkah ke arah katil lalu merapati Qaseh yang sudah terlena. Dilabuhkan duduk di sisi Qaseh lalu novel diambil dan diteliti.
"Cerita apa ni?" sinopsis di bahagian belakang dibaca.
Diselak beberapa helai dan dibaca kemudian novel ditutup lalu diletakkan di tepi meja sisi. Jam di dinding ditoleh, dah maghrib ni. Tak nak bangun ke?
"Qaseh.. Qaseh.." Qais mengejut Qaseh. Ditepuk-tepuk lengan Qaseh supaya sedar tapi tak juga. Teringat pula dia dengan kejadian Qaseh tertidur di dalam kereta. Kata Mak Uda, Qaseh ni kalau dah tidur mamang payah nak bangun. Ah, pakai baju dulu la, kejap lagi kejut.
Baru nak melangkah rasa macam tuala tersangkut. Ditoleh ke bahagian yang tersangkut. Qaseh! dah buat apa pula pegang tuala aku ni. Dah la kat dalam tak ada apa-apa. Aduh! jangan buat pasal la Qaseh. Baru nak memegang tangan Qaseh tiba-tiba tangan yang memegang tuala dibawa ke bawah paha nya. Sejuk lah ni, suhu aircond rendah sangat. Perlahan Qais menarik tuala, tapi tetap tidak boleh, masih sangkut lagi. Sangkut kat mana pulak. Perlahan tangan Qaseh ditarik dari bawah paha. Lah.. sangkut kat rantai tangan yang berjurai-jurai ni pulak dah. Apa malang sangat kau ni.
"Qaseh.. Qaseh.." dikejutnya Qaseh lagi sekali. Tapi masih sama. Kalau nak tunggu Qaseh bangun sendiri, tak pakai baju la jawabnya. Dah la sejuk.
Payahnya la nak bangun. Letih la macam ni. Kalau kejut guna tangan tak boleh, kita kejut guna bibir. Kot-kot mau sedar. Jangan marah ya Qaseh..
Qais perlahan merapatkan tubuhnya dengan Qaseh. Perlahan diselak rambut yang berjurai di dahi. Dari mata yang bulat dan galak itu turun ke hidung yang mancung lalu terus ke ulas bibir yang sedikit terbuka itu. Laju liur ditelan lepasi tekak, dah macam air terjun lajunya.
Ditunduk perlahan merapati wajah Qaseh, sikit lagi bibirnya bertemu ulas merah itu, tiba-tiba bulat mata Qaseh terbuka. Terkaku Qais disitu.
"Awak buat apa ni?" soal Qaseh. Kalut Qais kembali duduk tegak di birai katil. Rambut yang basah diraup kasar. Boleh pulak dia jaga time-time kritikal macam ni, sikit je lagi.
"Saya nak kejutkan Qaseh bangun" balas Qais lalu bangun berdiri. Waktu itu tuala masih lagi terlekat pada rantai tangan Qaseh. Terkejut punya pasal terus lupa.
"Nak kejut pun tak boleh pakai baju dulu" marah Qaseh yang sedang bangun dan mahu bersandar di kepala katil. Tanpa disedari tangan kanan yang rantai tangan masih tersangkut tuala dibawa ke kepala untuk membetulkan rambut. Apa lagi terlucutlah apa yang terikat. Bergema satu bilik.
Qais yang juga terkejut pantas mengambil bantal yang ada di atas katil menutup bahagian depannya lalu berjalan laju ke arah kain pelekat yang diletakkan di atas tempat penyidai tadi. Sungguh tak sangka perkara ini berlaku. Lemah jantung, boleh mati berdiri dia.
"Gatal, gatal, gatal!" marah Qaseh sambil menutup wajahnya dengan bantal kecil. Terperanjat Qaseh bila tuala Qais terlucut lalu sesuatu di bawah sana mengintainya. Kenapa tutup, bukan senang nak tengok. Gila, tak nak aku. Karang tak pasal-pasal kena patuk.
"Awak ni dah kenapa? Dah gatal sangat!" marah Qaseh tak habis-habis.
Qais yang sudah memakai kain pelekat datang menghampiri Qaseh di katil.
"Sorry" kata Qais sepatah.
"Tapi bukan salah saya" Qais membela diri.
"Dah salah tak nak mengaku" marah Qaseh yang masih menutup wajah dengan bantal kecil. Perlahan Qais menarik bantal yang menutup wajah Qaseh.
"Hey, tengok sini" panggil Qais lalu melabuhkan duduk di birai katil.
"Apa?" marah Qaseh. Perlahan tangan menurunkan bantal dari wajah.
"Cuba tengok, apa yang lekat pada rantai tangan tu" kata Qais sambil menunjukkan pada Qaseh. Bulat mata Qaseh.
"Tuala?" soal Qaseh pelik sambil memandang Qais.
"Ye, tuala saya. Tersangkut pada rantai tangan. Saya nak kejut Qaseh untuk tanggalkannya tapi tu la.." serba salah Qais. Kening tak gatal digaru.
"Dah la, dah maghrib ni. Bangun solat" ajak Qais lalu berdiri dan bergerak ke arah sejadah yang dah siap dibentang Qaseh awal tadi.
"Qaseh" panggil Qais lagi sambil memakai songkok.
"Er.. saya.. saya.." jawab Qaseh gagap.
"Kenapa? tak boleh solat?" soal Qais direct. Ish, dia ni, tak jaga bahasa langsung. Merah wajah Qaseh.
"Rugi la saya" kata Qais lalu berlalu ke sejadah.
"Rugi kenapa?" soal Qaseh tidak faham.
"Rugi la.. first night" balas Qais dengan sunyum gatal.
"Ee.. gatal" marah Qaseh lalu dibaling bantal pada Qais. Terkekek Qais ketawa.
Share this novel
ayat sama macam cerita pelindung si dia 'rugilah...first night'