59: REUNION

Romance Series 889375

ADAM sudah duduk statik di kerusi penumpang sementara Aryan di sebelah sedang memandu. Tadi Aryan menjemput dirinya di rumah Zahaedy seusai si mamat muka Korea itu menyelesaikan urusan menghantar Maleeq.

Segan sebenarnya di rumah Abang ZD tu walaupun orangnya baik. Iyalah, baru pertama kali kenal, kan. Orang rumah dia baru lepas bersalin. Orang gajinya masak lalu diajak Adam makan sekali. Berehat sebentar, sembang-sembang dengan ZD, tak lama kemudian Aryan pun sampai.

Hari pun sudah malam. Jadi Aryan terus mengajak Adam pulang. Buat masa ini Adam masih tak tahu Aryan mahu membawanya ke mana. Tapi dia yakin Aryan tak akan biarkannya merempat di luar tak ada tempat tinggal.

"Aryan. Kita nak ke mana sekarang?"

"Balik. Rumah aku."

Adam berhenti bertanya setelah membentuk miming 'o'. Dah kata dah, Aryan tak akan biarkan dirinya jadi gelandangan tanpa tempat tinggal.

Sebuah apartment menjadi destinasi mereka. Adam lalu membawa keluar barang miliknya dari dalam kereta. Aryan tak banyak bicara. Terus diajak dirinya naik ke rumah dengan menaiki lif.

Adam pula tak banyak bertanya. Dia ikut saja. Janji dia ada tempat untuk berteduh sementara di Kuala Lumpur ini. Pasal Maleeq, dia sudah lepas tanggungjawap. Mungkin sudah jumpa keluarganya, barangkali. Entahlah?

Dirinya pula, mungkin tak lama di KL ini. Sehari dua, dia akan terbang balik ke Sabah semula. Selepas itu, sambung kehidupan normal macam dulu. Macam sebelum Maleeq datang dalam hidupnya.

Pasti sunyi, kan. Iyalah, selama ada Maleeq seronok membuat kerja. Ada kawan, ada penolong. Kerja pun cepat siap. Lepas ni, dia sorang-sorang baliklah menghadap spanar-spanar di bengkel itu.

Tiba di tingkat empat, lif pun berhenti. Nampaknya mereka sudah tiba di rumah.

"Masuklah Adam," pelawa Aryan.

Adam mengekor di belakang Aryan yang sudah melangkah masuk usai menanggalkan kasutnya. Adam turut membuat perkara yang sama. Tidak lupa pintu ditutup kembali.

Adam tak tahu Aryan tinggal dengan siapa memandangkan lelaki itu tak memberitahu apa-apa. Mungkin dia tinggal dengan keluarga atau geng dia, barangkali. Sangka Adam.

Mana tidaknya dia berperasangka begitu? Masuk-masuk saja sudah riuh bunyi video game dari arah ruang tamu. Pasti penghuni rumah yang lain sedang sakan menggunakannya.

"Hoi. Kuatnya speaker kau tu. Bergegar rumah," tegur Aryan sebaik tiba di ruang tamu yang malap tanpa diterangi cahaya lampu. Hanya cahaya dari television sahaja yang membuatkan ruangan itu tidaklah gelap-gelita sangat.

Serta merta Bad men-pause video game-nya yang sedang running sebaik menyedari kedatangan Aryan. Dia menoleh lalu tersengih.

"Sorry," kata Bad.

Aryan hanya berdecit lantas bergerak ke dinding buat menekan punat lampu. Dalam sekelip mata suasana temaram bertukar cerah.

Bad lalu bangun dan berdiri. Tegang mukanya melihat sosok manusia mengekor di belakang Aryan.

Adam pun tak kalah terkejutnya. Sangkanya siapa yang bermain video game sakan itu. Rupa-rupanya...

"Kau..." serentak ayat itu terpacul dari mulut keduanya. Masing-masing memperlihatkan muka tak puas hati, dendam dan benci.

Buat beberapa saat Aryan menyaksikan tingkah kedua manusia itu. Dia mengeluh seraya memeluk tubuh sendiri.

"Hei, Aryan. Kenapa kau tak bagitahu yang kau duduk dengan dia? Kalau aku tahu, aku tak nak ikut kau. Tidur di bas stop pun aku sangguplah." Adam memprotes tindakan Aryan yang merahsiakan semua ini darinya.

"Kenapa kau pergi bawa dia datang sini? Kau ingat aku nak sangat ke jumpa adik tak kenang budi macam dia?" Bad pula melakukan hal serupa.

Keduanya lalu mendengus, saling mencerlung sesama sendiri.

Aryan pula meliarkan anak mata lantas mengeluh bosan. Kedua-dua mereka lalu dihampiri lebih dekat.

"Korang ingat aku tak penat ke nak bersandiwara di tengah-tengah korang ni? Kalau ada masalah, settle depan-depan. Dah elok berjumpa, kan. Pergilah sambung gaduh. Apa lagi kau orang nak tunggu?"

"Kau tahu tak? Aku dah anggap dia dah mati tau. Dia tu tak layak jadi abang aku. Tak matang. Ego!"

"Siapa yang tak matang? Siapa yang ego? Kau tu pengecut. Lari merajuk macam budak kecik. Kau ingat aku nak pujuk kau?"

"SHUT UP!" celah Aryan.

Berbirat urat di dahi mendengar pergaduhan mereka. Memang sah dua-dua tak matang. Langkah di ambil adalah berdiri di tengah-tengah mereka, supaya pertengkaran mulut dapat dihentikan.

"Korang kalau nak gaduh, pergi turun bawah. Lepas tu sambung bertumbuk kat sana. Siapa kalah, senang aku terus tanam mayat dia." Haa, hangin betul dengan budak-budak ni.

"Bukannya nak terima kasih aku dah bagi jumpa, bergaduh pulak macam budak kecik," sambung Aryan.

Mereka senyap. Tetapi cerlungan mata tetap tak berubah. Kedua kembar itu masih memperlihatkan ketidakpuashatian mereka. Malah tak terkesan pun dengan gertakan Aryan.

Aryan mengetap rahang, geram. Niat mahu menyatukan mereka semula, tapi malah jadi pergaduhan di antara mereka. Aryan pun give-up.

"Suka hati koranglah, nak gaduh sangat pergilah sana. Aku nak rehat. Penat!" Aryan terus melangkah ke bilik. Baru dua langkah, dia kembali berpusing.

"Oh ya, kalau dah puas gaduh nanti, pandai-pandailah rehat sendiri. Jangan sepahkan rumah sudahlah! Rumah ni ada tiga bilik, tapi bilik lagi satu kosong tak ada katil. Adam, kalau kau rasa nak tidur kat atas lantai, pergilah tidur bilik belakang tu. Kalau kau nak tidur atas tilam, kongsi jelah bilik dengan kembar kau tu. Nak sambung gaduh sangat, pergi sambung. Aku tak nak masuk campur."

Aryan terus beredar dari ruangan itu meninggalkan sepasang kembar yang masih belum puas bergaduh. Masing-masing sudah besar, dah tua bangka. Bukan budak kecil lagi. Pandai-pandai merekalah nak buat keputusan. Fikir Aryan.

Selesai membersihkan badan, Aryan menilik jam di skrin telifon. 10:00 pm. Tiba-tiba perut terasa lapar. Harap-harap stok mi segera masih ada. Bolehlah buat alas perut sebelum tidur.

Baru saja Aryan hendak keluar dari biliknya, namun dia terpaksa urungkan kembali niat untuk membuka pintu. Pandangannya terhala langsung ke ruang tamu. Dia menyaksikan pasangan kembar Bad dan Adam sedang berpelukan sesama sendiri. Aryan tersengih.

"Maafkan aku abang. Aku tak patut tinggalkan kau dulu. Aku terikut perasaan sangat masa tu."

"Aku pun. Aku pun nak minta maaf dengan kau. Sepatutnya aku halang kau dari pergi. Aku fikir aku boleh hidup tanpa kau. Tapi rupanya, hidup aku sunyi tahu tak?"

Keduanya tersedu-sedan menangis saling meluah perasaan rindu di antara mereka. Persengketaan kedua kembar itu akhirnya disudahi dengan kata maaf dan mengakhiri salah faham. Mereka sedar bahwasannya mereka saling memerlukan. Tinggal berdua di dunia ini saling memiliki. Mereka tak mahu lagi berjauhan.

"Haa, kan bagus macam ni. Tak sia-sia aku bawak korang berjumpa." Aryan muncul dari sebalik pintu.

"Kau ni pun, Aryan. Senyap-senyap je selama ni, rupanya kau berhubung dengan dia ya?" Bad bersuara.

"Aah! Aku dah cakap, jangan bagitahu apa-apa pasal aku pada Bad. Alih-alih ini kau buat." Adam pula menyambung.

Bad kemudian memandang kembarnya dengan kening berkerut. "Jadi kau tak happy jumpa aku?"

"Siapa juga yang happy ada abang ego macam kau?"

"Apa kau cakap?"

"Ego! Kau tak dengar ke?"

"Kau memang nak kena dengan aku, kan."

Aryan pandang keduanya silih berganti dengan mulut terlopong. Tadi elok berpelukan, minta maaf bagai. Ni sambung gaduh balik ke macam mana? Ada aku lempar juga dua ekor ni ke bawah kejap lagi.

"BERHENTI!"

Aryan terpaksa memperkeras suaranya. Barulah kedua kembar itu senyap dan berhenti bertelingkah. Macam budak tak sunat masing-masing. Heiiii!!!

"Aku lapar. Aku nak pergi masak Maggi. Kalau korang tak berhenti bergaduh, aku masak korang dua-dua kejap lagi," ugur Aryan. Geram!

"Maggi? Yay, aku nak jugak."

"Aku pun! Tadi makan kat rumah Abang ZD je. Lapar balik."

Aryan pun terkebil-kebil melihat mereka sudah bersorak teruja. Macam tak betul je budak-budak ni? Tadi bukan main bergaduh macam nak berbunuh. Cepat betul berubah mood, kan? Haih, tak faham!

Akhirnya, ketiga mereka sama-sama bergerak ke dapur untuk memasak mi segera bersama-sama.

Pada awalnya Aryan cuma mahu memasak sebungkus untuk dirinya sahaja. Bila sudah ada geng begini, lima bungkus pun tak cukup rasanya. Siap ditambah telur dan hirisan sosej. Makan bersama-sama, sumpah tak terkata nikmatnya walaupun hanya mi segera.

"Macam mana kau boleh jumpa abang aku ni, Aryan? Kau kutip dia dekat mana?" Dengan mulut penuhnya, sempat lagi mengutuk kembar sendiri.

"Kau ingat aku anak kucing ke, nak kutip-kutip? Kau tu, macam mana boleh sampai ke sini? Megayut kat tayar kapal terbang ke?"

"Hei, sorry sikit. Aku yang tolong bawa Maleeq balik sini, okay!"

"Eleh, itu pun nak bangga."

Haih, apa lagilah budak-budak ni? Tengah makan pun nak bergaduh. Tapi, sekurang-kurangnya mereka telah berkumpul semula. Lega hati Aryan melihatnya.

"Sudah, jangan bergaduh. Habiskan makanan, lepas tu basuh," sampuk Aryan.

Bad tersengih. Adam pun sama.

"Eh, Yan. Aku ada benda nak bagitahu pada kau. Dari hari tu lagi, tapi aku lupa," kata Bad.

"Pasal apa?"

Mereka teruskan dengan perbualan kosong sambil-sambil menghabiskan mi segera. Sesekali kedengaran ketiganya tergelak tanpa sebab. Mungkin sedang membincangkan perkara kelakar barangkali. Entahlah?

Yang jelas, Aryan tumpang gembira melihat sepasang kembar itu telah bertemu kembali. Harap-harap mereka tak lagi bersengketa di masa akan datang. Kalau setakat gaduh-gaduh kecil biarkan saja. Nama pun adik beradik.

Sama seperti dirinya dengan Zahaedy dan juga Maleeq. Walaupun dia dan mereka bukanlah saudara seibu seayah, tetapi Aryan sangat menyayangi mereka seperti adik beradik sendiri.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-11-01 21:26:42 

update pleasee

Rohani Hussin
2023-10-27 17:13:56 

tq update..kelakar la si bad ngan adam tu..mcm budak2


NovelPlus Premium

The best ads free experience