12: MISI GAGAL 2.0

Romance Series 889375

"SAYANG! Abang bukannya cedera parah pun. Tak payahlah sayang layan abang macam ni sekali." Dipimpin oleh isteri berbarin di katil, macam nazak sangat saja gayanya. Padahal dahi je yang luka melecet pun.

Puteri telah melabuhkan punggung di birai katil berhadapan Maleeq. Diusap wajah lelaki yang dicintainya dengan penuh rasa sayang. "Biarlah! Puteri cuma nak rawat suami Puteri je. Abang tak sudi ke?"

Alamak! Auto serba salah Maleeq dibuatnya. Mana mungkin dia tak sudi dirawat oleh isteri. "Bukan macam tu, sayangku. Abang cuma tak nak sayang susahkan diri je."

Puteri tersenyum. "Abang! Biar Puteri susahkan diri daripada Puteri harus susah hati. Lagipun tak ada yang susah sekadar merawat suami sendiri. Biarlah tangan ini yang merawat abang sehingga abang betul-betul sihat. Abang tak keberatan, kan?"

Alahai! Terharunya Maleeq mendengar. Jemari mulus digenggam lalu diramas sayang. "Semestinya tak, sayang. Pasti abang akan cepat sembuh bila tangan ini yang merawat abang. Thank you, Princess!"

"Abang tunggu sekejap ya. Puteri nak turun bawah ambil barang."

Maleeq mengangguk. Dibiarkan isterinya keluar sebentar. Senangnya hati dirawat oleh isteri. Badan taklah sakit sangat. Tapi kalau isteri dah offer nak rawat, naklah juga rasa dimanja.

Maleeq mula merebahkan tubuh. Dia mengeluh. Ugh! Baru perasan yang belakangnya juga terasa sakit. Bukan sakit kerana luka, tapi sakit seperti lebam.

Mungkin akibat efek dia berguling di atas tar tadi sehingga lengan dan lututnya turut cedera. Kepala pula membentur devider sehingga dahinya luka. Selain luka-luka itu, ternyata badannya juga turut sakit-sakit.

Aih, siapalah orang-orang itu? Nampak macam sengaja saja. Kalau begitu, Maleeq kena lebih hati-hati. Dia tak mahu terus meletak tuduhan. Apa-apapun, terlebih dahulu dia perlu lakukan siasatan.

Telifon berbunyi. ZD, nama yang muncul. Panggilan segera diterima.

"Hello! Pahal, der?"

"Wei, kau okey ke? Aku dengar dari Yan kau accident." Zahaedy turut risau.

"Aah! Tapi sikit je. Tak ada apa sangat pun."

"Jangan nak sikit-sikit sangat. Kena rawat jugak tu."

"Aku okeylah. Kau takyah risau. Ni aku dah balik rumah mentua aku dah ni. Wife tak kasi balik rumah," jelas Maleeq.

Zahaedy lalu mengoyak tawa. "Owh, balik rumah mertua? Eloklah kalau macam tu. Wife tak kasi balik, ah? I wish good luck to you, bro!"

"Kepala hotak kau?!" Maleeq menempelak.

"Ala, tak payah nak cover-coverlah. Selamat menempuh malam yang panjang ya. Jangan pancit di tengah jalan sudah."

Merah muka Maleeq. Si ZD ni memang nak kena dia ni. Tak sah kalau tak ngusik orang. "Dahlah, malas aku layan kau."

"Eleh! Malu-malu konon. Okeylah, selamat berehat. Tak nak kacau kau lagi dah. Bye!"

Ada-ada ja si ZD ni. Malam panjanglah, pancit tengah jalanlah. Haih! Tak pasal-pasal Maleeq jadi berfikir bukan-bukan. Risau je sekejap lagi Puteri sampai, mau karang dia lupa daratan.

Ish! Ini semua ZD punya pasal.

Baru saja Maleeq hendak melelapkan mata, Puteri telah tiba. Membawa ubat-ubatan dan juga makanan untuknya. Maleeq jadi serba salah. Susah-susah saja isterinya ini.

"Abang. Boleh bangun ke?"

Maleeq berusaha bangun. Buru-buru Puteri tampil membantu. Pasti suaminya sedang kesakitan.

"Princess! Kenapa sampai bawa makanan ke sini? Abang okeylah, boleh je turun ke bawah."

Puteri pastikan suaminya sudah duduk setengah berbaring. Selanjutnya dia ambil makanan untuk disuapkan. "Abang! Memanglah sekarang abang masih tak rasa. Tapi badan abang lebam-lebam, tau. Malam nanti ataupun besok, mesti lebam-lebam mula terasa nyeri. Sebab itu abang perlu berehat. Makan dulu, lepastu makan ubat. Biar nyeri di badan abang sedikit lega."

Aduhai! Macam ni ke seronoknya dirawat isteri? Kalau macam ni punya best, sakit hari-hari pun tak apa. "Thank you, Princess. Baru abang tahu, rupanya macam ni punya best bila dah berkahwin. Dapat pula isteri yang cantik dan caring macam ni, rugi abang tak kahwin awal-awal."

Mengekek Puteri ketawa. "Ada-ada jelah abang ni. Mari makan dulu." Makanan mula disuapkan ke mulut suaminya.

"Ini yang sayang masak ke?" tanya Maleeq.

"Emm! Okey tak?"

"Sangat okey, sayang. Sedap gila! Bertuahnya abang dapat isteri full package macam ni. Sudahlah cantik, pandai masak. Mimpi apa agaknya abang sampai bertuah macam ni sekali?!"

Dalam sakit-sakit, sempat juga mengayat isteri. Kan dah memerah muka cik bini tu.

Ini bukan mengayat atau membeli jiwa. Saja je cuba nasib. Untung-untung dapat full pakej, tuan badan serah diri. Confirm cepat baik sakit ni. Ahaks!

SEHINGGA keesokan hari, Puteri masih gigih merawat suaminya yang sakit. Pagi-pagi lagi Puteri sudah tercongok di bilik bawah menghantarkan sarapan untuk Maleeq.

"Morning, zaujahku! Macam mana abang hari ini? Okey tak?"

Maleeq bangun perlahan-lahan. Betul kata Puteri semalam. Bila keesokan hari lebam di badan jadi tambah sakit. Nasib baik semalam sudah telan ubat. Kalau tak, mahu tak boleh bangun langsung pagi ini.

"Morning, Princessku! Okey sikit, tak adalah teruk sangat. Cuma sakit-sakit masih ada," kata Maleeq.

"Okey! Mari sarapan dulu. Nanti Puteri tolong tuam lebam di badan abang. Luka-luka tu pun nak kena dressing juga."

Sejenak Maleeq meliarkan anak mata. "Emm, tapi kalau abang nak mandi macam mana?"

"Nak mandi? Boleh je, abang mandi pakai air panas ya. Biar badan abang segar sikit."

"Kalau sayang mandikan boleh?" Worth a shot.

Bulat anak mata Puteri. "Abang! Saja kan? Sakit-sakit pun menyempat lagi."

"Ala, cuba nasib je. Mana tahu dapat."

Suaminya disuapkan makan serta dirawat luka-lukanya. Gigih tanpa kekok umpama jururawat merawat pesakitnya. Tak lupa ubat juga diberi sebagai langkah rawatan dari dalam. Ubat pereda sakit dan juga anti jangkitan yang dibekalkan diberi sesuai saranan.

Ketekunan Puteri merawat dirinya yang sakit membuat Maleeq jadi tambah manja. Kalau dia balik rumah rawat diri sendiri, mesti dah tak hirau dah sakit tu. Esok hari pasti sudah keluar bekerja macam tak ada apa. Bila ada isteri yang merawat ni bestlah pula. Dia tinggal baring saja tunggu isteri datang. Nak makan pun disuapkan. Gila tak best?

"Cantiknya sayang abang ni." Tak pernah tak terpesona melihat Puteri Zaharah dalam keadaan apapun. Lagi-lagi bila dah bersiap cantik-cantik begini.

"Selalu dekat rumah, sayang memang bersiap cantik-cantik macam ni ke?" Nak tahu juga. Sebab sepanjang tidur di rumah ini, tak ada dia tengok Puteri dalam keadaan selebet tak bersiap. Setiap kali datang menemuinya, isterinya itu sudah siap melawa.

"Tak adalah. Puteri cuma bersiap untuk abang je. Suami ada, tak naklah Puteri nampak serabai. Nanti abang bosan pula tengok Puteri."

"Ish, ada ke fikir macam tu." Maleeq tak kesah sebenarnya melihat Puteri dalam keadaan apapun. Selebet ke, kusut masai ke, tetap menyelerakan baginya.

"Abang, mari sini buka baju. Puteri nak tuam lebam-lebam abang tu dengan air hangat. Biar cepat lega," kata Puteri.

Maleeq menurut perintah. Baju T-shirt ditarik ke atas lalu ditanggalkan. Dibiarkan belakangnya diusap oleh tangan Puteri bersama sentuhan air suam kuku. Maleeq tiba-tiba menggigit bibir. Dia pusing semula menghadap isterinya.

"Sayang!"

Nadanya sudah bergetar lain macam. Puteri jadi risau.

"Sayang lupa ya, nak bagi abang antibiotic?"

Berkerut dahi Puteri. "Eh, bukan Puteri dah bagi ke pagi tadi? Antibiotic tu kena ambil one times a day lah, abang."

Maleeq merengut. Tak faham rupanya isteriku ini. "Bukan antibiotic yang tu."

"Habis tu?" Puteri betul-betul tak faham. Sehinggalah Maleeq tayang muka miang seraya melirik ke dadanya.

Barulah Puteri mengerti. Laju ditutup dada itu dengan menyilang kedua lengan. Mungkin pakaian yang dia pakai saat ini terlihat agak seksi di mata Maleeq.

"Sayang! Abang nak. Nak abang cepat sembuh ke tak?"

"Ish, abang ni. Sakit-sakit pun sempat fikir macam-macam."

"Mestilah! Yang sakit badan, benda lain sihat je ni hah. Abang nak antibiotic yang paling sedap tu. Cepat beri pada abang."

"Tak nak!" Puteri bangun cepat, risau melihat suaminya sudah naik miang.

Tetapi, Maleeq buru-buru menarik tangannya sehingga Puteri terduduk semula, iaitu di pangkuan lelaki itu. Puteri tak dapat berbuat apa-apa ketika badannya sudah dikunci oleh kedua tangan Maleeq.

"Seksi gila sayang pakai baju ni. Sihat terus abang tengok. Lagi-lagi kalau dapat. Macam manalah rasanya, kan?"

"Abang! Jangan." Puteri seperti cuba menolak, tapi tak beriya. Maleeq pegang sana-sini pun dia diam saja.

"Kenapa, sayang? Sayang takut ke?"

"Em em!"

"Takut kenapa? Takut daddy marah atau..."

"Takut dengan abang."

"Kenapa takut dengan abang pula? Ada abang ni nampak macam hantu ke? Dah tak handsome dah ke?"

Pipi putih gebu itu sudah memerah macam buah tomato. Puteri menutup mukanya dengan kedua tapak tangan. "Bukan takut dengang muka abang. Tapi, takut nak tengok... Itu! Seram."

Maleeq tergelak. Dia dekatkan bibir ke telinga Puteri lantas berbisik, "Bukan seram lah. Sedap!"

"Aah! Abang..."

Isteri sudah diam tidak berkutik, pasrah. Maleeq menyeringai suka. Tali yang tergantung halus di bahu Puteri dilurut ke bawah. Dalam masa kurang dari lima saat, bahgian atas badan Puteri sudah terdedah tanpa sebarang pakaian. Maleeq terus menyambar kedua payudara isterinya persis bayi yang kehausan.

Keduanya tak dapat mengelak lagi daripada hangat sentuhan itu. Saling melekap dengan desahan-desahan manja kegairahan.

"Abang! Nak teruskan sekarang ke?"

"Why not?! Dah membatu begini, sayang tak kesihan abang ke?"

Membuntang anak mata Puteri ketika tangannya Maleeq letakkan di tempat itu. Tak muat cekak. Gila! Gigil, risau, takut. Semua ada. Confirm hilang mata hitam kalau begini gayanya.

"Oh. Princess! Tak kuatnya. Sampai ke hati sayang nak biarkan abang begini? Please. I want it."

Akhirnya Puteri kalah oleh desakan batin yang turut mendamba. Dibiarkan Maleeq meraba seluruh tubuhnya. Bahkan tatkala kainnya diselak Puteri tak lagi melarang perbuatan suaminya.

Rasanya sudah cukup nikah gantung ini. Kini tiba masanya untuk mereka bersatu selayaknya suami isteri. Abaikan saja pasal syarat daddy itu. Benda tak boleh nak elak lagi. Getaran nafsu sudah meningkat hingga ke kepala.

"ABANG! Seganlah saya. Macam mana kalau dia orang tengah..." Puan Sri Zakiah jadi serba salah. Nak ketuk ke tidak pintu bilik itu?

"Saya lagilah segan. Sebab itu saya suruh awak yang panggil."

Mereka berbisik-bisik di depan pintu. Teragak-agak nak panggil si anak beserta menantu.

"Habis tu macam mana?"

"Macam mana apa lagi? Panggil ajelah."

Ish! Macam-macam hal, lah. Segan, tau nak ganggu suami isteri sedang berdua-duaan. Takut dianggap mereka ini orang tua busy body. Tapi, nak tak nak kena panggil juga.

Jenuh Puan Sri bina kekuatan untuk mengetuk pintu. Tambah dengan gesaan dari suaminya, beliau pun teruskan juga.

"Puteri! Mommy ni."

Tiada sahutan. Aduh! Pasti mereka merasa sangat terganggu. Tapi kena panggil juga. Ada hal mustahak yang harus disampaikan. "Puteri. Suami Puteri dah bangun belum?"

Agh! Mommy pulak. Baru saja Maleeq hendak melurut kain tiga segi berenda. Dan-dan inilah mommy panggil.

"Ya, mommy." Puteri pun jawap.

"Ni! Boleh tak bawa suami Puteri turun?"

Puteri sudah menggelupur. Cepat-cepat baju disarung semula. Ish! Ada-ada saja. "Sekejap mommy. Puteri tengah bagi abang makan ubat."

Tan Sri berbisik pada isterinya. "Owh, ubat! Manjur sangat ubat pun."

"Ish, abang ni. Sebok saja."

Dibidas oleh isterinya, Tan Sri pun diam.

"Ada tetamu dekat bawah nak jumpa Maleeq. Puteri bawa turun suami Puteri lekas ya," laung Puan Sri.

"Err... Okey, mommy. Sekejap kami turun."

Aduh! Ada-ada saja. Orang datanglah, tetamulah. Elok betul timing tetamu itu pun. Datang besok tak boleh ke? Ish!

Untuk kali kesekian, misi gagal!

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-16 14:45:46 

Hahaha adoiii author ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience